Nenek Aku Kena Ragut...!!
Kali ini kena guna aku, sebab geram tahap Mahadewa Kaiou. Tadi baru je borak dengan mak aku, tiba-tiba dia cakap nenek aku kat Kelantan tu kena ragut.
Persetan.
Kau orang tahu nenek aku tu umur dia berapa..?? 80 tahun lebih dah! Memang binatang aje yang sanggup buat kat orang tua macam tu. Aku rasa binatang pon tak sekeji dan sehina tu!
Peragut ni naik kereta. Advanced. Tak main la kapcai. Cis. Rantai emas nenek aku yang kena ragut. Kau orang bayangkanlah, kuat ke leher seorang wanita yang berusia 80 tahun lebih...?? Ya Allah...
Nasib baik nenek aku tak cedera apa-apa. Itu yang aku dimaklumkanlah. Full coverage belum tahu lagi.
Hey malaun! Kat dunia ni kau boleh selamatlah! Kau boleh terlepas! Kau ingat kau hebat! Boleh sesuka mak nenek kau nak ragut orang tua tak tentu pasal!
Tapi kat akhirat nanti kau jawablah depan Allah! Kalau kau kena tarik masuk dalam neraka pakai rantai emas yang kau rompak tu, you deserve it man! Ptuih!
-gabbana-
Sorry, memang emo. Saya sangat sayangkan nenek saya itu. Sekarang ni memang rasa cam nak nangis. The only thing yang menenangkan saya adalah keimanan kepada Hari Pengadilan Agung nanti. Dan juga kemustajaban doa orang yang teraniaya.
12 Caci Maki Puji Muji:
memang tidak berperikemanusiaan =_="
kebanyakan manusia sekarang sudah hilang sifat belas sesama manusia... macamane kalau famili dia yang kena,macam dalam iklan tu...
sabar ye inche gabbana...
tunggu la die nanti...
GRRR
(moga dia dapat hidayah, kalau x, biarlah die tunggu azab nanti, nauzubillah)
bila dengar cerita2 mcm ni, tak kiralah dari tv ke, akhbar ke, mulut ke mulut ke...kadang2 tu lagi takut drp dengar cerita hantu pocong balik ke rumah.
manusia dah tak macam manusia lagi. semoga nenek anda tidak trauma
huhuhuh...
semoga nenek inche gabbana ok ~~
~SN~
aiman, tahu tak kita ada bau2 bacang..? hohoho.. tanya inche amri, dia kenal tak nenek meriam. mesti dia knal...
oh, perkembangan terbaru, nenek saya cedera ringan di tangan kerana mempertahankan diri lebih kurang. lahanat punya peragut.
mereka folow nenek saya sampai ke rumah, ketika tu dia baru balik dari kedai. dahla naik kereta.. bacul!!!
tp mcm aiman cakap, moga allah kurniakan mereka dgn hidayah. sedangkan nabi SAW pon boleh ampunkan org2 yg telah menganiayanya dgn sgt kejam dahulu.. haih...
pape pon, terima kasih kepada semua atas sokongan. sgt terharu dan menghargainya.
kalaulah nenek saya reti baca blog dan baca komen2 anda semua, pasti dia pon terharu dan sgt berterima kasih kepada anda semua... ;)
*mode terharu*
org kelantan memang tabah
hahaha.. sempat lagi tu.
kalau org yg 50% kelantan..? wahahaha.. ;)
manusia skang ni dh rmia yg perangai cam binatang!
bukan mcm binatang dah. lagi trok daripada binatang!
Post a Comment