Mari Berburuk Sangka Sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak
[Kredit] |
Oh tajuk ini sungguh kontroversi dan sensasi bukan..?? Kelasss..! Ahah!
Ok sangat bimbo di situ. Peluh.
Ini adalah post pertama saya tentang Ramadhan untuk tahun ini. Untuk itu dan demi menyambut ketibaan Ramadhan untuk tahun seribu empat ratus tiga puluh tiga Hijriah ini, mari kita sama-sama lihat reaksi popular masyarakat setempat sempena Ramadhan dan apakah maksud yang tersirat di sebaliknya.
1) "Wah! Seronoknya Ramadhan dah tiba..! Inilah peluang untuk kita beramal jariah..!"
Maksud tersirat: "Wah! Seronoknya Ramadhan dah tiba..! Inilah peluang untuk aku tukar langsir dan kusyen baru..! Hoyeaaahhh!"
2) "Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk melatih nafsu makan aku yang rakus ni.."
Maksud tersirat: "Alhamdulillah, dapatlah aku kurangkan tujuh lapan kilo kali ni! Ahah!"
3) "Meriahnya Ramadhan nak tiba! Inilah peluang untuk kami yang berjiran ni beramal jariah, dengan bertukar-tukar makanan. Senyum."
Maksud tersirat: "Kau siaplah Enon oii! Kali ini, kau sure tak dapat nak celen daging salai masak lemak cili api aku, kau tahu..??" Err..
4) "Kali ini saya berazam untuk bersederhana je semasa berbuka. Bukankah itu yang dituntut oleh agama..?"
Maksud tersirat: "Ok tahun ni saya nak ke bazar Ramadhan Kampung Baru untuk beli ayam bakar, lepas tu singgah bazar Taman Melawati nak beli jagung cincau, kemudian singgah sekejap di..."
5) "Gua tahun ni bro, gua azam tak nak tinggal tarawih! Full, tiga puluh malam!"
Maksud tersirat: "Bro, masjid mana yang bagi makan moreh paling sedap bro..?"
6) "Awak, tahun ni kita berjimat-cermatlah sikit ye? Tahun lepas saya tengok, banyak betul kita membazir. Jadi tahun ni, cantiklah kalau kita sambut Ramadhan dengan penuh keinsafan." Usap rambut isteri.
Maksud tersirat: "Matilaaaah aku tahun ni. Anak sedara bertambah ramai. Kuih raya nak beli berbalang-balang. Nak beli baju raya untuk anak-anak lagi. Bini aku pulak nak tukar karpet baruuuuu! Aduhaaaaii. Mana nak cekau duit..??"
7) "Insha-Allah, tahun ni aku berazam nak khatam Quran sempena Ramadhan! Apalah sangat tiga puluh juzu' tu! Insha-Allah boleehhh! Ayuh!"
Maksud tersirat: "Aku dengar masjid PQST tu, dia bagi RM100 untuk setiap orang yang khatam al-Quran. Tu belum campur Quran percuma dan kain pelikat cap Mangga Dua! Untunglaaaaahh!"
8) "Ayang, Ramadhan tahun ni abang ingat kita lebihkanlah sikit sedekah kita pada anak-anak yatim dan orang miskin ye..? Alhamdulillah rejeki kita pon berlebih juga tahun ni.."
Maksud tersirat: "Ayang, Ramadhan tahun ni abang ingat nak berbuka kat hotel lebih sikitlah dari tahun lepas. Tapi ayang pilihlah hotel yang ada buat majlis berbuka dengan anak-anak yatim dan orang miskin! Takdelah obviyes sangat nanti.. Eheh."
9) "Kamariah, aku ingat sepuluh malam terakhir Ramadhan kali ni aku nak beriktikaf kat masjid je la. Rugi sangat tahun lepas kita terlepas iktikaf perdana tu. Kau nak ikut tak..?"
Maksud tersirat: "Yok kita iktikaf kat Masjid India yokkkkk! Rugiilaaahh terlepas jualan runtuh perdana tahun lepas..!!" Peluh besar.
10) "Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan kali ini. Kau jadikan aku hambaMu di Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Kau tutupkan pintu neraka dan bukakan seluas-luasnya pintu sorgaMu untuk aku. Moga segala amalanku nanti diterima dan diredhaiMu. Moga Ramadhan kali ini sudi menjadi tetamu agungku! Amiin, ya robbal a'lamin!"
Maksud tersirat: Maaf, tiada maksud tersirat. Ini betul-betul ikhlas tahu..??
Semoga kita menjadi hamba Robbaniyyun dan bukannya Ramadhaniyyun...! Ayuh kita sambut Ramadhan kali ini dengan tangan terbuka, penuh riang gembira dan senyuman sampai ke telinga!
-gabbana-
Barangsiapa yang terlalu seriyes dengan post kali ini, anda memang tidak kool. Saya nasihatkan anda segera mendapatkan rawatan di klinik panel yang berdekatan. Wahahahaha.
Tinggal lagi empat hari sebelum Ramadhan tiba. Sudahkah kita bersedia untuk menyambut ketibaan tetamu agung ini..?
6 Caci Maki Puji Muji:
inche gabbana anda lupa untuk warnakan maksud tersirat no 8 , sekian terima kasih.
sy senyum lebar2 baca post yg ni sbb inche bg disklemer kt last post tu..haha..baru nk kutuk2 dlm hati..tapi terima kasih..mmg sy mengaku maksud tersirat ayat2 indah tu mmg ada dlm diri. marilah sama2 hindarkan maksud tersirat dr no 1-9 tu. nauzubillah.
Inche, terima kasih. Pos yg mulanya kontroversi, tengahnya sengeh kelihatan gusi, berakhir dgn insafi dlm diri. :)
Brothernaz
insyaAllah.. :)
5) "Gua tahun ni bro, gua azam tak nak tinggal tarawih! Full, tiga puluh malam!"
Maksud tersirat: "Bro, masjid mana yang imam dia champion 200m? lagi F1 lagi syiok.."
Enche...masjid PQST tu kat mana? Mcm best je...=D
Post a Comment