6 February 2011

Langit Itu Biru Rupanya

Ukhuwwah yang hidup itu ibarat bunga mekar dipayungi langitNya yang biru. ;) [Kredit Gambar]

Alhamdulillah, segala puji-pujiaan untukNya, Tuhan yang memiliki jiwa dan ruh ini. Semalam, kurang lebih jam empat empat puluh pagi, saya selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Udara Asia setelah lebih seminggu lamanya berkelana di negara rahsia. Penerbangan yang dijangkakan tiba pada jam lima setengah pagi berjaya tiba hampir lima puluh minit lebih awal, sehinggakan para petugas lapangan terbang tidak bersedia menyambut ketibaan kami menyebabkan kami terpaksa tunggu di dalam pesawat sebelum boleh turun.. ^__^"

Sebelum bertolak ke negara rahsia seminggu yang lepas, secara jujurnya saya berasa amat berat untuk ke sana. Yalah, banyak komitmen yang terpaksa ditinggalkan sepanjang saya di sana. Jika bukan dek tiket penerbangan MAS yang sudah tersedia di tangan, nescaya saya akan berfikir enam-tujuh kali juga sebelum berlepas ke sana. Tetapi benarlah, perancanganNya jauh lebih sempurna dan bijaksana daripada rancangan manusia marhaen seperti saya.

Di sana, begitu banyak mutiara dan logam-logam berharga yang saya kutip dan simpan di dalam jiwa. Layanan sahabat-sahabat tahap hotel sembilan bintang kalah hotel Burj al-Arab menyebabkan kaki berasa amat berat untuk meninggalkan mereka. Malah pengalaman duduk bersama dan berbincang hingga dua ke tiga pagi hampir setiap malam bagi membantu gerak kerja dakwah di tempat mereka menyebabkan diri sayu terkenangkan memori yang lalu. Pada masa yang sama, diri ini juga menjadi lebih bersemangat, jiwa membara dan himmah bertenaga apabila melihatkan ikhwah di sana yang bekerja tanpa mengenal erti putus asa. 

Subhanallah. Amat kagum dan cemburu melihatkan pengorbanan mereka semuanya; tiada erti mementingkan diri sendiri dalam kamus hidup mereka. Semata-mata untuk dakwah dan tarbiyyah demi menjunjung agama Allah yang mulia. Duduk bermuayashah bersama mereka, bahu ini turut merasakan betapa beratnya beban dan masalah yang sedang ditanggung mereka. Aneka ragam dan bermacam-macam. Namun mereka tetap gigih dan tabah menghadapinya. Kerana mereka sudah pun mula berlari mengejar syurga Allah yang hakiki; takkan mereka mahu berhenti dan berjalan pula...?

Kesempatan berada di sana juga digunakan sebaiknya untuk mengenali logam-logam yang subhanallah, begitu bernilai dan tinggi harganya. Antara yang terawal 'tersadung' di tepi jalan termasuklah Aiman, Raja, Ubee, Rosne, Bangbil, Akmal Hayat dan Azril. Kemudiannya logam-logam seperti Afiq, Anip, Amirul, Faisal dan Izzudean yang sekiranya digilap dengan cermat dan penuh kesabaran, pasti akan berkilauan sirna buana alam. Tidak ketinggalan Maaba, Yem dan Iqbal yang punya kualiti yang tersendiri. Oh mana mungkin boleh dilupakan Iski Miski yang sungguh ganjal (Wahahaha...) namun penuh dengan sifat kelogamannya! ;D

Terima kasih kerana sudi menerima tangan ukhuwwah ini! Senyum lebar-lebar.

Oh keputusan untuk menghabiskan sembilan hari di negara rahsia adalah suatu keputusan yang tidak mungkin akan disesali sampai bila-bila. Sumpah tak menyesal..! Terima kasih ya Allah..!

Kepada warga 102, terima kasih untuk segalanya. Juga kepada adik-adik tahun kedua. Sungguh saya memaksudkannya dengan sepenuh hati dan jiwa raga. Hanya Allah Azza Wajalla yang bisa membalas kebaikan dan jasa antum. Semoga jalan tarbiyyah penuh onak dan duri yang kita lalui bersama-sama ini, akan kita selusuri semula di jannahNya nanti biidznillah. Sungguh ukhuwwah yang telah kita tauti amat-amat saya hargai..! Ampun maaf seandainya sepanjang saya di sana, perbuatan dan kata-kata saya ada menyakitkan hati antum. Sungguh langsung tidak pernah sengaja mahu melakukannya, melainkan atas dasar ukhuwwah yang berakarkan cinta yang agung kepada Islam, ar-Rasul SAW dan Allahu Subhanahu Wata'ala..!
 
Oh jangan lupa ya dengan cabaran saya..?? Tolong, tolong dan tolong buktikan yang saya salah, yang saya ini silap..! ;) Tahu...??

Kepada rakan-rakan di negara rahsia yang tidak mengetahui kedatangan saya di sana, atau hanya mengetahuinya di saat-saat akhir, hanya maaf seikhlas hati yang bisa saya ucapkan. Percayalah, banyak maslahah yang perlu saya jaga dengan merahsiakan kedatangan saya. Juga jadual saya juga sudah penuh sepanjang sembilan hari di sana. Tidak mahulah memberikan harapan palsu kepada anda semua. =( Maaf ya..?

Dan kepada para pembaca belog ini, maaf juga kerana sudah lama tidak menghapdet. Sudah bersawang dan berhabuk jadinya. Hohoho.. Insha-Allah Inche gabbana akan aktif semula menulis. Dan Insha-Allah belog ini akan ditukarkan namanya kepada 'Angel Pakai Gucci,' nama asalnya dalam masa yang terdekat ini. Tujuan saya menukar namanya kepada 'Angel Pakai Onitsuka' adalah hanya untuk tempoh masa yang singkat, bersempena dengan lawatan sambil belajar saya ke negara rahsia..! Hihihi..

Saya uhibbukum fillah...! Insha-Allah.. ;)

-gabbana-

Sedikit emosi menulis post ini. Ah begitu rindu rasa hati pada pejuang-pejuang agama Allah di bumi sana...! Doakan saya di sini!

7 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 07/02/2011, 01:02  

wah.. tertanya-tanya.... (",)


(boleh pula nama Aiman kuar skali kan? ^_^)

ye lah, tak kan nak kuar dua kali

IMANSHAH 07/02/2011, 04:09  

sudah pulang kah

Inche gabbana 07/02/2011, 08:33  

aiman: sila jgn perasan. anda bukanlah aiman itu.. xp

Inche gabbana 07/02/2011, 08:33  

cikgu: haah alhamdulillah.

p/s: wah rajin banget tulis belog skang ni kan...? sampai 4-5 posts sehari nih..! -____-" (sebenarnya jeles.. huhuh..)

Anonymous 07/02/2011, 11:45  

Semoga ukhuwah kita ini kekal dunia dan akhirat =) Bersyukur sangat Allah beri korang 3 kat diri ini. Terima kasih Allah..

Inche gabbana 08/02/2011, 16:24  

terima kasih ya Allah sebab bagi seorang murabbi yg hebat spt nta.. ;)

moga bertemu lagi di jannahNya! Biidznillah...

Unknown 31/05/2011, 17:05  

apa maksud Marhaen tu??

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP