29 June 2012

Ditarbiyah Oleh Makcik Badariah. Eh.


Ok tajuk kali ni sedikit skema. Tak cukup sensasi macam 'Dr. Morsi Bakal Gegar Israel!' atau 'Saya Rasa Saya Sudah Bersedia Untuk Kahwin Heyyy!' Err.

Kalau tajuk-tajuk macam tu selalunya akan dapat hit beribu-ribu satu hari. Tapi kalau tajuk macam 'Tarbiyah Itu Indah,' atau 'Ukhuwwah Itu Manis Tahu?' atau 'Jalan Ini Aduhai Sungguh Berliku' selalunya tidaklah sepanas dan sekontroversi tajuk-tajuk tadi. Tapi ikut suka andalah, nak baca, baca. Tak nak baca, sudah. Hihihi..

Peristiwa ini berlaku sewaktu kami berjaulah ke Terengganu tempoh hari. Kalau tak tahu apa itu jaulah dan tak pasti apa yang sedang saya merepek di sini, boleh baca post 'Gaban Juga Kepenatan.

Ketika itu kami berhenti di Pantai Balok, Kuantan untuk melakukan sedikit aktiviti (ok banyak sebenarnya, ganas-ganas pula tu!) dan bersiar-siar di tepi pantai sambil rambut shiuuu shiuuu ditiup angin. Selain bermain permainan perang sep bahu, kami juga telah cuba untuk menghidupkan salah satu daripada sunnah ar-Rasul SAW yakni dengan bergusti di tepi pantai. Aktiviti yang tampak ganas dan terlalu macho, tetapi cuba sekali pasti nak lagi! Ewaaaahh!

Di sebalik gelak tawa dan keriangan kami bermain dan bergurau-senda, hati dan jiwa saya sebenarnya sedang berkecamuk, bergejolak (eh ke bergelojak?) ketika itu. Malam sebelum itu, seorang hadek yang tak berapa nak hadek ada memberitahu saya tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lagi hadek. Dan makluman itu membuatkan hati saya benar-benar kacau dan gelisah. Rasa tidak tenang. Tak best. Ketika itu bermacam-macam fikiran bermain di kepala saya. Dan banyak juga dzan (sangkaan) yang bukan-bukan yang dibisikkan pada hati saya. Muka sedih.

Maka seusai sesi muhasarawak selepas penat bermain, saya menarik tangan seorang hadek yang saya kira, agak rapat dan boleh saya percaya. (Nota: Bukannya saya tidak percaya pada hadek-hadek yang lain, tetapi entah, mungkin hari itu hadek tersebut menjadi mangsa saya. Wahahaha..) Saya tuntun tangannya dan sambil berjalan mencari tempat yang sesuai, saya berbisik kepadanya,

"[Inche W], sepanjang saya jadi murabbi [Inche W], [Inche W] sudah berlaku jujur dengan saya seratus peratuskah?" 

Gila skema ayat. Ok kejadian sebenar tidaklah seskema itu.

Inche W memandang saya dengan wajah yang sedikit pelik. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Ketika itu saya sudah dapat merasakan ada air panas yang sedang dijerang di dalam mata.

Saya tidak ingat butir-butir perbualan kami selepas itu. Tetapi kami berjaya mencari tempat yang sesuai untuk berborak bantal lantas kami duduk untuk melanjutkan perbincangan kami.

Isu utamanya adalah kepercayaan. Saya ada terbau-bau yang hadek-hadek saya masih belum dapat mempercayai saya seratus peratus persen. Dan ini cukup menguji keimanan saya. Juga perasaan dan emosi saya. Kerana bagi saya, sewajarnya tiada apa yang wajar menjadi penghalang antara seorang murabbi dan mutarabbinya. Semuanya mestilah telus dan mulus. Eh.

Inche W menjelaskan yang dia percaya dan tsiqah je pada saya. Cuma mungkin ada sesetengah isu dan perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan. Dan katanya, dia amat-amat menghargai saya sebaga murabbinya. Banyak perubahan yang telah dilaluinya semenjak dia bersama-sama dengan bulatan gembira. Saya masih ingat dengan jelas, pernah suatu ketika Inche W menyatakan hasratnya untuk tidak lagi bersama-sama dengan jalan dakwah dan tarbiyah atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya ceritakan di sini.

Kata-kata Inche W yang tidak mungkin dapat saya lupakan, yang cukup menyentap rambut hati dan menggoncang jiwa dan raga:

"Saya selalu terfikir apalah tarbiyah untuk [Inche gabbana] ni. Ada orang pernah kata, selalunya kalau orang pandai menulis, dia tak pandai bercakap. Tapi [Inche gabbana] ni lain, menulis pandai, bercakap pandai. Mak pon puji [Inche gabbana] mengaji sedap. So saya terfikirla, apa je tarbiyah untuk [Inche gabbana], sebab macam semua benda pon bagus. Jadi mungkin ni la tarbiyah untuk [Inche gabbana]. Sebab jalan dakwah tu panjang kan? Nak masuk sorga tu tak mudah.. Allah tarbiyah [Inche gabbana] dengan anak-anak usrah yang macam-macam perangai ni...

Maka berlakulah majlis air mata bergenang-genang selepas itu. Entah mengapa, mudah benar air mata jantan saya gugur pada hari itu. Dan saya menangis sepuas-puasnya dengan Inche W. Ah tolak ketepilah rasa macho dan ego itu. Kadangkala tangisan penuh ikhlas dan perasaan itu cukup bergaya tahu..? Ehem. 

Dan banyaklah lagi perkara yang kami bincangkan. Buat pertama kalinya, sesi borak bantal ini didominasi oleh si mutarabbi dan bukannya si murabbi. Sungguh, ketika itu saya merasakan diri saya ini sungguh kerdil lagi marhaen. Terasa pipi yang berjerawat ini dilempang berkali-kali, telinga ditarik kuat dan hati ini dipalu bertalu-talu. Tetapi saya gembira kerana sudah lama saya mendambakan sesuatu seperti itu.

Selepas sesi mengumpul air mata dalam tempayan itu, hati ini terasa begitu lega. Ibaratnya ada seorang lelaki obes seratus tiga puluh lima kilogram yang jatuh menghempap saya, kemudian bangkit seperti biasa tiada apa-apa yang berlaku lantas membelanja saya makan Nini Cokelat Celup, Celup Celup! Err.

Ya, masalah belum lagi selesai sepenuhnya. Tapi hati ini berasa begitu tenang dan senang selepas sesi curhat dan borak bantal itu. Bukankah meluahkan rasa dan perasaan itu adalah sebahagian daripada proses menyelesaikan masalah? Senyum. 

Kejadian bersama Inche W banyak mengajar saya. Yang lebih utama, ia meyakinkan saya lagi dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini. Benarlah, dengan kaca mata dakwah dan tarbiyah yang penuh bergaya, segala-galanya boleh jadi tarbiyah buat kita. Hatta seorang mutarabbi juga boleh mentarbiyah murabbinya. Bermain gusti juga boleh menjadi tarbiyah. Rambut ditiup angin shiuuu shiuuuu juga boleh menjadi tarbiyah. Itulah indahnya jalan ini. Itulah osemnya jalan ini! Air mata mengalir perlahan.

Dan malam semalam, entah mengapa, terasa membuak-buak rindu ini pada hadek-hadek terchenta. Terasa diri ini begitu menghargai kewujudan dan keberadaan mereka. Benar, diri ini banyak belajar daripada mereka. Dan manusianya saya pada hari ini, sedikit sebanyak adalah hasil tarbiyah yang saya perolehi kerana mentarbiyah mereka.

Lantas saya menghantar mesej pesanan ringkas kepada setiap orang daripada mereka. Setiap mesej adalah unik dan istimewa, tapi bunyinya lebih kurang begini:

"Salaam [masukkan nama hadek]. Jz nk gtau yg sy syg sgt2 [nama hadek] lillah. Jzkk sbb trima sy sbg murabbi seadanya dan ajar sy jd manusia yg lbih baik iA. =')"

Dan saya benar-benar memaksudkannya. Senyum, air mata mengalir lagi.

"Maka nikmat Tuhamu yang manakah yang kamu dustakan..?"
-gabbana-

Tak suka apabila terpaksa berpisah dengan hadek-hadek ini. Entah bila dapat berjumpa dengan mereka lagi.

Ya Allah, sampaikan kerinduan hatiku ini dengan angin chentaMu. Moga semuanya sedang memburu chentaMu, agar dapat kami bersatu di sorgaMu suatu hari nanti...

15 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 29/06/2012, 16:57  

kdg2 tnpa sedar diri ini dtarbiyah oleh pokcik pokcik n mokcik mokcik pengemiss kat tepi jln . phewww. alhamdulillah Allah masih nak sedarkn yg kita ni MANUSIA . dan perlu jg MANUSIA yg gempakks . insyaAllah :)

abid 29/06/2012, 17:01  

SubhanAllah,ukhuwwah fillah itu indah kan..sy smakin mngenal diri sndiri dgn adanya boolatan gembira yg sumpah osem tu..slpas 3mggu tak berboolatan gmbira,rasa hdup kurang gmbira.. Trasa ada bwg dhiris,

hadek2 mu terchenta 29/06/2012, 19:04  

Oh, sume dpat mesj sme rpenye,,, hoho,,, kantoii (: jangan risaw, kami sume masih chentakan [letak nama inche G] lillah~~

merryweather niece in georgia 29/06/2012, 23:10  

baru tau gusti tu sunah nabi..
memang lega bila dpt meluahkan isi hati dgn someone yg memahami perasaan kita..tapi leh jadi tragedi gak kalo diluahkan pada org yg xde perasaan..ermmm yg penting masing2 mesti jujur ikhlas dan matang.

ps: suka nanges sorang2 dlm bilik air.

Anonymous 30/06/2012, 07:19  

suka nangis sorang2 gak, x tau mcm mane nk luahkan kat org..

emmmm 30/06/2012, 09:51  

inche gabbana, memang macam tu ye antara seorang murobbi n mutarabbi? kena ada 100% trust ?

Anonymous 30/06/2012, 15:31  

murobbi = bapa + guru + sahabat + pelajar =) sumpah osem dpt murobbi gini ^_^

pengembara kecil 30/06/2012, 22:27  

mana pulak datangnya makcik badariah tu, enche Gabbana?? (^__^)

btw, one more nice entry and input..
sungguh, resepi ukhwah antara murabbi dan mutarabbi akan lagi sweet bila ada 100% trust, ditambah pulak dengan 1001 penghayatan.. nak sedap lagi, tambah perasa saling mencintai kerana ALLAH.. Insyaallah bertahan lama dan bermakna..

terima kasih enche Gabbana untuk entry2 yang osem sungguh! ..
moga penulisan2 ni jadi kesaksian usaha enche sebarkan rasa cinta ALLAH.. Insyaallah.. aamiin..

Warga tengah laut 01/07/2012, 01:47  

salam

saya dari jauh perhati aje korg berdua sedang curahat. bahkan seisi pantai Balok menyaksikan kejadian tersebut sebenarnya! ( padan lah anda ada sedikit sensitip utk 24 jam yang seterusnya masa jaulah tuh, ngehehehe)

sesungguhnya anta merupakan murobbi yang osem. jika ana antara hadek2m sesungguhnya ana sanggup ditarbiyyah oleh anta.

syiar~ syiar~

p/s : sudah berjaya mendapatkan kesemua JOM!, so tak perlu ana tikam anta nnti, hehe

hadek2 d suatu sudut d muka bumi ALLAH 01/07/2012, 14:12  

salam,dulu sy sorg yg lbih suka pendam sorg2..kini,byk yg sy kongsikan dgn murobbi sy.kami mula selesa dan menerima khadiran masing2 yg mnjadi plengkap..namun semalam ad sesuatu yg sy juga bljr, bila terlalu byk perkongsian kadang2 kita alpa dgn pergantungan kita pd ALLAH.apatah lg mereka tdk kekal,sy juga tdak kekal bersama mereka...kami akan berpisah,sungguh berat langkah pertama perpisahan ini bila ia dilafazkan murobbi sy bhw kami akan dipecah2kan dan memiliki murobbi br,hingga sy tdak pasti apakah harus dikongsi rasa d masa hdpan atau pendam shj,krn bila dkongsi kami mnjadi sgt dekat dan perpisahan sgt menyakitkan.kalau tdk dkongsi,mcm mane mrka hdk mgetahui keadaan kami..mgkin bg sesetgh org apalah sgt,namun buat diri ini ia sgt berat,ad juga rakan yg terduduk bila murobbi kami khabarkn berita ini,krn serasanya kami bru mula selesa utk membuka mulut utk bercerita atau curhat dan tiba2 kami harus berpisah..mungkin inilah yg ALLAH mahu dr kami,kosongkan hati hanya utk mencintai DIA sepenuhnya...mungkin keberatan kami tidaklah sehebat beratnya rasa para sahabat ketika perpindahan kiblat,namun kami sungguh manusia yg lemah..doakan kami hadek2 yg baru mula mngenali jln ini,agar dberi kekuatan dan keikhlasan,dan insyaALLAH suatu hr jwpan utk berkongsi atau tdk(atau mgkin tahap mana perkongsian) sy akan temui jwpannya..-sekadar berkongsi,bukanlah bermaksud mendeniedkan post inche G atau menakutkan hadek2 utk berkongsi dgn murobbi anda krn tarbiyah setiap org itu berbeza-

insyallah brotherrrr.. 01/07/2012, 14:18  

insyallah brother make du'a

Hadek Angkat 01/07/2012, 21:14  

Ukhuwah juga mengajar erti tarbiyyah. Baca post ni pun dah rasa macam ditarbiyyah. Begitu hebat kaca mata tarbiyyah kurniaan Allah.

kakak 01/07/2012, 22:23  

byk nye adek2 IG..

qaseh 02/10/2013, 16:08  

Alhamdulillah & terima kasih.
(dh jadi tagline saya bila mulakan komen inche gabbana ni).seorang dai'e perlu kreatif.

qaseh 02/10/2013, 16:11  

tpkn inche gabbana mana perginya mak cik badariah tu..adakah kebetulan coz samalah dgn nama mak saya..hihihi

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP