17 July 2010

Graduasi

Oh, on a lighter note...

I have finally and officially graduated.

:)

Alhamdulillah.

Adios LSE, hallo the real world..!

-gabbana-

Adeh...

Pernahkan anda mengalami 'blonde moment' di mana anda dizaaaassss begitu sahaja dan anda tidak mampu untuk berkata apa-apa dan hanya mampu terkedu dan mengalirkan air mata..?

Apatah lagi kalau 'blonde moment' itu berlaku di saat-saat anda paling tidak expect ia akan berlaku? Juga yang mengzaaassss anda itu bukan calang-calang figura...?

Begitulah yang berlaku pada saya pada hari ini.

Begini ceritanya...

Baru-baru ini telah berlaku sesuatu yang agak menggoncang jiwa dan raga. Hati yang kononnya sudah bersedia dan mampu untuk menerima apa sahaja rupa-rupanya lemah longlai tidak bermaya.

Dan ketika inilah syaitan durjana datang dengan pelbagai tipu helah dan muslihat. Dibisikkan was-was dan prasangka di telinga..

"Ha... Tu lah kau. Dulu kau buat ini dan itu.. Sebab tu kau jadi macam ni..."

"Padan muka kau. Tu tanda Allah tak sayang kau, Dia nak balas perbuatan jahat dan dosa-dosa kau.."

"Buat penat je kau usaha macam nak rak, solat hajat ini dan itu, tak dapat jugak.. Tengok orang lain, rilek je. Tapi dapat jugak apa yang diorang nak..."

Adussss. Pedih kan..? Dan amat berbahaya bisikan-bisikan durjana ni, sebab semuanya masuk terus ke dalam hati.

Maka sebagai seorang manusia yang 'musta'jilun,' yakni gopoh dan tidak sabar, dicampur dengan penyakit hati yang parah dan tidak terubat, mudah sekali untuk diri ini terpedaya dengan bisikan syaitan la'natullah itu.

Dan anda tahu apa yang jadi kepada saya pada pagi ini..?

Saya sedang asyik membaca buku XXX oleh as-Syaikh XYZ ketika saya sampai di satu point yang betul-betul membuatkan air mata saya mengalir laju seolah-olah saya sedang mencincang bawang merah di depan mata (metafora oveeerr).

Ayat as-Syaikh XYZ begini bunyinya,

"Penghurai kitab Thohawiyah berkata: Ujian yang dikenakan oleh Allah berupa perkara yang menyeronokkan dengan memberikan kepadanya perkara di luar kebiasaan atau selainnya, atau pun kemuliaan, semua itu bukan kerana kemuliaan seseorang itu di hadapan Allah atau pun kehinaannya. Bahkan Allah memberikan kebaikan kepada sesuatu kaum dengan perkara tersebut apabila mereka mentaatiNya dan mencelakan mereka dengan perkara yang sama apabila mereka menderhakaiNya. Allah berfirman:

"Maka adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya dan memberi nikmat kepadanya, maka (dengan sombong dan tidak mensyukuri nikmatNya lalu) ia berkata: 'Tuhanku telah memuliakan aku.'

Dan adapun apabila Tuhannya mengujinya, lalu menghadkan rezekinya, maka ia berkata, 'Tuhanku telah menghinakan aku.' Bahkan tidak sekali-kali begitu!"

(al-Fajr, 89 : 15-17)


Allah... Allah.. Allah..

Kebetulan..? Haha.. Tiada kebetulan dalam dunia ini. Semuanya sudah dirancang dan tertulis.

Zaaasss gila kan...?? Adeh.

Lemah dan hinanya diri ini. TT__TT Bagaimana diri yang penuh dan digelumangi dengan dosa-dosa ini sanggup dan tergamak untuk menambah dosa dengan berprasangka kepada Tuhan Pencipta yang Maha Kuasa..?? Gila apa...??

Bukankah sepatutnya saya berasa gembira, puas dan terharu apabila diuji sebegitu kerana itu tandanya Allah sayang dan rindu pada saya...?? Bukankah lebih banyak dan berat ujian yang menimpa seseorang itu, itu tandanya Allah makin sayang pada dirinya..??

Allah..

Tidak mahukah saya disayangi dan dirindui oleh Allah yang memiliki segala sesuatu..?? Tidak malukah saya sebagai hamba yang cukup hina dan tidak punya apa-apa untuk berasa was-was dengan perancangan Allah yang Maha Bijaksana...??

Allah...

"...(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika penglihatan(mu) terpana dan hatimu sesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.

Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."

(al-Ahzab, 33 : 10-11)

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMu yang lemah ini... Hanya kepadaMu tempat aku mengadu dan bergantung harap..

Ya Allah, kuatkanlah hatiku yang berbolak-balik ini di atas agamaMu. Tetapkanlah hati ini di atas jalan dakwah ini.

Ya Allah, bantulah aku sepertimana yang Engkau mahu...!

-gabbana-

7 July 2010

Penyucian Jiwa

Salaam anda semua...! Woah.. Lama gila saya tak update blog ni kan..?? Seriously... Ada la dalam sebulan lebih kot.. Memang banyak cubaan la untuk update blog ni, tapi semuanya berakhir dengan kegagalan. TT__TT Hohoho.. Tapi saya tidak berputus asa. Dan buktinya adalah entri ini..! ;)

Kalau saya nak update balik apa yang berlaku sejak kali terakhir saya tulis dalam blog ni, alamatnya, sekali lagi saya akan gagal la.. Hehe.. So nak mudahkan kerja saya dan supaya anda, para pembaca yang tetap setia bersama blog ini tidak lagi kecewa buat sekian kalinya, (Ya ampppuuunnnn...!!) saya nak berkongsi sebuah cerita yang saya rasa dah ramai yang dengar dan tahu. Probably dah bosan pun dengar.

Tapi saya tak bosan dengan cerita ni. In fact, saya sangat suka bercerita tentang cerita ni. Sebab saya rasa ibrah (pengajaran) yang saya (dan sudah tentunya anda..! ^^) boleh dapat daripada cerita yang pendek ni sangatlah baaaannyyyaaaakk..! Ok, tanpa melengahkan masa lagi, here we go...!

***
Tersebutlah kisah, di sebuah kampung nun jauh di pedalaman Filipina sana, tinggallah seorang datuk yang sangat alim dan warak bersama cucunya yang berusia dalam lingkungan 10-12 tahun. Setiap hari rutin kehidupan mereka sama sahaja; pagi bangun dan bekerja mencari nafkah, lewat petang pulang semula ke rumah dan malam berehat-rehat sebelum masuk ke kamar tidur. Dan masa-masa yang terluang digunakan sepenuhnya oleh si datuk dengan mengajar cucunya ilmu-ilmu dunia dan agama.

Suatu hari, si cucu tergerak untuk bertanyakan datuknya tentang suatu perkara...

"Atok atok. Atok busy tak skang ni..?"

Si datuk memandang cucunya dengan penuh perasaan belas dan kasih sayang.

"Ye cu. Ada apa..?"

"So atok free la ni kan..? Kira saya boleh kacau atok la kan..?"

Sang cucu mengukir senyuman penuh kegirangan.

"Ok camni tok. Saya selalu tengok atok baca Quran. Dan atok pun selalu ajar saya baca Quran. Memanglah best baca Quran tu tok. Lagi la pula kalau boleh baca tarannum ala-ala Mishary Rashid.. Fuhhh..!! Memang mantap ah! Tapi tok kan, err, apa guna kita baca Quran tu kalau kita tak tahu bahasa Arab? Sepatah habuk saya tak faham tok..! Tak ke sia-sia namanya tu..??"

Si datuk ketawa kecil. Dan dia terus tersenyum.

"Eh tok, atok dengar tak ni..? Nak saya ulang ke soalan tu tok..?"

"Camni la cu. Sebelum atok jawab soalan cu tu, atok nak test cu dulu. Boleh? Cu nampak tak baldi sebelah pokok kelapa kat tepi sawah tu. Nampak..?"

Sang cucu mengangguk perlahan.

"Ok, cu pergi ambil baldi tu dan pergi isi dengan air daripada telaga atas bukit hujung kampung kita tu. Boleh..?"

Sang cucu mengangguk lagi. Lantas dia meluru ke baldi yang dimaksudkan oleh si datuk. Dia terhenti sebaik sahaja melihat baldi tersebut. Lama dia terdiam sebelum dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi tok!" Sang cucu menjerit dari jauh... "Baldi ni berlubang! Banyak pulak tu! Dah la kotor..! Hitam legam ni tok! Atok biar betul...??"

"Cuba ikut je cakap atok. Dah, pergi isi air tu dan kemudian kamu penuhkan tempayan sebelah rumah kita tu dengan air yang telah kamu ambil."

Maka nak dipendekkan cerita, sang cucu pun menurut kata datuknya itu. Setiap kali dia cuba untuk memenuhkan baldinya itu dengan air, pasti baldi itu hampir kosong sebaik sahaja dia tiba di perkarangan rumahnya. Kadang-kadang dia cuba berlari pantas menuruni bukit untuk sampai cepat, namun masih gagal untuk memenuhkan tempayan dengan kadar yang segera.

Sang cucu meneruskan rutin itu sehingga lewat petang. Sehinggalah dia berasa penat dan merasakan kerjanya yang dibuatnya itu sia-sia sahaja. Lantas dia mengambil keputusan untuk menunggu datuknya pulang dari bendang.

Ketibaan datuknya disambut dengan wajah yang masam. Si datuk hanya tersenyum memujuk.

"Dah penuh belum tempayan tu cu..?"

"Impossible la tok nak penuhkan. Ripley's Believe It or Not! Baldi atok bagi tu banyak betul lubang! Macam mana nak penuhkan tempayan tu..!"

Si datuk tertawa besar kali ini.

"Seronok pulak atok ni.."

"Macam ni la cu. Kalau cucu berjaya penuhkan tempayan tu dalam masa seminggu ni, nanti atok belanja makan Carl's Junior. Amacam..? Deal, or no deal..?"

Sebaik sahaja mendengar perkataan Carl's Junior, sang cucu terus melompat kegirangan sambil berkata, "DEAL..!!"

"Dengan satu syarat cu. Dalam masa seminggu ni, atok nak cu perhatikan keadaan sekeliling; jalan yang cu lalui setiap hari. Ada perubahan tak. Dan perhatikan dan nikmati setiap perubahan yang ada. Ok..?"

"Ok!"

Maka hendak dijadikan cerita, sang cucu pun melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Teriyaki Chicken Sandwich menjadi motivasi utama untuk sang cucu terus bersemangat. Namun begitu, masuk hari kelima, tempayan itu belum separuh penuh pun. Sang cucu menjadi gelisah dan khuatir. Charbroiled Sante Fe Chicken semakin menghilang daripada imaginasi sang cucu.

Masuk hari yang ketujuh, sang cucu masih gagal mengisi tempayan itu. Manakan tidak, setiap kali dia berjaya mengisi penuh baldi dengan air daripada telaga atas bukit hujung kampung itu, pastinya air akan tinggal sedikit sahaja untuk diisi ke dalam tempayan sesudah dia menuruni bukit itu.

Sang cucu pasrah. Dia kini yakin yang Carl's Junior hanya tinggal sejarah. Sang cucu berteleku menongkat dagu di tepi tangga rumah menunggu kepulangan datuknya dari bendang.

(Ok dah terlebih panjang pulak cerita ni.. Patutnya pendek je.. Hohoho..)

Si datuk hanya tersenyum melihatkan cucunya dari jauh. Strateginya berjaya..!

"Ha cu. Amacam..? Berjaya tak completekan task yang atok bagi..?"

Si cucu hanya tercebik masam.

"Haha.. Cu cu... Jangan la down sangat. Ada benda yang lebih besar yang atok nak bagi pada cu."

Mata si cucu terpancar sedikit sinar.

"First of all, cuba cu tengok balik baldi yang cu gunakan untuk ambil air dari telaga tu. Apa yg cu perasan skang..?"

Sang cucu menuruti kata datuknya itu. Baldi itu diangkatnya dan diperhatikan.

"Takde apa pun tok.."

"Cuba perhati betul-betul.."

Sang cucu akur. Dilihatnya sekali lagi baldi tersebut, kali ini dengan lebih teliti. Sang cucu seperti sedikit kehairanan. Dan terukir senyuman kecil pada bibirnya.

"Errr... Baldi ni dah bersih tok! Bersih betul..! Saya tak perasan pulak sebelum ni.."

Si datuk hanya tersenyum.

"Dan apa yang cu perasan sepanjang satu minggu cu turun naik bukit tu. Ada apa-apa perubahan tak..?"

"Well.. Mula-mula tu jalan nak ke telaga tu macam bosan gila. Tak de apa-apa pun. Kadang-kadang ada la sekor dua rimau yang menyapa. Gajah pun pernah nampak sekali dua. Tu je la.. But then, 2-3 hari selepas tu, jalan tu jadi macam ceria pulak. Penuh dengan bunga-bunga dan tumbuhan hijau yang menyegarkan mata...! Kira enjoy juga la turun naik bukit tu.."

Kali ni si datuk mengangguk dan tersenyum puas.

"Cu.. Cu ingat tak lagi soalan cucu dulu tu..? Yang sebelum atok bagi tugas ambil air dari telaga tu..?"

"Yang pasal baca Quran tu ke tok..?"

"Haah."

"Ok.. Atok dah ada jawapannya ke tok..?"

"Jawapannya ada pada baldi yang cu tengah pegang tu. Juga pada bungaan dan tumbuhan yang menceriakan hari cu setiap hari.."

"Tak faham la tok. Cuba atok direct sket. Saya bukan pernah belajar KOMSAS pun..."

"Haila kamu ni cu.. Fine. Put it in a simple way.. Cu mungkin ingat ambil air dari telaga dengan baldi yang berlubang tu takde faedah langsung kan..? Hanya memenatkan dan sia-sia. Kan..?"

Sang cucu mengangguk tanda setuju.

"Tapi tanpa kita sedari sebenarnya air yang cu ambil dari telaga tu telah pun membersihkan bahagian dalam baldi tu yang sebelum ni kotor dan berjelaga. Dan kini, baldi tu bersih dan tidak lagi buruk seperti dahulu.

Begitu juga dengan jalanan yang cu lalui sepanjang menjalankan tugas ni. Dek air yang bocor daripada baldi tu menyirami kiri dan kanan jalan, bungaan dan tumbuhan dapat tumbuh subur menghiasi sepanjang jalan ke bukit.

Begitulah dengan bacaaan Quran kita sehari-hari cu. Walau pun kita tak faham sepenuhnya isi kandungan Quran tu, tapi dengan bacaan kita sehari-hari tu, ia membersihkan dan menyucikan jiwa dan hati kita yang kotor dan hitam. Dan semakin selalu kita membacanya, semakin bersih dan sucilah hati kita.

Dan tanpa kita sedari, dengan kita membaca Quran dan melakukan amal kebaikan yang lain, kita sebenarnya telah membawa kebaikan kepada orang di sekeliling kita. Sama ada kebaikan secara langsung, atau pun melalui rahmat dan keberkatan yang dikurniakan Allah... Samalah seperti bungaan dan tumbuhan yang tumbuh mekar menceriakan harimu, wahai cucuku..."

Sang cucu terkedu. Bisu.

"Dan sebagai tanda cu telah belajar sesuatu yang cukup bermakna hari ni.."

Si datuk mengeluarkan sesuatu daripada bakul rotannya.

Sang cucu tersenyum lebar.

"The Big Carl, khas untuk kamu."

***
Sebenarnya begitu juga dengan tarbiyyah kita as a whole. Kadang-kadang kita mempersoalkan kenapa kena pergi usrah, kenapa kena pergi daurah, kenapa kena pergi program itu dan ini, kenapa kena buat itu dan ini..

Seringkali kita lupa yang tarbiyyah itu sebenarnya membina dan menguatkan hati. Dan proses pembinaan dan pengukuhan hati ini tidak semestinya berlaku secara langsung dan perlu dilihat oleh kita.

Lebih sering daripada tidak, proses penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) berlaku tanpa kita sedari; daripada amalan-amalan dan ibadah-ibadah yang kita lakukan sehari-hari. Mungkin kita tidak dapat nak faham atau lihat sendiri hasil pentarbiyyahan yang kita dapat. Tetapi percayalah, sekiranya kita terus melalui proses tarbiyyah ini, suatu hari nanti kita akan 'rasa' perubahan yang berlaku pada hati.. =)

Maka teruslah maju ke hadapan! Jangan lagi toleh ke belakang; terus dan terus dan terus mara laju ke depan bersama keretapi dakwah dan tarbiyyah ini. Keretapi ini tidak akan menunggu orang-orang yang lalai dan leka!

Ayuh!

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP