23 January 2012

Riadhah Otak Di Malam Ahad #11

Iklan ini pasti akan membuatkan air mata jantan dan betina anda bercucuran seperti air terjun Niagara. Kalau tidak pon, pastilah akan berair mata anda ibaratnya baru lepas menumis bawang. Kalau itu pon tidak, silalah perbanyakkan baca al-Quran dan berzikir kerana sudah separuh konpem yang hati anda keras. Wahahaha..

Sila henjoy sebelum membaca komen dan ulasan saya di bawah nanti. 


Bagaimana..? Masih mahu mengawal kemachoaan anda itu..? Sudahlah. Sekali-sekala menangis apa salahnya. Dah dah, pergilah masuk stor dan menangis puas-puas. Tepuk bahu. Hihihi...

Sumpah tacing bukan..? Tadi sedang syok-syok menonton, tiba-tiba mata menjadi kabur dan tidak berapa terang. Air mata mencurah-curah yang membanjiri kornea dan retina menyebabkan sukar untuk saya fokus. Wahahaha..

Bahagian yang paling tacing dan menyentuh jiwa raga pada saya adalah bahagian si ayah mendukung, malah menyeret anaknya untuk melatihnya berjalan. Walaupon tampaknya seolah-olah kasar, tetapi yang pasti si ayah bertindak sedemikian tidak lain adalah kerana kasih dan sayangnya ditambah pula dengan rasa empati tahap moksya kepada anak lelakinya itu. Dan pastinya rasa bersalah kerana menghalau anaknya (walaupon err, in a way, anaknya deserve juga layanan sebegitu.. Hohoh..) menyebabkan si ayah lebih bertekad untuk melihat anaknya dapat berjalan semula. 

Kasih-sayang seorang ayah (atau ibu, for that matter) yang telus dan ikhlas, sememangnya adalah satu manifestasi kasih-sayang dan chenta yang agung dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa sekali pon.  

Kecuali..

Kecuali..

Kecuali kasih-sayang dan chenta Allah kepada kita. Yang itu memang tahap altimet, gaban dan Mahadewa Kaiou; kasih-sayang dan chenta Allah kepada hamba-hambaNya adalah lebih lagi daripada kasih seorang ibu atau ayah yang paling penyayang di seluruh galaksi Bimasakti ini. Sumpah. Tak tipu. 

Maka suka saya kaitkan video tadi dengan kasih-sayang Allah yang tidak terfikir oleh logik akal sebenarnya, terhadap kita manusia, hamba hina yang penuh dengan dosa dan noda. 

Meskipon kita ini lebih sering ingkar daripada taat, lebih banyak buat dosa daripada pahala dan lebih banyak maksiat daripada amalan soleh dan kebaikan.... Allah tetap mengasihi dan menyayangi kita. Allah bimbing dan tunjukkan kita jalan.

Buktinya? Setiap kali kita lewat menunaikan solat, dia masih bekalkan kita dengan oksigen, free of charge. Setiap kali tubuh badan kita melakukan maksiat, dia tidak pernah patahkan atau hilangkan anggota badan yang terlibat. Setiap kali mulut kita mencarut atau mengumpat, tidak pernah dia bakar lidah kita trang tang tang di situ juga. 

Nak sebut satu-persatu nikmat Allah..? Memang tak dapat. Nak sebut satu-persatu dosa dan maksiat yang kita lakukan..? Allah.. Malu. MALU...!! 

Dan anda tahu apa yang lebih hoyeaahh dan walawehhh..?? Di sebalik dosa dan noda yang kita lakukan tanpa segan silu itu, Dia masih beri masa kepada kita untuk bertaubat. Jarang sekali kita dimatikan sejurus kita melakukan maksiat bukan..? Nau'dzubillah.. Kerana apa..? Kerana Dia mahu kita bermuhasabah, berfikir dan setelah itu, bertaubat dan kembali kepadaNya.

Kerana sesungguhnya hamba yang paling dichentaiNya adalah mereka yang setelah melakukan dosa dan noda, bertaubat dengan sesungguhnya dan berlari-lari, bersegera untuk kembali kepadaNya.

Dan tidak cukup dengan itu, Dia bimbing dan tunjukkan pula kita jalan keluar daripada dunia yang penuh dengan lumpur jahiliyah ini. Bagaimana..? Melalui ayat-ayat chentaNya. Dia dampingkan kita dengan rakan-rakan yang mahukan kebaikan. Dia sentuh hati kita dengan cara-cara yang kita tidak sangkai. Dia gegarkan jiwa kita dengan panggilan dan seruan chentaNya.

Allah..

Kasihnya Kau pada kami, sedangkan kami sering lupa kepadaMu.

Chentanya Kau pada kami, meskipon kami amat jarang membaca dan menghayati surat-surat chentaMu.

Rindunya Kau pada kami, walhal kami selalu lalai, tidak pernah mahu mengingatiMu..

Air mata mengalir laju.

Terima kasih Allah, kerana masih beri peluang kepada kami untuk kembali kepadaMu.

Terima kasih Allah, kerana masih sayang dan chenta kepada kami.

Dan terima kasih Allah, kerana masih beri kami ruang untuk kembali menchentaiMu.

Ya Allah. Aku ingin benar berchenta denganMu. Maka terimalah chentaku yang hina, lemah dan marhaen ini.. 

-gabbana-

Ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan para pembaca yang berbangsa Cina, walaupon, err, kebarangkalian anda untuk membaca belog ini ibaratnya adalah seperti mengira ketinggian Menara Berkembar KLCC dengan sebatang pembaris tiga puluh sentimeter. Wahahaha. Eh.

7 Caci Maki Puji Muji:

anaakhawat 23/01/2012, 06:45  

ya sangat touching.. thanks for the reminder.
b4 this ana follow tapi tak baca betul2 pun apa yg ditulis. coz sebelum ini , ana ada persepsi sendiri kpd blog ni. tapi ana keep baca untuk , menghiburkan hati.. krn kata2 nta yang macam2 irama dan lagu tu. tapi selepas baca ikhwah nakal, baru ana rasa blog ini selari dengan aura dan wavelength ana. so ana keep on baca and appriciate it..

keeppa gud work akhi !

cipansakti 23/01/2012, 08:15  

huwaaaaa...!!! [T___T]

marilah.. marilah kita semua menchentai Allah...! kerana hanya Dia sajalah yang selayaknya dichentai!

p/s: tak tengokpon bidio tu.. bahahahh.. takut tertacing.. :DDD

alia farhah 23/01/2012, 13:04  

salam. even video tuk raya cina tp blh menjadi pengajaran yg ckup besar tuk semua org. org selalu lupa pd kasih ayah. mungkin kita patut lebihkan ibu tp kasih ayah jgn dilupakan. innallaha man'ana.
bely much gud job :)

Ghb 23/01/2012, 16:45  

Huuhuu.. Bsjet takkan nangis... Tapi hujan jugak dlm library ni!

Allah.. Allah..
Moga dlm kesempitan sisa2 usia ini, Dia ampuni dosa kita.

azie ash 24/01/2012, 12:44  

rindu,,rindu untuk mmpunyai keluarga ...sgt touching,sob sob sob ,,,

saya yang minta pendapat anda itu hari 25/01/2012, 00:14  

saya harap cinta saya semakin kuat pada Dia

dan supaya encik pengarang-jantung saya pun jatuh cinta semula denganNya.

priya verma 26/01/2012, 01:40  

so touching like hindi love movie

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP