Pak Cik Dah Masuk Isyak Ke?
Siot.
Saya baharu sahaja selesai solat sunat ba'diyah Isyak di surau KLCC di tingkat Concourse. Saya memandang-mandang ke belakang dan melihat ada dua orang kanak-kanak yang saya pasti sudah mencapai usia akil baligh. Mereka kelihatan basah, baru lepas mengambil wudhu' gamaknya. Dan mereka kelihatan sedikit lost.
Saya bangun dan berjalan ke arah tempat saya meletakkan beg, beg yang sama dalam kisah 'Cerita Ini Sangat Seram. Betul Saya Tak Bohong.' Tiba-tiba salah seorang daripada kanak-kanak tadi, mendekati saya sambil membuat muka yang meminta simpati (saya rasalah!) sambil berkata,
"Pak Cik, dah masuk Isyak ke..?"
Wuwuwuwu... TT__TT
Tua sangat ke aku? Kata hati saya dengan spontan.
Tetapi saya dengan penuh berbudi bahasa dan bergaya membalas pertanyaan kanak-kanak itu dengan mengatakan ya isyak dah masuk sambil menunjukkan kepada beberapa orang yang sedang bersolat jemaah Isyak di depan.
Saya kemudian melangkah keluar dari surau, mengambil kasut dengan cermat sambil kepala otak terus memutarkan babak sadis yang baru sahaja berlaku. Terasa seperti hendak menangis. Saya tahu muka saya agak matang dan macho, tetapi pak cik..? You made my day, thank you very much.
Mungkinkah ini wajah yang dilihat oleh kanak-kanak itu..? TT_TT |
Betul-betul terasa seperti ada batu besar yang jatuh menghempap kepala.
Adeh.
-gabbana-
11 Caci Maki Puji Muji:
wohoohoo!!
Aiman Amri LIKEY LIKEY!!
bahahahhaa. sabaq!
like like
like like
tua dari segi paras rupa. tapi dalam hati masih muda remaja.
TT_TT aiman, terima kasih kerana being very sapotif.
inche hamdan, tbe2 saya jatuh cinta pada anda.. boleh?? wahahaha.. ;D
*muntah hijau*
dah tua erk anda.. hahaha
Terima kasih PAKCIK, kerana sudi berkongsi cerita ni.
inche xhilmi, tua kalau bandingkan ngan budak 5 tahun.
tapi masih muda kacak bergaya kalau bandingkan dengan pakcik 67 tahun! wahahaha.. ;D
anonymous, anda teringin nak makan masak lemak selipar x untuk makan tgh hari nanti..? -___-"
kalau ekau pakcik
aku ni apo..atok kot
hihihi.. saya tak cakap pape... ;p
hehehhe....sabar la pakcik...
Post a Comment