30 November 2011

Belog Ini Sumpah Loser Sekiranya...

[Kredit]

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki jiwa, ruh dan hati ini. Tanpa kasih sayang dan rahmatNya, mustahil saya masih bernafas di jalan ini. Tanpa izin dan kemahuanNya, tidak mungkin saya masih lagi boleh bertatih, merangkak di atas jalan yang sumpah panjang tetapi osem ini.

Kepada anda yang sudah mengikuti atau membaca karya-karya picisan Inche gabbana sejak zaman Nabi Sulaiman lagi, anda pasti mendapati yang hala tuju belog ini berubah sesuai dengan peredaran zaman. Dan peredaran zaman yang saya maksudkan bukanlah daripada zaman dinosor kepada zaman Mesolitik kepada zaman raksasa gorgon dan akhirnya zaman era maju 1Malaysia. Bukan. 

Tetapi sesuai dengan peredaran perkembangan tarbiyyah diri saya yang marhaen ini. Sekiranya dahulu banyak karya-karya yang dihasilkan berbentuk peribadi semata-mata, kini saya cuba sedaya upaya untuk menyelitkan unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah dalam setiap karya yang dihasilkan; biar secubit garam secukup rasa mahupon beribu-ribu lemon banyaknya. Wahahaha.. Walaupon post yang ditulis masih berbentuk peribadi.

Kerana saya rasakan cukup sia-sia sekiranya karya-karya yang saya hasilkan hanya menjadi bahan gelak ketawa dan penghibur kepala hotak anda semata dan tidak lebih daripada itu. Cukup hampas kelapa tua. Dan pastinya tiada yang lain saya mahukan melainkan karya-karya yang saya tulis akan menambah saham-saham sorga saya adalah jua. 

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan dia mengatakan, 'Sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri'..?"
[Fussilat, 41:33]

Maka begitulah. Tiada yang lain yang saya mahukan daripada belog ini melainkan ia memberi faedah kepada anda semua yang membacanya. Seperti kata Pak cik Mukhlis Ihsan,

"...Dan yang lebih utama, pekerjaan yang paling mulia itu adalah pekerjaan yang mendatangkan manfaat dan faedah bukan sahaja kepada diri si pekerja itu, tetapi juga kepada orang di sekitarnya. Dia bekerja bukan untuk dirinya, tetapi memberi khidmat setia kepada orang ramai tanpa dipinta. Tidaklah dia melalui sesuatu tempat itu melainkan dia meninggalkan mutiara dan permata yang berharga jua."

Antara tranformasi atau revolusi yang cuba saya lakukan adalah dengan mengubah persepsi bahawa menjadi manusia yang berjiwa hamba itu (Baca: Orang baik-baik) adalah bosan lagi tidak mengujakan. Dalam tulisan-tulisan saya, saya cuba sebaiknya untuk mengenengahkan imej bahawasanya orang-orang yang mahukan kebaikan dan mahu menyebarkannya pula, adalah sumpah kool lagi bergaya. 

Kerana hakikatnya sememangnya begitu; dakwah dan tarbiyyah itu benar-benar osem. Tiada kompromi dan tiada keraguan baginya. Hanya mereka yang pernah merasai nikmatnya berada di atas jalan ini yang faham dengan kenyataan saya ini. Dan sekiranya hendak merasakan nikmat itu, pastilah perlu mencubanya dahulu! Bukan begitu..?

Maka saya melihat belog ini gagal sekiranya hasrat murni saya itu tidak tercapai. Saya merasakan saya telah menggagalkan anda semua, sekiranya anda mengikuti belog ini tetapi anda masih tidak merasakan bahawasanya dakwah dan tarbiyyah itu lebih osem daripada mempunyai kebolehan bertukar menjadi Otromen Taro.

Selain daripada itu, saya juga telah menggariskan sepuluh sebab yang lain mengapa saya rasakan belog ini gagal. Angel Pakai Gucci gagal sekiranya..

1) Ia hanya dibaca oleh golongan yang 'baik-baik' sahaja. Sedangkan dakwah dan tarbiyyah itu untuk semua. Benar, mungkin ada yang mengatakan lebih baik dan efektif sekiranya saya menumpukan kepada satu golongan fokus sahaja; bukankah itu lebih muntij..?

Tetapi bagaimana saya mahu mengubah persepsi tipikal bahawa seorang dai'e itu sebenarnya tidaklah sememeh, selekeh lagi koman sekiranya yang membaca belog ini hanyalah orang-orang yang sudah pon tahu bahawa dakwah dan tarbiyyah itu kool..?

2) Anda merupakan seorang pembaca tegar belog ini tetapi masih tidak merasakan kepentingan untuk menjadi seorang Super Saiya di atas jalan dakwah dan tarbiyyah.

3) Anda sudah membaca begitu banyak post tentang bulatan gembira tetapi tidak terdetik sekali pon di dalam hati anda untuk menyertai bulatan gembira.

4) Anda sudah pon berbulatan gembira dan berkonferens riang, dan anda sudah perasan yang banyak yang telah saya nukilkan tentang kepentingan dan keriangan berbulatan gembira dan berkonferens riang, tetapi anda masih belum mahu komited dengannya.

5) Anda bergelak ketawa dengan lawak lucu jenaka berkualiti rendah di belog ini, tetapi langsung tidak mengambil pengajaran daripada nasihat-nasihat yang saya selitkan. Lepas puas gelak terguling-guling, anda menekan butang 'X' di belah kanan atas belog sambil mengucapkan haihaibaibai.

6) Anda hanya berminat untuk membaca post-post yang bertajuk panas lagi kontroversi. Peluh kecil.

7) Anda hanya membaca secara literal dan tidak kontekstual post-post yang saya warkahkan. Lebih hampagas cap Dyson adalah apabila anda hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu daripada post tersebut tanpa melihatnya daripada sudut mata seekor burung rajawali yang terbang tinggi. Dengan kata lain, anda tidak membaca antara garisan (Baca: Read between the lines)

8) Anda gagal memahami dan menghadam mesej yang cuba saya sampaikan. Contohnya, apabila saya membuat kenyataan berupa sarkastik atau ayat-ayat yang berdwimaksud (baca: Double-meaning)

9) Langsung tidak terasa di hati anda, apabila membaca post-post berbentuk tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa) atau nasihat-nasihat yang sepatutnya menggugah jiwa dan raga anda. Seperti melukut di tepi gantang sahaja. Seolah-olahnya ada sedang membaca berita seorang mak cik di Colorado yang suka membasuh pakaiannya menggunakan klorok dan berus dawai kelapa. Langsung tiada kena-mengena dengan hidup anda mahupun jiran sebelah rumah anda.

10) Dan anda tahu apa yang paling terasa gagal sekali..? Sekiranya belog ini langsung tidak memberi sebarang faedah kepada anda. None. Yilek pochik. Sifar. Na-ah. Anda membacanya tetapi sedikit pon tidak meninggalkan sebarang kesan yang baik, memberkas di dalam hati anda.

Apa kejadahkah semua ini..? Air mata mengalir laju. 

Ya, belog ini sebenarnya gagal sekiranya ia berfungsi sebagai sebuah platform untuk menyiarkan penulisan saya semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Gagallah ia seandainya selama saya menulis, saya hanya syok sendiri dan tidak mengesyokkan anda yang membacanya. 

Walaupon ada di antara hujah-hujah di atas yang seolah-olahnya menunjukkan anda sebenarnya yang gagal *koff koff*, tetapi hakikatnya sayalah yang gagal kerana gagal menyampaikan mesej seperti yang sepatutnya. Ok sungguh banyak perkataan 'gagal'; cukup negatif di situ.

Kegagalan yang disampaikan dalam bentuk yang lebih comel dan positif. Hohoho.. [Kredit]

Ok saya tahu hidayah itu milik Allah dan belog ini bukannya belog magika. Dan tiada yang sempurna di dunia melainkan diriNya. Tetapi yalah, sekiranya saya hanya menulis kerana suka-suka dan anda yang membacanya juga kerana suka-suka dan tidak lebih daripada itu, lebih baik saya pulang ke rumah, gali dan gembur tanah, tanam jagung dan tunggu hasilnya untuk direbus dan dijual sebagai jagung cawan yang bersalut mentega yang sungguh enak itu.

Bukan begitu..?

Maka silalah berikan maklumbalas (kritikan juga dialu-alukan) yang membina supaya saya dapat perbaiki lagi mutu dan kualiti belog ini. Dan yang lebih utama, supaya anda yang membacanya, akan terasa puas, menarik nafas dalam-dalam dan mata bersinar-sinar, mahu berubah dan melakukan perubahan yang sudah lama anda nanti-nantikan.

Apa-apa jalan, biarlah saya dan belog ini loser di mata anda, wahai manusia fana sekalian, asalkan tidak loser di mata Allah. Amin.

-gabbana-

Nantikan kejutan yang mengujakan lagi mendebarkan esok hari. Hoyeeaahhh!

9 Caci Maki Puji Muji:

Hamba Ilahi 30/11/2011, 18:23  

Saya Rasa Belog Ini Terbaik !! (^_^)huhu *membodek*

Habibah 30/11/2011, 18:28  

3 tahun... Masih terlalu muda utk sya bhenti mbaca blog ni

Anonymous 30/11/2011, 20:27  

ana rasa blog akhi ni bagus...tp amat sayang andai mereka yg membaca hanya sedar kepentingan berbulatan gembira bersama naqib/ah Tanpa terdetik untuk dirinya sendiri menjadi penggerak agama Allah...

iqapika 30/11/2011, 22:29  

mungkin inche perlu ber-vlog pula selepas ini? hal ini mugnkin tidak nmpk relevan tetapi suka saya menyatakan sebab musabab nya

-orang malas nak membaca, lebih gemar menonton dan mendengar

-orang tidak dapat membaca nukilan inche dengan intonasi yang betul maka mereka menganggap penulisan inche monotonous sekaligus hambar

bolehkah?

chah~ 01/12/2011, 02:32  

i'm one of ur silent reader. tp for today, sy bukan silent reader. sbb sy dtg tinggal kan komen.

i just love this blog. most of ur entri akan tinggal kn kesan dlm hati. ada certain2 entri buat smpai terasa smpai ke lubuk hati, ke tulang hitam. and pasti akan buat sy terfikir. ur words dlm menyampaikan dakwah santai. which is good. sesuai lah dengan budak2 skarang ni. =)

so, terus kan..

aku bukan dia 01/12/2011, 08:38  

ucapan-selamat kepada saudaraku kerana Allah, inche ghabba-nantoka-

memang benar kata inche ghabba-nantoka- yang saya baru mengikuti belog dakwah ini.

1.saya tidak suka membaca.

2.saya tipu pada no.1, tapi saya suka membaca sesuatu yang ringkas.tulisan dalam bentuk titik(point).

3.minta mahap la tuan ghabba-nantoka- saya baca artikel anda yang mengesimakan saya aja!itu pun baca lompat2!haha(gelak keji,cekak pinggang,hidung panjang,kaki bengkokkan sebelah).antaranya tarbiyyah games.semoga Allah memberikan kebaikan kepada inchi ya!

4.tulisan inche ghabba-nantoka- banyak sgt mengarut merapu.70% mengarut, 29% isi yang mantap, 1% miscellaneous loss..saya tipu lg.tp true loh.ada part2 yang mengarutnya satu peregraf.penat saya nak baca.bila nk sampai ke titik2 penting ni!fikir diriku yang marhean.rujuk no.2

oh yeah,di tepi jalan itu(btw),
sebenarnya ada beberapa objektif atas cadangan saya yang lampau.
1.supaya seorang daie boleh mengikut atas gerakan mad'unya.
2.mengeratkan tali2 kasut.
3.progres.tujuan pokokku, tidak mahu melihat geng2 baru disentuh(mengenal D&T) disentuh dan pergi,malah apabila terjalin ikatan batik di tali kasut, inche boleh mengikuti kembang-kempis pembaca inche ghabba-nantoka-.

itu hanyalah imaginasi masam saya.saya pasti inche ghabba-nantoka- mempunyai misi dan modus operandi yang tersendiri malah lebih mantap hangat terhebat jitu tegal osem gagah bidang ketak-6 eh

sekian dari saudara-anda-kerana-Allah yang mistirius.

Anonymous 01/12/2011, 10:48  

mmg ada yg mengarut tp tu yg best cuz x dela bosan nnt...kdg2 kena ada unsur2 cmni utk tarik org tp jgn lebih2

peminat tegar bulatan gembira 01/12/2011, 17:11  

saya rasakan blog anda boleh selit2kan unsur2 ilustrasi kot.lebih menarik rasanya.ikhwah2 kan ramai yg boleh melukis2,bergrafik2.:). insyaAllah lg menarik.

anaeba 02/12/2011, 07:42  

first time menjejak kesini..terbaek!!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP