Uswah

22 February 2010

Hati



Hati itu ibarat sebidang tanah. Sekiranya ia kering, tandus dan tidak dijaga, maka lalang dan durilah yang akan tumbuh subur, berakar hingga jauh ke dalam. Dan jika suatu hari ia mati, tiada petani yang bisa menghidupkannya kembali. Maka jagalah tanah ini dengan amal yang soleh dan bersungguh, bajalah ia dengan doa dan ibadah yang istiqamah dan basahkanlah ia dengan ukhuwwah fillah yang penuh mahabbah, nescaya hati itu akan hidup dan subur dengan tanam-tanaman syurga al firdausi. ;)

"...Ketahuilah, bahawa di dalam jasad terdapat segumpal darah, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu dan bila ia rosak, maka rosaklah pula seluruh jasad itu. Ketahuilah, bahawa segumpal darah itu adalah hati."
- Mutafaqun A'laih.

-gabbana-

5 February 2010

Procrastinators Unite! ...Tomorrow...!

If you are telling me you have never once procrastinated in your whole life, I'll tell you probably are in the wrong planet.

Who on earth has never procrastinat
ed..? It's a disease, more contagious and even more dangerous than HIV or any diseases that come across your mind right now. Yes, I know it's awful, but not even diarrhoea. Procrastination IS indeed a disease and can someone please come out with the antidote..?


Have you ever experienced a very stressful moment when you had to do your assignment at the very last minute, just because you thought you still had a great deal of time to enjoy beforehand..?

How about important calls that you had to make, but you waited at the very last moment to do it just because you thought you didn't know what t
o say..?

Or homeworks which are conveniently placed in front of you, yet your hands and minds are busy concentrating on writing new status in the Facebook or even writing a new post in your blog...?

Tell me about it.



What peril can procrastination bring to me, you may ask. Uh oh, you must be either the most ignorant person ever lived or you are simply innocent. In truth, procrastination is one of the worst habits or attitudes one can ever possessed. Unfinished assignments. Delayed revisions. Unsaved money
. Those are only a few undesired outcomes due to procrastination. But more often than not, procrastination can bring about greater danger to one's life.

Think about the last tim
e you had this funny sensation on your chest. You might think, well, I'm still young and there's nothing to worry about it. Plus the fact that a few days after that, the pain somehow aptly subdued. The next time you have the exact same feeling, you might not be able to do anything about it. You are already dead.

Or how about that loose break pedal of your car? Don't you want to change it..? Nah, it's ok. Thank you very much, but it's pro
bably nothing. Besides, I'm not going to make any long distance travel anytime in the future. Yes, that sounds very comforting, but please don't make headlines in the major newspaper for killing someone's daughter due to your not-very-long-distance driving.

Procrastination is a very normal phenomenon indeed. It happens in front of your eyes even without you realising it. Ah, I want to save money this time, sw
ear to God! And the next thing you know, you are clicking Buy It Now! button at eBay. Oh please, I need to diet! My tummy has bloated! And there you go, munching Custard Cream and McCoy's Oven-Baked Chips like never before. Or how about, dammit, I must start jogging tomorrow! I weigh like a cow! And yes, more than you have expected, your running shoes stay idly in the cupboard collecting dusts like they have always done.


Hoorah! Now you know you are no different from so many other people out there..! Thank you dear, now I don't feel very much like an aloof anymore.



How do we sol
ve procrastination? Can it be cured? Of course it can. Every problem has its solution. Every disease has its treatment. My solution? *chuckle* Am I not the one who writes this post and whines about how terrible procrastination is? Yes, I am a victim as well. But I don't want to stay just like that. I want a remedy, a high dose one. I need a solution, fast. Procrastination is the public enemy number one. Just imagine how much losses we have incurred just because we procrastinated? Well, I don't know about you, but I surely know what a fool I am for all the procrastinations I have committed.


"By time, Indeed mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience."
al-'Asr, :103:1-3


So my fellow procrastinators...

If you happen to have a solution, an effective one, do it now. And share it with others. Do not procrastinate.

-gabbana-

2 February 2010

Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas. Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sejak ia mula dibina lagi. Malah, setelah ia siap dibina dan dibuka kepada umum, Menara Berkembar Petronas (selepas ini akan dirujuk sebagai KLCC) seakan-akan sudah menjadi identiti kepada rakyat Malaysia. Tidak kiralah sama ada Letchumi yang tinggal di Kuala Kangsar, atau Semanggok anak Ketapok yang tinggal nun jauh di pedalaman Sabah sana atau Pak Cik Murad, seorang bilal kampung di Muar, Johor, semuanya tumpang berbangga dan teruja dengan pembinaan KLCC ini. Manakan tidak, sehingga kini, KLCC masih memegang tampuk dan takhta sebagai 'Bangunan Berkembar Tertinggi' di dunia..! Walaupun status menara tertinggi sudah dirampas oleh Menara 101 di Taipei dan kini Burj Khalifa di Dubai, KLCC masih mampu berbangga sebagai adik-beradik kembar paling lampai di dunia ini!


KLCC malah dikenali di serata dunia. Sememangnya ramai pelancong-pelancong asing yang datang ke negara Malaysia, antara tujuannya adalah untuk menyaksikan sendiri betapa gahnya KLCC. Dan mereka tidak pulang dengan perasaan hampa. Sebaik sahaja KLCC tersergam indah dan megah di depan mata, mereka pasti terpukau, malah ada yang ternganga, dek kehebatan senibina dan keindahan rekabentuk KLCC. KLCC juga menjadi kegilaan buat jurugambar-jurugambar professional dan amatur yang inginkan suatu pemandangan moden yang unik, kerana KLCC menyediakan kepada mereka suatu bentuk perspektif yang berbeza dan benar-benar lain daripada yang lain. Kepada mereka yang pernah melawat Kuala Lumpur, bergambar bersama 'adik-beradik kembar' ini menjadi suatu kepastian untuk dibawa pulang sebagai ole-ole yang cukup bermakna dan berharga.

Lebih lucu lagi, saya sendiri pernah mendengar khabar angin bahawa ada di kalangan masyarakat luar negara yang sampai tidak percaya bahawa KLCC itu terletaknya di Malaysia, kerana begitu terpegun dengan keunikannya. Dengan kata lain, mereka tidak yakin rakyat Malaysia mampu membangunkan binaan yang begitu hebat dan gah!

Tidak keterlaluan sekiranya saya bandingkan KLCC di mata rakyat Malaysia dan pelancong asing dengan Menara Eiffel di Paris, Big Ben di London, Christ the Redemeer di Rio de Janeiro, Burj al-Arab di Dubai, Opera House di Sydney dan beberapa monumen dan bangunan lain yang terkenal di serata dunia. Maksudnya, KLCC sudah menjadi semacam suatu identiti yang tidak boleh tidak buat Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya. Ramai orang sudah mula mengenali Malaysia, terima kasih kepada KLCC. Kini Malaysia di peta dunia bukan lagi tanah liar dan hutan rimba yang tidak diduduki oleh sesiapa, atau bukan juga Singapura, tetapi Malaysia berdaulat yang punya identiti dan kemegahan tersendiri.

Fakta dan Nombor



Sungguh indah KLCC di waktu senja...

KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina. Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur yang masih memegang takhta 'Bangunan Berkembar Tertinggi' di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab merekabentuk binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction, kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.

KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.

Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh telah berjaya dibina untuk setiap menara.

Kemudian, di atas teras ini dibina pula tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Kerja-kerja membina bangunan utama hanya dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi - 80,000 meter kubik konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk membina rangka bangunan ini. Akhirnya, setelah begitu banyak keringat dan wang ringgit dibakar untuk membina pencakar langit ini, bentuknya yang seperti dilihat sekarang ini sudah mula boleh dilihat pada Jun 1996.

Usaha yang begitu gigih dan semangat ini tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun 1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik (setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Apa kaitan KLCC dengan kita secara khususnya..?

Percayakah anda sekiranya saya katakan KLCC sebenarnya mempunyai unsur-unsur tarbiyyahnya yang tersendiri..? Hahaha.. Susah bukan untuk dipercayai..? Dengan pusat beli-belah Suria di tingkat bawah dan pelbagai kelab malam di samping menyediakan begitu banyak tempat strategik untuk melakukan maksiat, bagaimanalah agaknya KLCC boleh menjadi sumber tarbiyyah ya..?

Lihatlah KLCC dengan mata hati, dan bukannya dengan mata kasar anda; pasti anda akan dapat melihat begitu banyak butir-butir permata tarbiyyah yang terlindung di sebalik pembinaannya..!


Pasti ramai di antara anda yang pernah mendengar tujuh anak tangga maratib amal bukan..? Daripada seorang individu Muslim sehingga menguasai alam buana menjadi guru dan rujukan kepada alam..? Di mana usaha dalam menegakkan Islam sebagai penguasa dan raja seluruh alam ini merupakan suatu usaha bertahap; hanya setelah tahap-tahap tertentu dicapai barulah perpindahan ke tahapan seterusnya bisa dilaksanakan.

Konsep ini merupakan suatu konsep atau idea yang mempunyai impak yang cukup signifikan; ia memberi garis panduan bagaimanakah daulah (negara), khalifah dan empayar Islam dapat dicapai dan apakah sarana-sarana yang perlu ada sebelum ketiga-tiga bentuk tahapan ini dapat dilaksanakan. Akhirnya, matlamat untuk menegakkan Islam sebagai ustaz, professor atau guru kepada alam, yakni impian bagi setiap orang Muslim yang benar-benar faham akan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini, akan dapat dipenuhi. Insha-Allah.

Cumanya, ramai pihak dan golongan tertentu yang kurang jelas dan faham apakah signifikan anak-anak tangga seperti gambar di atas disusun sedemikian rupa. Ada juga yang tidak sedar atau terlupa bahawa setiap tahapan itu perlu dipenuhi segala hak dan ciri-cirinya sebelum perpindahan kepada tahapan seterusnya dapat berlaku.

Inilah kelemahan besar umat Islam pada hari ini; kegagalan untuk memahami sunnatullah dan fitrah alam dalam mengejar matlamat untuk menegakkan kembali Islam sebagai khalifah di muka bumi ini.


Ramai antara kita yang lupa dan leka bahawasanya sebelum boleh melangkah ke anak tangga yang seterusnya, anak tangga yang sebelumnya hendaklah benar-benar kuat dan utuh. Kegopohan untuk melangkah ke anak tangga seterusnya akan menyebabkan kita tergelincir dan seterusnya jatuh terjelepok sebelum sempat kita membina daulah Islamiyyah. Jangankan diangan untuk mendapat khilafah dan empayar Islam, apatah lagi Ustadziatul 'Alam!

Kerana itulah artikel ini ditulis; KLCC sebenarnya memberi kita analogi dan gambaran yang cukup cantik dalam menjelaskan hal ini. Dalam pembinaan KLCC, teras dan asas tapak binaan itu mestilah benar-benar kuat dan utuh. Biarlah jutaan ringgit dibelanjakan, bertahun-tahun dihabiskan, bertan-tan simen dan konkrit digunakan dan entah berapa gallon keringat dirembeskan, asalkan tapaknya dapat menampung bangunan dan 'tanggungjawab' yang lebih besar di atasnya. Bayangkan kalau tapak KLCC itu dibina dengan sambil lewa sahaja, atau bahan binaannya menggunakan bahan-bahan tidak berkualiti seperti pasir pantai atau butiran LEGO, mampukah KLCC berdiri tegak, gah dan hebat seperti hari ini...?? Alamatnya tumbang seperti Higland Towers lah kalau hal itu yang berlaku!

Blok 1 Highland Towers yang tumbang pada tahun 1993 dek teras bangunan yang tidak kukuh!

Asas yang mendasari cita-cita ini, Individu Muslim, wajib bersedia untuk menampung tanggungjawab dan bebanan yang lebih besar seandainya Daulah Islamiyyah berjaya dilaksanakan. Dan untuk memenuhi aspirasi mulia yang maha berat ini, individu-individu yang bakal menjadi tunggak dan sokongan utama mestilah mereka yang benar-benar mantap iman dan aqidahnya, mereka yang benar-benar sanggup untuk menjualkan harta dan nyawa mereka untuk Allah dan agamanya dan mereka yang benar-benar faham akan mehnah dan tribulasi yang bakal menanti mereka, seandainya Daulah Islamiyyah berjaya mereka garap dan capai.
Selesaikah masalah apabila terbentuknya Daulah Islamiyyah..?


Siapa kata perkara akan menjadi lebih mudah selepas daulah berjaya dibentuk..? Lihat sahaja Madinah al-Munawwarah, negara Islam yang pertama ditubuhkan di bawah pemerintahan ar-Rasul SAW. Perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam berlaku selepas tertubuhnya Madinah. Perang Ahzab, atau perang Khandaq menyaksikan umat Islam diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah, di samping dikhianati oleh kaum Yahudi laknatullah dan para munafiqin yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.

Bukalah mata anda...! Sekiranya anda percaya dan yakin bahawa segala masalah umman ini akan selesai setelah tertubuhnya sebuah daulah Islamiyyah, anda sedang bermimpi di siang hari..! Cabaran dan masalah yang kunjung tiba akan lebih berat dan merumitkan. Kerana itu, ar-Rasul SAW telah membat persiapan lebih awal, yakni dengan membentuk kumpulan-kumpulan teras, atau lebih dikenali sebagai Qaidah Sulbah (QS) - terdiri daripada para sahabat r.a. yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Merekalah yang terus-menerus memberikan sokongan kepada ar-Rasul SAW setiap kali baginda menghadapi tekanan, seksaan dan pelbagai lagi bentuk mehnah daripada kaum musyrikin. Merekalah yang sentiasa bersama-sama baginda dalam Perang Dzarur Riqa' bila mana umat Islam ketika itu begitu dhaif dari segi kelengkapan dan pakaian, sehinggakan terpaksa membalut kaki mereka dengan cebisan-cebisan kain dek ketiadaan sepatu untuk dipakai. Merekalah yang terus menyahut seruan jihad baginda seusai Perang Uhud; belum sempat mereka meletakkan perisai dan pedang, belum sempat berehat seketika cuma, mereka terus bersama-sama ar-Rasul SAW mengejar kaum kafir Quraisy yang sedang bersuka-ria menyambut 'kemenangan' mereka.

Umat Islam suatu ketika dahulu sanggup berkorban nyawa dan harta demi agama yang tercinta!

Sekiranya saya hendak bercerita satu-persatu tentang kehebatan dan keunggulan para sahabat r.a. yang mempunyai tahap keimanan kepada Allah dan ketsiqahan kepada ar-Rasul SAW yang tidak tertanding oleh sesiapa di masa kini, pasti artikel ini boleh dijilid menjadi buku. Cukuplah dengan saya mengatakan, tanpa mereka dan sokongan yang tidak berbelah bahagi yang mereka berikan kepada ar-Rasul SAW lah yang menjadi resipi utama kepada kemenangan Islam yang agung.

Kerana itu Daulah Islamiyyah Madinah al-Munawwarah berjaya bertahan walaupun musuh-musuh Islam terus-menerus melancarkan serangan terhadap kaum Muslimin; kerana adanya teras dan asas yang benar-benar mapan, utuh dan jitu untuk mempertahan kedaulatan umat Islam. Bayangkan sekiranya para sahabat r.a. terdiri daripada mereka yang lemah imannya, mereka yang cintakan perempuan dan harta melebihi cinta mereka kepada Allah dan RasulNya, mereka yang tidak sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama Allah yang mulia, pasti Islam akan lenyap sebelum nurnya sempat sampai kepada kita.

Benar, bantuan dan keizinan daripada Allah adalah faktor yang paling utama; namun Allah menjadikan sunnah ar-Rasul SAW sebagai asbab dan panduan kepada umat manusia seluruhnya apakah cara yang paling tepat dan muntij (produktif) dalam menegakkan agama Allah yang agung ini. Dan sunnah ar-Rasul SAW telah pun membuktikan bahawa baginda mengambil masa yang lama untuk membina QS ini; selama 13 tahun di Mekah baginda terus-menerus menekankan aspek aqidah dan perkara-perkara asas bagi memastikan para sahabat seperti Abu Bakr r.a., Umar al-Khattab r.a., Utsman ibn Affan r.a., Ali Abi Talib r.a., Abdur Rahman Auf r.a., Abu Ubaidah al-Jarrah r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a., Zubair al-Awwam r.a., Saad bin Abi Waqqas r.a., Abu Dzar al-Ghifari r.a., Bila bin Rabah r.a., Abu Musa al-Asyaari r.a., Musa'b bin Umair r.a. dan begitu ramai lagi para sahabat yang agung dan mulia r.a., benar-benar faham akan tanggungjawab dan tugas mereka sebaik sahaja mereka melafazkan kalimah syahadah.

Dan mereka telah pun membuktikannya.

Walaupun pandangan bahawa ramai orang akan berbondong-bondong memeluk Islam setelah tertubuhnya Daulah Islamiyyah seperti yang berlaku selepas Fathul Mekah sungguh menarik dan mempesonakan, anda perlu ingat bahawa negara Islam yang terbina ketika itu adalah sebuah negara yang terbina atas dasar dan teras yang begitu utuh dan jitu. Seandainya Daulah Islamiyyah terbentuk ketika ini, di mana begitu ramai umat Islam yang jahil tentang agama mereka sendiri diharapkan dapat menyokong dan membantu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan sebagainya, percayalah dan yakinlah, nescaya daulah yang terbetuk itu tidak dapat bertahan lama; jatuh terkubur begitu sahaja. Dan jangan terkejut seandainya umat Islam sendiri yang bangun menentang pembentukan negara Islam itu, dek kerana kejahilan dan kebodohan mereka.

Samalah dengan KLCC kita. KLCC begitu indah dan cukup mempesonakan, sehingga boleh dilihat kemegahannya berkilometer jauhnya. Mereka yang pertama kali melihatnya pasti akan tertarik untuk pergi dekat untuk melihat sendiri keagungan binaan tersebut. Tetapi KLCC yang dilihat seperti hari ini tidak mungkin dapat berdiri megah seandainya asas yang dibina dulu goyah dan rapuh. Ya, mungkin cantik luarannya, tetapi sekiranya terasnya tidak padu dan kukuh, bila-bila masa sahaja ia bisa jatuh menyembah. Plastik rupa-rupanya. Sekiranya bahan-bahan yang digunakan bukannya konkrit yang jitu tetapi pasir yang jerlus, bukannya simen yang mengeraskan tetapi lumpur yang lembik, bukannya mat-mat Bangla dan Indon yang bertungkus-lumus menyiapkan binaan dan struktur bangunan tetapi pekerja-pekerja yang malas dan culas, pastinya KLCC hari ini hanya menghitung hari sebelum ia tumbang dan hancur. Rugilah bilionan ringgit duit rakyat yang dibelanjakan.

Subhanallah! KLCC begitu jelas dilihat dari Tanah Tinggi Genting!

Namun begitu, ramai yang bertanya, bilakah dan bagaimanakah kita boleh mengetahui waktu yang tepat untuk berpindah dari satu tangga ke tangga yang lain. Itu bukan persoalannya. Persoalan yang lebih tepat adakah kita betul-betul bersedia seandainya suatu hari nanti kita berjaya mendapatkan Daulah Islamiyyah..? Ada juga yang tidak sabar, yang merasakan kaedah untuk membina individu-individu Muslim yang benar-benar faham tentang deennya ini (QS), terlalu lembap dan tidak membuahkan hasil. Bersabarlah, kerana Allah pasti akan memberikan daulah itu sebagai hadiah hanya selepas kita benar-benar bersedia untuk menerimanya. Sekiranya KLCC dibina dengan gopoh dan gapah, kerana mahu mengejar
deadline atau kerana tidak sabar untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga diri, pasti ia akan kecundang menyembah bumi, ditertawakan dan dijadikan lawak hiburan.

Dan apabila difikirkan kembali, tujuan utama kita untuk mendapatkan daulah Islamiyyah adalah tidak lain daripada untuk memperoleh keredhaanNya; tiada yang selain daripada itu. Seandainya kita mati sebelum sempat melihat tertubuhnya sebuah daulah yang benar-benar berdaulat dan terhormat, namun segala usaha dan keringat kita telah pun disalurkan ke arah menegakkan agama Allah ini di muka bumi, percayalah, dengan izinNya, kita juga akan mendapat saham-sahamnya. Allah tidak melihat pada hasil, tetapi kepada usaha yang bersungguh dan ikhlas keranaNya. Dan usaha yang benar-benar ikhlas, bersungguh dan tepat dengan sunnatulllah dan fitrah alam, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat r.a. pasti akan membuahkan hasil yang agung.

Jom kita jadi seperti batu, simen, konkrit dan mat-mat Indon dan Bangla yang kerana merekalah, terbinanya KLCC yang cukup gah dan terserlah!

Allahu a'lam.
-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP