Manis. Sumpah manis!
[Kredit] |
Menyanyikan lagu 'Sebiru Hari Ini' dendangan Edcoustic bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang. Kemudian mengaminkan pula bacaan doa Rabithah yang sungguh syahdu lagi mengharukan, sambil berpaut lengan dengan mereka semua.
Manis.
Mengucapkan selamat tinggal kepada seorang akh Super Saiya yang begitu banyak kenangan masam masin manis kepam bersamanya, yang akan ke seberang laut untuk bekerja. Sebak juga dibuatnya. Sedar tak sedar, basah juga mata disebabkan habuk yang banyak di sekeliling *koff koff*. Kemudian ada pula sesi suap-menyuap kek cokolat, yang rasanya luar biasa lazat kerana ditambah dengan perisa ukhuwwah yang penuh mahabbah dan mawaddah keranaNya.
Manis.
Ke surau di sebuah kompleks beli-belah terkenal di ibu negara. Kechiwa kerana semuanya solat bersendirian dan tiada siapa yang nampaknya percuma untuk solat bersama. Dengan rasa berat hati, mengambil keputusan untuk solat bersendirian, tapi dengan penuh harapan, agar ada yang sudi melantik diri ini menjadi imam. Maka sengaja berdiri untuk solat di tengah-tengah ruangan solat. Terus berdoa di dalam hati agar adalah yang mahu berjemaah bersama. Tatkala hati sedang khusyu' melafazkan al-Fatihah di rakat pertama, terasa ada tangan yang menepuk bahu. Tersenyum. Allah, begitu cepat kau makbulkan doa hambaMu yang hina ini..?
Manis. Sumpah manis!
-gabbana-
Kita merancang, dan Allah juga merancang. Ketahuilah, dan yakinlah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Dan walaupon kadangkala kita merasakan peracanganNya itu pahit, percayalah, ia sebenarnya manis untuk kita. Sumpah manis!
24 Caci Maki Puji Muji:
eh inche gabbana...btw..assalamualaikum!! ^.^'. Bukan sebiru hari ini ke lagu edcoustic tuh? LOL~
seindah hari ini?
Sebiru Hari Ini kot..
heheh, aman ..
smuga Allah mengekalkan nikmat kemanisan itu..
^_^
ahahaha. btol2. td nak betulkan, tapi weng sket malam ni, tros terlepas pandang. hihihi..
jzkkk! ;)
kemanisan atas kemanisan...
kerinduan atas kerinduan...
begitu la perasaan insan yang ada di atas landasan cahaya di atas cahaya...:)
~ sumpah mmg sgt2 manis.. owh manisnya iman ittew bila kita sama2 berkongsi dengan org lain..“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”~
hu7.. kalo yg sy wat slama niey.. sy tepuk je memana org yg ada kat situ.. then redha je dia nak bc kuat ke pelan...
waa seronok nya suasana mcm tu
inche gabanna..
saya suka post ini. hoyeh
nur: mmg fikir sebegitu. masalanya, sume org time tu eitha solat depan tiang, atau kanan sekali. so tak possible nak lantik diorang jadi imam. huhu.. ^^"
short post but really inspiring,powered me up! especially part perancang tuh...ya Allah tabahkn hati ini.
Cemburu dgn keakraban inche gabbana & Allah
Semoga terus & terus berjuang pada jalanNya ya akh
post yang pendek tapi tersangat la hoyyeah..saya suka post ini..
Inche G cover. padahal dah basah baju. huhu :D
alhamdulillah dengan nikmat ukhuwah fillah yg Allah beri. btw, entry APG dah makin pendek.tak sempat nak hayati klimaks, tetiba dah habis.hu
tetiba rasa manis bila baca entri ni.. ^__^~
*hope xkna diabetes.. :p
wah manisnya... doa anda dikabulkan Allah...realitinya ramai yg takut dilantik jdi imam....:)
apa murabbi nk buat yer kalau mutarabbi melihat ada 9gag reader dlm ipad murabbi???
enonimus: O__o erk. hahaha. kalau anda rasa benda tu salah, mungkin boleh tegur dgn baik dan penuh berhemah. mungkin dia tidak sedar yg benda tu salah! ;)
tapi.. anda juga kena berhati-hati, kerana telah mengexplore ipadnya tanpa kebenaran, walaupon telah diberi kepercayaan untuk menggunakannya! :O
IG, cmner nk kasi ukhuwah tu manis mcm lolipop tu?
Manis2 juga. Jgn diabetic sudahh
Terima kasih Inche Gabbana kerana selalu memaniskan hidup sy dgn gula2 peringatan dan penulisan yg mencuit hati . ~ aynarazaly.blogspot.com
salam inche gabbana,,, org tau pasal blog ni dari artikel kat majalah ari tu,, lupe dah tajuk ape,, org nak follow tapi tak tau camne,, gitau k,,, tak best r takat bookmark je,, hehe,,, do view my blog at mujadafewa.blogspot.com :D
Owesome!!!
dahku faham perasaan itu :')
Post a Comment