15 August 2011

Doa Hari Ini #2


اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee

O Allah! You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.

Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka akan pengampunan, maka ampunilah aku.

Wahai Allah, sesungguhnya dunia dan seisinya adalah milikMu dan milikMu sahaja. Engkaulah Tuan, Raja dan Penguasa kepada seluruh alam, baik nyata mahupun yang ghaib.

Sedangkan aku ya Allah, hanyalah seorang hamba yang marhaen. Seorang kuli yang hina. Seorang gelandangan yang lemah. Aku di sisiMu, tiada siapa dan tiada nilai, melainkan kepada ketaqwaanku yang secebis cuma. Haprak.

Dan setiap hari dan ketika, aku bergelumang dengan dosa dan noda. Setiap waktu tanganku, kakiku, mulutku, telingaku, mataku dan hatiku, bermain-main dengan api neraka. Sedangkan sudah jelas, Engkau, wahai Allah yang memiliki segala sesuatu, melarang aku daripada terus-menerus jatuh dan jatuh ke dalam lembah mungkar yang hina.

Tetapi Engkau sayang pada hambaMu ini, waima diri ini terus konsisten ingkar padaMu. Engkau masih menyahut panggilan hambaMu ini, hatta diri ini terus persis dalam kelalaian mengingatiMu. Dan Engkau masih limpahkan hambaMu ini dengan limpah rahmat dan nikmatMu yang melimpah ruah, walhal diri ini seolah-olahnya tidak takut dan suka untuk melakukan dosa!

Maka wahai Tuhan yang Maha Mendengar, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha Pencinta pengampunan.. Sudilah sekiranya Engkau ampunkan hambaMu ini yang penuh dengan dosa dan noda. Engkau maafkanlah hambaMu yang tidak malu ini walaupun diri ini terus dibaluti dengan dosa. Engkau bebaskan hambaMu ini daripada azab api neraka, dan benarkanlah diri ini untuk menjejakkan kaki ke dalam syurga.

Ampunkanlah daku, ya Tuhanku. Sesungguhnya aku benar-benar rindu pada pengampunanMu...

-gabbana- 

Terasa sungguh sayu mendengar bacaan adik Muhammad ketika bertarawikh di UIA tempoh hari. Sungguh menyentuh kalbu! Kalaulah semua imam tarawih sebegitu...

1 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 15/08/2011, 17:32  

amin, ya rabbal alamin...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP