Sungguh Pelik Tetapi Sungguh Benar
Ada beberapa perkara berkaitan ibu bapa zaman moden ini yang sedang bermain dalam kepala otak saya sekarang ini. Kebanyakannya pelik. Sungguh pelik. Tetapi yang lebih pelik dan misteri adalah semuanya adalah realiti bukan fantasi dan sedang berlaku di depan hidung anda sekarang ini. Melainkan anda tidak mempunyai hidung. Wahaha..
Anda nak tahu apa antara perkara-perkara pelik tersebut..? Jeng jeng jeng..
Dengan ini saya mempersembahkan... *Clap clap clap*
10 Benda/Perkara Tentang Keibuayahan Di Zaman Moden Ini Yang Pelik Tetapi Benar
- Bonda dan ayahanda selalu risau kalau anak-anak lewat balik daripada menghadiri program-program berbentuk keagamaan. Tetapi tak pernah pula risau kalau lepak dengan rakan taulan sehingga pukul 2-3 pagi. Silap haribulan sampai ayam jantan berkokok pon tak balik ke rumah lagi.
- Bonda dan ayahanda selalu juga risau apabila anak-anak dengan aktif menyertai usrah, program-program berbentuk keagamaan dan yang seangkatan dengannya. Nanti jadi teroris, kata mereka. Tetapi tak pernah pula risau menghantar anak-anak mereka belajar di negara kapitalis, liberal, komunis dan syaitan-habis! Ni soal aqidah pakcik! Mampu ke anak pakcik jaga diri di sana..??
- Bonda dan ayahanda terkejut beruk melihat perubahan pada anak-anak mereka; mula memakai tudung labuh sehingga ke kaki bagi yang perempuan dan jubah serta berserban bagi lelaki. Tetapi tak pernak pula nak pening-pening kepala apabila si anak gadis memakai baju kanak-kanak saiz XXS manakala si anak teruna bertindik di telinga, seluar koyak rabak macamlah bonda ayahanda papa kedana, rambut panjang mengurai macam pontianak betina dan memakai rantai besi mencekik buah halkumnya!
- Bonda dan ayahanda naik risau apabila si anak teruna masih tidak mempunyai gelpren pojaan hati. Lagi garu kepala jika si anak gadis masih tidak mempunyai boipren yang boleh dibuat menantu. Makcik, kan lebih bagus risaukan anak makcik yang sudah berbadan dua tetapi belum berlaki itu..?
- Bonda dan ayahanda mula tak senang duduk apabila anak mereka sudah mula pandai menegur si bonda yang tidak memakai tudung atau si ayahanda yang tidak solat atau si abang yang merokok atau si adik perempuan yang ada boipren. Eh abis tu? Bukankah wajib menegur bila dah nampak sesuatu maksiat tu di depan mata? Jangan nanti kat dunia sana nun baru nak menyesal, "Eh kenapa dulu kau tak tegur aku??"
- Bonda dan ayahanda nak sangat anak mereka berjaya di dunia. Sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memastikan si dara dan si teruna berjaya sehingga ke menara gading. Sanggup bekerja lebih masa untuk hantar anak-anak belajar di kolej dan universiti yang terbaik. Kalau dapat pergi obesi lagi kembang hidung bonda ayahanda. Tapi kenapa pelaburan ASN* untuk anak-anak, satu haprak sen pon susah betul nak keluarkan ye...? (*ASN = Amanah Saham Sorga)
- Bonda dan ayahanda saspisyes betol kalau anak-anak mereka baca buku Fi Zilalul Quran ke, Tauhid Zindani ke, Majmuk Rasa'il ke. Buat apa nak baca buku-buku agama ni, bukan kamu nak jadi ustaz ustazah pon..?? Abis tu, bonda ayahanda nak saya baca Playboy? Mangga? URTV? Sila jawab.
- Bonda dan ayahanda tak kisah kalau nak campak parti hari jadi anak-anak mereka. Ha jemputlah kawan-kawan tu. Ajak Lisa, Michael, Muniandy, Siti, Wong, Ali, Tarmizi.. Semua-semualah! Takpelah campur lelaki perempuan, apa salahnya? Kan kawan-kawan semua tu..? Nak mandi sewiming pool depan rumah tu ramai-ramai pon apa salahnya! Hadoih. Apa kata jemput ramai-ramai buat kenduri doa selamat ke, aqiqah dan solat hajat ke.. Apa salahnya??
- Bonda dan ayahanda tak kisah belanja ribu-ribu bawak anak-anak jalan-jalan, pergi melancong sana sini. Tahun ni kita peri Las Begas, tahun depan kita pergi Disnilen Paris pula! Seronok tengok anak-anak hepi semua. Memang seronok, siapa tak seronok dapat bawak keluarga melancong kat obesi! Tapi, kan lagi seronok kalau bawak satu femili pergi umrah ke, pergi ziarah anak-anak yatim ke, pergi masuk hutan tadabur alam ke. Ke camne..?
- Bonda dan ayahanda tak berapa nak kisah kalau anak-anak dah pandai minum, isap rokok, isap dadah, pergi kelab malam, balik rumah bawak jantan dua-tiga ekor, pakai baju dah tak macam pakai baju dan macam-macam lagi perangai. Yelah, kata hidup di zaman moden. Apa salahnya mereka tu ikut trend semasa! Yelah pakcik makcik, memang tak salah pun. Ingat eh dialog ni, tolong jawab benda yang sama kat depan Hakim Mahkamah Agung nanti!
Keluarga bahagia merangkap keluarga contoh? |
Begitulah lebih kurang perkara-perkara pelik yang memang sedang berlaku dengan rancaknya di kalangan ibu bapa zaman moden ini. Of koz la bukan semua, tetapi jumlahnya kian bertambah tahun demi tahun. Ibu bapa moden la katakan, mestilah sentiasa mengikuti perkembangan yang terbaru! Bukan ke..? Nanti kawan-kawan anak dan kawan-kawan kepada kawan-kawan anak cakap apalah mak bapak kau ni kuno betul. Silap-silap nanti kawan-kawan mak bapak sendiri pun cakap apalah kau orang ni kuno betul!
Eh anda tak rasa pelik ke..? Ke saya je yang paranoid?
Entah-entah saya sebenarnya yang pelik kan..?? Wahahaha.. ;)
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
besa la 2..dunia dh akhir zaman..tp banyak gk muda mudi yg semakin sdar & kembali ke pangkal jalan..
:)
Saya setuju dgn anda. sebenarnya marcapada ini (wahahaha.. ;p) sudah ramai anak-anak muda yg semakin berkesedaran untuk mengubah dunia ini. dan bilangan mereka semakin bertambah...
alhamdulillah.. ;)
kenapa gambar family tok jib ngan kak mah??huhu
mereka kan keluarga pertama negara ni. mestilah keluarga mereka keluarga contoh! hihihi.. :)
Islam datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali semula dalam keadaan dagang (asing)
TT__TT Harapnya kita tergolong la dalam golongan org2 asing tu.. iAllah..
Post a Comment