Rehlah Megawati Sukarnoputri
Peluh kecil.
"Yeah yeah, sure sure..! Here you go!"
"Yeah yeah, sure sure..! Here you go!"
"Thanks!"
"No, no worries!"
Begitulah sketsa kehidupan yang berlaku di pasaraya besar Giant Sabtu lepas, sehari sebelum rehlah besar-besaran untuk hadek-hadek Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar.
Saya telah 'menugaskan' diri untuk membeli keropek (gabungan keropok dan kerepek), kekacang dan gula-gula. Dan sudah tentunya, selain misi membeli bahan-bahan makanan tersebut, misi saya adalah untuk meminimumkan kos sebanyak yang mungkin.
Makanya, keropok cap Giant haruslah menjadi pojaan hatiku. Punyalah banyak saya kaut keropok-keropok cap Giant yang ada (saya hanya mengaut keropok perisa ayam dan pizza; murah-murah pon taste kena jaga ok..?? Jelir lidah) sehinggalah terjadi sketsa seperti di atas. Wahahaha..
Terpaksa jugalah menebalkan muka, dilaser oleh jelingan-jelingan pelik oleh orang di sekeliling. Mahunya tak pelik; satu troli penuh dengan bahan makananan bersalut Monosodium Glutamat! Tapi demi rehlah Megawati Sukarnoputri, ku relakan diri ini dimalukan sebegitu rupa..! Wahahaha.. Peluh.
(Font kecil sedikit: Keropok-keropok cap Giant tu semuanya dalam bungkusan warna kuning. Kuning yang terang. Pada hari Sabtu 9 Julai, saya membeli baaannnyyaaaakkkkk keropok berbungkus kuning yang terang. Wahahaha.. Aman.)
Apa-apa jalan, semalam, yakni pada hari Ahad, telah diadakan rehlah mega untuk hadek-hadek yang baru mendaftar di Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Hakikatnya, ia tidak layak dipanggil rehlah kerana jumlah para peserta yang hadir menjangkau seratus dua puluh orang atau lebih lagi! Walaweh! Dah jadi macam perhimpunan 1 juta belia pulak dah! Hohoho..
Dek kerana jumlah peserta yang terlalu ramai (enam puluh sembilan daripada Kolej Maha Busy sahaja), sebanyak enam belas buah kereta lembu dan kuda diperlukan untuk mengangkut mereka ini. Mujurlah ikhwah semuanya kool dan bergaya; mereka langsung tidak lokek untuk menghulurkan bantuan! Jay zack kay kay anda semua! Dan alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Tiada sebarang masalah atau kontroversi dalam urusan masuk dan keluar daripada kolej tersebut, walaupun tampak seperti sedikit janggal enam belas buah kereta masuk dan keluar begitu sahaja..! Alhamdulillah..!
Destinasi kami? Tanah Basah Putrajaya (Sila baca: Wetland).
Selamat Datang ke Taman Wetland Putrajaya! Wahai! [Kredit] |
Rancangan awalnya adalah untuk berkayak beramai-ramai di Taman Rekreasi Air Tanah Basah Putrajaya. Tetapi dek kerana terlalu takut melihatkan jumlah kami yang begitu ramai, abang yang bertugas pada pagi itu enggan keluar daripada belakang kaunter pendaftaran sambil menggigil-gigil mengarahkan kami beredar dari tempat itu.
Ok obviyes gila tipu kan..? Wahai.
Oleh kerana hanya ada seorang sahaja yang bertugas pada hari itu, Inche Petugas itu tidak dapat memberikan keizinan kepada kami untuk berkayak. Bahaya wooo.. Bak kata Inche Petugas tu:
"Saya sorang je life-saver yang bertugas skang ni. Ala yang macam Baywatch tu.."
Peluh besar menitik-nitik.
Maka kami memutuskan untuk berpindah ke kawasan Tanah Basah yang berdekatan, yang hakikatnya lebih kering daripada Taman Rekreasi Air itu. Dan terima kasih kepada kepakaran Inche WOTPOG, walaupon tidak dapat berkayak pada hari itu, hadek-hadek tampak riang gembira bermain games ukhuwwah yang pelbagai (err, tapi ada juga yang luka-luka dek terlalu eksaited bermain..).
Seusai bermain games ukhuwwah, hadek-hadek disajikan pula dengan keropek bersalut Monosodium Glutamat dalam peristiwa di Giant seperti yang saya ceritakan tadi, dicuci pula perut mereka dengan sebiji epal, roti ubi kentang dan air mineral cap Giant juga..! Sungguh menyelerakan bukan..?? Wahahaha.. (Eh hallo..? Fully sponsored ok..? Jangan mengada nak komplen-komplen!) Hihihi..
Sambil menikmati juadah ringan yang disediakan, mereka disajikan pula dengan perkongsian hidup abang-abang yang masih menuntut di luar negara merangkap bekas pelajar Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Ketika itu saya mengambil kesempatan untuk bermuayasyah dengan Inche Ex-Anak Usrah di atas menara pandang keluar (Sila baca: Look-out tower) berdekatan. Seriyes woo, sungguh mengasyikkan bermuayasyah di atas menara itu walaupon pada hakikatnya saya gayat!
Di sinilah tempat saya dan Inche Ex-Anak Usrah berdating.. Hihihi.. [Kredit] |
Kemudian selepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati, mereka diberi pula lima belas ke dua puluh minit untuk menikmati persekitaran tanah basah sambil melaksanakan hobi anak-anak muda di zaman moden ini; menangkap gambar banyak-banyak untuk dimuatnaik dan ditag di dalam Mukabuku mereka. Peluh.
Kurang lebih jam dua belas lima puluh, para peserta rehlah Megawati Sukarnoputri mula bergerak balik ke destinasi masing-masing, setelah bertukar-tukar
Banyak juga perkara yang saya belajar daripada rehlah ini; saya kira rehlah ini merupakan tarbiyyah yang cukup spesel buat diri saya. Antaranya, ia melatih saya untuk betul-betul bersabar dalam pelbagai situasi; bagaimana mahu menguruskan jumlah peserta yang cukup ramai, bagaimana mahu mengkoordinasi kereta yang begitu banyak dan bagaimana mahu melayan karenah hadek-hadek yang pelbagai. Juga melatih diri saya untuk menjaga qudwah di hadapan hadek-hadek. Yalah, dalam ketensenan menguruskan program, sedar atau tidak, hadek-hadek sedang membeliakkan mata mereka memerhatikan bagaimana saya dan ikhwah mengendalikan program berskala besar sebegini! Subhanallah..
Apa-apa pon, besar harapan saya tercapailah objektif yang telah ditetapkan. Selain sebagai salah satu wasilah dalam tarbiyyah (Kuiz untuk anda: Namakan enam wasilah yang lain. Hohoho..) dan merapatkan ukhuwwah sesama peserta, diharapkan juga rehlah kali ini menjadi platform permulaan yang baik untuk aktiviti mencandat sotong secara pukal..! Wahahaha.. (Sila gelak kecil kepada yang faham..)
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang menyampaikan kamu kepada-Nya (kepada Allah), dan berjihadlah pada jalan-Nya (jalan Allah), semoga kamu memperolehi kejayaan.
[al-Maidah, 5:35]
Kepada ikhwah yang turut serta membantu, tiada apa yang mampu saya katakan melainkan jazakumullahu khairan katheera jaza'; moga Allah membalas sumbangan dan pengorbanan anda semua dengan sebaik-baik ganjaran, biidznillah. Anda memang thorbaaeekkk!
Juga syabas kepada hadek-hadek senior yang bertungkus-lumus bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran rehlah kali ini. Anda telah melakukan tugas dengan baik sekali! Bak kata omputih, job well done! Senyum.
Oh ya. Selamat menjala ikan dan mencandat sotong tahu..?? Wahaha.. The race has started, even before you guys realising it. Now what are you waiting for..? Warm-up your engine!
Oh ya. Selamat menjala ikan dan mencandat sotong tahu..?? Wahaha.. The race has started, even before you guys realising it. Now what are you waiting for..? Warm-up your engine!
Vrrrooommm vvvvvrrroooommm...! Ayuh kita fastabiqul khairat!
Senyum besar nampak gigi.
-gabbana-
Oh lupa, nama rehlah ni OMG. Stands for what..? Saya pon tatau. Sungguh kreatif hadek-hadek ini.. ^^"
Oh lupa, nama rehlah ni OMG. Stands for what..? Saya pon tatau. Sungguh kreatif hadek-hadek ini.. ^^"
24 Caci Maki Puji Muji:
Salam inche gabbana.
"Kolej Tanah Terbiar" ??
wahahaha. saya rasa mcm tahu je :P terima kasih, nama yang cukup signifikan di situ. hoho!
jzkk for the post! sbb sdg tercari2 juga tempat baru untuk be-rehlah bersama hadek2, insyaAllah. putrajaya wetland, mcm best. huhu.
syabas juga sbb dpt menguruskan rehlah mega ini dengan jayanya o.O job well done :D
ayuh ayuh, fastabiqul khairat!
outing mega gempak? haha tu la jadinya bila OMG keluar dulu baru nama pnjg die keluar..
kolej tanah terbiar?huhuhu...kolej tenang tenteram...lol
kolej tanah terbiar?sooo true.
memang heaven kalau dibawa berjalan keluar.memang tercandatlah sotong2 semuaa.insyaAllah.
candat sotong?
muahahha....
gelak besau saya bro!
Sotong prise MSG kaw2 ek.
bagi baik punye sibghah!
best jugak buat di tanah basah.Biar basah habis budak yang sebelum ni kering.
Sile gelak jika anda memahami.
Pis
pandai betul bercerita.. hmm.
Menjadikan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah nampak BEST dan MENARIK..
kenapa rasanya mcm font kat sini makin kecik ye?errr...buleh dak,adjust tukaq bg senang nak baca?(;
btw,nice post!^^
Salam. Encik Gabbana, boleh kongsikan apa langkah-langkah seterusnya untuk memastikan mereka terjerumus ke dalam kancah bulatan gembira? Adakah akan diadakan program-program tapisan atau semuanya akan diajak atau DF? Jazakallah. :)
enonimus II: putrajaya sgt cantekk..! Seriyess.. kalau bwk jalan2 kat Masjid besi pon dah ok. lepas tu boleh solat dalam masjid yg sungguh osem (Font kecik: tapi takde orang tu..) itu..! Hihihi..
cadangan lain bukit cahaya seri alam, shah alam. tapi tak penah cuba lagi. org kata byk nyamuk! hihih.. tak tau ah..
selamat maju jaya..! ;)
enonimus II: eh..? anda teka ke atau anda mmg dah tahu..? mmg tu nama yg diberikan adik2 tu..!
*garu kepala yg tak brapa nak gatal*
theonewhospiltthekopi: hahaha.. ok gak tuh. atau pon Kolej Tempat Tenggiling atau Kolej Tempat Tarbiyyah atau Kolej Tukang Tangkap.. Hihihi..
enonimus III: haaa, sebab tu la kena byk2 prog2 yg riang gembira mcm rehlah mega nih..!
pas ni mukhayyam super gaban dan otromen pulak..! wahahah.. ;)
taksukeMSG: hahahahaha.. *lol*
;p
mutiarabd: hakikatnya mmg kerja tarbiyyahd an dakwah sgtlah super best.
tapi kita je yg sebelum ni tak berapa nak reti mcmmana naak tunjuk pada yg lain.
masa untuk kita berubah. masa untuk kita merevolusikan cara kita promote D&T pda org luar..! ;D
enonimus IV: saya rasa skrin andalah. saya ok je ni.
uhm, kat mouse anda ada tak benda yg macam roll roll tu. ala yg bulat kat tengah2 tu..? Ada..? kalau ada, cuba klik sekali. ada keluar magnifying glass tak..?
kalau ada, tolak ke depan ntok besarkan dan ke belakang ntok kecikkan.
kalau takde sume2 nih, boleh setting je kot. (sama ada kat menu setting atau boleh try kat keyboard)
harap berjaya..! ;)
Zulkifli: sgt bagus soklan anda tu! ;)
kalau anda tanya saya, sekarang ni peringkat DF gila-gila tak hengat beraabesss sampailah prog yg seterusnya. kami merancang ntok bwat ISK pulak lepas nih.
dan ntok ISK, by right kena ajak sume ah. lepas tu baru assess dan pilih ntok dibulatangembirakan!
harap membantu! ;)
Salam..macam mana dengan kemaslahatan DnT tempat tu sendri???
16 kereta keluar masuk??
hmmm
bukanke perlu berstrategi
asif..hanya sekadar terfikir
hoho, ingatkan rehlah tu memang betul namanya Megawati Sukarnoputri. adeh.
btw, terela korang boleh keluar masuk 16 kereta di hari yang sangat BERSIH itu. Kami di universiti sains ikhwan muslimin ni pulak, tak dapat masuk kolej adek2 walaupun hanya 2 kereta.wuwu
120 hadek-hadek?!!! subhanallah... *dua titik peluh besar
moga semua skali termasuk dlm system inshaAllah. kader da'wah masa hadapan! (^_^)
teruskan usaha, ikhtiar & tawakkal!
saya pun agak teruja dengan kenyataan 16 kereta keluar masuk..
bukankah kolej maha busy tu agak strict juge..
apepun alhamdulillah dan tahniah..
semoga berjaya dalam aktiviti mencadat sotong secara pukal.. insyaAllah..
p/s : ..errr..firasat saye mengatakan lps rehlah tu anda lunch ngan adik2 di kolej maha busy.. kan? kan? (saye pun ada aura otromen juge =)..peace)
enonimus V: ya, itulah kami khuatirkan pada mulanya. mcm2 cara juga pk mcm mana kalau admin marah nnt, etc.
tp alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Tiada apa2 yg tidak diingini berlaku pada hari itu! ;)
cahayalembut: err... mungkin sbb kolej maha busy ni terletaknya kat nun di tengah-tengah hutan belantara..! hehe..
pape pon, syukur sgt allah permudahkan. =) jgn risau, hari anda pasti tiba nnt, iAllah.. ^^
1453: masalahnya, bila dah semakin ramai ni, mehnah dan tribulasinya semakin besar dan mengganas. hohoho..
doakan kami agar diberikan kekuatan dan kemudahan ntok taujih mereka ni, biidznillah..
enonimus VI a.k.a. zulkifli (?): alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. di lain kali mungkin tidak semudah itu, allahu a'lam.
hahaha.. kurang tepat di situ. adik2 lunch di DS sementara kami terpaksa lunch sesama kami di kafeteria. ^^" Hehehe..
Post a Comment