17 July 2010

Adeh...

Pernahkan anda mengalami 'blonde moment' di mana anda dizaaaassss begitu sahaja dan anda tidak mampu untuk berkata apa-apa dan hanya mampu terkedu dan mengalirkan air mata..?

Apatah lagi kalau 'blonde moment' itu berlaku di saat-saat anda paling tidak expect ia akan berlaku? Juga yang mengzaaassss anda itu bukan calang-calang figura...?

Begitulah yang berlaku pada saya pada hari ini.

Begini ceritanya...

Baru-baru ini telah berlaku sesuatu yang agak menggoncang jiwa dan raga. Hati yang kononnya sudah bersedia dan mampu untuk menerima apa sahaja rupa-rupanya lemah longlai tidak bermaya.

Dan ketika inilah syaitan durjana datang dengan pelbagai tipu helah dan muslihat. Dibisikkan was-was dan prasangka di telinga..

"Ha... Tu lah kau. Dulu kau buat ini dan itu.. Sebab tu kau jadi macam ni..."

"Padan muka kau. Tu tanda Allah tak sayang kau, Dia nak balas perbuatan jahat dan dosa-dosa kau.."

"Buat penat je kau usaha macam nak rak, solat hajat ini dan itu, tak dapat jugak.. Tengok orang lain, rilek je. Tapi dapat jugak apa yang diorang nak..."

Adussss. Pedih kan..? Dan amat berbahaya bisikan-bisikan durjana ni, sebab semuanya masuk terus ke dalam hati.

Maka sebagai seorang manusia yang 'musta'jilun,' yakni gopoh dan tidak sabar, dicampur dengan penyakit hati yang parah dan tidak terubat, mudah sekali untuk diri ini terpedaya dengan bisikan syaitan la'natullah itu.

Dan anda tahu apa yang jadi kepada saya pada pagi ini..?

Saya sedang asyik membaca buku XXX oleh as-Syaikh XYZ ketika saya sampai di satu point yang betul-betul membuatkan air mata saya mengalir laju seolah-olah saya sedang mencincang bawang merah di depan mata (metafora oveeerr).

Ayat as-Syaikh XYZ begini bunyinya,

"Penghurai kitab Thohawiyah berkata: Ujian yang dikenakan oleh Allah berupa perkara yang menyeronokkan dengan memberikan kepadanya perkara di luar kebiasaan atau selainnya, atau pun kemuliaan, semua itu bukan kerana kemuliaan seseorang itu di hadapan Allah atau pun kehinaannya. Bahkan Allah memberikan kebaikan kepada sesuatu kaum dengan perkara tersebut apabila mereka mentaatiNya dan mencelakan mereka dengan perkara yang sama apabila mereka menderhakaiNya. Allah berfirman:

"Maka adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya dan memberi nikmat kepadanya, maka (dengan sombong dan tidak mensyukuri nikmatNya lalu) ia berkata: 'Tuhanku telah memuliakan aku.'

Dan adapun apabila Tuhannya mengujinya, lalu menghadkan rezekinya, maka ia berkata, 'Tuhanku telah menghinakan aku.' Bahkan tidak sekali-kali begitu!"

(al-Fajr, 89 : 15-17)


Allah... Allah.. Allah..

Kebetulan..? Haha.. Tiada kebetulan dalam dunia ini. Semuanya sudah dirancang dan tertulis.

Zaaasss gila kan...?? Adeh.

Lemah dan hinanya diri ini. TT__TT Bagaimana diri yang penuh dan digelumangi dengan dosa-dosa ini sanggup dan tergamak untuk menambah dosa dengan berprasangka kepada Tuhan Pencipta yang Maha Kuasa..?? Gila apa...??

Bukankah sepatutnya saya berasa gembira, puas dan terharu apabila diuji sebegitu kerana itu tandanya Allah sayang dan rindu pada saya...?? Bukankah lebih banyak dan berat ujian yang menimpa seseorang itu, itu tandanya Allah makin sayang pada dirinya..??

Allah..

Tidak mahukah saya disayangi dan dirindui oleh Allah yang memiliki segala sesuatu..?? Tidak malukah saya sebagai hamba yang cukup hina dan tidak punya apa-apa untuk berasa was-was dengan perancangan Allah yang Maha Bijaksana...??

Allah...

"...(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika penglihatan(mu) terpana dan hatimu sesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.

Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."

(al-Ahzab, 33 : 10-11)

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMu yang lemah ini... Hanya kepadaMu tempat aku mengadu dan bergantung harap..

Ya Allah, kuatkanlah hatiku yang berbolak-balik ini di atas agamaMu. Tetapkanlah hati ini di atas jalan dakwah ini.

Ya Allah, bantulah aku sepertimana yang Engkau mahu...!

-gabbana-

0 Caci Maki Puji Muji:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP