Bila Mahu Kahwin..?
Soalan yang bukan sahaja panas, tapi hampir-hampir membuatkan telinga saya bernanah mendengarnya.
Bila mahu kahwin Inche gabbana..? (Err. Ya betul, saya masih bujang. Terlajak.)
Tertekan. Sumpah. Hampir ke mana-mana sahaja yang saya pergi, soalan ini pasti akan ditanya. Dan yang menariknya, yang bertanya tidak kira usia dan latar belakang. Baik tua atau muda, jantan atau betina. Semuanya begitu berminat mahu mengetahui bilakah saya akan mendirikan rumah eskalator. Eh. Rumah tangga.
Pernah sekali ketika menyertai sebuah program berbentuk ruhiyy (Baca: Kejiwaan) di sebuah tempat yang dirahsiakan namanya, wahai, saya terasa begitu janggal dan terasing kerana golongan seperti saya ini (Baca: Bujang terlajak) adalah golongan yang minoriti. Dan ditakdirkan seorang lagi rakan bujang yang selalunya bersama-sama saya tidak dapat hadir ke program tersebut. Maka haruslah saya yang menjadi sasaran serangan bom tangan, mesingan dan juga sumpit beracun. Setiap kali topik Baitul Muslim atau tarbiyyah keluarga keluar, pastilah saya yang menjadi bahan usikan. Terpaksalah saya tersenyum kambing gurun seorang-seorang.
Sehinggakan di akhir program, terpacul di mulut saya:
"Ustaz, lepas ni ana dah tak nak datang la prog ABC ni. Asyik-asyik ana je yang kena!"
Berseloroh. Senyum tawar.
Malah di opis tempat saya bekerja, ramai yang tidak percaya yang saya tidak mempunyai pasangan atau sedang bertemujanji dengan sesiapa. Bagi mereka, itu satu perkara mustahil untuk seorang lelaki panaaassss seperti saya. *koff koff strepsils koff koff* Ehem ehem. Semalam seorang setiausaha dari jabatan lain datang berjumpa saya. Katanya, ada peminat gelap yang mahu menjadikan saya sebagai anak menantunya. Terjegil biji mata.
Bertambah kritikal apabila sudah menginjak usia, err, XY tahun ini, semakin ramai rakan-rakan sebaya yang menamatkan zaman bujang mereka. Belum dikira junior beberapa tahun yang tampaknya sudah lebih maju dan jauh ke depan daripada saya. Baru-baru ini ketika seorang rakan menjemput saya untuk datang ke majlis walimatulurusnya, secara jujurnya saya separuh terkejut kerana di Sekolah Bintang dahulu, perwatakannya adalah sedikit kekanak-kanakan dan tubuh badannya yang kecil menjadikan dirinya seperti adik kepada rakan-rakan lain. Separuh lagi tidak terkejut kerana yalah, di usia ini, memang normallah untuk berkahwin.
Saya menulis di laman perkahwinan MukaBukunya:
"Barakallahu lakuma! Weyy mana acciii kau langkah bendull..! Haha.. Congratz bro..! ;D"
Buat-buat ceria padahal peluh besar mengalir laju.
Belum lagi dikira kegilaan dan keterujaan saya kepada kanak-kana pipi tembam gemuk-gemuk kiut miut nak mati heyyy! Err. Selalunya anak-anak ikhwah la yang menjadi mangsa kerakusan saya mencubit dan mencium mereka di konferens-konferens riang yang saya sertai. Kasihan. Ketika ini jugalah ikhwah mengambil kesempatan untuk mengenakan saya.
"Uish, ada gaya la! Bila lagi..??"
"Ha, bila pulak nak ada anak sendiri..?"
"Dah nak sampai masa dah tu. Alhamdulillah, mabbrrroookk akhi...!"
Adeh.
Seorang akh yang juga bujang, datang dengan solusi yang agak khalakar.
"Ana memang dah nak kahwin dah wiken ni. Tapi ada daurah kan, so terpaksa tangguh dulu..."
Semat bukan..? Pipi kemerah-merahan, peluh penuh di dahi.
Dah tu Inche gabbana, awat liat sangat hang nak berbini..?? Awqat keteqaq sangat nih...??
Tu dia.
Kalau anda mahukan jawapan jujur daripada saya, entahlah. Saya pon tidak tahu mengapa saya masih belum menaiki tangga seterusnya. Jawapan mudahnya sudah tentulah semuanya adalah perancangan Allah. Jodoh pertemuan di tangan Tuhaaaann. Simptom-simptom penafian. Escapism.
Malah kalau anda perasan, amat jarang sekali saya menulis isu ini. Mungkin inilah yang pertama. Dan err, tidak mustahil yang terakhir. Pertamanya kerana saya merasakan diri saya amat tidak layak untuk membicarakannya. Mana mungkin seseorang yang tidak pernah merasa keenakan atau keunikan kuih puteri berendam, mahu berbicara tentang keistimewaannya bukan..?
Sehinggakan apabila hadek-hadek mengusik saya, tiada jawapan yang dapat saya berikan melainkan "Insha-Allah, Amin!." Wahahaha.. Gelak simpati. Dan kadang-kadang hadek-hadek ini yang menjadi mangsa. Setiap kali mereka berseloroh tentang Baitul Muslim ini, mereka akan cepat saya bakar dan panggang hidup-hidup. Hohoho.. Pada saya, tiada faedahnya mereka berbicara tentang hal ini kerana amat sukar untuk membayangkan perbincangan sebegitu akan membuahkan amal yang muntij.
Pelik sungguh anda ni Inche gabbana. Apa anda ni malaikatkah, tidak punya nafsu dan impian untuk mendirikan rumah tangga..??
Uish. Hakikatnya, saya adalah seorang manusia biasa. Lelaki pula tu. Sudah tentu nalurikejantanan kelelakian saya mendesak bertubi-tubi untuk saya dirikan rumah tangga dengan segera.
Malah kalau anda perasan, amat jarang sekali saya menulis isu ini. Mungkin inilah yang pertama. Dan err, tidak mustahil yang terakhir. Pertamanya kerana saya merasakan diri saya amat tidak layak untuk membicarakannya. Mana mungkin seseorang yang tidak pernah merasa keenakan atau keunikan kuih puteri berendam, mahu berbicara tentang keistimewaannya bukan..?
Sehinggakan apabila hadek-hadek mengusik saya, tiada jawapan yang dapat saya berikan melainkan "Insha-Allah, Amin!." Wahahaha.. Gelak simpati. Dan kadang-kadang hadek-hadek ini yang menjadi mangsa. Setiap kali mereka berseloroh tentang Baitul Muslim ini, mereka akan cepat saya bakar dan panggang hidup-hidup. Hohoho.. Pada saya, tiada faedahnya mereka berbicara tentang hal ini kerana amat sukar untuk membayangkan perbincangan sebegitu akan membuahkan amal yang muntij.
Apa ke payah benar nak naik tangga yang satu lagi itu..? Adeh. [Kredit] |
Pelik sungguh anda ni Inche gabbana. Apa anda ni malaikatkah, tidak punya nafsu dan impian untuk mendirikan rumah tangga..??
Uish. Hakikatnya, saya adalah seorang manusia biasa. Lelaki pula tu. Sudah tentu naluri
Kerana saya bukannya gay. Kalau saya gay sudah tentu saya tidak punya keinginan untuk mendirikan rumah tangga seperti manusia biasa yang lainnya. Tetapi saya bukan gay maka saya ingin mendirikan rumah tangga seperti manusia biasa yang lainnya. Hoh.
Cik Adik Perempuan juga sudah berkali-kali mengajukan persoalan yang sama. Bilakah dia dapat bermain dengan anak-anak saudara yang comel gebu-gebu..? Peluh. Mujurlah Puan Mama dan Inche Papa jenis yang tidak berapa kisah orangnya. Tidak pernah mereka memaksa saya untuk mendirikan rumah tangga. Mereka memberikan kebebasan penuh kepada saya untuk membuat keputusan. Puan Mama pernah juga kadangkala bertanya sama ada saya mempunyai gelpren atau tidak. Dan pernah juga menawarkan khidmat untuk mencarikan calon bakal menantu. Pandang kiri, pandang kanan. Err, saya...?

Saya tahu, tidak kurang ikhwah yang pelik, malah geram mungkin, mengapa saya masih belum lagi berbaitul Muslim. Sukar untuk saya jelaskan. Mereka menyangka saya sengaja melengah-lengahkan tindakan yang super penting itu. Mereka fikir saya memandang enteng dengan kepentingan untuk berkahwin dengan segera. Mereka sangka saya tak nak kahwin!
Bukan begitu.
Pengalaman ditarbiyyah di London mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi siapa diri saya sekarang ini. London, berbeza dengan kawasan-kawasan lain mungkin. Isu perkahwinan jarang sekali dikeutarakan. Fokus utama adalah memancing, menangkap dan mentarbiyyah hadek-hadek. Banyak kerja lain yang perlu diuruskan. London memerlukan penggerak-penggerak yang komited. Tiada masa untuk memikirkan perkara-perkara lain.... Sehinggakan soal berbaitul Muslim ini dibiarkan seperti duit syiling sepulosen di tepi jalan.
Ketika orang lain sibuk berbincang tentang kahwin, faedah berbaitul Muslim, bla bla bla.. Kami sibuk berbincang tentang gerak kerja, program-program yang mahu diuruskan, perkembangan adik-adik... Begitu sibuk dan rancak membincangkan isu-isu penyusunan tenaga dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan isu berbaitul Muslim ini dilihat sebagai isu sekunder, malah tertier mungkin. Tidak penting. Bukan awlawiyat untuk dibincangkan.
Masalahnya adalah apabila kami mula diracuni dengan pemikiran bahawa dengan berkahwin itu akan melambatkan dakwah. Akan menyukarkan kerja-kerja dakwah. Sehinggakan apabila ada ikhwah yang berbicara tentang isu Baitul Muslim ini, kami mencebik, menjuih bibir tanda tidak setuju dan memandang rendah pada mereka ini. Kerana kami merasakan perkahwinan di saat itu adalah tidak produktif untuk dakwah.
Allahu Allah. Betapa entengnya pemikiran kami ketika itu. Betapa mudahnya kami memandang rendah pada ikhwah kami sendiri, hanya semata-mata mereka memenuhi kehendak kemanusiaan mereka! Astaghfirullah...
Tetapi pada belah duit syiling yang satu lagi, saya faham benar mengapa kami mengambil pendekatan sebegitu rupa. Baitul Muslim bukan perkara main-main. Baitul Muslim adalah perkara yang sumpah seriyes. Anda mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang manusia lain yang berlainan jantina, yang amat berbeza perangai dan karakternya mungkin. Dan itu adalah suatu pertaruhan yang amat tinggi risikonya.
Dan kita sedang membicarakan soal Baitul Muslim, dan bukannya perkahwinan yang biasa-biasa. Ia adalah penyatuan dua jiwa yang sefikrah; menggabungkan dua penggerak dakwah yang sama-sama mahu mengejar aspirasi agung dalam menggapai keredhaanNya yang hakiki. Sayugia tanggungjawab dan amanah yang datang bersamanya juga lebih besar dan berat, lebih berat daripada bapak beruang polar di Antartika.
Seorang suami dalam Baitul Muslim tidak boleh tidak, bertanggungjawab bukan sahaja memastikan dirinya kekal tsabat setelah berkahwin, malah wajib pula memastikan tarbiyyah pasangan dan anak-anaknya nanti juga terbela dan terjaga. Waduh-waduh, ini kerja beraaaattt dong! Makanya, seorang akh itu perlu betul-betul bersedia sebelum melangkah ke alam yang penuh mencabar itu. Of koslah, kalau nak tunggu sampai benar-benar sempurna dari segi persediaan, alamatnya sampai ke kubur pon tak merasalah melalui gerbang perkahwinan.
Tetapi cukup bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan mehnah dalam perkahwinan. Kerana berkahwin itu tidak semudah memakan biskut rangup lagi lazat famous Amos itu. Tidak. Anda bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang insan yang kemungkinan besar akan kekal bersama anda sebagai isteri yang setia sehingga ke akhirnya! Seorang itu sahaja sepanjang hayat. Sudah pasti besar dan berat ujiannya!
Firman Allah:
Seperti yang pernah saya nukilkan di dalam post 'Pesanan Bergaya Buat Ikhwah', seorang ustaz pernah mencabar kami bahawasanya dia tidak akan respek dengan ikhwah selagi mana mereka tidak melalui dua jenis ujian; ujian pekerjaan dan ujian perkahwinan. Da seorang akh yang sudah beranak-pinak menambah satu lagi jenis ujian ke dalam senarai tersebut; ujian anak-anak.
Takut betul saya, sekiranya saya akan tersungkur jatuh dengan ujian-ujian ini. Ya saya mungkin sudah berjaya melalui ujian pekerjaan. Tetapi tiada siapa tahu sama ada saya sudah benar-benar bersedia dengan baju besi, pedang dan perisai saya untuk menghadapi dua lagi ujian itu, yang pastinya lebih mencabar dan membotakkan kepala..! Wahai!
Selain itu, mendengar pengalaman pahit tak berapa manis ikhwah akhawat yang telah berkahwin menjadikan diri ini sedikit fobia untuk melangkah ke alam baru itu. Siapa sangka, perkahwinan dua insan yang sama-sama berjuang dan berkorban untuk perkara yang sama, rupa-rupanya tidak dapat lari daripada badai dan ombak ganas berumah tangga.
Sehinggakan terkadang terlintas di dalam hati, "Inikah hasil perkahwinan ikhwah dan akhawat...?" Astaghfirullah.. Maafkan kedangkalan saya itu. Saya ingatkan, perkahwinan ikhwah dan akhawat pastinya sempurna; bebas daripada masalah-masalah remeh yang sering melanda perkahwinan keluarga lain. Saya terlupa satu fakta yang terlalu amat asas; ikhwah dan akhawat juga manusia.
Selain itu, pengalaman hitam legam, lebih pekat dari kegelapan malam di masa lalu, turut menghantui diri sehingga ke hari ini. Lumpur-lumpur maksiat masih segar dalam ingatan. Maka terasa begitu zalim dan hina untuk mendirikan rumah tangga; terasa tidak layak untuk menikah dengan seorang wanita yang pastinya jauh lebih mulia dan suci daripada diri ini. Setiap kali terfikir hasrat untuk berkahwin, hasrat tersebut amat mudah dipatahkan dengan kisah-kisah silam yang lalu.
Tertunduk malu penuh keinsafan.
Dan ada beberapa lagi perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum membuat keputusan yang maha penting ini. Maaf tidak dapat saya kongsikan di sini. Bukan memberi alasan, cuma ini keputusan yang cukup penting dan besar. Saya tidak mahu membuat keputusan yang gopoh dan terburu-buru, yang akan saya sesali kelak.
Kepada ikhwah yang mengenali diri ini, percayalah, saya mahu berbaitul Muslim. Doakan agar Allah permudahkan urusan saya, biidznillah. Doakan agar Allah tanamkan keyakinan kepada diri saya untuk melangkah ke alam yang penuh misteri ini. Doakan agar Allah akan pertemukan saya dengan ketua bidadari syurga saya, yang akan berpimpinan tangan bersama-sama melangkah masuk ke dalam sorgaNya yang hakiki. Fulamaweh.
Seperti yang saya katakan, saya juga seorang lelaki normal yang cukup sifat-sifatnya. Tambahan pula, hanya dengan berbaitul Muslimlah akan lengkap separuh daripada agama saya. Dan bukankah mereka yang memilih untuk tidak berkahwin dengan sengaja, mereka itu bukan di kalangan umat Nabi Muhammad SAW..? Gulp. Jadi, kena kahwin.
...kalau tak dapat seideal yang dia nak di dunia, nanti claim dengan Allah kat syurga insyaAllah."
Sunggu osem bukan..? Insha-Allah akan saya genggam kemas nasihat dan panduan ini.
"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan pasangan yang solehah. Kau pertemukanlah aku dengan isteri yang dapat sama-sama berjuang di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kau satukanlah hati aku dengan insan yang dapat berpimpinan denganku ke syurgaMu yang kekal abadi...!"
Mahukah saya berkahwin? Of kos, sudah tentu. Bila mahu kahwin..? Entah. Angkat bahu, senyum kenyit mata.
-gabbana-

Keluarga yang bahagia pastinya diketuai oleh ketua yang mantap dan bergaya bukan..? [Kredit] |
Seorang suami dalam Baitul Muslim tidak boleh tidak, bertanggungjawab bukan sahaja memastikan dirinya kekal tsabat setelah berkahwin, malah wajib pula memastikan tarbiyyah pasangan dan anak-anaknya nanti juga terbela dan terjaga. Waduh-waduh, ini kerja beraaaattt dong! Makanya, seorang akh itu perlu betul-betul bersedia sebelum melangkah ke alam yang penuh mencabar itu. Of koslah, kalau nak tunggu sampai benar-benar sempurna dari segi persediaan, alamatnya sampai ke kubur pon tak merasalah melalui gerbang perkahwinan.
Tetapi cukup bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan mehnah dalam perkahwinan. Kerana berkahwin itu tidak semudah memakan biskut rangup lagi lazat famous Amos itu. Tidak. Anda bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang insan yang kemungkinan besar akan kekal bersama anda sebagai isteri yang setia sehingga ke akhirnya! Seorang itu sahaja sepanjang hayat. Sudah pasti besar dan berat ujiannya!
Firman Allah:
"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"
[ali-Imraan, 3:14]
Seperti yang pernah saya nukilkan di dalam post 'Pesanan Bergaya Buat Ikhwah', seorang ustaz pernah mencabar kami bahawasanya dia tidak akan respek dengan ikhwah selagi mana mereka tidak melalui dua jenis ujian; ujian pekerjaan dan ujian perkahwinan. Da seorang akh yang sudah beranak-pinak menambah satu lagi jenis ujian ke dalam senarai tersebut; ujian anak-anak.
Takut betul saya, sekiranya saya akan tersungkur jatuh dengan ujian-ujian ini. Ya saya mungkin sudah berjaya melalui ujian pekerjaan. Tetapi tiada siapa tahu sama ada saya sudah benar-benar bersedia dengan baju besi, pedang dan perisai saya untuk menghadapi dua lagi ujian itu, yang pastinya lebih mencabar dan membotakkan kepala..! Wahai!
Selain itu, mendengar pengalaman pahit tak berapa manis ikhwah akhawat yang telah berkahwin menjadikan diri ini sedikit fobia untuk melangkah ke alam baru itu. Siapa sangka, perkahwinan dua insan yang sama-sama berjuang dan berkorban untuk perkara yang sama, rupa-rupanya tidak dapat lari daripada badai dan ombak ganas berumah tangga.
Sehinggakan terkadang terlintas di dalam hati, "Inikah hasil perkahwinan ikhwah dan akhawat...?" Astaghfirullah.. Maafkan kedangkalan saya itu. Saya ingatkan, perkahwinan ikhwah dan akhawat pastinya sempurna; bebas daripada masalah-masalah remeh yang sering melanda perkahwinan keluarga lain. Saya terlupa satu fakta yang terlalu amat asas; ikhwah dan akhawat juga manusia.
Selain itu, pengalaman hitam legam, lebih pekat dari kegelapan malam di masa lalu, turut menghantui diri sehingga ke hari ini. Lumpur-lumpur maksiat masih segar dalam ingatan. Maka terasa begitu zalim dan hina untuk mendirikan rumah tangga; terasa tidak layak untuk menikah dengan seorang wanita yang pastinya jauh lebih mulia dan suci daripada diri ini. Setiap kali terfikir hasrat untuk berkahwin, hasrat tersebut amat mudah dipatahkan dengan kisah-kisah silam yang lalu.
Tertunduk malu penuh keinsafan.
Dan ada beberapa lagi perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum membuat keputusan yang maha penting ini. Maaf tidak dapat saya kongsikan di sini. Bukan memberi alasan, cuma ini keputusan yang cukup penting dan besar. Saya tidak mahu membuat keputusan yang gopoh dan terburu-buru, yang akan saya sesali kelak.
Kepada ikhwah yang mengenali diri ini, percayalah, saya mahu berbaitul Muslim. Doakan agar Allah permudahkan urusan saya, biidznillah. Doakan agar Allah tanamkan keyakinan kepada diri saya untuk melangkah ke alam yang penuh misteri ini. Doakan agar Allah akan pertemukan saya dengan ketua bidadari syurga saya, yang akan berpimpinan tangan bersama-sama melangkah masuk ke dalam sorgaNya yang hakiki. Fulamaweh.
Seperti yang saya katakan, saya juga seorang lelaki normal yang cukup sifat-sifatnya. Tambahan pula, hanya dengan berbaitul Muslimlah akan lengkap separuh daripada agama saya. Dan bukankah mereka yang memilih untuk tidak berkahwin dengan sengaja, mereka itu bukan di kalangan umat Nabi Muhammad SAW..? Gulp. Jadi, kena kahwin.
Mengambil iktibar dan ibrah daripada pesanan seorang akh Super Saiya tentang bab berbaitul Muslim ini:
"...kalau nak rasa ketenangan sebenar insyaAllah cubalah utamakan maslahah dakwah.. Yang lain akan setel insyaAllah.
Sunggu osem bukan..? Insha-Allah akan saya genggam kemas nasihat dan panduan ini.
Moga suatu hari nanti Allah izinkan saya untuk merasai nikmatnya berkeluarga. Insha-Allah! [Kredit] |
"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan pasangan yang solehah. Kau pertemukanlah aku dengan isteri yang dapat sama-sama berjuang di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kau satukanlah hati aku dengan insan yang dapat berpimpinan denganku ke syurgaMu yang kekal abadi...!"
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
[al-Furqan, 25:74]
Mahukah saya berkahwin? Of kos, sudah tentu. Bila mahu kahwin..? Entah. Angkat bahu, senyum kenyit mata.
-gabbana-
Penulisan ini adalah respon kepada 'Bila Lagi Akhi..?' Ece perasan pula di situ.
Saya hampir dapat konpemkan sembilan puluh lapan perpuluhan tujuh empat peratus yang ini adalah artikel yang pertama dan terakhir untuk tajuk Baitul Muslim ini. Sekian.
Saya hampir dapat konpemkan sembilan puluh lapan perpuluhan tujuh empat peratus yang ini adalah artikel yang pertama dan terakhir untuk tajuk Baitul Muslim ini. Sekian.
44 Caci Maki Puji Muji:
salam...
rse mcm cun je n3 ni...
tp kan sbnrnye mmg btol la yg akhi ckp...belom sampai masenye...bile da smpai mase, Allah beri lorong yg paling mudah...kalo skrg hati enta masih lg x leh trima, means bkn masenye lg...snyum saje bile org bertanye...like i always do =)
oke. anda buat saya terketawa sebentar, inche gabbana. hohoho~ =P
Sense of humor anda tinggi.
Dari sudut psikologi:
- Serik
- Terlebih berhati-hati
- Tidak jumpa pintu hati
- Memilih
- Berkenan tapi tak confident
- Tak berani nak approach
- Over confident dengan diri sendiri
Pilih ^_^
Dari sudut Alam dan Manusia:
- Kewangan belum kukuh
- Kerja belum stabil
- Banyak komitmen keluarga
Pilih ^_^
Dari sudut agama:
- Belum sampai masa nak bertemu
- Allah belum buka rahsia
- Jodoh sudah meninggal di dunia
Pilih ^_^
afiq k:: jangan tertawa plak. jom doakan ramai2. insyaAllah boleh. Chaiyok [encik gabbana] ^_^
Selalu dapat soalan yg sama n pelbagai jawapan kreatif automatik dalam kepala..dilema kita sama..sape tak ingin berkeluarga..sumpah jeles tahap dewa tgk org dapat dating cara halal tapi kita masih sendiri..bukan memilih tapi orang baik yang tak nak pilih kita :)
Sama2 kita doakan yg terbaik.inche gabbana lelaki baik..Mmg Allah dah sediakan perempuan baik dipenghujung pencarian..InsyaAllah
lelaki lagi lajak, lagi hot.
takpe bro !
setuju ngan inche gabbana..kahwin bukannya hanya indah sebab dpt pimpin tgn, ad org jaga etc...it's more than that...pernah kawan ckp kat ukhti ni, bila tiba2 ada akhi ajak nak khitbah x rasa ke dalam keadaan x sedia especially bila time masih study, first year lak tu, kawan2 duk cakap pasal jodoh, baru nk matang katakan, sebenarnya Allah nak bagi petunjuk tanpa tgu bersedia pun...applied to other eg pkai tudung ke..
yang pertamanya adalah agama..teringat kate2 seorang ulama' cendekia hisab yang hebat..huhu..memilih pasangan ni diumpamakan angka..katanya..kiranya yang dinginkan itu punyai agama n nak2 lagi kita ni seorang da'ie..maka kita boleh bagi angka 1 padanya..dan kiranya dia juga jelita, maka kita tambahkan '0' dibelakangnya dan akan menjadi 10..kemudian kiranya si dia baik keturunanya dan baik juga dari segi hartanya, kita tambahkan lagi '0' di belakang..dan ianya akan menjadi 100 dan 1000..banyak woo 1000..tapi~..sekiranya '1' di hadapan itu tiada..then, semua angka '0' tu x membawa erti apa2..huhu..selamat melangkah!!..(tengok kiri, tengok kanan..fiuhh~)ikhwah, pilihlah akhwat..n akhwt, terim..alah ikhwah yg telah menjadikan korang pilihannya..yosh!!
sama... umur pun dah meningkat tp msih lg bujang... soalan 'bila nak kahwin' tu adalah soalan wajib yang sudah lali dengan hidup. nak buat mcm mana.. jodoh masih belum ada...
Dah kahwin, dah ada baby, nanti dapat buat bulatan gembira sendiri:)
Haha~ *dush*
Biasa la tuh bro....teringat la suatu ketika dahulu...
Kitalah 'gol-min' dalam circle tersebut.
huhu~
"Utamakan yang awla [maslahat dakwah]. insyaAllah yang lain settle!"
Quoted!
smg berjumpa yang terbaik untuk anda. amin.
semoga cepat temu jodoh.aMEEN.....mane tau bile lps BM nanti,sifat panas baran tu makin cool?insya Allah :)
saya ada kawan2 muslimah yang osem... mau berkenalan dengan mereka? haha
hahaha..lawaklah ncik ni..gabbana..suke dgn cara penympaian ncik ni..insyaAllah semua dalam perancangan Allah..x lame da tuh~
in islam there's fear, but let's not forget hope :)
owh. ada jugak org yg takut nk bm mcm sy. so i am normal lah nih..sbb inche' gabbana pun begitu. ahaks.
salam inche gabana ;]
ana doakan anta akan bjumpa dgn ssorg yg dapat m-ukhuwahkan lagi hub anta dgn Maha Pencipta-NYA
dan
"Kalau cinta Allah diutamakan , keredhaan Ibu bapa didahulukan , insyaAllah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti "
syukran(",)
Ammar A n Afiq K, doakan bersama2 la ye :)
To inche gabbana : itu sangat menjelaskan segalanya. Haha =b
ok xpe...tarbiah serang jiwa biar pulun bertubi mesin gun....allah tetap bersama2...doa untuk saudara2 yang lain.....
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
keinginan unt berumahtangga dah ada...Insyaallah dipermudahkanNya..~~
nt jgn lupa jemput semua blogger ye..^^
tersengih sebentar.
semoga dapat berjumpa dengan "tulang rusuk" yang padan.
InsyaAllah.
btw,
alhamdulillah sbb akhirnya dpt jumpa blog yang santai dan menarik :)
assalamualaikum... jangan kahwin kerana nak menyamai keadaan sekitar tapi kahwin kerana nak mengimbangi kehidupan dakwah dan berkeluarga...
saya percaya sampai 1 tahap nanti, apabila awak rasa sudah mencapai apa yang awak nak, awak akan mula fikirkan tentang perkahwinan, tentang wanita yang akan digelar isteri dan tentang kehadiran permata-permata hati... awak pun tahu fitrah manusia untuk berkasih sayang serta menyambung zuriat keturunan...
dan jodoh itu memang ketentuan dari Allah tapi Dia kata berusaha... jadi, berusahalah ke arah tersebut walaupun sedikit/perlahan... insyaALLAH orang baik macam awak ini akan memperolehi jodoh yang baik juga...
btw, try lah baca buku bertajuk MISTERI JODOH... saya baca buku itu kerana terlalu misteri akan siapa jodoh saya... :)
Happy searching your "tulang rusuk"
mugkin boleh mintak borang kat naqib.. :)
Salam dik...,Ya Rahman.. Jika jodoh lelaki ini lambat ..cepatkanlah ya tuhanku,jika jauh dekatkanlah , mudah2an berikanlah jodoh yang terbaik di mata hati lelaki ini ,agar menjaga penenang hatinya dunia dan akhirat kelak..BERIKANLAH KEPADANYA DI SAAT DIA TELAH BERSEDIA...Amin2x...sMILE K Inche Gabbana yg OSEM....
Moga Allah menemukan jodoh terbaik buat mereka yang belum berkahwin... :)
moga Allah mudahkan urusan anta inche gabbana..amin
ALLAHUMMA AMEEN....... ^_^
Memetik kata penulis norhayati berahim, manusia boleh jatuh cinta dalam masa sesaat....tp, bg saya,mustahil cinta tanpa persahbatan....berckp ttg cinta, sgt menakutkansbnrnya walaupun usia saya sudah tua..hahahah..dulu, selalu stress dgn soalan2 bila nak nikah,tp skrg just brush it off dgn gelak2 n mintaj diaorg tlg doakan je....
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..dan sebaliknya... insyaALLAH. semoga bertemu jodoh yang baik.amin :)
biarlah apa orang nak kate. bile tibe mase. tempat dan orang yang sesuai pada pandangan Allah. pastinya masa berbaitul muslim itu akan tiba
yakin dengan perancangan Allah. senyum
assalam,,inche gabbana.wlupun ana msih muda dlm dakwah,ana agak,,opss mmg tertarik ponn dgn artikel2 inche..mabrook ya.
psst,moga btemu jodoh spt yg djanjikan Allah [[d-_-b]]gl!!!
Alhamdulillah dan terima kasih
try to set on your mind 'Allah beri apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita minta'..hanya Allah yang mengetahui keperluan hambaNya.
saya nak copy artikel ni di blog saya...:)
caliph07.blogspot.com
Insyaallah..akan sampai waktunya nanti..kalau tak sempat kahwin kat dunia ni..doakan mudah mudahan boleh kawin nga bidadari syurga atas sana.. semoga amalan bertambah seiring usia... Amin..
InsyaAllah akan dipermudahkan jika dah ada niat...
"Don't fall in love if only you are lonely, but when you are ready"
Yurp..masa lalu sometimes make me think that saye tak layak dpt suami yg baek..huh
Allah known de best
thumbs up inche gabbana..
Jodoh itu rahsia Allah..
Marilah persiapkan diri kita sebelum menuju ke lorong itu...Insya'Allah
p/s : baca post ni sambil senyum2 :)
heee cun post nie ! tapi mcm kenal je Sekolah Bintang tu. ehem. haha.
Assalamualaikum. pernah saya mendengar ungkapan " hidup bersama dengan orang yg kita cintai adalah satu nikmat, jika hidup bersama dengan bukan orang yg kita cintai itu adalah ujian ". ya. ujian betapa kita perlu redha dengan ketentuanNya. bila dah masok 20an. sy akui terasa pelik bila ada yg btnya soal perkahwinan. masih ada tanggungjawab yg belum selesai barangkali hinggakan sy tak terfikir soal ini. perlu mensolehahkan diri dulu. satu hal yg sy yakin. jodoh rahsia Allah. jodoh kalau bukan d dunia pasti d akhirat. tp mati itu tetap d dunia. jgn risau atau khuatir. yakin dgn Allah. Dia sedang merencana utk kita.
Wallahualam.
belum kawen2 lg after 2 years???
what are you waiting for, mannn!
uishhh2...stress..
I feel you inche gabbana....
Don't worry.sy ni lagilaa,perempuan...next year dh 40...pon lom kawin....jln hdp masing2 x sama....Allah lebih tahu mn yg terbaik utk kita Dan bile masenya...
Post a Comment