11 January 2011

Jin Prasarana Datang Menyerang

Pagi ini saya meracau-racau, memarahi ketidakcekapan Prasarana memastikan perkhidmatan tren mereka bebas daripada sebarang masalah. Omputih kata, 'All hell broke loose' la pagi tadi. 

Tidak lama selepas saya tiba di opis, saya diserang Inche Resdung yang sudah lama tidak datang menyerang. Memang teruk. Bersin tidak henti-henti. Alhamdulillah kata saya yarhamkumullah kata anda. Hingus mengalir macam air. Tisu poket habis digunakan. Mujurlah saya bawa sekali tuala kecil. Sediakan tuala kecil sebelum resdung teruk, kata peribahasa moden. Eh.

Ok gross saya bersin lebih bergaya daripada ini. ;) [Kredit Gambar]

Mula-mula saya ke klinik di tingkat bawah opis bagi mendapatkan rawatan. Saya diberi pil untuk dimakan dan penyembur resdung (Baca: Nasal Spray) untuk diaplikasikan pada hidung. Kembali semula ke tempat duduk, saya cuba juga membuat kerja. Namun dek keadaan hidung yang agak nazak, kosentrasi saya hilang. Kepala jadi pening, mata pon berair. Malah lama selepas memakan pil yang diberi pon, hidung saya tidak juga mahu duduk diam.

Atas nasihat beberapa orang rakan sekerja, saya ke klinik semula, kali ini untuk meminta MC. Hohoho.. Terasa sedikit keji, namun jika saya terus duduk di opis pon, saya tidak yakin saya mampu berbuat apa-apa. Mujurlah MC diberi tanpa sebarang soal siasat. Mudah rupanya nak minta MC ni.. Wahahaha... (Gelak jahat sedikit keji) Selepas diberi MC, saya kembali semula ke tempat duduk dan menyelesaikan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang.

Saya mengesyaki ada beberapa orang Prasarana yang terbaca post saya pagi ini lantas membuat laporan kepada bos mereka. Sayugia bos mereka mengupah bomoh Siam dan menghantar jin resdung untuk datang menyerang saya. Mujurlah tidak dihantarnya jin santau atau jin pengasih. Haru biru jadinya.

Mungkinkah ini rupanya Jin Resdung Prasarana..? Hhhmmm... [Kredit Gambar]

Ok sedikit khurafat di situ. Hihihi.. Sebenarnya, memang saya mengesyaki Prasarana pon sebagai punca utama serangan resdung teruk saya pada pagi ini. Tetapi bukanlah melalui cara terkutuk itu. Tetapi dek disebabkan saya berada terlalu lama di dalam tren. Maka saya terdedah pada udara yang kotor lebih lama daripada biasa, ditambah pula dengan kesesakan yang terlampau, pastinya kebarangkalian untuk saya terdedah kepada bakteria-bakteria berbahaya adalah lebih besar. Cis.

Tetapi banyak rupanya hikmah yang saya peroleh, walaupon terpaksa menanggung keperitan serangan resdung (Oh percayalah, ia sangat perit. Hanya anda yang ada masalah ini yang dapat memahaminya..). Of koz la antara hikmahnya saya dapat berehat di rumah nan selesa. Wahahaha.. Tetapi ada seprais yang cukup melegakan yang berlaku apabila saya pulang ke rumah, yang tidak mungkin berlaku sekiranya saya menyelesaikan perkara tersebut di opis. Oh tidak perlulah saya menceritakannya di sini kerana pastinya ia akan membocorkan rahsia besar negara. ;)

Dan pastinya saya amat berharap kejadian yang berlaku adalah sebagai kifarah dosa buat saya, Insha-Allah. Dosa ini terlalu banyak sehinggakan apa sahaja peluang untuk membersihkan dosa dan noda adalah amat dialu-alukan.. Hohohoh.. =(

Alhamdulillah, kini berasa lebih sihat dan cergas. Harapnya semoga esok dapat ke tempat kerja dengan lebih ceria dan bergaya!

Prasarana, jangan ingat kita sudah 0-0..! Roger and out!

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 12/01/2011, 00:39  

salam..

lepas ni senang la nak minta MC..
dah tau cara2 nye.. hehe

mie 12/01/2011, 06:59  

janji sihat sudah la...
hihihi

Inche gabbana 12/01/2011, 12:14  

aiman: hahaha.. huish... mana boleh.. kena jadi pekerja Muslim yang amanah, jujur dan menjadi contoh pada yg lain..! ^^

Inche gabbana 12/01/2011, 12:14  

mie: btol btol.. alhamdulillah.. ;) sihat tu nikmat allah yg jarang kita hargai. dah kena tarik baru nak menyesal..!

IMANSHAH 13/01/2011, 08:07  

wah, follower sudah banyaks..

Inche gabbana 13/01/2011, 09:10  

cikgu: aih, perli ke...? tak boleh la nak lawan 547 org kan...? Wahahaha.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP