Hipokrasi Hipopotamusi
Kita cukup bengang apabila ada orang yang bercakap di telefon atau bersms ketika memandu. Tetapi apabila kita yang menelefon atau bersms, tidak mengapa pula. Alasannya kecemasan maka terpaksa.
Kita sungguh bengkek kalau ada orang yang buang sampah merata-rata, mencampakkan sampah ke luar kereta seolah-olah jalan itu neneknya yang punya. Tapi bila gelpren atau boipren kita yang buang sampah sesuka-suki tok saudara belah ayah tiri dia, kita buat dono alah biasa la tu, manusia mana yang sempurna..?
Kita amat marah apabila melihat anak-anak muda berkelakuan tidak senonoh, tak kiralah merempit di jalan raya atau berkepit bersulam chenta ibarat tiada lagi hari esok untuk mereka. Uish, panas-panas. Tapi bila adik perempuan atau sepupu atau abang mak cik kita sendiri yang menunjukkan perangai yang langsung tidak berakhlak mahmudah, kita tutup sebelah mata buat-buat tak nampak, buat-buat tak kenal. Eh, sakit mata ke bang..?
Kita terpaling fedap apabila kita betul-betul dalam kecemasan sampai tahap mencecah hidung perlukan bantuan, orang buat dek je seolah-olah kita tak pernah wujud kat dunia ni. Lagi hampagas cap Panasonik kalau kita dimarah atau ditengking disebabkan kita terlalu mendesak dalam meminta pertolongan. Tapi bila giliran kita diminta tolong, kita boleh pulak buat muka pisang goreng. Kata hati kita, ada aku kesah? Kau sendiri yang cari pasal, maka sila tanggung sendiri sekian terima kasih hey!
Kita cukup sedih menyaksikan nasib orang Palestin yang dinafikan hak mereka oleh Zionis laknatullah saban hari, atau nasib rakyat Libya yang tidak habis-habis lagi bergaduh sesama mereka, atau rakyat Sudan yang tak cukup makan. Tapi sekadar sedihlah! Kita kat sini tak buat apa pon! Masih syok kunyah biskut kering Hup Seng cicah teh o' panas depan televisyen!
Kadang-kadang kita rasa nak bertukar menjadi Inkeredibel Haq apabila melihatkan alim ulama' di Malaysia ni dok sibuk bertekak pasal benda-benda yang remeh atau furuq kononnya. Eh, umat dah rosak teruk tu, anda semua masih ada masa untuk bercakar harimau..?? Tapi kita.. Err.. Kita ada buat apa-apa tak untuk bantu mereka, untuk bantu umat yang sedang tenat tu..? Ke kita dok syok jadi penonton sambil makan bertih jagung, dan hanya tahu mengkritik penuh sombong..?
Kat akhirat nanti, kita mesti sangat bengkek, bengang, fedap, marah dan rasa macam nak jadi raksasa gorgon dengan sahabat-sahabat kita, hatta ahli keluarga kita sendiri sebab kat dunia dolu-dolu mereka langsung tak nak jaga tepi kain kita bilamana kita bergelumang dengan dosa dan noda. Atau langsung tak nak ajak kita perbanyakkan amalan dan pahala. Tapi kita sendiri, bila Allah bagi peluang dan ruang kat dunia ni untuk menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar, ada kita rebut tak peluang tu...?
Moga Allah melindungi kita semua daripada sifat munafik dan menjauhkan kita daripada ancaman marabahaya golongan ini, biidznillah. (Saya cuba mencari doa amalan Nabi SAW untuk mengelakkan diri daripada sifat munafik ini, tetapi tidak berjaya. Sila kongsikan sekiranya anda mengetahuinya tahu..?? Sangat buruk perangai sekiranya anda kedekut ilmu! Hoh.)
Aman.
Moga Allah melindungi kita semua daripada sifat munafik dan menjauhkan kita daripada ancaman marabahaya golongan ini, biidznillah. (Saya cuba mencari doa amalan Nabi SAW untuk mengelakkan diri daripada sifat munafik ini, tetapi tidak berjaya. Sila kongsikan sekiranya anda mengetahuinya tahu..?? Sangat buruk perangai sekiranya anda kedekut ilmu! Hoh.)
Aman.
-gabbana-
Sakit gusi pulok dah.. Allahu Allah...
16 Caci Maki Puji Muji:
sayangnya Allah kat kauuuuuu TTT_____TTT
terima kasih atas tazkirah cincangan. :)
salam ziarah :)
tanya sama hati, apa ada DIA di hati kita..insyaALLAH, walau sekelumit pun ingatan kita pada DIA, moga semakin hari semakin kita berasa malu nak buat benda jahat, walaupun sekecil-kecil perbuatan meludah di atas jalan raya.
mohon agar DIA masih mahu buka hati kita untuk rasa bersyukur dengan pemberianNya dan apa2 je yg kita buat sebagai tanda kita bersyukur kepadaNya, insyaALLAH. cuma, jangan putus asa mengharapkan rahmatNYA, insyaALLAH.
wallahu'alam.
...adoii..rasa terpukul...
Allah sgt marah kalau kita tak walk what we talk dan hanya berpura2 je kan (61:3)
(muhasabah diri TT_TT)
sama2 la kita sentiasa berdoa pada Allah semoga diberi keikhlasan hati, kekuatan dlm melaksanakan perintahnya dan tidak tergolong dlm golongan munafik..
syafakallah ya inche..
bak kata opah2 kita
"kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat2 x nampak"
p/s: bkn pulok dad tp pulok doh.aman.
hipokrit adalah orang yang mendambakan recognition di kalangan manusia.
regardless apa yang pencipta fikirkan.
nanti mati, dlm kubo, nk jmpa pencipta ke nak jmpe benda2 yang diagungkan?pikir sendiri la ek
I always have these double standards :(
Perlu usaha supaya diri kita yang tersembunyi dari pandangan manusia lain lebih baik daripada yang dilihat manusia sebab Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
kalau doa lepas istinjak aci x?sunnah nabi.
'allahumma tahhir qalbi minannifaaq wahassin farji minal fawaahisy'
Ya Allah bersihkan hatiku dari sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran'
hamba Allah: eh..? kenapa pulak..? garu kepala yg tak berapa nak gatal.
theonewhospiltkopi: terima kasih juga kerana sudi dichenchang.
zulaikha: manusia tak pernah dan tak akan boleh lari daripada berbuat dosa.
moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terlalu banyak ni...
peace: bagusla rasa terpukul. kalau tak cukup meh saya bantai lagi. ;p
takut woo kalau tergolong dalam golongan munafik. dah no turning back dah.. TT__TT
moga kita sama-sama dilindungiNya iAllah.
dan jzkk atas ucapan.
sunan: jgn kata kuman, atom, neutron, proton sume2 tu pon blom tentu lagi nampak... haih..
sy tak faham p/s anda tapi tak mengapalah mekaseh kerana sudi mengomen sekian terima kasih.
telefon karat: TTT____TTT
terima kasih kerana sudi membakar di ruangan ini.
zulkifli: sampai tahap memberi tangan kanan, tangan kiri tak tahu kan..?
ya allah susahnya..... ='(
enonimus: eh boleh boleh..! =D
jzkk atas perkongsian..!
Post a Comment