Cabaran Ramadhan 1433H APG (Revised)
"Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yg mendahulukannya (dosa-dosanya)."
[Hadith riwayat Bukhari]
Imanan wahtisaban.
Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ketiga. Mungkin agak terlewat untuk saya menulis post ini. Tetapi, bak kata omputih, lebih baik lewat daripada tiada langsung bukan? Eheh.
Ehem. Betulkan kolar baju.
Sempena Ramadhan 1433H tahun ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri terlebih dahulu, dan juga anda semua wahai para pembaca budiman sekalian, untuk kita bersama-sama meningkatkan amal kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk kita saling berlumba dalam memburu redhaNya. Untuk kita berkejar-kejaran mencari redha dan sorgaNya.
Kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan pelbagai fadhilat dan hikmah.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pemilik satu hari yang bersamaan dengan seribu bulan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mana amalan sunat akan diberikan pahala fardhu, dan amalan fardhu akan dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak tujuh puluh kali!
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dirindui kedatangannya oleh orang-orang yang soleh lagi beriman.
Dan bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan maghfirahNya, bulan pemmbersih dan pencuci dosa!
Atas kesedaran itu, dan merasakan betapa pentingnya untuk kita semua berlomba-lomba lari dalam guni, bersaing hebat dalam mengejar keampunan dan keredhaanNya, buat julung-julung kalinya belog APG yang serba marhaen ini ingin menganjurkan suatu, err bukan pertandingan sebab tiada siapa yang menang mahupon kalah, dan tiada hadiah tempat pertama, kedua mahupon ketiga yang disediakan, tapi lebih berupa cabaran untuk kita semua.
Saya gelarkannya...
Cabaran Ramadhan 1433H APG!
Woohhhoooo!
Err.. Ok syok sendiri. Walhal cliche gila nama tu. Wahahahaha..
Mudah sahaja cabaran ini. Perhatikan senarai amal ibadah yang akan saya senaraikan sebentar nanti. Sekiranya anda merasakan anda mampu untuk melakukannya, terima cabaran ini dengan meletakkan gambar/kain rentang di bawah ini di belog atau laman MukaBuku atau Pengicau anda, sebagai tanda anda menerima cabaran ini.
Setiap minggu, amal anda akan dimutabaah (dinilai). Bagaimana? Ha, yang itu tidak boleh diberitahu sekarang ini. Tetapi Insha-Allah, kiranya akan ada satu mekanisme untuk memastikan yang anda benar-benar seriyes dalam melaksanakan cabaran ini.
Tetapi awas! Mari sini saya mahu beri disklemer awal-awal; anda mestilah meniatkan cabaran ini untuk memburu redha dan keampunan Allah semata, selain menambah pelaburan saham-saham sorga anda..! Dan bukannya semata-mata untuk menyahut seruan Inche gabbana, apatah lagi untuk meletakkan poster yang kiut-miut itu pada belog anda..!! Peluh.
Saya tidak akan bertanggungjawab, sekiranya anda dipersoalkan di akhirat nanti tahu..?? Hohohoho..
Baiklah, cukup mudah bukan? Anda sudah bersedia untuk melihat apakah Cabaran Ramadhan 1433H APG itu..?
Tarik nafas, hembus nafas. Sila buka mata anda besar-besar.
Baiklah.
- Solat berjemaah, et lis tiga kali sehari
- Khatam al-Quran, et lis sekali dengan maksudnya sekali sepanjang bulan Ramadhan
- Solat terawih tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis lapan rakaat
- Bangun malam menunaikan tahajjud et lis sekali seminggu
- Solat sunat witir tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis tiga rakaat
- Solat sunat dhuha, et lis dua hari sekali dua rakaat setiap kali
- Iktikaf et lis tiga kali pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
- Perbanyakkan: a) sedekah (et lis seminggu sekali bersedekah), b) Istighfar (et lis 70 kali sehari) c) zikir-zikir yang maathur dan d) senyuman. Semuanya perlu diperbanyakkan lebih banyak daripada biasa! Hoyeaaahh.
- Menjamu orang berbuka puasa et lis dua kali sepanjang bulan Ramadhan
- Memasak juadah berbuka untuk keluarga (et lis satu lauk) sekali sepanjang bulan Ramadhan
- Perbanyakkan doa ketika berbuka dan bersahur. Antara doa yang perlu dilafazkan:
- Pembebasan Palestin
- Pembebasan Syria
- Pembebasan seluruh umat Islam dari cengkaman musuh-musuh Islam
- Dimasukkan ke dalam sorga FirdausNya, bersama-sama dengan orang-orang terchenta dan seluruh umat Islam
- Diampunkan segala dosa dan ditutup rapat pintu neraka untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam
Bagaimana..? Mudah sahaja bukan. Senyum.
Sekali lagi saya mahu ingatkan, sekiranya anda sanggup menerima cabaran ini, sila niatkannnya sepenuh hati sekembang hidung untuk Allah dan Allah semata. Dan tidak bermakna, apabila anda menerima cabaran ini, anda tidak perlu atau tidak mahu buat amalan-amalan yang lain pula! Masih banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh dilakukan selain daripada yang saya senaraikan di atas!
Cabaran ini sekadar suatu inisiatif marhaen daripada saya, untuk sama-sama mengajak saudara-saudari seaqidah saya, berlomba-lomba untuk berpesta ibadah. Juga sebagai penolak dan penggalak untuk diri sendiri, untuk memperbanyakkan amalan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.
Oh, memandangkan kita bermula tiga hari lewat, maka tiga hari yang sebelum ini tidak dikira dalam mutabaah nanti. Cabaran ini bermula pada hari ini. Ya, hari ini!
Oh, memandangkan kita bermula tiga hari lewat, maka tiga hari yang sebelum ini tidak dikira dalam mutabaah nanti. Cabaran ini bermula pada hari ini. Ya, hari ini!
Dan oh sekali lagi, sila sebarkan-sebarkan cabaran ini kepada rakan taulan, sahabat handai, jiran sebelah rumah, nenek angkat belah bapa saudara tiri, guru mengaji sekolah rendah, mak cik penjual kuih seri muka dan sesiapalah yang relevan! Lagi ramai lagi meriah! Lebih ramai yang menyertainya, lebih banyak saham-saham sorga kita semua..! Vavavum!
Seperti yang dijanjikan, ini adalah poster/kain rentang yang perlu anda letakkan di belog/MukaBuku/Pengicau anda sebagai tanda anda menerima Cabaran Ramadhan 1433H APG ini.
Jadi bagaimana..? Ada berani..?
-gabbana-
Jangan lupa mulakan dengan Basmalah sekiranya anda mahu menerima cabaran ini! Senyum kenyit mata.
6 Caci Maki Puji Muji:
~bismillahirrrahmanirrahim~
moga ALLAH redha
solat jemaah kat masjid tak ada ke?
salam..akan daku sahut cbrn mu..hehehe..jom2 kita bersama2 berlumba mengejar kebaikan dan ganjaran...aah??solt fardhu berjemaah tadak ke inche gabbana??
anda berdua benar. saya dah revised dah list cabaran tu.
jzkk! ;D
Insya Allah..sedang dan akan menguasahakan beberapa perkara yang tersenarai..semoga kita terus istiqamah =)
accepted
Post a Comment