Tiada Yang Lebih Osem Daripada Ini
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Saya bersaksi bahawasanya tiada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad ibn Abdullah SAW itu pesuruh Allah.
Ok seriyes pulak malam-malam buta ni kan..? Harusss sempena menyambut 'Idil Adha yang penuh barakah dan kool ini. Kacang pis.
Baiklah, sebelum saya merepek dengan lebih panjang lebar, sukacita saya ingin maklumkan di sini, setelah mendapat pandangan yang, err, kurang menggalakkan juga sebenarnya (peluh kecil) daripada anda semua tetapi galakan yang sungguh mengujakan daripada perbincangan dalaman (hohoho..), dengan ini saya ingin menganjurkan, buat julung-julung kalinya..
Baiklah, sebelum saya merepek dengan lebih panjang lebar, sukacita saya ingin maklumkan di sini, setelah mendapat pandangan yang, err, kurang menggalakkan juga sebenarnya (peluh kecil) daripada anda semua tetapi galakan yang sungguh mengujakan daripada perbincangan dalaman (hohoho..), dengan ini saya ingin menganjurkan, buat julung-julung kalinya..
PERTANDINGAN VIDEO OSEM ANGEL PAKAI GUCCI (APG) 2011
Setelah menghadiri puluhan konferens riang dan melihat sendiri reaksi hadek-hadek yang menyertai konferens-konferens riang yang diadakan, saya melihat betapa perlunya untuk video-video berbentuk dakwah dan tarbiyyah dihasilkan dengan rancak dan meriahnya. Percayalah, sama ada anda suka atau pon tidak, video-video yang menarik lebih selalu daripada tidak bisa menjadikan para peserta konferens riang lebih teruja. Mesej yang mahu disampaikan juga lebih mudah dipaku ke dalam kepala hotak mereka. Yang mengantuk mata sepet-sepet juga akan menjadi segar-bugar apabila ditayangkan dengan video-video yang menarik tertarik kau memang dabommm! Eh.
Tetapi sedihnya, tidak banyak video-video sebegini yang dihasilkan. Akibatnya, banyak video-video terpaksa dikitar semula berkali-kali. Ya, tiada salahnya dengan hal sebegitu, tetapi kadang-kadang hadek-hadek ini sudah pon menonton video tersebut di laman-laman sesawang seperti MukaBuku dan YouTube. Hampagas cap Panasonik juga apabila kita mengharapkan keterujaan tahap gaban di kalangan hadek-hadek kerana kita sangkakan mereka belum menontonnya, hanya untuk berasa kechiwa kerana itu adalah kali kedelapan mereka menyaksikannya. Hohoho..
Saya akan mewujudkan satu laman (Baca: Page) khas untuk pertandingan ini. Anda boleh mengaksesnya di bahagian atas belog, sebaris dengan 'Tentang', 'Ayat-Ayat Chenta,' 'Himpunan Cerita Pendek' dan 'Pautan Mesra Alam.' Semua penyertaan akan ditayangkan kepada anda semua selepas berakhirnya pertandingan ini, yakni pada 30 November 2011 (syarat-syarat lanjut pertandingan akan diterangkan di bawah nanti).
Dan memandangkan pertandingan ini akan dibatalkan sekiranya saya menerima kurang daripada sepuluh penyertaan, saya juga amat berharap sekiranya anda dapat bersama-sama untuk menyebarluaskan pertandingan ini. Anda yang bermastautin di Kerajaan Bersatu, Kesatuan Soviet, Perancis, Jerman, Moroko, Mesir, Amerika, Jordan, Autralasia, Indonesia dan anda fahamlah apa maksud saya (sila jangan kecil hati sekiranya nama negara anda tidak disebut), anda juga amatlah dialu-alukan untuk menyertainya. Cuma sekiranya anda memenangi pertandingan ini, err, hadiahnya kena tunggun anda pulang dahululah bukan...? Kuis-kuis kaki.
Untuk tujuan promosi, saya telah menghasilkan dua banner yang err, walaupon dahulunya saya sering gagal dalam Pendidikan Seni, tetapi membuktikan yang saya sebenarnya boleh tahan berbakat jugalah. *koff koff* Jadi minta jasa baik anda, sekiranya sudilah, untuk menempel banner ini di dalam belog anda sambil menggalakkan para pembaca belog anda yang popular itu untuk menyertainya dengan penuh teruja lagi bergaya heyy! Mata bersinar-sinar.
Pusingan akhir akan dihakimi oleh dua orang hakim yang berkaliber dan seorang yang tiada bakat langsung dalam bidang seni perfileman ini.. Err.. *mata pandang ke atas, senyum sorang-sorang* Alhamdulillah, Inche Tuan Direktur yang terkenal daripada KITA Production telah bersetuju untuk menjadi salah seorang daripada Tuan Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana Serta Barkaliber itu. Jazakallahu khairan katheera kepada Inche Hadi Pahmi.
Jadi ini adalah pertandingan yang seriyes. Bukan main-main. Saya amat berharap pertandingan ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan, juga mungkin menjadi titik tolak kepada perkembangan dakwah dan tarbiyyah yang lebih kool dan osem. Dan saya merancang, Insha-Allah, sekiranya pertandingan ini mendapat penyertaan yang ekselen, ia akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan. Sebab itulah saya letakkan tahun 2011 pada pertandingan tahun ini, dengan harapan adalah pula 2012, 2013, ... Wahahaha..
Baiklah, tanpa membuang masa anda yang sungguh berharga itu, lagi pon esok nak solat raya, saya persembahkan...
PERTANDINGAN VIDEO OSEM ANGEL PAKAI GUCCI 2011
Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan
1. Pertandingan video ini terbuka kepada warganegara planet bumi yang berumur, err, tak kisahlah berapa pun umur anda asalkan tahu menghasilkan video yang osem.
2. Klip video yang dihasilkan WAJIB mempunyai unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah dan hendaklah menggunakan tema daripada salah satu tema yang berikut:
· Bulatan Gembira yang Sumpah Osem
· Dakwah Itu Kool
· Syahadatul Haq
· Babai Jahiliyyah
· Saya dan Mengapa Saya Diciptakan
· Ukhuwwah Fillah Mata Bersinar-sinar
· Mari Bekerja Dalam Satu Pasukan Heyy!
· Jalan Dakwah Ini Sumpah Panjang
· Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
· Kembara Mencari Redha Ilahi
3. Panjang klip video hendaklah TIDAK melebihi lima minit. Video anda mestilah original tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada. Sekiranya didapati ada di antara anda yang menghantar karya yang tidak original, penyertaan anda akan dibatalkan sama sekali.
4. Setiap klip video yang dihasilkan DILARANG sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara yang berikut:
· Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syarak, contohnya percampuran bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, hiburan terlampau dan sebagainya.
· Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan melampau-lampau
· Bersifat perkauman
· Unsur-unsur lucah baik terlampau atau kecil-kecilan; carutan dan cacian makian juga tidak dibenarkan
Sekiranya anda didapati melanggar peraturan emas ini, penyertaan anda akan dibatalkan serta-merta.
5. Klip video anda boleh jadi dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari atau apa-apa sahajalah mengikut kreativiti kepala hotak anda.
6. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan Video Osem APG ’11: [Nama Klip Video Anda]”.
7. Muat naik video anda ke dalam akaun YouTube anda (sekiranya tiada bolehlah anda buka satu; percayalah ia semudah memakan roti canai cicah kuah dal sambal) dan hantar link klip video anda kepada dolcegabbana08@gmail.com. APG seterusnya akan menjadikan klip video anda sebagai ‘Favourite’ supaya klip video anda boleh ditonton menerusi akaun YouTube APG.
8. Sila sertakan juga nama penuh anda dan sinopsis ringkas video anda itu ketika menghantar penyertaan anda. Juga nama samaran/timang-timangan (err..) yang anda mahu gunakan sebagai nama penyertaan.
9. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik total APG. Sila jangan khuatir kerana kredit yang sepatutnya akan diberikan kepada anda yang menghasilkannya.
10.Klip-klip video anda juga akan digunakan secara meluas tanpa segan-silu di dalam konferens-konferens riang seluruh negara. Maka sebaik sahaja klip video anda dihantar untuk dihakimi, klip video anda secara automatik berhak digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah. Bukankah itu sungguh kool..?
11.Setiap klip video yang dihantar akan dipostkan di dalam APG untuk tatapan para pembaca seusai tarikh akhir penyertaan. Mereka kemudiannya akan mengundi mana-mana klip video yang paling menawan hati mereka. Lima klip video yang terbaik akan dihakimi secara professional oleh hakim-hakim jemputan APG dan tiga pemenang utama kemudiannya akan dipilih.
12.Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, unsur-unsur tarbawiyy yang menggegar jiwa, taat dan patuh pada tema dan syarat-syarat peraturan, sopan dan bertatasusila serta berjaya menyebabkan penonton berasa “Ini Sumpah Kool!”
13.Sekiranya APG hanya menerima kurang daripada sepuluh penyertaan, pertandingan ini secara otomatiknya akan dibatalkan kerana hanya menghabiskan beras. APG akan meminta izin daripada pemilik video untuk menggunakan klip-klip video yang sudah dihantar untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.
14.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2011.
15.Sila berasa teruja. Wajib.
Hadiah dan Penghargaan
1.Pemenang pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM200.00, pemenang kedua RM125.00 dan ketiga RM75.00.
2. Ya, hadiahnya tidaklah selumayan mana, tapi anda tahu apa yang lebih kool daripada itu? Setiap daripada klip video yang dihantar akan digunakan secara meluas dalam konferens-konferens riang seluruh negara. Bayangkan berapa banyak saham sorga yang akan anda kumpulkan..! Fulamaweh!
3. Sila berasa teruja sekali lagi! Senyum Nampak gigi.
-gabbana
Moga Allah redha dengan usaha marhaen yang tidak seberapa ini.
Selamat Hari Raya 'Idil Adha 1432H buat semua pembaca APG..! xD
11 Caci Maki Puji Muji:
giler cool...tapi sayang tak dapat nk participate...hoho..camera takde..=,=
terasa tempoh pertandingan sedikit singkat
salam..really interested in this, tapi rasa cam kejap sgt tempoh buat video tu. xpe, belum cuba belum tahu kan?
oh, jazakillah buat pertandingan cenggini. Klu tak dapat lebih dr 10 participant pun, sy still nak share video tu even pertandingan ni akan dibatalkan. heh =)
ni semua nak menguji kesungguhan dan kreativiti anda semua. hihih..
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
all the best! xD
insya Allah, cube jgak take participant..and promote...setuju sgt2, kita amat2 memerlukan video2 mcm ni..huhu..cumanya, sedang cari idea...
baru habis exam waktu tu. tak boleh kah dilanjutkan sedikit tempoh tamatnya? insyaAllah nk join if berkesempatan..
boleh guna video yang sudah diupload dalam utube x..?i mean video yang kita sendiri punye..
bunga: uhm, akan dipertimbangkan, kalau mmg byk permintaan ntok extend, iAllah akan diberi perhatian seriyes.
assyahid afdhal ismail: anda org yg sama bertanya tempoh hari bukan? saya dah jawab dah rasanya.
iAllah takde masalah, malah amat dialu-alukan. ^^
wah, menarik twrn investment ni.. :) x blh ke extend mase, mcm x sempat je.. -_-"
kalau blh extent, maklum kan ye..
Askm wrh wbt...
err...kalau tiada youtube, juga tidak bercita-cita membuka akaun youtube. fb boleh?
Post a Comment