Ini Bukan Jalan Ditaburi Bunga Ros
[Kredit] |
Membaca dan melihat foto-foto sekitar protes PTPTN yang sedang berlangsung sekarang ini, saya teringat kepada pertanyaan seorang hadek kepada saya: Mengapa anda memilih jalan dakwah yang leceh dan memenatkan ini sedangkan anda boleh pergi lebih jauh...? (Soalan ini telah ditokok-tambah-tolak sesedap rasa, tetapi maksud dan ruh sebenar dikekalkan seperti biasa. Ewah!)
Ya, saya juga pernah terfikirkan perkara yang sama. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, bukan empat kali (kalau anda larat, silalah sambung dengan memasukkan angka-angka yang seterusnya. Ahah!), tetapi berkali-kali.
Mengapa aku memilih jalan ini..?
Mengapa aku sanggup berpenat-lelah mentarbiyah manusia sedangkan hasilnya belum tentu lagi?
Mengapa aku benar-benar mahu komited dengan jalan ini sedangkan belum terjamin yang aku akan masuk sorga dengannya..?
Bohonglah kalau saya katakan saya langsung tidak pernah cemburu melihatkan rakan-rakan yang berjaya dalam kerjaya mereka. Tipulah kalau saya dakwa yang saya tidak jeles menyaksikan rakan-rakan yang dapat menjalani kehidupan 'normal' seperti biasa. Dan alangkah dustanya saya sekiranya saya mengaku yang saya tidak pernah berasa dengki melihatkan orang ramai yang boleh mengejar impian dan cita-cita duniawi mereka sesuka hati riang gembiranya!
Mungkin kalau saya tidak ikut dakwah dan tarbiyah ini, kini saya sudah bersama-sama Adam Adli di Dataran Merdeka bersama-sama anak-anak muda memperjuangkan hak mereka. Atau berdiri gah dengan para pimpinan sayap pemuda mana-mana parti politik. Atau sedang dalam perjalanan menggenggam entah apa-apa sijil profesional dalam bidang itu dan jurusan ini.
Malah saya amat yakin yang saya boleh capai apa yang saya impikan. Saya ni jenis yang jika saya benar-benar mahukan sesuatu, saya akan bersungguh-sungguh mendapatkannya. Maka kalau saya ingin aktif dalam politik misalnya, saya akan pastikan yang saya sudah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Atau ingin menjadi pemimpin persatuan tertentu, sudah pasti saya sudah mengorak langkah bagi mencapai impian tersebut. Dahulu ketika di Kerajaan Bersatu, bukan sekali saya ditawarkan untuk memegang jawatan di dalam persatuan pelajar dan organisasi yang tertentu.
Tetapi tidak. Bukan itu yang berlaku. Dan bukan itu yang saya mahu. Dakwah dan tarbiyah telah menyelamatkan saya dari jurang api neraka dan saya amat-amat bersyukur dengannya. Tersenyum, air mata mengalir perlahan.

Teringat dialog saya dengan Puan Mama tidak lama dahulu. Ketika itu, kami, err, berdialog secara baik *koff koff* tentang kehidupan yang saya pilih kini.
"[Puan Mama], you hafta understand. I have chosen this path. My passion lies in this path. My priority is Allah and Rasulullah first, then only everything else. So when Allah needs me, I hafta serve Him, first and foremost! I hope you and [Inche Papa] can understand this.."
Ketika itu, saya merasakan saya benar-benar jujur dan ikhlas melafazkannya. Hampir-hampir saya menumpahkan air mata kemachoan saya ketika itu. Tetapi oleh kerana kami berada di tengah-tengah medan selera menikmati sarapan pagi, maka haruslah hukumnya saya mengkavernya dengan sebaik mungkin. Wahahaha.. Moga saya akan terus ikhlas dan benar di atas jalan perjuangan ini, biidznillah.
Jalan ini bukanlah jalan yang terbentang dengan permaidani merah. Bukan juga jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga mawar berbau harum dan wangi. Jangankan bunga mawar, bunga plastik cap ayam pon belum tentu lagi! Bukan pula jalan glamor yang penuh dengan lampu-lampu sinaran kamera. Bukan. Tetapi ia jalan yang penuh dengan onak dan duri. Jalan yang penuh dengan lubang di sana sini. Jalan yang busuk, penuh dengan ranjau, paku dan kaca! (Tetapi kadangkala ada beruang atau anak kucing comel di tepi yang melambai tangan dengan kiut miut sekali hallo nak kena gigit pipi..?? Eh.)
Ketika orang lain bersuka-ria, berlibur bersama keluarga di hujung minggu, kami memilih untuk berkonferens riang bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang.
Ketika orang lain punya terlebih masa dan tidak tahu nak buat apa dengannya, kami nak gunting rambut dan makan malam pon kadangkala terkejar-kejar mencari masa. (Pernah dengar teori, kalau nak cari rumah ikhwah yang super, tengoklah halaman rumahnya yang penuh dengan rumput dan lalang yang panjang! Hohoho..)
Ketika orang lain tidur di malam hari tujuh atau lapan jam lamanya, lima jam untuk kami sudah dikira cukup mewah dan berharga!
Ketika orang lain sibuk memikirkan mahu beli rumah di lokasi mana agar dapat memberikan pulangan pelaburan paling maksimum, kami memikirkan lokasi rumah mana yang paling strategik untuk dakwah dan tarbiyah bagi memberi hasil pelaburan akhirat yang paling maksimum.
Dan ketika orang lain punya lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan dan disimpan, kami tersedak-sedak mengira wang setiap hujung bulan kerana banyaknya dihabiskan untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah.
Bukan, ini bukan pengakuan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi riya' dan rasa takabbur dengan amalan yang sedikit ini. Nau'dzubillah. Astaghfirullah...
Tetapi ini suatu pendedahan, untuk menunjukkan dan membuktikan betapa keberadaan di atas jalan ini memerlukan pengorbanan. Bukan pengorbanan yang sedikit, tetapi pengorbanan besar yang kadangkala boleh meresahkan dan menggugah jiwa.
Namun, ini adalah jalan yang dipilih. Jalan yang busuk dan penuh dengan lopak lumpur dan lubang duri inilah yang dipilih. Kerana kami yakin jalan inilah yang akan membawa kami ke sorga. Inilah jalan yang paling cepat dan mudah untuk menggapai redhaNya.
Tatkala orang lain tercari-cari apakah tujuan hidup mereka, Insha-Allah kami sudah cukup jelas apa yang kami ingin capai di dunia yang fana ini.
Tatkala ramai orang yang menunggu-nunggu hari esok, tidak tahu apa yang menanti untuk mereka, kami sudah pon merancang pergerakan dan perjalanan gerabak kami untuk berbulan-bulan yang akan datang.
Tatkala ramainya orang yang masih hanyut dengan fitnah dan mehnah dunia, kami alhamdulillah, sentiasa mencari-cari jalan untuk mendekatkan lagi diri kepadaNya.
Tatkala begitu banyak manusia yang tertipu dengan syaitonirojim dan permainan hawa nafsu mereka, kami alhamdulilalh sentiasa diperingatkan secara berterusan di dalam bulatan-bulatan sorga yang gembira.
Dan tatkala begitu ramai orang yang masih ragu-ragu dengan kebenaran dan kehebatan Islam, alhamdulillah dan Insha-Allah, kami dengan hidung yang kembang-kempis penuh bersemangat waja, memegang obor perjuangan agama ini dengan penuh iltizam dan kesungguhan!
Inilah nikmat berada di bawah lembayung dan bayangan dakwah dan tarbiyah; nikmat yang luhur dan membersihkan. Nikmat yang memandu hati-hati ini menuju ke arah cahaya rabbani. Nikmat agung yang tidak boleh ditukar-ganti, tidak akan bisa dijual-beli!
Ya, ini bukanlah jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga ros atau permaidani merah. Bukan jalan yang dipenuhi dengan tepukan gemuruh atau sorakan pom pom. Tetapi inilah jalannya. Inilah jalan yang saya yakini yang akan membawa saya ke sorgaNya nanti!
Saya telah pon memilih jalan ini. Anda bagaimana..? Senyum.
Pendirian yang sama saya gunakan untuk konsep belog ini, sekiranya ada yang bertanya mengapa saya jarang menulis tentang isu-isu semasa, politik, ekonomi dan sebagainya. Alhamdulillah, saya sudah berjumpa dengan prioriti belog ini. Ia akan terus menjadi platform untuk saya berkongsikan ilmu dan pengalaman saya yang seciput ini dalam dakwah dan tarbiyah, Insha-Allah.
Dan.. Err.. Mahu baca isu politik, pergilah ke belog politik! Mahu baca belog gossip dan hiburan, pergilah ke belog yang berkenaan (walaupon amat tidak digalakkan)! Anda ke Angel Pakai Gucci, maka bebelan dan ngomelan Inche gabbanalah yang akan anda jumpa! Ahahaha..
Akan bertolak ke Kuantan pada malam ini. Untuk apa..? Pastilah untuk memburu keredhaanNya yang hakiki dan abadi! Hoyeeeaahhh! Doakan keselamatan perjalanan saya ya..?

Ya, jalan ini mungkin tidak hensem dan osem di luarannya, tetapi ketahuilah, ia sangat hensem dan osem di mata Allah! Aiwah! [Kredit] |

"Katakanlah, 'Inilah jalanku! Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan penuh yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]
Ya, ini bukanlah jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga ros atau permaidani merah. Bukan jalan yang dipenuhi dengan tepukan gemuruh atau sorakan pom pom. Tetapi inilah jalannya. Inilah jalan yang saya yakini yang akan membawa saya ke sorgaNya nanti!
Saya telah pon memilih jalan ini. Anda bagaimana..? Senyum.
-gabbana-
Pendirian yang sama saya gunakan untuk konsep belog ini, sekiranya ada yang bertanya mengapa saya jarang menulis tentang isu-isu semasa, politik, ekonomi dan sebagainya. Alhamdulillah, saya sudah berjumpa dengan prioriti belog ini. Ia akan terus menjadi platform untuk saya berkongsikan ilmu dan pengalaman saya yang seciput ini dalam dakwah dan tarbiyah, Insha-Allah.
Dan.. Err.. Mahu baca isu politik, pergilah ke belog politik! Mahu baca belog gossip dan hiburan, pergilah ke belog yang berkenaan (walaupon amat tidak digalakkan)! Anda ke Angel Pakai Gucci, maka bebelan dan ngomelan Inche gabbanalah yang akan anda jumpa! Ahahaha..
Akan bertolak ke Kuantan pada malam ini. Untuk apa..? Pastilah untuk memburu keredhaanNya yang hakiki dan abadi! Hoyeeeaahhh! Doakan keselamatan perjalanan saya ya..?
24 Caci Maki Puji Muji:
:)
:D osemnye
Ya Allah.. Inche gabbana jzkk..
i wonder mcm mna nak bg tawu my parents yg saya pilih jalan dakwah and tarbiyah ini.. pada masa yg sama menjadi doktor muslimah yg osem.. Post ini mang menyentuh hati saya.. Terima kasih.. X)
yeapp...
frankly speakin,DnT nyh not an easy path..T___T"
"kerjaya mentarbiyah manusia ini tdak POPULAR,RENYAH, & MEMENATKN, mlah xakan pernah MENDAPAT GAJI sdkit pon! NAMA pon xkan dikenali. cuma kesan n hasilnya akan ternmpk pd KEMENANGAN ISLAM, satu masa nnti"
{copied from mjlh JOM!ISU01 m/s 69}
Semoga Allah terus dan tetap meletakkan hati2 kita semua di jln ini..:)
Subhanallah. Bila la agaknya sy akn cukup kuat utk berterus terang dgn puan mama sy ttg jalan yg sy pilih. Sobs.
skarnya pada saya ntok mnjelaskan pda Puan Mama jga Inche Papa. Moga dkuatkan hati jga dpermudahkan cara ntok berikan pnjelasan yg trbaik klak. jay zack kay kay iGabana bg post kali ni.. (;
sesungguhnya jalan ke syurga itu dibentangi duri duri dan jalan ke neraka dibentangi shahwat.
menarik. jazakallah :)
ana : aisya~
assalam inche gabbana.. jazakallah khair.. ssungguhnya entry ini pelengkap kegembiraan y ana rasa hari ini.. sangat~ alhamdulillah3.. teruskan menulis,seakan pujukan Allah itu disampaikan pada ana melalui tinta akh~ sama2 kita,iAllah.. [aseef,agak skema]
its hard to find someone like IG
keep on goin coz u makin right choice
lagi byk dugaan lagi tinggi ganjaran
perjuangan utk akhirat lebih menguntungkan kerana hasilnya kekal lagi hebat.
ps:nak pinjam semangat IG yg hebat tu sepanjang perjalanan ini..boleh kan.peace
Inche...
maaf ya...
sy hairan...
rumah pendokong dakwah ni x kemas (rumput panjang kata Inche), bersepah...sbb busy la kan...
di mana akhlak seorang muslim di situ?
busy DnT tidak boleh mjd alasan utk tidak sempat menunaikan hak-hak lain bukan?
hak sbg anak, adik, abang, kakak, suami, isteri, jiran
rumah ikhwah/akhawat yang selekeh, alasannya tidak sempat...
setiap manusia punya kaki utk berdiri di titan mana..yg sudah reput, titi cap simen mahupon titi kayu..berdiri atas tahap pemikiran yg diadun dlm penitian usia..jika fikrah Islam yg dibancuh maka Islamlah pilihanya..jika kurang Islamnya maka pasti titi laen yg dipilih...yg pasti Allah akan sentiasa menilai manusia...as a daei dun give up pada org yg lom sampai fikrah Islamnya..insyallah kita termasuk "gerombolan" yg masuk syurga tanpa kalkulator ajaib Allah..
menarik2
first post inche yg saya pernah baca. hehe. asif. saya tidak rajin membaca. nmpknye cabaran ramai yg berada di jalan ini ialah dengan FAMA. sama dengan saya. jalan ni memang osem. tapi lebih osem dan bergaya kalau satu family join sekaki kan. moga Allah mengabulkannya. amin~. jazakallahu khairan jazak inche branded. ^___^
Alhamdulillah.. semoge lebih ramai insan di luar sana akan terbuka hati mereka mendekati jalan yang benar. InsyaAllah (^_^)
D,T n S=)
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
:)
musykil pula saya ttg cara mengenali rumah ikhwah yg super itu dengan melihat halaman rumahnya yang penuh dengan rumput dan lalang yang panjang? "An-nazhofatu minal iimaan", I believe?
hati2 para daie, jangan diri jadi fitnah pada jalan yang dipilih. Tersusun dalam urusan kan salah satu dari 10 muwasofat tarbiyyah. wallahu'alam
So when Allah needs me, I.....
Salah ayat tu beb. Avoid double meaning. Nabi tak suka.
alamak enonimus, saya tak faham la... ^^"
apa maksud anda dgn double meaning..? Nabi tak suka apa...??
Sila perjelaskan sekian terima kasih.
''(Pernah dengar teori, kalau nak cari rumah ikhwah yang super, tengoklah halaman rumahnya yang penuh dengan rumput dan lalang yang panjang! Hohoho..)''
Asslamu'alaikum IG..ayt kat ats tu maksd nye? harp anda blh jelaskn..xnk ad spekulasi lain dr yg lain2..^^..syukran akh.
en gabbana
post baru pliss.....
@Inche Gabbana
"So when Allah needs me, I...."
Ayat ni kurang tepat. Ayat tu menunjukkan yang Allah itu lemah. Saya tahu niat awak lain, tapi ayat tu boleh bawa 'maksud lain'. That what i mean "avoid double meaning". Nabi tak suka ayat double meaning sebab salah satu cara mendakwah adalah menyampaikan (dengan jelas) ;)
jalan menuju ALLAH adalah jln yg penuh dgn mehnah~ namun itulah sebaik2 jln yg menghantarkan ke syurga..maka beruntunglah sesiapa yg istiqamah berada diatas jln itu~ semoga sy slh seorg darinya walaupun sy thu sy ni byk kekurangan~
inche gabbana..suke entry ni..ini bukan jalan ditaburi bunga ros.. seronoknya bila tujuan hidup dah jelas, daripada saye nih..masih mencari sinar yg boleh menyinar terang hidup saya.. jazakallah khairan kathera
Post a Comment