13 December 2012

Mari Menjadi Ulat Bulu!

[Kredit]

Hari-hari asyik tulis pasal benda yang seriyes je en? Jadi hari ni nak tulis sesuatu yang lebih simpel dan ceria.

Mari.

Ada dua ekor ulat bulu berkawan baik. Mereka telah bersahabat sejak kecil sehinggalah sekarang sudah matang, besar, pejal dan err, penuh bulu. Ulat bululah katakan. Seekor bernama Kasim dan seekor lagi bernama Suhaimi.

Suatu hari mereka telah berborak bantal di atas sehelai daun kering, di tepi tebing sebuah sungai.

"Eh Mi,aku sedihlah tengok nasib kita ni..," ujar Kasim.

"Aik kenapa pulak? Aku tengok kita bahagia je selama ni..? Makan cukup, pakaian pon cukup. Burung tak kacau. Apa masalahnya?" Suhaimi membetulkan posisinya kaki-kakinya yang beratus pasang itu, agar dia dapat fokus kepada Kasim. Muayasyah la katakan.

"Entahlah. Kau tengoklah kita ni. Hodoh. Banyak bulu. Kau tengok binatang-binatang lain. Chanteque chanteque je semua. Jeles tahu?!"

"Err.. Kau ni ok tak Sim..? Pehal tetiba emo semacam je ni..?"

"Ye la.. Aku rasa.. Tuhan tak adillah Mi. Ish aku pon tak faham kenapa Dia ciptakan makhluk sehodoh kita ni."

Suhaimi terdiam. Dia hanya mampu tersenyum. Kemudian dia bersuara,

"Sim, kau kenal kan Bedah si rama-rama Helikonius tu..?"

"Uish sapa yang tak kenal..?? Bedah si rama-rama lawa tu. Memang panaaasss! Awat?"

"Kau tahu tak, sebelum dia jadi rama-rama secanteque itu, dia tu apa dan siapa..?"

"Hah..? Bedah tu dulu benda lain ke..? Krisis identiti ni!" 

Suhaimi tersenyum lagi.

"Dia dulu pon ulat bulu macam kita jugak Sim. Malah lagi hodoh lagi. Tu yang dia dah delete semua gambar-gambar lama dia kat akaun MukaBulu dia tu! Pontianak tengok pon takut!"

Kasim terlopong tidak percaya.

"Kita pon macam tu jugak Sim, suatu hari nanti, in shaa Allah. Esok lusa, kita akan melalui suatu proses yang manusia panggil sebagai metamorfosis. Kita akan duduk dalam kepompong dan sepanjang tempoh tu, sedikit demi sedikit, kita akan bertukar menjadi rama-rama. Seperti Bedah, kita juga akan menjadi rama-rama yang kachak lagi bergaya. Kau akan jadi Siproeta epaphus dan aku pula Cethosia cyane. Biidznillah.

Kata kuncinya..? Sabar. Bukan kebetulan Allah jadikan kita macam ni Sim. Banyak hikmahnya. Dia nak tengok kita boleh bersabar atau tidak. Dia mahu lihat kita boleh redha dengan siapa diri kita atau tidak. Dan dia mahu uji, sama ada mujahadah kita cukup kuat atau tidak.

Biarlah kita hodoh dan jelik sekarang ni, dikeji dan dihina oleh makhluk-makhluk lain. Tapi suatu hari nanti, kita akan bertukar menjadi makhluk yang dicemburui dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tapi kena banyak-banyakkan bersabar ah."  

Kali ini Kasim tersenyum. Matanya berkaca-kaca.

"Ok Sim..?"

"Ok!"

Mereka lantas berhigh-five dengan kesemua pasang tangan yang mereka ada.

Ok habis cerita. Amacam? Ceria kan..? Eheh.

"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian TAQWA, itulah yang lebih baik..."
[al-A'raf, 7:26]

-gabbana-

Teringat semasa suatu sesi taaruf di Ostrolia suatu ketika dahulu. Kami diminta mewakilkan diri kami dengan apa-apa jenis objek, sebagai simbolisme untuk menyifatkan siapa diri kami.

Dan saya telah memilih ulat bulu.

Mengapa..? Kerana saya berharap untuk bertukar menjadi seekor rama-rama kasorga, penuh pesona suatu hari nanti. Biidznillah. Senyum.

16 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/12/2012, 18:16  

i'm scared of ulat bulu :/ errkkk

olga nik 13/12/2012, 18:21  

cerita rakyat kanak2.. memang ceria!

Anonymous 13/12/2012, 18:23  

Rama-ramai sorga. Sumpah osem.

pengembara 13/12/2012, 19:53  

err, ulat bulu ke ulat beluncas yg jadi rama2?

senyum :)

Anonymous 13/12/2012, 20:02  

Suka :') Naik sikit semangat.

Saya tak mahu lihat bahasa Melayu jadi liberal 13/12/2012, 23:20  

Walaupun isi baik, ana tetap tak suka campuran bahasa penulisan tuan blog. Meliberalkan bahasa Melayu.

Matilah bahasa, lenyaplah bangsa.

Apapun, teruskan usaha untuk menulis sesuatu yang baik untuk ummah.

(tak minat baca sebab penuh dengan bahasa 'rojak' pasembu')... heheh.

Anonymous 14/12/2012, 06:46  

Salam wbt, nice writing..keep on writing :)

nhdaughter 14/12/2012, 10:41  

awesome ! thumbs up !

Unknown 14/12/2012, 11:00  

Rasa macam nak lempang Inche gabbana. sumpah.

nabilah amran 14/12/2012, 12:39  

mintak izin copy en. gabana...nak letak kat blog..*wink2*

siti hazreen 14/12/2012, 15:31  

best part yang high five dengan semua tangannya fuuhhhh best ;)

Anonymous 14/12/2012, 21:25  

walaupun cerita itu mungkin cliche bg saya, tp dgn gaya penceritaan anda.. oh yeah! it's so fantastic!!

Mindaberbisa 16/12/2012, 11:01  

Jadilah lebih terharu :)

Anonymous 16/12/2012, 22:19  

nak suruh anak ambik cerita ni masa pertandingan bercerita.

HitamBiru 19/12/2012, 09:48  

Anonymous ke-6..Betul2 Bagus2..bg famus cerita kanak2 terbaru ni..selain menanam sifat positive,,tanamkan juga nilai2 dekatkan diri pd illahi..waa,dpt idea baru nak cerita apa kat adik2 balik cuti ni..

Anis 07/10/2013, 23:13  

minta izin nak copy paste cerita :) thanks

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP