21 November 2010

WTF: What The Fish..??

Alhamdulillah, pagi tadi sekali lagi saya diberi peluang oleh Allah untuk melawat adik-adik kesayangan di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Saya suka ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk berjumpa dengan adik-adik terchenta, kerana hanya dengan berjumpa mereka saya berasa lebih bersemangat dan teruja untuk terus cuba membimbing mereka, Insha-Allah.

Anyway, hari ini kami tidak terus berbulatan gembira. Instead, kami beriadhah terlebih dahulu bagi merembeskan peluh-peluh toksik dan lemak-lemak beracun dalam badan. Namun begitu, oleh kerana salah seorang daripada mereka rupa-rupanya ialah seorang puteri putera lilin, dek kepanasan pagi tadi yang agak melampau, kami berhenti daripada bermain bola tampar dan terus ke Dewan Serba Guna Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk bermain badminton dan tenis meja (Baca: Table Tennis) pula.

Ketika kami sedang khusyuk dan bersemangat beriadhah bersama-sama, beberapa orang pelajar lain turut datang ke Dewan Serba Guna itu untuk bersukan. Of koz la saya tidak kisah, atau tiada hak untuk kisah pon. Dewan itu bukannya nenek saya punya! Sayugia kami pon bermain bersama-sama dengan penuh muhibbah dan semangat toleransi. Sungguh gembira begitu.

Ok itu dongeng belaka. Hakikatnya, telinga saya rasa nak bernanah dengar mereka ini mencarut tak berhenti-henti. Espeseli ada seorang kanak-kanak ini. Saya rasa kalau nak kira berapa kali dia mencarut dengan gembiranya, saya pasti memerlukan sebuah sempoa untuk menghitung jumlah carutannya. Dia sangat selamba mencarut tanpa henti hey! 

"What the fish...??" [Kredit Gambar]

Hakikatnya, saya memang tidak suka dengar orang mencarut. Tak kiralah carutan itu tidak ditujukan kepada saya, saya tetap tidak suka mendengarnya. Sakit hati. Terasa perkataan yang tersembur dari mulut si pencarut begitu kotor dan jijik. Hati rasa tak tenang mendengarnya.

Saya tidaklah sesuci mana. Saya bukanlah seorang yang mulia, apatah lagi bebas daripada melakukan dosa. Tetapi dalam bab carut-mencarut ini, saya memang pantang nenek moyang. Fulsetop.

Ketika kecil dahulu, saya sangat nakal. Paling amat nakal. Kasihan Inche Papa dan Puan Mama, terpaksa bersabar dengan kenakalan saya. Saya juga amat kuat mencarut. Sumpah tak tipu. Anda sebut je carutan dalam Bahasa Melayu apa yang wujud di dunia ini; semuanya saya pernah sebut. Saya gerenti. 

Namun segalanya berubah apabila suatu hari tu, saya mencarut di hadapan Puan Mama. Saya masih kecil ketika itu; belum derajah satu pon lagi. Entah bagaimana saya tak sayang mulut pada hari itu, melenting entah mengapa lantas mencarut-marut di hadapan keluarga, yang ketika itu baru hendak menjamah jamuan tengah hari. Anda tahu apa yang Puan Mama lakukan kepada saya..?

Dia cilikan mulut saya. Literali. Saya terus belari ke peti sejuk dan menggogok sebotol air sejuk bagi menghilangkan rasa pedih bibir yang terbakar. Sambil menangis of koz. Sadis bukan..? TT__TT Tapi saya rasa tindakan Puan Mama itu sangat cool. Dan spot on. Saya terus insaf taubat ala-ala nasuha selepas peristiwa itu. Tak sanggup kena cili mulut lagi. Oleh sebab itu, saya sangat berterima kasih kepada Puan Mama kerana mengambil tindakan yang cukup ngeri itu. Terima kasih Puan Mama!

Hakikatnya, fitrah manusia itu bersih dan suci, dan sukakan kepada kebersihan dan kesucian. Namun keadaan sekelilingnyalah yang membentuk dirinya. Kalau selalu dengar mak ayah abang kakak carut-marut, kawan-kawan di sekolah pon ada hobi mencarut, tengok movie omputih yang kebelakangan ini skripnya penuh dengan carutan dan baca pulak blog-blog di alam maya yang setiap ayat mesti diselitkan dengan carutan, anda beriitahu sayalah secara jujur, siapa yang tidak terpengaruh..??

Anda bayangkan dalam kepala hotak anda sendiri. Anda sukakah dicarut? Anda sukakah seseorang itu memanggil anda dengan nama binatang spesis haram, atau dengan nama anggota badan yang keji lagi mengejikan? Lebih mengechiwakan dan menyakitkan hati lagi, anda bayangkan pula, carutan itu ditujukan kepada mak dan ayah anda. Atau nenek dan atok anda. Ha, sekarang apa yang anda rasa..?

Fitrah manusia memang begitu; tidak suka kalau dirinya dipanggil atau diejek dengan panggilan yang kasar dan kurang hajar. Tipulah kalau anda beritahu anda tidak berasa apa-apa apabila kawan anda mencarut kepada anda. Kalau betul, maka anda tidak normal. Anda bukan manusia tetapi alien maka sila pulang ke planet Pluto sekarang juga.

Abes tu, kalau fitrahnya kita tidak suka, benci dan rasa nak bagi pelempang percuma apabila dicarut, mengapa kita mahu mencarut? Treat others as you want to be treated. Simpel sahaja. 

Malang sekali, carutan dewasa ini sudah menjadi seperti suatu trend. Cool. Malah anda akan dilihat sebagai jumud, mundur dan tidak berwawasan kalau tidak mencarut. Buktinya, baca sahaja status-status Mukabuku yang ada, juga blog-blog popular yang menjadi pojaan hati anda, pasti ada carutan. Tak banyak, sedikit. Betul bukan..? Movie-movie omputih tak perlu sebutlah. Carutan tu dah jadi macam bahasa baru. Setiap perkataan pasti akan diiringi dengan jenama fesyen popular FCUK. Wah!

Mendengar anak muda, hatta kanak-kanak sekali pun mencarut di luar sana, saya berasa gelisah. Mereka mencarut seperti memakan Maggi, cepat dimasak sedap dimakan. Eh. Begitu segera dan langsung tidak berasa bersalah. Tu belum kira contengan di dinding-dinding tandas dan tempat awam, atau pun isyarat jari dan tangan yang lucah dan biadap. Pendek kata, carutan di zaman moden ini seolah-olah sudah menjadi adat budaya kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sedih.   

Oyy budak! Nak kena cili mulut?? Meh kerat jari sekali! [Kredit Gambar]

Saya tak tahu bagaimana manusia boleh tenang dan menerima carutan dengan hati terbuka penuh redha. Saya tidak boleh. Hati saya seolah-olah bergegar, telinga jadi panas dan kepala hotak seperti terkena kejutan lektrik apabila mendengar carutan. Tak kiralah carutan minor atau major. Carutan tetap carutan. Saya amat kagum dengan si pencarut dan yang tidak kisah mendengar carutan. Hati mereka sungguh waja dan kebal.

Saya sangat berhati-hati dalam memilih perkataan ketika bercakap, juga ketika menulis. Sebab itu saya sangat takut kalau-kalau perkataan yang saya gunakan di dalam blog ini, dilihat sebagai kasar dan tak makan saman oleh anda. Tapi yela, sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina, kadang-kadang tu terlepas juga. Terguna juga perkataan-perkataan yang mungkin kurang menyenangkan anda semua. Jadi sila berikan teguran dengan yakin dan tidak rasa bersalah, kerana kadang-kadang saya rasakan sesuatu perkataan itu ok, tetapi hakikatnya pada anda yang membacanya tidak! Sumpah saya suka dan tak kisah! ;)

Sekadar berkongsi ayat al-Quran dengan anda, Allah berfirman dalam surah al-Hujuraat,

"...dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim."
[Surah al-Hujuraat, 49:11]

Itu Allah yang kata. Nabi SAW pon ada mesej yang lebih kurang sama. Baginda bersabda,

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliyyah."
(Hadith Riwayat Muslim]

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyyah di dalam hadith ini ditafsirkan sebagai mencarut. So kalau anda mencarut, suka mencarut dan kehidupan anda bergelumang dengan carutan, makan Nabi SAW cakap, anda bukan tergolong dalam umatnya. Astaghfirullah.. Nau'dzubillah.

Hayati pula hadith ini;

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam..."
[Mutafaqun 'Alaih, Hadith ke-15 dalam Arbain an-Nawawiyah]

Perhatikan di situ. Berkata baik, atau diam sahaja. So kalau tengah marah-marah tu, terasa macam nak mencarut-carut, fikirkan hadith ni. Kompen tak jadi nak mencarut. Kalau anda mencarut jugak, anda memang keldai. Hoh.

Jadi bagaimana ye? Sudah cukup insap? Sudah cukup koyak? Masih belum terlambat untuk meminta keampunan daripadaNya. Pintu taubat itu sentiasa terbuka luas dan Dia sentiasa menanti-nantikan anda untuk masuk ke dalamnya. Bukankah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang?

Selepas ini, apa kata anda berlatih. Setiap kali nak mencarut, kalau tak tahan jugak nak hamburkan kemarahan anda itu melalui perkataan-perkataan tidak senonoh, maka katakan sahajalah. Tetapi modify la sikit. Contohnya, instead of cakap WTF, anda cakaplah wadefish ke, wadeferomon ke, wadefun ke. Tak pon, 'Welcome to Facebook!' seperti yang saya terbaca di sebuah blog ini (Maaf tak boleh nak kreditkan sebab lupa blog apa). Wahahaha.. Kalau nak sebut jugak binatang haram tu, tambahlah satu lagi huruf; 'a' di belakang 'i' untuk jadi babai. Wahaha.. Dan begitulah seterusnya. Anda sudah tentunya kreatif lagi inovatif bukan..??

Takpe, mula-mula tu memang susah. Lama-lama nanti anda dah biasa, pasti mudah. Dan lama-lama lagi, anda pasti langsung tiada selera untuk mencarut..! ;D Tahniah!

Jika anda masih hendak dan memilih untuk mencarut, meh sini, saya cilikan mulut anda pula!

 -gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

imanshah 21/11/2010, 23:16  

adik2 kamu di sekolah bintang kalau tak mencarut memang tak sah..kalau nak tampar mulut semuanya memang sakit tangan

gabbana 22/11/2010, 08:38  

hahaha.. jgn tampar cikgu. pas ni cikgu2 yg mengajar, siap-sipa bawak cili kering yang dah siap blend tu! wahahaha.. ;D

Mohammad Aiman 22/11/2010, 18:18  

p/s : pluto bukan planet.. wahaha

gabbana 22/11/2010, 23:02  

ish aiman ni... -___-"

lampu-meja 23/11/2010, 01:11  

pergh..
sama la kita inche gabbana...
kecik2 kena cili mulut! aduh sadis beb!! huhu

gabbana 23/11/2010, 08:06  

kan..? rasa mcm bibir tu literali terbakar. seb baik bibir tak jadi mcm bibir neng baizura..! wahaha.. ^^"

7 13/12/2013, 20:57  

mr gabbana...hahaha kita sama lah....saya pon elegik sket dengar orang mencarut..hehehe kadang2 kalaw saya geram pon saya cakap..wat the fish..antara sebb saya guna fish..sebab kat u saya amik course aquatic science..so apply bende dah ader.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP