Review Jujur Seorang Bakal Pembeli Kereta Yang Tiada Uang
Semalam saya telah berpeluang untuk memandu uji Peugeot 207 (sebut Pew-jzho) di Nasim Sdn. Bhd. yang terletak di Ampang. Sudah lebih dua minggu saya mendaftar untuk memandu uji dan tidak sehingga semalam, barulah wakil daripada Naza menelepon saya. Saya berasa agak teruja kerana saya fikir, pendaftaran saya itu telah tidak diendahkan dan dianggap sebagai picisan sahaja.
Saya sudah mula berkenen-kenen untuk membeli kereta pertama saya sejak hari pertama saya mula bekerja. Sungguh ambisyes. Wahaha.. Takpela. Apa salahnya ada impian dan angan-angan sebelum mencapai apa yang diinginkan. Ye tak..? Hihihi.. Maka saya dengan rajin dan penuh dedikasinya telah membuat beberapa kajian dan pencarian kereta yang paling sesuai dengan personaliti dan karakter saya. Dan sudah tentunya duit di dalam poket.
Faktor terakhir itu merupakan musuh terbesar yang menghalang saya daripada memiliki Volkswagen Beetle mahupun Golf GTI. Cis. TT__TT
Dan melihatkan kepada aktiviti dan pergerakan saya yang sungguh aktif dan cergas sepanjang masa, memiliki kereta sendiri merupakan suatu prioriti. Sungguh mudah mahu keluar masuk rumah tanpa disoal siasat seperti penjenayah oleh mak dan ayah. Hohoho..
Maka, antara calon-calon yang telah disenaraipendekkan termasuklah Hyundai i10, Toyota Vios, Honda City, Satria Neo, Hyundai Getz dan Peugeot 207. Sebenarnya saya sangat berminat dengan Peugeot 206 (atau nama Melayunya Naza Bestari. Sungguh down.) namun ia tiada lagi di pasaran. Vios dan City agak mahal dan mengambil kira gaji saya yang seciput sahaja, rasanya tidak berbaloi. Satria Neo pula amat kecil. Walaupun bergaya dan sesuai untuk orang muda seperti saya yang boleh tahan kacaknya ini (sila sila muntah hijau), namun ia tidak sesuai untuk membawa orang lain berjalan-jalan dan sebagainya. Hyundai i10 pula agak kecil dan menurut rakan sekerja saya, kurang boleh diharap.
Faktor terakhir itu merupakan musuh terbesar yang menghalang saya daripada memiliki Volkswagen Beetle mahupun Golf GTI. Cis. TT__TT
Dan melihatkan kepada aktiviti dan pergerakan saya yang sungguh aktif dan cergas sepanjang masa, memiliki kereta sendiri merupakan suatu prioriti. Sungguh mudah mahu keluar masuk rumah tanpa disoal siasat seperti penjenayah oleh mak dan ayah. Hohoho..
Maka, antara calon-calon yang telah disenaraipendekkan termasuklah Hyundai i10, Toyota Vios, Honda City, Satria Neo, Hyundai Getz dan Peugeot 207. Sebenarnya saya sangat berminat dengan Peugeot 206 (atau nama Melayunya Naza Bestari. Sungguh down.) namun ia tiada lagi di pasaran. Vios dan City agak mahal dan mengambil kira gaji saya yang seciput sahaja, rasanya tidak berbaloi. Satria Neo pula amat kecil. Walaupun bergaya dan sesuai untuk orang muda seperti saya yang boleh tahan kacaknya ini (sila sila muntah hijau), namun ia tidak sesuai untuk membawa orang lain berjalan-jalan dan sebagainya. Hyundai i10 pula agak kecil dan menurut rakan sekerja saya, kurang boleh diharap.
Baru-baru ini Naza telah melancarkan Peugeot 207 dan melihatkan kepada brosur di websitenya, saya tidak dapat menolong diri sendiri daripada merasa sedikit teruja. Sayugia saya dengan yakinnya telah menempah sesi pandu uji untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta buatan Eropah itu.Yalah, teringin juga untuk merasa memandu dan memiliki kereta kontinental!
Peugeot 207 yang sudah berada di pasaran Malaysia. Come and get it! [Kredit Gambar] |
Jadi berikut adalah review jujur saya berdasarkan pemanduan saya selama lima belas ke dua puluh minit melalui DUKE dan keluar ke Jalan Ampang.
Interior
Tidak dapat dinafikan, interior Peugeot 207 boleh dikatakan mewah dan ada kelas. Tambahan pula, apabila mengambil kira harga atas jalan kereta ini (RM72,888.00), kemasan dalaman kereta ini amat memuaskan.
Tempat duduknya bersofa fabrik. Panel hadapan kemas dan tidak terlalu elaboret. Radionya dilengkapi dengan sistem Gigi Biru dan USB. Yang lebih menarik adalah sistem ekon kereta ini. Siapa sangka dengan harga RM72,888.00, Peugeot 207 mempunyai sistem ekon otomatik; tak kalah dengan kereta mewah yang ada di pasaran. Anda juga boleh menentukan suhu dalam kereta mengikut selera dan citarasa anda! Sama macam ekon anda di rumah itu.
Interior bahagian hadapan Peugeot 207. [Kredit Gambar] |
Panel meternya nampak sedikit janggal berwarna putih. Pendapat saya, ia akan kelihatan lebih kacak bergaya jika berwarna hitam manakala tulisan/angka pada meter berwarna oren. Steeringnya disalut kulit, satu lagi aspek yang sukar hendak didapati pada kereta-kereta import lain pada harga Peugeot 207. Terdapat juga satu paparan elektronik yang memaparkan waktu, tarikh dan suhu luaran, juga maklumat-maklumat lain di bahagian paling atas panel tengah.
Panel meter putih yang sedikit gangjal. Eh janggal. [Kredit Gambar] |
Panel Ekon Peugeot 207. Anda boleh memilih mode otomatik atau tentukan suhunya mengikut suka hati anda. Cool bukan? [Kredit Gambar] |
Eksterior
Peugeot 207 tidaklah semenarik dan setampan kereta-kereta lain sekelasnya seperti Honda City atau Kia Forte. Bentuknya kelihatan sedikit cacat di bahagian belakang kerana seolah-olah tidak seimbang dengan bahagian depan. Peugeot 207 akan tampak lebih kacak sekiranya ia berbentuk hatchback, seperti kembarnya yang dipasarkan di Eropah.
Namun begitu, lampu depan kereta ini cukup bergaya, tambahan pula ia dilengkapi dengan teknologi sensor di mana lampu ini akan menyala dengan sendirinya apabila persekitaran menjadi gelap. Oh sungguh pandai berdikari!
Lampu depan Peugeot 207 yang sungguh menawan dan pandai berdikari pada masa yang sama. Cukup cool! [Kredit Gambar] |
Dan yang membuatkan kereta ini tampak mahal dan kelas sudah tentunya lambang singa Peugeot yang cukup menonjol di bahagian depan!
Enjin dan gear
Enjinnya berkapasiti satu perpuluhan enam liter, sama kapasitinya dengan Gen2. Kalau anda tanya saya, saya bukanlah seorang yang know-how dalam bidang enjin-menjin ini. Tetapi brosur menyatakan enjin ini adalah daripada jenis '4 Inline Cylinders, DOHC 16 Valve.' Erk. Tidak mengapa, anda tidak perlu mengeksplennya kepada saya. Saya tidak bercakap bahasa kereta.
Enjin Peugeot 207 yang walaupun saya tak faham kejadah haram, tapi nampak cukup bergaya. Ooh. [Kredit Gambar] |
Namun apa yang saya tahu, memandu Peugeot 207 ini adalah satu pengalaman yang hampir sahaja menakjubkan. Enjinnya begitu senyap. Dan kadar kelajuannya per saat juga boleh tahan pantas. Saya kagum.
Gearnya pula adalah, err, 'Auto Adaptive Gearbox with Tiptronic and Sport Mode,' menurut Inche Brosur lagi. Yang saya faham, gearnya boleh ditukarkan kepada transmisi manual sekiranya tiba-tiba anda berasa seperti mahu memandu kereta manual. Dan sport mode anda gunakan apabila kereta ini semput nak naik bukit dan sebagainya. Cool bukan? Dan oh! Kemasan pada gear juga tampak mewah dan segar!
Lain-lain
Bonet kereta amat luas. Ketika kali pertama saya melihatnya dengan mata kepala saya sendiri, saya terus kagum tanpa rasa malu-malu kucing.
Pengelap cermin (Baca: Wiper) dilengkapi dengan sistem otomatik, di mana ia akan secara sendirinya mengelap cermin hadapan anda apabila hujan. Juga sistem yang sungguh berdikari.
Ruang kaki tempat duduk belakangnya agak sempit. Ini adalah satu-satunya aspek yang saya amat kechiwa dengan kereta ini. Jika hendak dibandingkan dengan Honda City misalnya, sememangnya Peugeot 207 jauh ketinggalan dalam aspek ini.
Dilengkapi juga dengan beg udara di kedua-dua belah pemandu dan penumpang sebelah pemandu. Anda juga boleh mengunci beg udara tersebut sekiranya ada anak kecil yang duduk di bahagian hadapan.
Peugeot 207 datang dengan lima warna yang cukup bergaya; Merah Aktif, Putih Gunung Alpine, Gangsa Metropolis, Perak Baldu dan Hitam Premium. Saya? Pastinya Merah Aktif atau Gangsa Metropolis. Oooh cukup seksi dan bergaya!
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Peugeot Malaysia di sini.
Pembayaran
Sepuluh peratus daripada harga atas jalan kereta (10% x RM72,388.00) untuk deposit; kurang lebih RM7,388.00 sekali bayar. Bayaran tempahan RM1,000.00. Dan sekiranya saya memilih untuk membayar secara ansuran selama 9 tahun, maka bayaran yang perlu dijelaskan setiap bulan adalah sebanyak RM792.06 setiap bulan pada kadar pinjaman tiga [perpuluhan] empat peratus.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati denagn prestasi kereta ini. Selain daripada ruang kaki yang kecil di bahagian belakang tempat duduk, kereta ini mempunyai ciri-ciri yang lengkap bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Fokus utama untuk jualan kereta ini adalah keluarga muda atau pemuda-pemudi bujang seperti Inche gabbana. Wahaha..
Bersaing dengan kereta kelas C yang lain seperti Honda City dan Toyota Vios, Peugeot 207 pastinya akan memberikan tentangan yang sengit kerana harganya yang kompetetif. Nasim Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 6,000 unit pada tahun hadapan sahaja.
Untuk saya, saya terpaksa melupakan dahulu niat untuk memiliki kereta ini. Kerana saya bercadang untuk membeli Audi R8 atau Volvo XC60. Eh. Perasan mampu. Melihatkan kepada jumlah ansuran bulanan yang terpaksa dibayar, saya tidak rasa saya mampu untuk memilikinya lagi. Terpaksalah bergesel-gesel bahu dengan bos besar supaya menaikkan gaji kuli cacai seperti saya dengan segera.
Haih.. TT__TT
-gabbana-
Mahu pandu uji Volkswagen Polo dan Beetle pula. Wahahaha.. ^^"
26 Caci Maki Puji Muji:
belilah proton saga macam adam tan
(harap2 dia tak baca comment ni)
:P
pakai inspira sudeh..haha.persona pon ok gak.handling best and murah.huhu
CUTY adam
anonymous: baik... TT__TT
(tapi kan, saya sudah hilang keyakinan dgn kereta buatan tempatan lah!)
hadi: Inspira mungkin et lis RM7k lagi mahal dari 207. -___-"
Persona baru yg uplift ni mmg lawa. tp dah fed-up ah pakai kereta nasional nih..
CUTY..? Kereta baru ke cikgu? buatan zimbabwe eh...? hehehe..
suzuki swift??
menarik cadangan tu faris. ada gak terfikir, tp harganya tak brapa nak berbaloi dgn saiznya yg comel lote.. huhu..
tahnx for the suggestion neway! ;)
ohh eh..
kete forte ok gak kot.sbb price range cm 207 ni.
cuba try review mazda2 plak...
tp biase nyer,kalau hati da tertaut,mesti da tak cari lain.go go 207! :)
p/s: gigih men"google".hahaha
hahaha.. thanx faris, gigih gile..! hehe..
dh tgk dah mazda 2. mmg cun tp mahal la. seriyes tak boleh lawan 207 in terms of pricing. hehe.. tp agak down ngan 207 sbb leg room kat blakang sempit. kalau travel jauh kompem lumpuh punggung! wahahaha.. ;p
p/s: tak sangka anda minat juga ye ngan keta nih..? ;)
owh2 ^_^..suke ngn "Pew-jzho" sebab kete nya style!hihi :)
kalau camtu jom kita tubuhkan fan clun 'Pew-Jzho' jom!! hehehe.. ;)
kereta nieh boleh kawal suhu air-cond!
kooooooooooool!
kereta nieh boleh kawal suhu air-cond!
kooooooooooool!
tau takpa. rasa macam pasang ekon cap panasonic dalam keta pon ada! hihih..
audi tt pun ok jugak.menarik lagi sempurna...
kereta apa pun yg bakal dibeli,biar jadi kuda D yang hebat...insyAllah
uih.. audi TT memang peberet gak sebenarnya. tp mcm kurang muntij je ntok jadi kuda D, sbb boleh dok 2 org je.. huhu..
da byr downpayment blom? mne taw kalau jmpe bole laa merasa naek.hahaa
hahahah.. errr..... maybe lagi 2-3 tahun pon tak dapat nak merasa.. TT__TT
tp thanx atas dorongan itu! ;)
mane review beetle dan golf pulak???tengok la suzuki swift.kacak dan menarik
surrey terpinggir...??? hahahaha.. mcm kenal je sapa.. ;)
haha.. tak sanggup la nak test-drive, sbb nnt menangis tak berlagu sbb tak mampu nak beli. hohoho..
swift, dgrnya mmg bagus. tp kurang berpatutan harganya dengan apa yg kita dpt. plus, mcm kurng sesuai ntok jadi kuda dakwah.. hohoho..
eh bila boleh jumpa...? ;)
dari liuk gaya bahasa pada ayat terakhir "eh bila boleh..." mungkin tekaan inche gabbana salah...haha
btw,kanak2 ribena surrey tgh exam,2 minggu,smp next week...doa2 la utk org jauh..selamat membeli kereta
mana anda tahu kita tak akan berjumpa dalam masa terdekat nih...?? wahahaha.. ;)
oohhh.. semuanya terbaik (Baca: All the best)..!! Hehehe.. Exam kerana Allah, igt tu..! ^^
Salam.. sy plan nk beli peugeot 207... bleh reply kat email sy el_regina87@yahoo.com....
Perlukan pendapat
saya nk tau mengenai peugeot 207 bi..plis email saya rini_myname@yahoo.com
Post a Comment