27 December 2012

Oh Saya Sudah Jatuh Chenta Berguling-Guling!

[Kredit]

Hubb. Amor. Love. Pyaar. Chenta.

Antara konsep tertua yang dikenali manusia, setua manusia pertama yang dilahirkan ke dunia. Chenta.

Dahulu apabila menyebut sahaja perkataan ini, pasti badan tiba-tiba kejang kesejukan, bulu roma di belakang tengkuk berdiri teguk terasa seperti ada angin dingin yang bertiup kencang. Eheh. 

Dan chenta itu sering sekali dikaitkan dengan hubungan antara makhluk Marikh bernama lelaki dengan makhluk Uranus bernama wanita. Seolah-olahnya itu sahajalah chenta; suatu manifestasi rasa kasih, rindu dan sayang seorang seorang lelaki kepada seorang wanita. 

Paling-paling haibat sekalipon, chenta kepada mak ayah, kucing peliharan, kakak, adik, nenek belah ayah, tok su belah mak. Itu pon jarang sekali dikonotasikan dengan chenta; selalunya ungkapan sayang yang digunakan.  

Punyalah sempit ruang otak yang disediakan untuk memahami konsep agung ini. Aduhai.

Sehinggalah saya mengenali tarbiyah. Sehinggalah saya bersua dengan dakwah. Dan sehinggalah saya melintas jalan yang sama dengan ukhuwwah.

Semua itu telah mengubah persepsi saya tentang chenta. Ia bukan lagi suatu hubungan suci antara lelaki dan perempuan semata. Ia bukan lagi suatu ungkapan agung untuk mereka berlainan jantina. Ia bukan hanya eksklusif untuk mereka yang sudah berumah tangga atau berchenta berlari-lari di tepi gaung sambil bergolek-golek di atas padang rumput nan hijau. Err. Tetapi chenta yang suci, boleh sahaja dijalinkan oleh dua orang insan sama jantina.

Tersedak.

Err.. Anda ok kah..? Tepuk belakang.

Kalau dahulu dengar sahaja berchenta sesama jantina, pastilah tuduhan gay dan homosek akan dilontarkan dengan segera bukan..? Di samping menggeletar seluruh badan kesejukan dan muntah oren ungu secara spontan. Wahahaha.. Ok sedikit keterlaluan di situ.

Tetapi tidak, rupa-rupanya, dua orang yang sama jantinanya, juga boleh jatuh chenta sesama mereka, tetapi orientasinya bukan seksual. Hadafnya bukan pemuasan nafsu. Objektif akhirnya bukan mahu melempiaskan rasa kasih dan sayang yang akhirnya membawa ke ranjang. Na'udzubillah.. Bukan.

Tapi orientasinya Allah. Hadafnya sorga dan objektif akhirnya adalah keredhaanNya yang abadi lagi hakiki.

Ya, anda tahu apa jenis chentakah itu. Ukhuwwah fillah. Ya, ukhuwwah fillah. Senyum. 

Di sini, bukan konsepnya yang mahu saya bincangkan. Pernah sudah saya nukilkan sebelum ini di dalam banyak penulisan yang lain. Kalau nak berbincang lebih lanjut tentangnya, mungkin di lain masa. Kali ini saya hanya ingin meluahkan rasa chenta saya kepada ikhwah yang beraneka ragam, berlainan latar belakang dan bermacam rupa. 

Kerana saya ini amat mudah jatuh chenta orangnya. Saya seorang penchenta tegar; maka ijinkan saya untuk berkongsi rasa jiwa dan luahan sukma yang telah lama terbuku di hati. 

Begini.

Apabila mengetahui ada mana-mana al-akh yang cukup haibat semangatnya dalam menegakkan agama Allah ini, saya pasti amat kepingin untuk berjumpa dengannya. Mendengarnya ke sana dan ke mari, sibuk memberikan taujihat rabbani yang menyentuh hati, aduh, telinga ini amat mendambakan kata-katanya yang menyejukkan sanubari. Diberitahu pula hadek-hadek binaannya menjadi dan gaban-gaban belaka, betapa diri ini amat teringin menjadi mad'unya yang terchenta. Mendengar dan mengetahui kehaibatan dirinya sahaja tidak mencukupi; saya amat teringin untuk berjumpa, berlaga pipi, berbual mesra dan bersama-sama berzikir mengingatinya. Waduh, sungguh saya sudah jatuh chenta...!

Kadang-kadang, membaca status-status basah di MukaBuku juga sudah boleh membuatkan saya jatuh chenta. Pelik, tapi benar belaka. Apatah lagi apabila tulisan dan nukilan al-akh itu sudah bisa menggugah jiwa dan rasa. Saya tahu tulisannya tulus. Saya tahu nukilannya ikhlas. Mengapa? Kerana ia terus menusuk dan mencucuk ke hati. Malah kadang-kadang itu, tidak semena-mena bilik menjadi berhabuk dengan tulisannya. Eheh. Apatah lagi sekiranya saya mengenali al-akh itu secara peribadi, kenal akhlaknya dan selesa dengan perwatakannya. Aduhai, walaupon baru sekali dua bertemu, sungguh saya sudah jatuh chenta...!

Itu belum lagi dihitung belog-belog anak muda yang kini tumbuh dengan galaknya ibarat jerawat selepas bersukan. Eh. Kadang-kadang seperti tidak percaya dengan tulisan-tulisan yang mereka hasilkan, apatah lagi sekiranya mengenali siapa di sebalik penulis rahsia tersebut. Ehem. Jeles juga dengan mereka ini; muda-muda lagi sudah merasa nikmat tarbiyah yang jarag sekali dirasai. Bertambah jeles apabila mereka berjaya menukilkannya dalam bentuk penulisan dengan baik sekali. Ah tak perlulah puji lebih-lebih di sini, risau ada pula yang muntah darah nanti. Wahahaha. Tapi iya, tulisan mereka yang begitu sempoi tapi cukup menyentuh hati, sungguh telah membuatkan saya jatuh chenta...!

Oh, antara yang paling mudah membuatkan saya jatuh chenta adalah apabila melihat anak-anak muda yang begitu bersih wajahnya, jujur perwatakannya dan baik tingkah-lakunya. Apatah lagi apabila melihat mereka begitu konsisten sekali ke masjid untuk solat berjemaah. Peerrgghh memang mata bersinar-sinar ah saya melihat mereka ini. Juga mereka yang apabila mendengar pengisian atau perkongsian marhaen saya, tampak jelas pada wajah mereka minat dan perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Dapat saya baca pada raut wajah mereka yang hidayah sedang mengetuk pintu hati mereka bertalu-talu. Setiap gerakan mata mereka yang tersenyum, kening terangkat tanda bersemangat dan bibir terukir penuh kepuasan.. Aaahhhh! Wahai anda, sungguh saya sudah jatuh chenta...! 

Tetapi cukuplah saya berjumpa dengan mana-mana ikhwah, walau pon baharu pertama kali bertemu, namun seolah-olahnya kami adalah sahabat lama yang sudah lama terpisah. Senyumannya. Gelak tawanya. Laga pipinya. Sentuhannya. Adudududu. Saya tidak kekok untuk menceritakan masalah yang terbuku di hati. Tidak rasa janggal untuk mengadu isu-isu yang sudah lama menggaru kepala. Tidak pula rasa was-was untuk menceritakan perkara-perkara yang kadang-kadang boleh juga memalukan diri sendiri. Pada raut wajah mereka, jelas sekali keikhlasan mereka untuk mendengar. Dan mereka tidak perlu pon memberikan apa-apa jawapan atau maklumbalas; cukuplah mereka berada di situ, sudi mendengar segala luahan hati sambil tersenyum penuh kechentaan.. Itu sahaja sudah lebih daripada mencukupi. Kerana kita tahu dan pasti, hatinya penuh keikhlasan, sentiasa bersinar terang dengan cahaya keimanan. Ya Allah, sungguh saya sudah jatuh chenta...!

“Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya, 'Ke mana kamu ingin pergi?' Dia berkata, 'Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini.' Malaikat itu bertanya lagi, 'Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya?' Lelaki itu menjawab, 'Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala.' Lalu malaikat itu berkata, 'Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya.'"

[Hadith Riwayat Muslim]

Nanges, ketap bibir.

Ya, chenta itu agung. Chenta itu suci. Chenta itu hakiki. Keagungan, kesucian dan hakikat chenta itu tidak terletak pada maknanya yang berbunga-bunga semata-mata. Namun agung dan sucinya chenta sesama manusia itu terletak pada niat dan tujuannya.

Ya saya sudah jatuh chenta. Berguling-guling. Fillah, lillah, in shaa Allah. Ya, pada andalah, siapa lagi! Tertawa kecil.

Na'am akhi, ana uhibbuka fillah.

Sudikah anda menchentai saya keranaNya, kembali..? Senyum.

-gabbana-

Anda nak muntah hijau ke, muntah darah ke, muntah nasi ke, silalah. Tiada siapa yang menghalang. Wahahaha..
  

14 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 27/12/2012, 16:43  

saya pun sudah jatuh chenta sama tulisan-tulisan enche gabana sejak dulu dan seterusnya.memang mengetuk pintu hati dan membuat saya terus mencari diri agar betul-betul seperti yang Allah perintahkan.jazakillah !!

Anonymous 27/12/2012, 16:46  

sy dah jatuh chenta dengan apg ... cukup membuka mata saya ... inche gabbana .. xnak try dakwah melalui utube?

Amen Naqib 27/12/2012, 16:56  

seronok berguling-guling! (ukhuwah fillah .) xD

Langit biru 27/12/2012, 17:04  

membuka mata. tak ramai orang membicarakan tentang "uhwah sejenis" ni yg sbenarnya juga penting utk pengukuhan iman. Alangkah bhgia pnya akhwah/akhwat yg sama2 membimbing dan ingin dibimbing. subhanallah, hebat. :)

inche gabbana. mabrok! :D

BintuAli 27/12/2012, 18:34  

Sy sudah terbiasa dgn pemandangan ikhwah xkira melayu atau arab salam salaman laga pipi disini..Dan itu kelihatan sgt sweet.. :D
Klu di malaysia, sy xpernah igat ada tgk scene ni. Adakah?

tak perlu dikenali 27/12/2012, 19:27  

Cinta?dari jauh encinai buah pemikiranmu:)
Terima kasih untuk cinta sesama manusia. Rasa cinta awak menyedarkan saya.Terima kasih.
Doakan kebaikan untuk saya.:))

Anonymous 27/12/2012, 22:35  

maaf, hadaf tu mksdnya ap ye/

Inche gabbana 27/12/2012, 22:39  

enonimus: Hadaf tu maksudnya objektif. Apa yang nak dicapai.

Senyum.

Ammura 28/12/2012, 01:44  

Masya Allah, bersyukurlah byk2 kepada Allah yang telah menganugerahkan rasa hub fillah itu kerana-Nya. Cinta yang ikhlas lagi benar di sisi-Nya.Sungguh, cinta itu bukanlah benda yang boleh dibuat-buat.

"dan Allah yang mempersatukan hati orang yang beriman.Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di muka bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" Al-Anfaal:63

TechKini.com 28/12/2012, 05:10  

Sudi! :p

-> ❤ TechKini.com

sea_lavender 28/12/2012, 12:26  

indah sebuah cinta kerana Allah.. bukan dicemari dgn perkara yg mungkar :) perkongsian cinta yg menarik :)

Anonymous 28/12/2012, 15:20  

memang indah. terima kasih.

inspirasi zahra 28/12/2012, 21:08  

Ok.no komen.bertemu dan berpisah krn Allah..subhanallah. .

Unknown 15/03/2013, 20:13  

Alhamdulillah saya jumpa. Terima kasih Inche. Jzk

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP