Syria? Checked. Next? Palestin!
Bersedia untuk ditembak dengan soalan-soalan provokasi daripada saya?
Marilah!
Anda terlepas demonstrasi Syria tempoh hari dan seriyes terasa seperti seorang loser dan ingin terjun gaung?
Anda mahu membuat sesuatu yang berfaedah di dunia dan akhirat, yang akan membuatkan mata anda bersinar-sinar sambil memandang matahari sedang terbenam apabila anda sudah tua nanti?
Malam Jumaat anda sering dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti hampagas cap ayam katik seperti lepak-lepak lek dulu isap okok dulu atau menonton wayang yang menghabiskan duit itu?
Baiklah, terimalah serangan bazooka dan mesingan daripada saya pula.
Selama ini anda tidak pernah peduli akan nasib saudara-saudara seIslam kita di Palestin itu?
Selama ini yang paling bagus anda lakukan adalah menderma seringgit dua pada tabung Palestin dan mendoakan keselamatan mereka sekali-sekala, itu pon semasa imam solat Jumaat membacakan qunut nazilah?
Tidak takutkah anda di akhirat nanti saudara-saudara kita di Palestin akan menyoal dan mendakwa kita, apakah yang telah kita perbuat selama kita hidup di dunia, untuk membantu mereka, saudara seaqidah kita yang saban hari dizalimi oleh Zionis laknatullah..??
Jangan khuatir atau mengalirkan air mata bercucuran lagi! Anda masih anda peluang untuk menebusnya!
Ayuh, sertai himpunan Global March to Jerusalem (GM2J) atau nama Melayunya yang lebih berbudi pekerti dan beradab keTimuran; Perarakan Global ke Baitulmaqdis pada hari Jumaat depan, 30 Mac bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam!
Err.. Anda bukannya mahu berarak ke Baitulmaqdis tahu..? Bukan. jadi tidak perlulah minta izin daripada ibu bapa, meniggalkan wasiat atau bersegera membuat passport! Wahahaha.. Ini hanyalah perhimpunan bagi menunjukkan sokongan delegasi Malaysia dan seluruh dunia yang akan menyertai Perarakan Global ini, di samping membuktikan solidariti kita kepada rakyat Palestin terchenta!
Mengikut maklumat yang diterima, akan ada juga artis-artis dan selebriti terkenal yang akan menyertai himpunan ini, termasuklah Puan Wardina Safiyyah yang sungguh osem dan menyertai bulatan gembira itu! Hoyeeaaahh.
Tapi of koslah anda ke sana bukannya dengan niat untuk menyaksikan persembahan-persembahan artis terkenal atau untuk mendapatkan tandatangan Puan Wardina Safiyyah pada belakang baju anda! (Lagu latarbelakang nyanyian Hadith 1 Algebra kedengaran berkumandang)
Kita semua berhimpun untuk menunjukkan ukhuwwah fillah kita dengan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Walaupon kita tidak berkemampuan untuk berjihad bersama mereka di sana, turut serta membaling batu kerikil kepada kereta-kereta kebal Zinos laknatullah dan berpegangan tangan saling melindungi daripada tembakan anjing-anjing Yahudi, tetapi Insha-Allah akan kita tunjukkan yang ruh dan jiwa kita sentiasa bersama-sama mereka, setiap masa dan ketika! Dan semoga Allah menerima amalan kita yang kecil ini!
Insha-Allah, kalau tiada membujur patah aral melintang ewaaahhh! Err.. Saya akan turut serta dalam perhimpunan ini. Api semangat hasil demonstrasi Syria tempoh hari masih belum dapat dipadamkan lagi. Maka saya mahu marakkannya lagi dengan himpunan GM2J ini pula!
Oh untuk anda yang dahagakan dan inginkan maklumat lanjut, bolehlah ke laman sesawang rasmi GM2J Malaysia. Dan oh juga, perhimpunan ini bukan hanya untuk mengumpulkan Muslim sahaja, kerana isu Palestin adalah isu global, isu kemanusiaan. Maka sila jangan segan-silu mengajak Tan Kah Yong rakan sekerja anda itu atau Suganthi Krishnapuri jiran dua rumah sebelah kanan anda! Wah! Mari meriahkan perhimpunan ini beramai-ramai!
Tidak apa kalau anda kechiwakan saya. Tidak apa-apa juga kalau anda kechiwakan ikhwah dan akhawat anda. Tetapi jangan sesekali kechiwakan rakyat Palestin, yang sudah cukup lama menderita dan diseksa itu!
Ayuh! Ini bukan perjuangan rakyat Palestin sahaja! Ini bukan perjuangan badan-badan bukan kerajaan yang ditubuhkan khas untuk kebajikan rakyat Palestin sahaja! Bukan! Ini perjuangan ummah! Ini perjuangan mempertahankan aqidah! Dan perjuangan ini tidak akan selesai selagi tanah-tanah air yang punya manusia yang mengucapkan 'La ilaha illallah' tidak bebas dari cengkaman kuffar!
(Banyak betul tanda seru! Ahah! Peluh kecil.)
[Kredit] |
One, two, three, four,
Occupation no more!
Five, six, seven eight,
We don't want a Zionist state!
One, two, three, four,
We don't want your bloody war!
Five, six, seven, eight,
Stop the killing, stop the hate!
Palestinians don't you cry,
We will never let you die!
Allahu Akbar! Allahu musta'an!
-gabbana-
Jom ikhwah sertai perhimpunan ini beramai-ramai! Orang dari Kuantan pon sanggup turun padang untuk perhimpunan ini (Ini untuk anda, @MHaniffMNassir! Eheh.) Saya rindukan untuk bertemu anda semua di sana! Ayuh? Senyum besar.
10 Caci Maki Puji Muji:
Inche Gabbana lelaki Melayu terakhir yg sgttt manis. Sweet je ;)
saya sedeh dan kecewa melampau terlampau.. saya kat mesir..dua2 saya tak ley join... saya bole tengok gambar kat fesbuk je. buat la kat mesir pulak..~ TT_TT
iAllah jika Allah izin kan kami gbungan uitm DAN uia akn mmbuat flashmob disana :)
FKE UITM ;)
As-Salam
@duta, di Mesir pun ade juga:)
inshaAllah will be joining on behalf of org2 Miri. May Allah bless
subhanallah
kagum dgn kelantangan dan keberanian demo jihad seperti ini
teringin nak sertai dan merasai pengalaman demo sebegini dgn mengenakan busana muslimah moden dan secoles krim tabir suria pada wajah.insyaAllah
Jumpa di sana nanti ye. iAllah, kalau tiada halangan, saya bergerak dengan kontijen Kuantan. Oyeah. Semoga dipermudahkanNya. :)
Nota Kaki 1: Abang Tono tak dapat join. Ada ISK katanya. T____T
Nota Kaki 2: Saya pakai baju bertemakan Palestin. Berjenamakan Brotherhood. Sokong produk ikhwah ^____^"
x dapat join sbb ade tamrin...hehe ^^
tpkan inche gabanna, ada Tun Mahathir di situ.
patutkan saya menghadirkan diri sebabnya dia pernah mengeluarkan kenyataan kurang manis tentang hudud.
besides, lepas dah tengok tentatif, banyak juga acara hiburan.
mohon pencerahan dan pembetulan.
A.M Sulaiman: maaf amik masa ntok re komen ni.
uhm, menarik soklan anda.
yg Tun M tu, rasanya dia tak dtg kot. Hanya recording dia la. kalau tak silap.
Takpelah, kita nilai dia berdasarkan mesej2 yg dia nak bawak dan usaha2 dia ntok Palestin selama ni. iAllah he deserves some merits too.
Ntok hiburan tu.. hhhmmm.. datanglah dgn ruh dan semangat solidariti ntok Palestin. Bykkan solawat, takbir dan doa2 ntok rakyat palestin.
Bukan di bawah kuasa kita ntok tentukan perjalanan prog tu. Tapi tak bermakna, kalau kita hadiri, kita sokong sepenuhnya perjalanan prog.
sbb tu sy cakap kita datang dgn ruh dan semangat rakyat Palestin. sbb sy lihat kebaikan dan maslahat ntok kita hadiri lebih besar daripada mudharat yg ada..
Allahu a'lam. harap menjawab. moga allah redha dgn pemergian kita nnt, biidznillah.
It is the best time to make some plans for the future and
it's time to be happy. I've read this post and if I could I want to suggest you
few interesting things or tips. Maybe you can write next articles referring to this article.
I desire to read even more things about
it!
Also visit my site - golden virginia tobacco
Post a Comment