Hari Ini Hari Keosemness
Seperti yang sudah bergelen-gelen air liur dihamburkan, seperti yang diwar-warkan, hari ini adalah hari terakhir untuk sebarang penyertaan Pertandingan Video Osem APG '11.
Tarikh tutup yang rasmi adalah
11.59 malam 15 Disember 2011 waktu Malaysia
Sebarang penyertaan, walau seminit tiga puluh empat saat selepas itu, TIDAK akan diterima. Sila cuba lagi tahun hadapan. Wahahaha..
Mulai esok, saya akan siarkan semua video yang dihantar mengikut kumpulan. Dengan itu saya mohon semua peserta untuk awamkan video-video anda selepas jam 12 malam ini. Ala-ala hikayat Cinderella gitu. Eh. Alternatifnya, anda juga boleh menonton semua video penyertaan di siaran angelpakaigucci di YouTube. Tapi sila jangan tamak mahu menonton kesemua video dalam satu-satu masa tahu..?
Selepas habis semua video dipertontonkan, akan bermulalah upacara penghakiman juri-juri awam oleh semua pembaca APG. Lima video yang mendapat undian tertinggi kemudiannya akan dihakimi secara professional pula oleh para hakim spesel yang telah dipilih.
Kemudian tiga pemenang utama akan dipilih dan berlakulah penyerahan cek replika gajah hadiah wang tunai dan penghargaan kepada para pemenang. Lima video tadi juga akan dipamerkan di belog APG selama satu bulan lamanya.
Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, semua video yang dihantar akan menjadi hak milik sepenuhnya APG tanpa menidakkan kredit kepada anda yang telah menghasilkannya. Dengan itu juga, selepas jam 12 malam ini, sesiapa sahaja boleh menggunakan video yang dihantar ke pertandingan ini sesuka-suki hati tanpa perlu berasa risau akan disaman oleh mana-mana pihak berwajib.
Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, semua video yang dihantar akan menjadi hak milik sepenuhnya APG tanpa menidakkan kredit kepada anda yang telah menghasilkannya. Dengan itu juga, selepas jam 12 malam ini, sesiapa sahaja boleh menggunakan video yang dihantar ke pertandingan ini sesuka-suki hati tanpa perlu berasa risau akan disaman oleh mana-mana pihak berwajib.
Melihat kembali ke belakang, saya tidak pernah menyangkakan pertandingan ini akan mendapat sambutan yang begitu hangat, lebih hebat daripada sambutan terhadap ikan paus goreng tepung. Err.. Jujurnya, di awal-awal pertandingan ini, saya sendiri agak skeptikal dan merasakan, sekiranya dapat sepuluh penyertaan pon dah kira rekod dah tu. Bermula dengan idea kecil dan gila-gila untuk menggalakkan lebih banyak penghasilan video-video osem berunsurkan keagamaan, saya fikir tidak ramai yang akan teruja dan berminat untuk menyertainya.
Tetapi saya silap. Alhamdulillah, sehingga post ini ditulis, sudah ada dua puluh sembilan penyertaan kesemuanya dan saya jamin, akan ada lagi yang akan dihantar sebelum tarikh tutup pada malam ini. Saya juga boleh jamin pertandingan akan menjadi amat sengit. Bukan sedikit penyertaan yang dihantar berkualiti tinggi lagi bermutu sejak azali. Memang sumpah mengagumkan..!
Insha-Allah, sekiranya diizinkanNya, pertandingan ini akan menjadi acara tahunan untuk mengumpulkan video-video dakwah dan tarbiyyah yang bukan sahaja berkualiti, malah dapat memberi impak yang besar lagi positif kepada anda semua. Hasil daripada penganjuran kali pertama ini, Insa-Allah saya menjangkakan pengajuran yang lebih baik dapat dilaksanakan di tahun-tahun hadapan. Doa-doakan.
Kepada anda yang terlibat, sama ada secara langsung (menghantar penyertaan, tolong berlakon video promosi APG, dan lain-lain) atau tidak (memberi sokongan sepnuh jiwa raga, tolong kicaukan untuk pujuk Puan Wardina jadi hakim dan lain-lain) tiada kata yang dapat saya ungkapkan melainkan jazakumullahu khairan katheera. Hanya Allah dan Allah sahajalah yang bisa membalas kebaikan dan jasa-jasa anda semua.
Moga Allah redha dan chenta dengan usaha-usaha kecil dan marhaen kita ini dalam usaha untuk memartabatkan lagi Islam di muka bumi. Moga di akhirat nanti, ketika menghadapNya di mahkamah keadilan, kita bisa menjadikan ini sebagai salah satu daripada banyak hujah untuk menyelamatkan diri kita daripada azab seksa api neraknya. Biidznillah..
Anda tahu apa yang paling osem dengan Pertandingan Video Osem APG' 11 ini..? Ya, andalah. Anda semua, para pembaca APG sekalian. Tanpa anda, keosemness ini tidak mungkin menjadi kenyataan. Anda semua sumpah osem!
Aman.
-gabbana-
10 Caci Maki Puji Muji:
sy x berjaya siapkan video tu. no idea at all. rasa sedih utk diri sndiri. erghhh.. :(
kami brjaya shooting. nmun x smpat mngedit inche G. sobs3~ insyaallah tahun depan kami masuk lagi!!
yes..please make it as an annual competition.
jOrdanian nak buat jugak.tp x sempat :(
harap nanti boleh compile semua dalam satu playlist youtube. Suka la saya tonton homemade video ni. Ramai yang berbakat dengan idea tersendiri masing-masing. Insya-Allah tahun depan ingin juga saya sertainya.
Tahniah kerana menganjurkan pertandingan yang hebat ini!
Ikhwah jepun beku idea dan juga tenaga sempena musim sejuk ni..bile video2 osem yang lain dah kluar baru masing2 kepanasan..tapi dah terlambat.....
Dan pukul doblas! Dah pukol doblas! Wee.
x sbr nk tgk vdeo2 tue..anyway,congrate en gabbana utk cara dakwah yg bnr2 awesome^^may Allah grant u with success dunia n akhirat:)
alhmdulillah.
osemla kalu camni Inche G.
moga usahausaha mantapkan Islam terus osem!
*cadangan - antara tema utk taun dpn, Osemnya jika hudud dijalankan.
cam best.
supaya masalah kekeliruan pasal hukum allah, hudud nih tak membengkak.
tapi, dirawat dgn medium yg bijaksana.
sekian.
Thanks Encik Gabbana dan pembikin2 video2 ni! Sayang you loads! Dapat gak banyak lagi bahan untuk membakar / menyentap / menzasskan / menge-tear-ingkan diri/mad'u! :)
Post a Comment