19 December 2012

Muayasyah Tergeliat Lidah

[Kredit]

Mu-a-ya-syah. Maksudnya bergaul, kurang lebih ah. Dalam tarbiyah, elemen muayasyah ini sangat-sangat super teramat penting dalam membina hubungan antara murabbi dan mutarabbi. Di samping itu, ia juga sangat-sangat membantu si murabbi mengenalpasti potensi dan masalah yang ada pada mutarabbinya.

Untuk memastikan bulatan gembira hidup dan segar, muayasyah ini tidak boleh ditinggalkan. Malah, menjadi hak mutarabbi untuk mempunyai sesi khas dengan murabbinya untuk bermanja-manja meluahkan rasa, usap-usap rambut baring di atas paha. Eh.

Antara perkara yang boleh dilakukan ketika bermuayasyah adalah bertanya khabar, cuaca macam mana hari ini, dah makan ke belum, kucing di rumah ada berapa ekor, mak ayah pernah main lumba lari tak dan sebagainya. Mulakan perbualan dengan perkara-perkara yang ringan. Agak-agak dah panas, baharulah curah air mendidih atau bakar sampai hangus. Eheh.

Yang lebih utama, muayasyah ni mestilah berupaya untuk mewujudkan rasa selesa dan percaya antara murabbi dan mutarabbinya. Apabila sudah selesa, jangankan bercerita tentang hal-hal tarbawi dan dakwi semata-mata, silap haribulan, akan diceritakan juga kepada si murabbi bila kali terakhir si mutarabbi mengerat kuku, apa minuman kegemarannya dan dahulu ketika kanak-kanak berapa kali dia menjadi juara pertandingan tengteng peringkat tanah jajahan. Sekiranya itu terjadi, maka muayasyah yang dilakukan benar-benar terkesan di hati. Hoyeah. 

Apabila elemen muayasyah ini ditinggalkan atau diabaikan, kepincangan yang besar dapat dilihat pada pembentukan diri si mutarabbi. Murabbi akan tidak faham masalah yang dihadapi oleh mutarabbinya, lantas gagal memberikan penyelesaian dan solusi yang terbaik. Murabbi juga tidak akan mampu menyusun mutarabbinya dengan bergaya sekali, dek gagal mengenal potensi sebenar hadeknya itu. Lebih merbahaya sekiranya si mutarabbi, akibat kechiwa dan tawar hati dengan layanan si murabbi, lebih selesa bermuayasyah dengan orang lain. 

Simptom-simptom yang boleh dilihat apabila muayasyah ini diabaikan adalah mutarabbi yang tidak seceria selalu, tidak lagi selera makan nasi, sepi dan kemuncaknya ada niat mahu bunuh diri. Err. Ok sila abaikan. Mutarabbi yang tidak cukup muayasyah akan memendam perasaan, dan dikhuatiri sekiranya keadaan ini berterusan, suatu hari nanti dia akan meletup lantas mengeluarlan lava kemarahan dan kekechiwaan yang tidak dapat dibendung lagi. Ewah. Hubungan antara mutarabbi dan murabbi juga dingin dan kurang elemen kasih-sayang di situ. Sekadar bergelak tawa dan buat-buat senyum di dalam bulatan gembira sahaja. Habis, selesai baca tasbih kafarah dan surah al-'Asr, memang sodaqallahul azim ah. Epik.

YOLO. You live only once. Ok tetiba.

Aiwah, harapnya anda sudah nampak kepentingan untuk menghidupkan elemen muayasyah ini. Ia nampaknya seperti mudah dan lurus ke hadapan, tetapi malangnya ramai yang memandang enteng dan buat acuh tak acuh dengan perkara ini. Saya harap anda dapat menerima dan merasakan betapa pentingnya muayasyah ini dalam kelangsungan tarbiyah, kerana ia adalah cara yang sangat efektif dalam proses pembentukan dan membina manusia. Mengapa? Kerana ia dari hati, terus ke hati. Senyum. 

Ha, tunggu apa lagi tu? Anda yang masih belum rasa puas bermuayasyah, shuh shuh, pergi minta dari murabbi anda sekarang juga! Dan anda sebagai murabbi yang merasakan diri belum lagi cukup bermuayashah dengan hadek-hadek anda, inilah masanya untuk mencurahkan sepenuh kasih-sayang tidak berbelah bahagi kepada mereka. Dengari masalah mereka. Kongsi rasa dengan mereka. Cuba nasihat dan tawarkan penyelesaian sekiranya perlu. Ketawa dan menangis bersama mereka. Habiskan masa-masa berkualiti lagi menggembirakan bersama mereka. Selepas ini konfem anda akan menjadi murabbi agung yang akan diingati sampai bila-bila.

Tet tet tet. 

Eh anda buat apa tu..?

Oh. Tengah sms anak buah. Nak tanya dia percuma ke tidak. Nak ajak pergi makan roti canai.

Oh. Senyum.

Selamat bermuayasyah!

-gabbana-

Artikel ini ditulis memang khas untuk anda yang sudah membawa bulatan gembira. Maaf kepada yang lain, seandainya kurang faham dant tergaru-garu hidung dengan terma-terma yang digunakan. Sedikit bantuan boleh didapati di sini:

>> Kamus Dakwah Hoyeah v1
>> Kamus Dakwah Hoyeah v2
>> Kamus Dakwah Hoeyah v3

...walaupon tak akan sama selagi anda sendiri tidak menyertai bulatan gembira. Promot sikit. Ohoi! 

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 19/12/2012, 19:04  

Lepas ni kena muayasah lebih anak2 ni..jzkk,soalan ni pernah dtnya kpd ana..

Anonymous 20/12/2012, 04:50  

Nak baca post pertama blog APG

Muhammad Nur Fitri 20/12/2012, 07:59  

muayasyah best sangat...nak2 dapat ahli usrah yg berbagai-bagai kisah latar belakang nyer... (^_^)

Anonymous 21/12/2012, 08:45  

salam Inche ^^
soalan, macam mne nak tetapkan hati agar niat tak lari dalam ber-muayasyah ni ? ye lahh, kadang-2 syok sngat muayasyah smpai tlupa tujuan sbenar kita .

Anonymous 21/12/2012, 13:08  

Inche,cmne dgn ptndgn video apg 12'?nk thu pkmbngn gak ni.hee

Anonymous 03/05/2013, 16:26  

salam
macam mana kalau ana rasa kedatangn ana ke rumah anak usrah ana seolah2 ana menganggu privacy dia

ana kadang rasa berat hati nak langkah, ana tahu muyyasayh tuh sgt penting, tapi ana tak retiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii T_T

Anonymous 17/01/2015, 07:23  

Salam. Currently dekat rumah murabbiah. Bermuayasyah la kiranya.. Selama ni tak tahu pun bertanya khabar ber kenalan lebih dalam tu part of muayasyah. Hikhik. Jzkk. Best pula entry ni. (:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP