Riadhah Otak Di Malam Ahad #16
(Nota: Kalau anda cari 'Riadhah Otak Di Malam Ahad #15' konpem ah takkan jumpa, sebab saya dah simpan dalam arkib peribadi saya harap maklum sekian terima kasih ohoi!)
Rasanya dah ramai tengok. Kalau tengok pada jumlah 'Views' dah lebih dua puluh ribu orang yang tengok. Biasalah Inche gabbana, bab-bab seperti ini memang selalunya ketinggalan zaman sedikit. Gelak kecil.
Sebelum saya rosakkan mood dan keterujaan anda, apa kata anda tonton dahulu video sumpah osemness ini? Senyum.
Ha, bagaimana..? Saya boleh jamin, pasti ada di kalangan anda yang sekarang ini terlopong atau ternganga mulut dek terlalu kagum dengan jalan cerita dan kualiti video ini bukan? Jangan tak percaya, ini hasil tangan anak Malaysia tahu..? Dan err, yang lebih bergaya daripada itu, ia hasil tangan seorang akh!
Siapa kata menjadi ikhwah itu noob dan tidak boleh bergaya..? Ehem.
Apa-apa jalan, saya rasakan 'Tomato' dahulu lebih menarik dan banyak mengalirkan air mata. Err. Maksud saya, ketika menonton 'Tomato' dahulu, ketika itu lebih ramai yang sedang memotong bawang. Wahahaha..
Namun tepukan gemuruh sambil berdiri wajar diberikan kepada Madmie. Selain KITA Production dan Krun, sukar rasanya nak jumpa ikhwah atau akhawat yang pakar dan benar-benar kualiti pembikinannya dalam bidang video-bideo ini. Oh Cik Beah Osem pon boleh tahan juga! Ahah!
Seperti yang pernah saya katakan dahulu, setiap ikhwah dan akhawat amat wajar menggunakan kepakaran dan kelebihan masing-masing yang telah Allah kurniakan itu untuk dimanfaatkan sepenuhnya di atas jalan dakwan dan tarbiyah ini. Kelebihan itu amat wajar sekali digunakan sebaiknya untuk menyentuh hati-hati di luar sana. Dan sekiranya kelebihan ini tidak dimanfaatkan untuk mengajak orang lain bersama-sama mentaatiNya, khuatir di akhirat nanti kita juga yang akan dipertanggungjawabkan. Gulp.
Oh, lupa pula. Yang lebih utama, adalah mesej yang cuba disampaikan dalam video ini. Terlalu amat benar, hasad dengki adalah antara musuh utama dalam menjalinkan ukhuwwah yang penuh ikhlas keranaNya. Hey, siapa kata ukhuwwah atas jalan dakwah ini dipenuhi dengan bunga-bunga indah dan arnab gemuk yang berlarian gembira hah..? Malah persahabatan atas jalan dakwah inilah yang amat mencabar sekali; dipenuhi dengan onak dan duri, ranjau dan batu-batu kerikil yang melukakan kaki.
Tetapi itulah sunnah jalan berjuang. Allah akan menguji kita dari segenap aspek dan penjuru. Dan lebih selalu atau tidak, aspek ukhuwwah dan perhubungan inilah yang selalunya melemahkan kita. Sekiranya kita tidak kuat dan ukhuwwah yang kita jalinkan hanya untuk manis-manis dan merasakan kelazatan makan dalam talam sahaja, alamatnya amat mudahlah untuk kita gugur apabila kita diuji.
Ukhuwwah fillah itu adalah suatu perhubungan yang menggerakkan. Ia adalah suatu perhubungan yang menghidupkan. Dan yang lebih utama, ia adalah perhubungan suci yang mengumpulkan butir-butir chentaNya dan bukan kerikil-kerikil murkaNya. Gasp.
Tidak perlu berasa hasad dan dengki apabila melihat akh atau ukht yang bersama-sama di atas jalan dakwah ini mempunyai kelebihan yang tidak kita miliki. Malah kita patut berasa bangga dan gembira, kerana yakinlah, sekiranya kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh sahabat kita itu dimanfaatkan sebaiknya untuk memburu keredhaanNya, pasti kita jua akan merasakan tempiasnya.
Tidak mahukah kita menjadi golongan yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada' di sorgaNya nanti..? Dan bukankah kita sama-sama memburu redha dan sorgaNya? Senyum.
Saya angkat topi untuk Madmie dan rakan-rakan. Moga terus istiqamah dalam menghasilkan karya-karya berkualiti yang menyentuh hati-hati di luar sana!
Terasa makin gemuk dan pemalas sekarang ini.
Ish siapa pula yang menghiris bawang tengah-tengah malam buta ni.

-gabbana-
Terasa makin gemuk dan pemalas sekarang ini.
Ish siapa pula yang menghiris bawang tengah-tengah malam buta ni.
8 Caci Maki Puji Muji:
Masa depan industri perfileman kita nampak makin cerah sekarang dengan video-video diorang.
Moga tiap-tiap dari kita ada sumbangan tertentu kepada Islam.
alhamdulillah da tgk aritu short film tu..
yup!
ukhuwwah tu manis, tapi utk rasa manis ny tu... kita kena byr harga yg mahal dulu...
menjdi org pemaaf sgt melegakan hati walaupn sukar....
=)
:)
saye ada seorang sahabat, dan sahabat saye tu mempunyai hampir segala-galanya... mahu dari medan da'wah yang sangatlah super, hingga ke akademik menjadi among best students... menjadi roommate saye dah 2 tahun... dan kami adalah 2 extremities... sometimes, akan ada ikhwah2 yang tanya:
"anta tak nak jadi cam dia ke?"
well, tipu ar kalau kate tak pernah langsung jeles kan...
tapi, since, persahabatan kerana Allah tu melebihi segala-galanya...
i'm proud of having him as my best friend i ever have...
bile kerana Allah, kite akan sentiasa bersyukur dan berlapang dada... =)
ini bukan riadhah otak inche, ini riadhah mata namanya,, =)
terbaik..meleleh doee..huhu!
hebat dah orang malaysia.. huhu
on top of dat power of love honesty n faith really proves to be ultimate savior of no matter wut-how-when where..
Post a Comment