Surah Roti Canai
[Kredit] |
Suatu hari, di sebuah surau di pinggir ibu kota, telah diadakan suatu kuliah Maghrib yang membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban al-Quran. Ustaz Alimin Saleh yang berceramah dengan begitu bersemangat hidung kembang-kempis sekali, bersungguh-sungguh meyakinkan para jemaah surau bahawa al-Quran itu adalah mukjizat agung dari langit.
Tampaknya ustaz tersebut seolah-olahnya berjaya meyakinkan para hadirin kerana rata-rata daripada mereka tampak bersinar-sinar matanya selepas mendengar kuliah yang disampaikan, sehinggalah sesi soal jawab dibuka kepada mereka yang hadir.
Seorang lelaki bingkas bangun. Sambil tersenyum keji, dia bertanya.
"Ustaz Alimin, kalau betullah al-Quran ni ajaib, jika benarlah Allah cerita semua benda dalam al-Quran ni, ustaz tunjuk pada kami semua, dekat mana dalam al-Quran ni yang Allah cerita pasal cara-cara nak buat roti canai!"
Jemaah surah menjadi bingit dan riuh dengan pertanyaan pemuda itu. Tidak ternah terlintas di kepala otak mereka ada orang yang begitu berani bertindak sedemikian. Namun, jauh di lubuk hati mereka, mereka juga ingin tahu apakah jawapan kepada persoalan pemuda itu.
Kelihatan ustaz tersebut menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia berfikir sejenak. Hadirin tiba-tiba menjadi sunyi sepi, menanti-nantikan jawapan daripada ustaz tersebut. Pemuda yang bertanya tadi sekali lagi mengukir senyuman, mengagak pastilah ustaz tersebut akan mengalah dengan pertanyaan tadi.
Ustaz lantas membuka mulutnya.
"Ada, pasti ada. Tapi berikan saya sedikit masa untuk mencarinya. Yalah, al-Quran ni ada enam ribu lebih ayat. Saya nak kena selidik satu-persatu dahulu. Ada, Insha-Allah ada!"
Pemuda tadi tampak sedikit terkejut. Tidak disangkanya ustaz akan menerima cabarannya itu.
"Baiklah. Kalau macam tu, esok waktu kuliah Subuh, ustaz kena tunjukkan pada kami semua, sama ada Allah ada atau tidak ajar umat manusia cara-cara nak tebar roti canai!"
"Deal."
Sungguh kool lagi bergaya ustaz itu. Eh.
Seusai solat Isyak berjemaah, terkincit-kincitlah Ustaz Alimin pulang ke rumah, kerana mahu segera memulakan ekspedisi mencari 'Surah Roti Canai.' Dia segera mengeluarkan kitab al-Quran 50 dalam 1 yang dibelinya di Indonesia setahun lepas, yang disimpannya di rak perpustakaan mini rumahnya. Maka bermulalah pencarian Surah Roti Canai bermula dengan surah al-Fatihah di awalannya.
Sehingga surah Yusuf, Ustaz Alimin masih gagal mencari mana-mana ayat yang menceritakan tentang teknik-teknik membuat roti canai. Ketika itu jarum jam sudah pon menunjukkan angka satu dan tujuh. Peluh besar mula mengalir perlahan di tepi dahinya.
Ah, aku takkan berputus-asa! Al-Quran ni kalamullah! Semua benda Allah ada cerita dalam kitab agung ni!
Pencarian Surah Roti Canai diteruskan. Mata Ustaz Alimin sudah mula dipenuhi dengan zat-zat besi yang memberatkan kelopak mata. Bisikan-bisikan putus-asa sudah mula kedengaran kuat di dalam kepala Ustaz Alimin.
"Sudahlah tu Alimin oii. Kau mengaku kalah je lah. Kau pon tahu, mana wujud Surah Roti Canai dalam dunia ni...?? Bidaah tu!"
Namun Ustaz Alimin tetap berkeras dan teguh hati. Kesabaran dan keyakinannya akhirnya berbayar juga. Tepat jam dua setengah pagi, seluruh isi rumah dikejutkan dengan jeritan yabedabedu Ustaz Alimin.
"Alhamdulillaaaaahhh...! Dah jumpa....! DAH JUUUMMPPAAAA....! Wooohoooo...!"
Mujurlah isteri Ustaz Alimin, Puan Mazidah Rosman segera mendiamkan suaminya itu sebelum jiran-tetangga datang menyerang dengan pinggan terbang atau cawan layang.
Esok pagi, Ustaz Alimin ke surau dengan senyuman berseri-seri hingga ke telinga. Jemaah surau yang sempat bersalaman dan berjumpa dengannya turut merasakan aura keriangan Ustaz Alimin. Hal ini menjadikan mereka ternanti-nanti dan tidak sabar dengan jawapan yang bakal diberikan oleh beliau.
Tiba masa yang ditunggu-tunggu, Ustaz Alimin mengambil tempatnya, bersedia untuk memulakan kuliah Subuh. Seperti yang dijangkakannya, pemuda yang bertanyakan soalan itu dahulu memulakan bicara.
"Macam mana ustaz..? Jumpa tak mana-mana ayat yang cerita pasal roti canai..??"
Ustaz Alimin tersenyum yakin.
"Ada!"
Pemuda itu sedikit kaget. Ketika bertanyakan soalan itu semalam, dia amat yakin yang Ustaz Alimin pasti gagal memenuhi permintaannya itu. Tidak disangkanya Ustaz Alimin akan berjumpa juga dengan jawapannya. Namun dia masih skeptikal.
"Ustaz jangan nak bohong ustaz. Bahagian mana dalam al-Quran yang cerita pasal roti canai..??'
"Uish... Takkan saya nak bohong kottt...! Bukan setakat sekali, tapi dua kali Allah beritahu pada kita semua, apakah cara terbaik nak buat roti canai!"
Ketika ini hadirin menjadi riuh. Tidak kurang yang terjegil biji mata dan terlopong mulut mendengar kenyataan berani mati Ustaz Alimin itu. Malah tirai bahagian jemaah wanita juga diselak, kerana berminatnya kaum Hawa untuk sama-sama mendengar penjelasan Ustaz Alimin.
"Allah berfirman dalam surah al-Nahl dan surah al-Anbiya', bahawasanya:
'Fas-alu ahla zikri, inkuntum la ta'lamun. Bertanyalah kepada orang yang tahu, sekiranya kamu tak tahu!'
Ha itulah rahsia macam mana nak buat roti canai!"
"Maksudnya ustaz..?"
Tanya pemuda itu sambil menggaru hidungnya, separuh tidak berpuas hati dan separuh lagi benar-benar mahukan penjelasan yang lebih daripada Ustaz Alimin.
"Maksudnya... Kalau nak tahu cara-cara buat roti canai, tanyalah pada mamak yang pandai buat roti canai!"
***
Kisah ini bukan kisah orijinal rekaan saya. Saya pertama kali mendengarnya ketika menghadiri suatu ceramah ketika di kolej dahulu. Namun seperti biasalah, kisah yang ringkas ini pastilah akan ditambah perisa sesedap rasa apabila jatuh ke tangan Inche gabbana! Wahahaha..
Ada tiga pengajaran besar yang saya secara peribadinya boleh sedut dan ambil iktibar daripada kisah ini.
1) Jangan perlekehkan keagungan al-Quran. Sungguh, walaupon di dalam al-Quran tidak terkandung alamat rumah nenek anda atau tarikh hari lahir kawan baik anda sewaktu di tadika dahulu, al-Quran mengandungi segala-galanya yang diperlukan oleh manusia untuk menjalani hidup yang terpimpin dan sempurna. Ia mengandungi sejuta satu rahsia, yang bisa merungkaikan apa jua jenis ikatan dan menyelesaikan apa jua jenis permasalahan. Ia hanya menanti-nantikan kita untuk membuka peti simpanan khazanah berharga ini.
2) Dekati dan jatuh chentalah dengan al-Quran. Al-quran sentiasa berkata-kata dan menghamburkan bait-bait chentanya kepada kita. Hanya kita sahaja yang sering tidak mengendahkan seruan chenta agung ini. Dekatilah ia dan cuba selami apa yang mahu dikongsikan oleh Allah yang Maha Bijaksana itu, nescaya anda akan jatuh chenta berkali-kali berguling-guling dengannya. Setiap permasalahan dan gundah-gulana anda pasti akan terjawab dengan anda menyelak lembaran-lembaran chenta ini. Percayalah, al-Quran tidak akan mengechiwakan anda!
3) Katakan tidak tahu apabila anda tidak tahu! Tiada masalahnya untuk mengaku bahawa anda jahil dan tidak tahu. Malah, seseorang yang berani untuk mengaku kelemahan dan kedhaifannya, dia adalah manusia yang paling kacak dan bergaya! Ohoii..! Malah ar-Rasul SAW kekasih chenta hati itu dan para sahabat besar telah menjadi qudwah terbaik kepada kita, bahawa tiada salahnya untuk mengaku kekurangan ilmu yang ada pada diri sendiri. Tetapi mengaku tidak tahu bukanlah penghujung jalannya. Apabila anda tidak tahu, maka carilah orang yang berilmu yang dapat berkongsikan ilmunya dengan anda.
Pendek kata, carilah orang yang tahu apabila anda tidak tahu! Malu bertanya, sesat barat nanti kak oii!
Ok tiba-tiba rasa lapar. Teringat roti canai garing Dhurbar, dicicah dengan dhal sambal dan kari ikan... Gulp.

Ah! Asyiknya mentadabbur al-Quran! [Kredit] |

-gabbana-
Ok tiba-tiba rasa lapar. Teringat roti canai garing Dhurbar, dicicah dengan dhal sambal dan kari ikan... Gulp.
7 Caci Maki Puji Muji:
Antara ayat feveret saya dalam AQ. Ustaz kat sekolah menengah pernah cerita yang ni jugak. Sampai hari ni kalau makan roti canai, ingat cerita ustaz :D
P/s: In fact sume ayat AQ sume pon feveret lahh!)
Allah bagi kat ustaz tu macamana nak jawab soalan yg sepatutnya tak perlu jawab puunn..
kreatif!
Al-Quran mempunyai pelbagai zat, serta semua janji ditepati...
hua hua..
tak rugi pun bersikap rendah diri malah ia dituntunt dlm islam as cermin peribadi muslim sejati...
Wohhh bro Shah Kirit pun ada cite pasal surah roti canai :D .Sumpah osemm ceramah beliau .
Sangat menarik pengisian cerita ini.
Masya-Allah, same dgn Inche Gabbana:) masa saya studi dulu (dlm tahun 2006), lecturer saya ada ckp Qur'an boleh ajar kita cara-cara nak buat roti canai. Cuma dia tambah teh tarik. Dia sebut surah & ayat yg sama spt di atas.
Post a Comment