10 November 2011

Pengakuan Berani Mati Hidup Balik Mati Sekali Lagi

[Kredit]

Pssstt. Mari sini sebentar. Andalah. Ya, anda, siapa lagi..?

Meh meh. Saya ada satu pengakuan nak buat.

Saya amat sayang hadek-hadek bulatan gembira saya.

Err. 

Saya ulang semula lagi. Sila tahan dahulu perut anda yang sudah mahu membuak-buak itu.

Saya amat super gila terlalu walaweh sayang pada hadek-hadek bulatan gembira saya. 

Ok anda boleh pergi muntah sekarang. Choyyy.

Entah. Mungkin kerana sifat saya yang sememangnya semulajadi penyayang ini (Err.. Lama lagi ke anda nak muntah..?). Atau kerana saya amat-amat menghargai pengalaman-pengalaman tidak ternilai harganya di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini.  

Saya tidak hanya merujuk kepada hadek-hadek bulatan gembira saya yang sedia ada. Malah bekas hadek-hadek bulatan gembira juga amat-amat saya hargai dan chentai. *koff koff* Dan juga, err, kadang-kadang hadek-hadek bulatan gembira orang lain juga. Sungguh kasanova di situ. Wahahahaha.. Eh. 

Seperti yang pernah saya nukilkan di dalam 'Nak Kirim Barang Boleh?', saya adalah seorang budak yang cukup degil dan rebellious di atas jalan dakwah ni. Perjalanan dakwah dan tarbiyyah saya cukup menarik, ibaratnya menaiki roller-coaster yang sungguh mengerikan dan menaikkan adrenalin itu. 

Saya mula membawa bulatan gembira sendiri ketika saya berada di tahun akhir pengajian di Sekolah Ekonomi London; setahun lambat daripada yang sepatutnya. Ketika orang lain sudah jauh maju ke hadapan, saya masih terhegeh-hegeh merangkak, tercungap-cungap cuba mengejar. Ketika orang lain sudah pon beranak-pinak, saya baharu sahaja mahu meminang dan mendirikan rumah tangga. Eh. 

Arakian di tahun tiga itulah saya baru benar-benar merasai pengalaman mentajmik (mengumpulkan) hadek-hadek. Atau dengan kata lainnya yang lebih militan dan subversif, pengalaman menjala, menangkap dan menjerat hadek-hadek. Wahahaha.. (Matilaaah kalau mereka baca ni.. Hohoho..) Maka, saya agak mentah dalam bidang ini. Baru hendak mencuba-cuba jaya teknik-teknik DF yang ada. Agak kucar-kacir dan kelam-kabut jugalah!

Dan pengalaman-pengalaman itu sungguh menarik dan menggeletek hati. Saya tidak pernah gagal untuk senyum sendiri ibarat orang kurang siuman lagaknya, setiap kali memikirkan tentang pengalaman saya mendakwah fardhiyah hadek-hadek saya di Kota London dahulu. Malah kadang-kadang juga tergelak sorang-sorang memikirkannya! Pandang kiri, pandang kanan. 

Antara pengalaman menarik adalah apabila saya bersusah-payah mencari tempat untuk berenang di sekitar London, kerana salah seorang hadek yang disasarkan (Ok bunyi macam saya sedang berburu di padang datar pula.. Peluh kecil.) adalah seorang perenang dan suka berenang. Akhirnya setelah mengkaji selidik tempat-tempat yang menarik di London, saya memilih untuk ke Hampstead Heath, di mana selain ada tasik yang boleh direnangi, ia juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati.


Hampstead Heath. Ok dalam gambar mungkin tak berapa nak mengujakan, tapi hakikat sebenar labih baik daripada ini! [Kredit]

Memandangkan ketika itu sudah hampir masuk musim sejuk, sudah pasti kami akan dilabel sebagai orang tidak siuman sekiranya kami terjun ke dalam tasik. Akhirnya kami berjalan-jalan di sekitar taman dan memberi makan kepad itik, burung dan tupai sahaja. (Tupai di Kerajaan Bersatu amat gebu dan gemok tahu..?) Bunyinya seperti biasa-biasa sahaja bukan..? Tapi sehingga kini, masih tersemat segar memori jalan-jalan di Hamsptead Heath di dalam kepala hotak saya. Dan kalau bukan kerana mahu menDF, sudah pasti saya tidak akan tahu kewujudan Hamsptead Heath sehingga kini!

Satu lagi pengalaman yang menarik adalah ketika saya membawa hadek-hadek saya berjalan dan membeli-belah di Bicester Village (Cara menyebut: Bais-te Vilej. Heh.] Tujuan asal saya membawa mereka ke sana, err, biarlah kekal menjadi rahsia. Gelak keji. Tetapi of kos lah antara tujuannya adalah untuk menDF mereka sehingga mereka sujud pembebasan dan tak boleh lari mana-mana dah! Wahahaha.. (Tapi akhirnya ada juga yang lari. Air mata mencurah-curah)

Bicester Village yang glamor itu.. [Kredit]

Ketika itu juga sudah menghampiri musim sejuk. Jadi umpan yang saya gunakan adalah mengajak mereka untuk membeli-belah kelengkapan musim sejuk di Bicester Village. Untuk pengetahuan anda, Bicester Village terkenal sebagai pusat membeli-belah barangan berjenama terus dari kilang; sayugia harga barangan di situ lebih murah daripada di kedai-kedai biasa. Memang tempat yang sangat wahan lagi mengoyakkan poket. Sekiranya anda membawa Puan Mama anda ke sana, sudah mesti dia akan berlari-lari riang sambil mengangkat kedua belah tangan dan menjerit, "Yeeeehhhaaa....!!" Hihihihi..

Memandangkan kami bercadang untuk bermalam di sana, kami telah menyewa sebuah bilik hotel yang tidak jauh dari Bicester. Nak dijadikan cerita, kami hanya menyewa sebuah bilik sahaja, walhal kami berjumlah enam orang kesemuanya. Mengikut undang-undang tubuh hotel, bilik yang kami sewa itu hanya boleh menmepatkan tiga orang maksima. Maka terjadilah episod seludup-menyeludup. Wahahaha.. Seriyes terasa seperti seorang penjenayah tegar.

Tetapi syok berkongsi bilik sebegitu. Walaupon tujuan asalnya adalah untuk berjimat, tetapi dengan sebilik sebegitu, saya dapat mengenali mereka semua dengan lebih rapat. Dan pelbagai perangai dan ragam dapat dilihat. Memang sungguh bagus lagi ideal untuk tugas-tugas penaziran. Hohoho.. Kami berkongsi katil, berkongsi bilik air (anda memang gila sekiranya anda fikir kami mandi bersama-sama) dan juga berkongsi sarapan pagi (kerana sarapan pagi percuma hanya dihidangkan untuk dua orang sahaja). 

Yang lebih kelakarnya adalah apabila kami mahu memeriksa keluar (Baca: Check-out) dari hotel itu. Memandangkan kami takut terkantoi yang kami sebenarnya berjumlah enam orang, sebelum itu kami sudah memeriksa kawasan sekitar terlebih dahulu untuk mencari jalan keluar yang paling selamat. Dan kami terjumpa sebuah pintu kecemasan di kawasan belakang hotel. 

Sejurus selepas menyerahkan kunci, saya bergegas ke kereta (sebuah MPV tujuh tempat duduk) dan memandu kereta ke kawasan belakang hotel. Beberapa orang hadek sudah pon menunggu dengan setia. Lantas dengan pantas lagi segera mereka semua disumbat masuk ke dalam kereta. Dan ketika itu hujan lebat pula; cepat-cepat mereka semua masuk ke dalam kereta dan terus saya memecut laju meninggalkan kawasan hotel. Kalau anda ada ketika itu, sudah pasti anda sudah menyangkakan yang kami sedang melaksanakan suatu jenayah besar abad ini. Wahahaha.. 

Wahai, sungguh banyak memori-memori manis yang saya simpan di dalam kepala saya ini. Tidak cukup untuk saya ceritakan semuanya. Antaranya, izinkan saya berkongsi secara ringkas di sini, pengalaman ke negara bekas jajahan Kesatuan Soviet, Republik Czechoslovakia kerana dijemput untuk menyampaikan Saya Hosem. Ketika itu saya ditemani oleh salah seorang hadek bulatan gembira saya. Sungguh manis bukan..? Err. Kisah ini ada saya nukilkan di dalam 'To Czech with (lotsa) loves.'

Juga pengalaman berjaulah (Jalan-jalan makan angin versi Islamik sedikit.. Hihihi..), memandu ke pelbagai tempat di seluruh Kerajaan Bersatu bersama dua orang hadek. Pelbagai tempat yang kami singgah termasuklah Bath, Snake's Pass, Edinburgh dan Warwick. Oh juga pengalaman berjaulah ke Jerman bersama mereka berdua; banyak juga sesi bakar-membakar amalan mulia dan BBQ sampai hangus di dalam keretapi ketika kami berjaulah! Wahahaha..

Oh sumpah berjalan turun lorong memori. Ada yang manis, ada yang masam, ada yang kepam dan ada juga yang lazat. Mata bergenang.

Walaupon ada di kalangan hadek-hadek yang disentuh di Kerajaan Bersatu dahulu memilih untuk tidak bersama-sama di atas jalan ini, tapi alhamdulillah, berkat hubungan hati mungkin, kami masih lagi berhubungan sehingga kini. Senyum manis malu-malu kucheng.

Kenangan membina ukhuwwah; ukhuwwah membina kenangan.

Kini, kasih-sayang saya yang melimpah-ruah itu, saya perturunkan kepada hadek-hadek di Kolej Maha Busy pula. Juga, err, ada saki-baki yang ditinggalkan bersama hadek-hadek di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Hohoho.. Tapi sungguh, saya memang sayangkan mereka. Mungkin tiada kata yang dapat menggambarkan kasih-sayang ini. (Ohoi, perut anda dah kosong mungkin..?)

Pernah saya sebut beberapa kali, antara keoseman super membawa bulatan gembira ini adalah kita sebenarnya lebih banyak ditarbiyyah apabila kita mentarbiyyah. The more we give, the more we get. Itulah cara Allah membayar tunai kepada kita. Pengorbanan kita yang tidak seberapa itu, dalam mentaarif, mentakwin dan mentanfiz hadek-hadek untuk bersama-sama kita di atas jalan ini, Allah bayar dengan cara yang tidak kita sangka-sangka. Ya, saya kini sudah lebih dewasa, terima kasih kepada hadek-hadek yang sudi berbulatan gembira bersama saya. Senyum. 

Dakwah, tarbiyyah dan bulatan gembira itu sumpah osem tahu..?

"...dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
[al-Anfal, 8:63]

Benarlah ukhuwwah itu indah, dan lebih indah sekiranya ukhuwwah fillah itu didasarkan pada dakwah dan tarbiyyah. Kerana kita tahu yang kita berada di atas jalan yang sama, menuju destinasi yang sama. Kerana kita sedar, sekiranya kita tersadung dan terjatuh di atas jalan, banyak tangan-tangan ikhlas yang akan segera dihulurkan untuk memimpin kita. Dan kita faham, kita tidak mungkin hidup bersendirian, berseorangan di galaksi bimasakti ini..!

Kepada hadek-hadek bulatan gembira (baik bekas atau semasa) yang ada kemungkinan besar membaca post ini *koff koff*...

"Sy 1 ada pengakuan separa mati nak bwat. Sy syg tahap mahadewa kaiou kat korang sume. Sumpah! XD" 

Lari laju-laju, muka merah padam.

-gabbana-

Alhamdulillah, dapat satu lagi penyertaan untuk Pertandingan Video Osem APG 2011. Kali ini insha-Allah menepati salah satu daripada tema yang ada. ;) 

Anda..? Sudahkah anda menyertainya..?

12 Caci Maki Puji Muji:

yui 10/11/2011, 18:56  

teringin nak jadi hadek anda.. seriusly tak pernah rasa usrah yg macamni..

ada join tapi.. biasa2 je.. xrasa pun osem tu..

Syariful Bahri 10/11/2011, 19:57  

Salam,
saya pun sayang juga hadek2 bulatan gembira saya. muahahaha (nak jugak) :P

oh, baru saya tahu kisah anda. haha, takpe laa kan, sebab kita tak berkenalan lebih lanjut lagi. hihihi

:D

saya dah lama tak berbulatan gembira, naqib saya sangat busy. kesian kat saya kan ;(

Anonymous 10/11/2011, 20:03  

Inche,

Saya cuma manusia biasa

Yang hati baru sahaja diketuk oleh Allah dengan jayanya

Masih mencari jalan pulang dengan usaha yang tak seberapa

Untunglah kalian semua

Yang sudah lama sedar akan kebesaran Yang Maha Esa

Sungguh cemburu tak dapat dibendung bila baca

Semoga hati sentiasa pada Dia

Doakan saya juga

cahayalembut 10/11/2011, 20:04  

to yui92 : kalau tak rasa osem? kena osem kan la :) tugas meng'osem-kan dan menggembirakan bulatan itu bukan tugas murabbi anda shj, tapi ianya perlukan kerjasama dan idea dari semua ahli bulatan. Kalau ada idea yg boleh meng'osem-kan bulatan anda, cepat2 share dengan murabbi anda. Ketahuilah, beliau pasti akan mencubanya! (sbb kadang2, murabbi taktahu apa yg mutarabbi dia nak+suka, so, kena bagitahu! senyum)


psst : mungkin inche Gabbana boleh buat satu entri khas berkenaan ini? i mean, tugas/peranan kita as mutarabbi.(atau mungkin dah ada?)

Anonymous 10/11/2011, 21:32  

http://azzariyat.com/blog/2011/10/28/jatuh-cinta-berkali-kali/

:)

elyse 11/11/2011, 00:39  

murabbi sy slalu buat kejutan :) kekadang xtau pun mo pegi mana, tup2 gi taman lah, g marry brown lah :) hepy jg :p

CheCardio 11/11/2011, 09:35  

wah? memang berani matilah~! *tutup muke malu tersipu2 sambil berlari2 anak mengelilingi kelas

Anonymous 11/11/2011, 14:41  

maybe en gabbana je rasa lebih2..adik2 dia biasanya... hohohho..xper syok sendiri ni sebab walaupun bertepuk sebelah tangan sekurang2nya berperasaan jugak kan? seronok benar jadi en gabbana ni sebanarnya..

paan 11/11/2011, 22:46  

salam.
saya baru mula bwk adek2 bulatan gembira. tiba2 baca post ni mkin smgt jadinya..wahaha :D

naomi campbell 12/11/2011, 00:25  

hi en gabana
entry yg best..adakah en dolce wujud?

Anonymous 12/11/2011, 00:52  

selalu tertido time dgr ceramah..sedih.

Anonymous 14/11/2011, 07:00  

Kasanova?hahaha.bukan setakat orang lain punya je, 'cucu dan cicit' pun jugak ada!:D

haha.tapi itu yang mebuatkan kita se'kampung' bahagia kan?inshaAllah dunia akhirat.:)

psst: lama x bertiup kat sini.:D

-Angin

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP