2 November 2010

Siapa Nak Pelempang?

Takde apa. Saja bosan tahap mahadewa Kaiou. 

Betul seriyes bosan. Saya yakin kalau anda sudi menerima lempangan saya, pasti anda dapat membantu saya menghilangkan kebosanan ini. Macam mana? Anda berminat..?

Bercakap pasal pelempang dan aksi melempang orang, ada beberapa orang yang saya teringiiiiinnn sangat nak lempang. Kalau boleh nak lempang sampai merah-merah tangan ni. Nak lempang sampai berpusing 180 derajah kepala diorang tu.

Anda nak tahu siapa..?

Memang best banget kalau boleh lempang orang camni...
Benjamin Netanyahu si samseng Zionis laknatullah. Begitu juga dengan si tua nak mampus Ariel Sharon.

Para pembunuh Datuk Sosilawati and the gang. Pelik betul sampai sekarang pon tak settle lagi kes tu. Terasa nak lempang juga pihak polis yang lembab sangat ni. Pelik pelik. Awal-awal dulu macam lipas je buat kerja. Skang ni dah macam siput babs.

Pemilik syarikat bas Delima Ekspres sebab benarkan pemandu tanpa lesen memandu bas diorang.

Rakyat Malaysia yang tak faham bahasa, tak reti nak baca papan tanda "Sila Berdiri Di Kiri Untuk Beri Laluan" di eskalator Stesen PUTRA LRT.

Malaun yang memandu macam orang takde lesen, yang masuk simpang tak bagi signal, yang nak duduk lane paling kanan tapi slow macam kayuh beca dan yang suka cucuk bontot keta orang lain.

Orang yang merokok di tempat-tempat yang trang tang tang tulis sebesar-besar mak gajah 'Dilarang Merokok Di Kawasan Ini.' Juga orang yang berbau rokok satu badan. Seriyes nak lempang.

Makcik makcik dan pakcik pakcik yang tak reti nak beratur semasa menunggu tren Putra dan komuter. Orang lain penat-penat beratur, bila tren sampai dia menonong je masuk sambil buat muka tak bersalah. Ni memang minta pelempang percuma.

Beruk-beruk yang tak reti nak bagi tempat duduk kat orang lain yang lebih perlu untuk duduk di dalam LRT. Yang lagi buat naik hangin tu boleh pulak buat-buat tido kan. Elok je pulak bila sampai di destinasi yang dituju, segar bugar je bangun!

Awek-awek yang pakai tudung tapi baju seluar macam baik tak payah pakai apa-apa.  Yang tak pakai tudung tak yah cita la kan. Pakwe-pakwe mereka yang tangan gatal sangat tak reti nak duduk diam meraba sana meraba sini pon patut dilempang.

Ok cukup setakat ni. By this time tangan saya dah merah padam dah, pedih sebab melempang ramai sangat orang.

Tapi spesel untuk anda, saya bagi satu peluang. Macam mana..? Masih berminat untuk dilempang..?

Wahahaha.. ;D

Tak boleh belah!

-gabbana-



10 Caci Maki Puji Muji:

IMANSHAH 02/11/2010, 16:31  

hang penah kena lempang ngan warden dak??

Inche gabbana 02/11/2010, 17:02  

saya baik + skema sgt dulu, so tak sempat nak merasa... hihihihi.. ^^"

Mohammad Aiman 02/11/2010, 17:38  

setuju! abang gabbana ni dulu siap kalau ade warden, jalan pijak semut, semut tak mati..
berat badan x mampu bunuh semut.
malah, siap ari bulan, warden lalu je, berat badan hilang melayang-layang ditiup angin~

(silap haribulan, dituduh fly. HAHA)

N 02/11/2010, 18:57  

nanti kalau dah melempang orang jgn rasa menyesal pulak! :D

Inche gabbana 02/11/2010, 22:42  

eh aiman..? anda mcm sempat je ngan saya kan...? ^^"

Inche gabbana 02/11/2010, 22:42  

hihihih.. lempang dlm mimpi je la N! puas hati dan takde sapa yg cedera! Hehehe.. ;)

Anonymous 28/10/2012, 18:24  

kantoi IG dulu sebelum tarbiyah kuat mencarut xD
-sama la kita.

Anonymous 13/12/2013, 18:35  

awat kasaq sgt ayat uh....terkejut hamba membaca nya..hehehehe..ni mesti kes tengah panas nih..

Anonymous 25/12/2013, 07:48  

malaun haha lama tak dengar perkataan tu

Anonymous 30/01/2015, 13:23  

sebab itulah the ummah needs someone to guide. hmm kita ni kena ikut contoh Rasulullah. Baginda mesti sedih kalau tengok ummahnya sekarang. huhuhuhu :'(. harap-harap kita tak menjadi golongan yang membuatnya sedih :(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP