Pertunjukan Inche Truman
Anda pernah menonton filem lakonan pelakon Jim Carrey ini? Filem bikinan sekitar tahun 1998 ini dianggap sukses di pejabat kotak (Baca: Box-office) kerana kutipan tiket wayang yang cukup memberansangkan di samping sambutan yang baik di kalangan para pengkritik filem.
Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Truman Burbank (Jim Carrey) yang dirakam dua puluh empat jam sehari sejak hari kelahirannya tanpa disedarinya. Dia hidup di dalam set filem yang direka khas bagi menyerupai dunia normal (bayangkanlah betapa besarnya set filem itu!). Seluruh dunia menyaksikan setiap langkah dan gerak-gerinya, termasuklah ketika dia berak, makan, tidur berdengkur keluar air basi, berpeluh ketiak ketika bersukan, bekerja dan err, pengalaman mendirikan rumah tangga. Ya, setiap aktiviti yang dilakukannya, tidak kira kecil atau besar dijadikan santapan rohani mata oleh para penonton tegar rancangan realiti Truman Show.
Truman tidak pernah sedar yang kehidupan sehari-harinya dirakam dan ditayangkan ke seluruh dunia dek kebijakan dan kelicikan pengarah/penerbit rancangan realiti itu. Beribu-ribu kamera rahsia dipasang bagi merakamkan gerak-geri Truman. Setiap orang di sekitarnya adalah pelakon, termasuklah ayah, isteri dan rakan-rakan sepejabatnya.
Dan Truman dihalang atau dimatipucukkan keinginannya daripada menjumpai dunia yang sebenar dengan kaedah-kaedah yang cukup keji tetapi licik. Ayahnya 'dimatikan' dalam suatu kemalangan kapal layar supaya Truman trauma dengan air lantas dia sendiri tidak akan belayar (dikhuatiri dia akan mengetahui dunianya hanyalah sebuah set jika dia belayar jauh). Dia tidak pernah berpeluang menaiki kapal terbang. Banyak iklan-iklan dan berita di sekitarnya menakut-nakutkan tentang bahayanya berjalan jauh dan lebih selamat dan seronok dengan hanya duduk di rumah sahaja.
Pendek kata, Truman ada hanya dirinya sendiri dan dunianya sahaja. Truman and his own world. Semuanya berjalan lancar sehinggalah hari lahirnya yang ketiga puluh. Ketika ini banyak perkara pelik yang mula berlaku. Dia jatuh cinta dengan pelakon tambahan, yang kebetulan berasa kasihan dengan kehidupan palsu Truman lantas melancarkan kempen untuk membebaskan Truman. Ayahnya yang 'mati' tiba-tiba muncul kembali. Truman mula berasa syak dengan keganjilan yang berlaku di sekitarnya.
Akhirnya (nak pendekkan cerita.. hihihi..) Truman berjaya membebaskan dirinya daripada dunia palsu ciptaan penerbit rancangan realiti itu. Dia memberanikan diri belayar ke lautan dan akhirnya dia sampai ke 'hujung dunia' apabila muncung kapal layarnya melanggar set penggambaran dan terhenti. Dia menjumpai pintu keluar dan ribuan peminatnya menunggu dan meraikan kebebasannya di luar set penggambaran.
"In case I don't see you ... good afternoon, good evening, and good night," kata Truman kepada penonton rancangannya sebelum dia melangkah keluar dan menuju ke dunia yang sebenar.
***
So apa kejadahnya saya bercerita tentang filem ini..? Adakah saya telah dilantik oleh Paramount Pictures untuk mempromosikan filem ini di Malaysia..? Ish takde keja yang lebih berfaedahkah untuk dibuat..? Wahahaha..
Sebenarnya sama ada kita sedar atau tak, kita juga berada di dalam dunia Inche Truman. Setiap perbuatan dan tingkah laku kita diperhatikan. Setiap inci gerak-geri kita dirakam dan direkod untuk tontonan. Untuk ditonton oleh siapa..? Kali ini bukan sahaja penonton atau peminat tegar anda, tetapi oleh seluruh umat manusia. Seluruh umat manusia.
Setiap daripada anda mempunyai 'show' anda sendiri. Dan setiap daripada anda adalah pelakon utama untuk show anda, manakala keluarga, rakan-rakan dan orang yang berada di sekitar adalah pelakon tambahan kepada show anda. Andalah yang menentukan sama ada show anda akan berjaya atau pon tidak. Andalah pengarahnya, andalah penulis skripnya.
Gigilionan manusia akan menyaksikan lakonan anda nanti! [Kredit Gambar] |
Setiap daripada anda mempunyai 'show' anda sendiri. Dan setiap daripada anda adalah pelakon utama untuk show anda, manakala keluarga, rakan-rakan dan orang yang berada di sekitar adalah pelakon tambahan kepada show anda. Andalah yang menentukan sama ada show anda akan berjaya atau pon tidak. Andalah pengarahnya, andalah penulis skripnya.
Set penggambarannya..? Lebih hebat, gah dan besar daripada set penggambaran Truman Burbank. Seluruh cakerawala ini adalah set penggambaran show anda. Malah dalam show anda, tidak seperti Inche Truman, anda tidak akan dihalang untuk ke mana-mana. Anda boleh menaiki kapal terbang atau belayar menaiki kapal. Ikut suka ginjal andalah. Anda bebas melakukan apa sahaja. Bebas.
Tetapi awas! Kebebasan anda ada harga yang perlu dibayar. Jangan lupa yang lakonan anda akan ditonton oleh seluruh umat manusia, dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah umat akhir zaman nanti. Maknanya, kalau anda memalukan diri sendiri dengan lakonan anda yang terlampau, anda pasti akan menyesal nanti kerana setiap perbuatan anda yang terkutuk dan keji akan ditonton, dikritik dan diberikan markah!
Siapakah jurukamera lakonan anda..? Jangan risau, ada kamera tersembunyi yang tidak terlihat oleh anda. Kamera ini begitu canggih; walau anda berada di mana sekalipon, hatta menyorok di dalam almari baju atau menyelam di dasar lautan, kamera ini dapat merakamkan setiap milimeter gerak-geri anda.
[Kredit Gambar] |
Yang paling menarik, ada dua pegawai, Raqib dan 'Atid, yang ditugaskan khas untuk mencatat setiap aspek lakonan anda, baik skripnya mahupun aksinya. Just in case bila tayangan perdana nanti, anda tidak mengaku yang lakonan yang ditayangkan adalah lakonan anda..! Kira ada support document ah.
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
[al-Kahfi, 18:49]
Jadi apa peranan anda sebagai pelakon dalam show anda ini..? Berlakon sesuka hati kerana ini adalah show anda jadi ada aku peduli..? Oh tidak boleh begitu. Jangan lupa pemilik hak cipta terpelihara show anda bukanlah anda, tetapi Allah yang telah membiayai segala mak nenek perbelanjaan pembikinan show anda itu. Maka sewajibnya jalan cerita show anda menepati garis panduan yang telah ditetapkanNya.
Oh! Sekiranya anda sebagai pelakon sudah pun mengetahui teknik-teknik lakonan yang berkesan dan tidak akan memalukan diri anda ketika tayangan perdana nanti, anda punya tanggungjawab untuk mengingatkan para pelakon yang lain! Janganlah terlalu mementingkan diri ya..! Mahu show anda sorang-sorang sahaja yang pecah panggung! Jangan jadi seperti para pelakon tambahan Truman Show, yang tahu dan sedar bahawa setiap aksi mereka dirakamkan, tetapi tidak pernah mahu berkongsi pengetahuan itu dengan Truman. Mujurlah Truman akhirnya menemukan jalan keluar. Kalau sampai mati dia masih dalam lakonannya..?
Di luar sana masih ramai yang tidak sedar bahawa mereka hanyalah seorang pelakon di pentas dunia yang fana ini. Mereka tidak tahu yang setiap inci pergerakan mereka dirakam! Dan suatu hari nanti, seluruh dunia dan seisinya bakal menyaksikan lakonan mereka, sama ada jelik atau terbaik, keji atau terpuji! Maka kita yang sudah sedar dan tahu bahawa kita hanyalah pelakon, kita WAJIB menyedarkan mereka semua! Kita semua nanti akan dipertanggungjawabkan tahu..??
Di luar sana masih ramai yang tidak sedar bahawa mereka hanyalah seorang pelakon di pentas dunia yang fana ini. Mereka tidak tahu yang setiap inci pergerakan mereka dirakam! Dan suatu hari nanti, seluruh dunia dan seisinya bakal menyaksikan lakonan mereka, sama ada jelik atau terbaik, keji atau terpuji! Maka kita yang sudah sedar dan tahu bahawa kita hanyalah pelakon, kita WAJIB menyedarkan mereka semua! Kita semua nanti akan dipertanggungjawabkan tahu..??
Diharapnya, di akhir penggambaran show anda tersebut, anda akan disambut gembira sepertimana para peminat Truman Burbank menyambut hangat dirinya ketika dia berjaya keluar daripada dunia palsu ciptaan manusia. Ingatlah! Set penggambaran kita di dunia ini juga adalah set 'palsu'; ia tidak kekal dan fana. Seperti Truman, kita perlu berusaha dan gigih mencari tujuan hidup kita supaya dapat menjumpai dunia kita yang sebenar; jannah yang kekal abadi.
Kitalah pelakon utama di atas pentas dunia ini. Jadi kita punya tanggungjawab untuk memastikan lakonan anda kita, bergaya dan cukup syarat-syaratnya. Jangan selepas habis tayangan perdana show kita nanti, kita menyesal tak sudah, menangis tak berlagu..!
Allahu a'lam.
Allahu a'lam.
Yang pernah teringin nak jadi pelakon.
9 Caci Maki Puji Muji:
semoga kita dpt menjadi pelakon yg bertanggungjawab..
insyaAllah..~ =)
iAllah.. ;) pelakon yg boleh berbangga dengan lakonannya di akhirat nnt... ^^
analogi yang sangat baik dan diskriptif. 2 thumbs up en gabbana (sila campak pasir kat muka sendiri.hohoho...)tak boleh bygkan betapa malunya masa tayangan perdana akhirat nanti... walaupun semua orang dok sibuk hal sendiri sebab sedar byk sgt dosa yang dilakukan. even kat padang masyar itself dah di-azab. mmg AZAB...
enonimus: erk.. kenapa nak kena baling pasir ke muka sendiri...? o__O
betul betul. bayangkanlah kita dipertontonkan dalam keadaan yg amat memalukan... astaghfirullah.. TT__TT
semoga allah ampunkan segala mak nenek dosa kita semua. Ameen.
sebabnya en gabbana, ada satu hadis ni ckp psl org yg suka memuji..huhu..tapi,xde la sy puji berlebihan kan?
dr dari blog seorg muslim -> http://tigosotigo.blogspot.com/2009/04/pujian-dan-cacian.html
sedutan dr blog nya...
"Seorang lelaki datang, lalu mengungkapkan pujian kepada Khalifah Uthman secara langsung di hadapannya, maka Al-Miqdad Ibnu Aswad mengambil segenggam pasir, lalu menaburkannya ke wajah lelaki itu. Kemudian ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Apabila kalian bersua dengan orang-orang yang banyak memuji, maka taburkanlah pasir pada muka mereka." (HR. Daud, Muslim, dan Tirmidzi)
Huraian: Lalu ia taburkan pasir itu ke muka lelaki yang baru mengungkapkan pujian itu. Pengertian ini berdasarkan kepada makna lahiriah hadis. Demikian pendapat segolongan ulama, sedangkan segolongan ulama lain mengatakan bahawa makna hadis ini ialah: Buatlah mereka kecewa, jangan kalian memberi sesuatu pun kepada mereka sebagai imbalan pujiannya. Hal ini berkaitan dengan perihal suatu kaum yang biasanya menjadikan pujian sebagai tradisi dan usaha untuk meminta upah dari orang yang dipuji, dan mereka mengungkapkan pujian secara berlebih-lebihan sehingga orang yang dipuji terfitnah oleh pujiannya. Adapun orang yang memuji perbuatan baik dan akhlak yang mulia tanpa imbalan apa pun bukan termasuk maddaah. "
wallahu'alam
p/s: sy x fhm maksud maddaah tue. ada sesiapa tahu?
oooh hahaha.. hadith tu rupanya. haah, penah dgr! maksudnya saya la yg kena campak pasir kat muka anda kan..? Hehehe..
tapi mmg bahaya lah pujian ni. kritikan lebi bagus kerana boleh dijadikan muhasabah..! ;)
oh saya pon tak tahu maddaah tu apa. jom cari sesama..! ^^
xper2x..biar sy buat sendiri...kang en bukan setakat campak pasir, siap dengan batu kerikil kecil dan sederhana besar...
-kenapa sy byk sgt masa nak reply komen nih...aduhai...-
enonimus: hahahaha.. takpe, anda dimaafkan... ;p
kenapalah saye tk jumpe post ni dulu? ðŸ˜
apape pun, it's a good reminder to all of us yg kadang kadang teralpa dengan sume ni.
thanks ya! :)
Post a Comment