15 April 2011

Pagi Jumaat Yang Choyy..!

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pemilik ruh dan jiwa kita, yang memegang nyawa kita di tanganNya.

Solawat dan salam kepada kekasih, buah hati kita, ar-Rasul SAW, seorang manusia biasa tetapi diberikan amanah kerasulan yang amat besar dan berat tanggungjawabnya. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesengsaraanmu dengan syurgaNya yang abadi.

Dan salaam Jumaat kepada para pembaca AWG (ke APG..?). Sesungguhnya Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan beruntunglah kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang mendapat keistimewaan yang tidak terkata pada hari yang mulia ini. 

Ok switch off mode skema. Switch on mode huhahuha gila bergaya Inche gabbana. Wah!

Saja je kan Allah nak uji pagi-pagi Jumaat macam ni..? 

Pagi tadi seperti tradisi biasa hari-hari Jumaat, saya bersarapan pagi bersama Puan Mama di Kuala Lumpur Nampak-Nampak. Inilah adalah salah satu taktik untuk berpolitik dengan Puan Mama; menghabiskan masa berkualiti bersamanya supaya dia tidaklah bising-bising di waktu lain sekiranya saya mahu ke bulatan gembira atau konferens riang. Wahahaha.. 

Apa-apa jalan, ketika sedang beratur untuk membayar makanan, ada dua kejadian yang berlaku yang menyebabkan mood saya hilang tapi mood untuk makan nasi lemak tetap ada. Hihihi..

Kejadian tersebut boleh dibahagikan kepada dua:

  1. Ketika saya sedang beratur, tiba-tiba kecoh dengan orang ramai menjerit ketakutan, paling ketara suara nyaring seorang makcik yang menjerit, "Yaaa Alllaaahhh....!!" Rupa-rupanya seekor raksasa berkepala gondol berperut boroi keluar dari pusat bumi dan sedang menghancurkan bangunan-bangunan pencakar langit. Apa lagi, saya pon terus..

Eh eh. Mengarut pulak pagi-pagi Jumaat ni. Tu tandanya otak saya kurang stabil. Wahahaha..

Ok ok. Seriyes sket. Uhm, ada dua kejadian yang berlaku.

Pertama, ketika sedang beratur untuk membayar makanan, ada seorang pakcik yang tidak mahu beratur dan berdiri di tengah-tengah dunia, mungkin mengharapkan Puan Juruwang akan datang kepadanya dan memberi bil, ala-ala makan di hotel tiga setengah bintang lagaknya. Kemudian ada seorang wanita yang menegur pakcik itu dengan sebaik-baik teguran (saya rasalah, sebab wanita itu tersenyum dan suaranya lembut dan sopan santun). Anda tahu apa respon pakcik itu..? Dia boleh buat dono je, seolah-olah wanita tadi adalah sebatang tiang lampu di tebing Sungai Thames! Siap buat muka lagi..! Hadohai. Dan jelas la wanita tadi agak terkejut dan tensen dengan respon artis bajet hot yang diberikan oleh pakcik itu. Kasihan.

Itu yang pertama.

Kedua, selepas peristiwa yang pertama itu, seorang makcik yang beratur di belakang saya tiba-tiba sahaja membayar makanannya terlebih dahulu daripada saya. Malah lebih dahulu daripada orang di depan saya. Kalau anda tidak faham, biar saya gunakan bahasa yang lebih mudah; makcik itu potong q. Yang bestnya ialah makcik itu langsung tidak rasa bersalah! Apabila saya (ter)berikannya jelingan tajam yang pada hari-hari biasa pasti dapat mengoyakkan jiwa dan raga sesiapa yang dijeling, makcik tu boleh pulak buat muka, seolah-olah berkata di dalam hati, "Ekele budak ni, nak jeling-jeling aku pulak! Apa dia ingat dia hot..??"

Ya saya memang hot. Eh.



Dua kejadian tersebut betul-betul merosakkan pagi Jumaat saya pada hari ini. Choyy..!! Benarlah hari Jumaat itu hari yang mulia; dalam kes ini, penuh dengan ujian untuk mengetes keimanan saya. Hohoho..

Untuk kejadian pertama, saya tidak faham mengapa pakcik itu perlu bertindak sedemikian. The least he could do senyum ke, acknowledge ke kat wanita tu. Langsung tak. Yang menjadikan insiden itu lebih dramatik adalah kerana pakcik itu memakai kopiah dan wanita itu pula, err, senang kata, tidak menutup auratnya dengan sebaiknya-lah..! Entahlah. Tapi sumpah begitu banyak bisikan jahat syaitan yang mencucuk-cucuk saya ketika menyaksikan insiden itu.

Antaranya: Alahai pak cik ni. Buat malu je. Mentang-mentang minah tu pakai camtu, nak layan dia macam tu pulak.

Ish ish ish. Astaghfirullahal adzim... Teruknya hati saya ni, penuh dengan dzan! Peluh tiga perempat besar.

Tapi kan, saya tak hairan kalau ada orang lain yang berfikiran seperti saya. Memang betullah kita tak boleh hakimi seseorang itu berdasarkan rupa luarannya. Walaupon pakcik itu berkopiah, itu tidak menjadikannya seorang mufti mahupon alim ulama'! Tetapi hakikatnya persepsi masyarakat Malaysia secara massanya tidak begitu. Kalau nampak orang pakai kopiah, terus terlintas di hati, "Wuish, alimnya orang ni." Tak ke..?

Sebab kalau saya sendiri, bukan senang nak pakai kopiah dan tonjolkan kat orang ramai. Mesti ada mesej yang kita nak bagitahu kat orang kan..? Takkan kita suka-suki je nak pakai kopiah dan keluar ke masyarakat sebegitu? Eh tak ke..?

Untuk kejadian kedua pon sama. Makcik tu dahla bertudung semua (Again, bukan nak judge ke apa, just berhujah berdasarkan realiti semasa). Then langsung tak tunjuk akhlak yang baik kat orang di sekitar. Awak tu dah la makcik, dah tua. Bukan ke lagi tua lagi berisi ke..? Dan yang lebih utama, awak tu Muslim. Mana akhlak Islamiyahnya..? Eeerrrgghh.

(Maaf ye kalau ada yang terasa dengan kelaseran mulut saya pagi-pagi Jumaat ni. Tapi kenala dengan tajuk kan..? Pagi Jumaat yang choyy..!)

Dan yang lebih parah lagi apabila orang di sekitar tidak melihat itu sebagai satu masalah; seolah-olah sudah boleh menerima kebejatan akhlak yang berlaku (Woo woo, chill chill. Takkan sampai macam tu pon dah kira kebejatan akhlak..??). Seolah-olah kita sudah selesa dengan rosaknya moral dan akhlak di sekeliling kita. Sama ada itu, atau tiada siapa yang berani nak tegur. Masing-masing nak jaga tepi kain sendiri. 

Dan apa tahu apa respon pertama Puan Mama apabila saya menceritakan dua kejadian tersebut kepadanya..?

"Ha itulah, nama je Islam, tapi perangai langsung tak Islam...!"

*paaaapppppp* Tamparan wanita bernama Puan Mama hinggap di pipi. Adeh.

Puan Mama dan Inche Papa memang sefikrah; mereka amat kritikal dengan isu-isu sebegini. Bilamana orang Melayu Muslim langsung tidak menggambarkan keIslaman mereka di dalam kehidupan sehari-hari. Salah siapa..? 

Salah kitalah yang masih tidak kuat bekerja. Anda tahu siapa 'kita' dan anda tahu 'kerja' apa.

Teringat kata-kata seorang rakan sepejabat:

"Bro, kau nak cari bini, tak semestinya perempuan bertudung labuh. Kau tau tak, perempuan tudung labuh skang ni bukannya boleh percaya pon..!"

Apa kata anda..? Bukan salah ibu mengandung. 

Saya dah penat dengan karenah rakyat Malaysia yang terlalu amat mementingkan diri sendiri.

Peace.

-gabbana-

Hobi saya memerhatikan tingkah-laku manusia dan banyak yang belajar daripada hobi saya itu..!

21 Caci Maki Puji Muji:

z.shin 15/04/2011, 15:46  

bila kita memerhati masyarakat, makin terasa kerja kita diperlukan... fuh fuh fuh... mampukah? fuhh lagi...

p/s: lama tak jumpa inche gabbana :D

Zulkifli 15/04/2011, 17:21  

Hmm. Kita perlu sangat berhati-hati dengan setiap kata-kata dan perbuatan kita sebab orang akan sandarkan pada Islam. Terutamanya kalau kita bergiat cergas dalam dakwah. Ya Ghafur, tutuplah ketidaksempurnaan kami supaya mereka melihat kesempurnaan Islam. Huhu.

P.S.: Apakah maksud Choyy?

P.P.S.: Imam Muda Asyraf is coming to a nearby surau (Seksyen 7 Shah Alam) for Kuliah Subuh tomorrow! Jom! Haha. Saya meminati Imam Muda Asyraf.

pocong pokpek 15/04/2011, 18:11  

pocong's random thought:
1.inc gab ni mmg sgt2 suke ngan live action or anime or manga jepun
2.inc gab dh dpengaruhi virus hoyeahhh tahap kritikal,klo jmpe doktot mgkn kne masuk ICU dah...
3.pagi yg choyy tp dpt blajar sumting n share.
proses pembelajaran menurut buku new quantum tarbiyah-capture,expand,apply,share^^
4.kembali kpd perbahasan gambar x sesuai isi n tajuk...btp pentingnye akhlak dlm hidup kte
5.nasib baik bkn sy d c2,alhasil berjayala sy menganyam ketupat berbakul2 dgn jayanya(afatul lisan fail!)
6.hakikat sekarang
islam=melayu=mundur=kotor
pergi masjid pon x sanggup masuk toilet.
as mentioned,kerja kte sgt byk...d klang valley mgkn ramai tenaga,tp d kampung ni sy sorg jer.olala...
kne bertekad mulakan kerja,dr akar umbi.allah kurniakanlah kami semua kekuatan
pocong ketandusan idea akibat kechiwa x dpt main volley ball

arissa myana 16/04/2011, 00:45  

salam,

mmg menguji keimanan sungguh ^^"

dan hobi 'observing human behavior' itu mmg x boleh nk resist ^^ menarik dan inshaALLAH byk boleh belajar...

nmpk seorg pak cik yg down syndrome (dari fesyen wajahnya. Allah huAlam) sedang merokok... i couldn't imagine how such a helpless guy (helpless ke bila dh mcm ni? siyess confuse) boleh menghisap putung rokok itu di hadapan surau wktu solat jumaat... nk kata, 'organisasi jahat' tu dah begitu berjaya 'menembusi pasaran' hatta ke lapisan masyarakat yang paling lemah... kenyataan yg perit T___T

mmg BANYAK-GILA 'KERJA' kena buat... T_____T persoalannya, dah sehabis baik ke apa yg kita sedang dan telah buat?

Allah huAlam... smoga awal dan akhirnya kerana DIA...

jzkk utk pemerhatian, inferens juga hipotesis2 nya ya :)

barakallahu fiiik

Inche gabbana 16/04/2011, 09:33  

inche shin..! ya mmg lma sgt tak jumpa..! rinduuullaaa...! =(

uhm btol btol. selalunya kita selesa dan syok dalam kepompong kita sendiri, pada hal masyarakat kt luar sana tu tgh sakit tenat...

byk lagi kerja yg kita kena buat. dan kalau bukan kita yg nak buat kerja tu, sapa lagi..??

Inche gabbana 16/04/2011, 09:35  

zulkifli: btol tu. dan lagi aktif kita dalam berdakwah ni, lg berat la bahu kita dalam menjadi qudwah kepada masayarakat sekeliling. hadohai..


inche posong, tolong eksplen kt inche zulkifli ni apa maksud choyy boleh..? ;)

oh haha. thanx for the invi! sorry tak dapat nak penuhi. best tak..??

Inche gabbana 16/04/2011, 09:39  

menjwan random thoughts inche pocong:

1. salah di situ. saya tak suka pon. well, dolu2 mungkin la, zaman doraemon dan mutiara naga dulu. hohoho..
2. errr.. sy pon rasa begitu.. -___-"
3.haha.. walaupon choyy, pastinya tiada kebetulan bukan..?? ;)
4. uhm uhm.. *angguk tanda setuju*
5. hahahaha.. aiyoh, henti2kanlah tabiat menganyam ketupat tu. tambah dosa kering je..! =(
6. TT__TT btol btol. kalau org kat palestin tu ujian mereka menghadapi yahudi laknatullah, kita di sini menghadapi bangsa sendiri yg dah rosak teruk... haduh.

btul tu pocong, kita kena terus bekerja. sbb kalau bukan kita, takkan nak suru pakcik jual cendol tepi jalan tu kan..?? (Walaupon by right dia pon kna berdakwah gak..!)

xpe, jgn berputus asa, kuatkan semangat dan teruskan bekerja..! IAllah bantuan Dia akan tiba! Saya yakin..! (Nak suruh saya bantu pon boleh juga biidznillah!)

peace.

Inche gabbana 16/04/2011, 09:41  

arissa myana: uhm, menarik pemerhatian anda tu. (Eh anda gi solat jumaat juga kah..?) hihihi..

btol tu. kadang2 kita igt kita ni dah kuat bekerja, padahal seciput je pon apa yg kita dah lakukan. ntah2 seciput pon tak sampai.. TT__TT

tapi bersyukur kepadaNya sbb entah kenapa Dia still nak pilih kita buat kerja2 ni, walhal byk je kelemahan kita ni semua...

allahu a'lam, jzkk juga untuk perkongsian anda.

semoga kita semua tros tsabat bidznillah!

pocong iz here 16/04/2011, 10:14  

wah2,sdp tolak tugas kat sy ey??hahaha
inc zul-choyy tu klo ikot loghat melayu maksudnye 'hampeh' la kot.bhs kantonis.ngam x inc gab?

dulu tabiat sy tunjuk prasaan n sumtime laser dpn org2 tsebut,skrg downgrade ke anyam ktupat,ins allah nnt try downgred lg.xixixi

mengislamkan org islam jauh lebih susah kan?sayang rasanya,esp ble tgk kturunan doremon yg sungguh gigih dan beradab n berdisiplin tinggi.

ambo akn bekerja!pakcik jual cendol pon akn ambo bedal.hehe.
tu la,skang tgh susun strategi cemana nk tembus pasaran d kg pisang ni(eh cam antu kak limah plak).ins allah akn menyerang dlm bbrp bulan lg.heheh.macam ape je kan...
klo bro nk bantu sgt dialu2kan...err,klo sy cakap sy d kampong papua,sanggp ker bro?
*lari sebelum kne sekeh*

pocong 16/04/2011, 10:44  

oye inc zul,1 lg perkataan choyy sering dgunakan dlm situasi minta jauh,or mintak simpang.hmm...tu lah tu.nnt lebey2 inc gab boleh jelaskan penggunaan kata choyy yg sebenar.silakan bro!

Mar 16/04/2011, 12:36  

betul sgt lah contoh teladan melalui perbuatan (qudwah bil haal) tu lebih baik dan berkesan, jgn sampai diri sendiri menjadi fitnah kepada Islam.. dan yes 'kerja' kita takkan pnah abis, bukankah "kerja itu lebih banyak daripada masa" - hassan al-banna *wink*

Zulkifli 16/04/2011, 20:05  

Encik Pocong, terima kasih. Akan saya masukkan dalam kamus percakapan saya. Haha.

Inche gabbana 17/04/2011, 14:36  

pocong: hahaha.. haah, dah btol la tu takrifan choyy anda tu. lebih kurang camtu la pon. tak reti nak define dalam bm. hehehe..

uish, menganyam ketupat pon tak boleh tahu..?? ada kena berhenikan obi anda tu dgn sesegera mungkin..! gambatte..! xD

sanggup iAllah. kalau ada kekuatan, kat mana2 pon sanggup. ;) demi anda inche puchong.. eheheh..

Inche gabbana 17/04/2011, 14:38  

mar: btol btol. kena walk our talk, or else nnt jadi mcm org yang Allah sebut dalam surah as-saff. TT__TT

sebagai seorang dai'e, mmg kita dululah kena be the lead ntok jadi qudwah kepada org di sekiar kita.

yaaaa...! al-wajibat aktsaru minal auqat... jzkk!

Inche gabbana 17/04/2011, 14:38  

zulkifli: err.. saya nasihatkan anda kekalkan sahaja cara anda bercakap sekarang ni. jgn ikut sgt pengaruh-pengaruh kurang sopan inche pochong tu...

*koff koff* ;p

pocong difitnah 17/04/2011, 17:39  

*uhuk uhuk*
aku difitnah...
(ade jugak yg nk dsekeh dgn riang gembira ni)
inc zul,err...sy turut serta menasihatkan anda kekalkan saja cara percakapan anda yg sekarang ni.jgn ikut langsung pengaruh-pengaruh kurang sopan inche gabbana ni...
hehe,pis bro

pocong 17/04/2011, 18:02  

ye la boss.nanti org buang sume stok2 ketupat tu.cukup utk smpai raya thn dpn banyaknya
die bukan hobi,die merupakan saluran utk menyalurkan apa yg perlu dsalurkan*lap peluh*
thnx atas teguran
JZKK

AL 18/04/2011, 03:42  

comel la post ni especially part "apa dia igt dia hot" hehe.

mempunyai hobi yg sama,suka memerhatikan manusia dan gelagat mereka,tp mcm x ambil iktibar.asyik amek iktibar pasal fesyen je.tersentap and sedih ngan diri sendiri.

Inche gabbana 18/04/2011, 15:22  

pocong: hahaha.. amboi, pulang buah keras nampak...?? cis.

mana2 la zulkifli pon, asalkan terjaga assolah. hehe...

meh kalau tak tau nak buat apa ngan ketupat2 tu, saya tolong bayarkan..!

xD peace.

Inche gabbana 18/04/2011, 15:23  

faridalzim: farid...! hahaha.. biasa la tu, normal la. but nw that u've acknowledged it, why not change it eh..?

all the best farid..! ;)

Anonymous 22/05/2013, 08:27  

saya tercari2 apakah maksud choyy yg sebenar2nya..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP