16 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil Titik Peluh #1

Saya tidak tahu sekiranya ada sebarang perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya ini. Tetapi terasa seperti saya mempunyai sayap pepatung yang membolehkan saya terbang dengan bergaya di udara. Dengan kata lain, saya berasa seperti di awang-awangan.

Mengapa..? Kerana ada lebih daripada tiga puluh lapan penyertaan untuk Pertandingan Video Osem APG '11 (Saya sedang menilai semula berapa sebenarnya video yang dihantar.. Senyum kelat sambil berpeluh kecil). Ini.. Ini.. Ini benar-benar di luar jangkauan saya. Dengan kata lain, ini sumpah oseeemmmm!

Baiklah, ini bukan platform untuk saya membebel panjang. Ini adalah ruang untuk saya tunaikan janji-janji saya dan akhirnya melegakan jiwa-jiwa anda yang resah gelisah, tak senang duduk dan terasa nak muntah darah. Wahahaha.. 

Tetapi sebelum itu, izinkan saya secara ringkas menerangkan bagaimanakah semua penyertaan video akan ditayangkan di belog ini dan bagaimana pula proses pengundian akan berlaku.

Setiap hari saya akan cuba Insha-Allah untuk menayangkan sekurang-kurangnya LIMA video penyertaan. Maka sekiranya semua berjalan lancar, tempoh tayangan perdana akan berlangsung selama seminggu atau TUJUH hari lamanya. Setiap penyertaan akan disertai dengan sinopsis ringkas dan butir-butir penyertaan (sekiranaya diberikan kepada saya). Urutan video yang disiarkan adalah mengikut giliran penghantaran, i.e. siapa yang hantar dahulu akan ditayangkan terlebih dahulu.

Selepas habis tempoh tayangan perdana, undian juri-juri awam akan dilakukan pula untuk tempoh seminggu lagi, sebelum diadili pula juri-juri professional yang arif lagi bijaksana. Saya juga akan menyediakan satu tab khas untuk menayangkan SEMUA video-video yang telah dihantar. Dan seperti yang saya sebut sebelum ini, sekiranya anda tidak sabar dan tamak haloba, anda bolehlah menonton semua video yang dihantar di siaran angelpakaigucci di Youtube. Geleng kepala urut dahi.

Dengan izin dan inayahNya, keputusan akhir pertandingan ini akan diumumkan pada 31 DISEMBER 2011. Hadiah tahun baru untuk anda semua. Senyum lebar-lebar.

Juga, anda sudah mula boleh menggunakan semua video yang dihantar untuk tujuan-tujuan kemaslahatan dan kehoyeeaahhan manusia sejagat  (pagi tadi menerima mesej pesanan ringkas daripada seorang akh, meminta izin untuk menggunakan video-video yang dihantar untuk konferens riangnya hujung minggu ini). Semoga usaha-usaha yang kecil ini akan mendapat keredhaanNya iAllah.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang terlibat secara langsung atau pon tidak dalam menjayakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini. Moga menjadi hujah kepada anda untuk berhadapan denganNya kelak, biidznillah.

Ikhwah akhawat, para pembaca budiman, Dato'-dato' Datin-datin, Tuan-tuan Puan-puan, hadek-hadek kakak-kakak habang-habang, semua makhluk yang menanti-nanti dengan penuh keterujaan..

Dengan penuh rasa rendah diri dan marhaen, izinkan saya untuk mempersembahkan hasil-hasil penyertaan Pertandingan Video Osem APG 2011. Terimalah...

 ***


Tukang Buat Video: Rabiah Al Adaweeyah
Nama Video: Cik Beah Osem - Tabarruj
Tema: Babai Jahiliyyah
Sinopsis: Video animasi yang bertemakan 'Babai Jahiliyyah' ini menceritakan tentang seorang gadis yang berhijrah daripada fesyen tabarruj kepada fesyen muslimah setelah melihat kesungguhan seorang muallaf di dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim.



Tukang Buat Video: Tukang Teropong
Nama Video: Pencarian
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
Sinopsis: Dalam hidup kita, kita selalu mencari-cari kebenaran. Apabila kita bersungguh-sungguh mencari, biasanya tuhan akan menunjukkan jawapan. Padahal jawapan sudah lama berada di depan mata, cuma kita sebelum itu tidak melihat dengan mata hati.



Tukang Buat Video: boinkboink03
Nama Video: Ini Cerita Saya
Tema: Kembara Mencari Redha Ilahi
Sinopsis: This is how I search for His Blessings..
 



Tukang Buat Video: Madmie
Nama Video: Syahadatul Haq - Penyaksian Terhadap Kebenaran
Tema: Syahadatul Haq
Sinopsis: Syahadatul Haq




Tukang Buat Video: creativeAUKY
Nama Video: Best Friend Til Jannah
Tema: Ukhuwwah Fillah Mata Bersinar-sinar
Sinopsis Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah. Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya.

***

Bagaimana..? Saya yakin ada yang sedang kembang-kempis hidung sekarang ini akibat keoseemmness yang melampau-lampau bukan..? Bayangkan, ada tiga puluh tiga lagi video untuk ditayangkan...! Fulamaweh! Jangan sampai koyak hidung anda tu nanti! Wahahaha..

Moga bermanfaat untuk ada semua, dunya wa akhiraaah! Amin.

-gabbana-

11 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 16/12/2011, 11:19  

sumpah like semua. aku pun x taw mana yg x oke. sbb semua cun belaka. byk input dapat. hoyeah-yeah. congrats utk semua participants !

依之汉 16/12/2011, 11:35  

Ada yang terbaik, biasala, terlalu biasa. Tiada yang terburuk sebab sedap-sedap belaka untuk ditonton. Tak sabar ana nak tengok finalis top 5. May the excellent out of the best win.

Cik AB=) 16/12/2011, 15:34  

knape x dpt tgk?TT_TT

Cik AB=) 16/12/2011, 17:10  

x pe la..dh dpt tgk...:)

Anonymous 16/12/2011, 21:26  

Aslamualikum wrh wbt...

MasyaAllah.. >_<

subhaana rabbiyal a'la wabihamdihi. maha suci Tuhanku yang maha tinggi dan maha terpuji.

semoga usaha atas Allah, mendapat ganjaran pahala yang sangat-sangat berlipat ganda.InsyaAllah...

semoga Allah memberkati para mujahid dan mujahidah. InsyaAllah...

wasalam...

Anonymous 18/12/2011, 00:38  

Assalamualaikum. macam mana juri2 awam nak buat pengundian. adakah berdasarkan cacimaki disini atau "like" di youtube?

Inche gabbana 18/12/2011, 18:55  

iAllah saya akan buat poll nnt bila dah abes tayangkan sume video. ;)

anon yg tanya kat atas :) 18/12/2011, 23:22  

jazakillahukhairan inche gabbana :)

Anonymous 22/12/2011, 14:56  

Assalamualaikum..
nk tnye nape vdeo ni smer2 xleh tgk ek??
sedihnye dah byk kali try tgk tp xleh..
T__T

Inche gabbana 22/12/2011, 16:06  

waa'laikumussalam. Uhm, anda tgk dari mana eh..? opis ke..? mungkin ada firewall dak..?

alternatively, boleh terus ke youtube dan type 'Pertandinga Video Osem APG '11'. iAllah akan keluar video2 yg terbabit.

harap membantu.

Anonymous 24/12/2011, 19:58  

adeh..tgk dari hostel, n bru teringat yg u cni dah block utube so xleh nk bkak vdeo..xpela nnt insyaAllah cuti nnt klu brksmpatan sy tgk..T__T

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP