11 October 2010

Rindunya pada sekolah...


Pagi tadi saya sampai ofis awal. Macam biasa la. Ini semua akibat abang saya yang kena pergi ofis di awal pagi. Maka secara otomatisnya saya turut menjadi mangsa.

Oleh kerana itu, saya menggunakan masa lapang yang ada untuk melayari laman-laman sesawang di Internet. Dan disebabkan laman Bukumuka (ke Mukabuku..?) dilarang dan diblok oleh pihak atasan untuk dilayari ketika waktu pejabat, saya mengambil peluang itu untuk mengecek hapdet-hapdet terbaru yang mungkin ada.

Dan biasalah.. Bila dah takde hapdet sangat, mulalah stalk orang ini dan itu. Bukan stalk, tapi just nak rapatkan silaturrahim dan ukhuwwah, sayugia kenalah selalu cek perkembangan terbaru mereka, kata hati saya nak sedapkan diri sendiri. Dan almaklumlah, lepas klik satu profile ni, akan klik profile orang lain pula. Lepas klik gambar yang ini, pasti akan klik gambar yang itu pula. Urusan yang sepatutnya jadi 15-20 minit, bertukar menjadi rutin paling koman 45 minit. Adeh. Persetan kau Mark Zuckenberg!

Oh, sebenarnya nak cerita pasal kerinduan saya pada sekolah lama saya yang best pada tahap gaban. Yelah, bila dah tengok profile orang ini dan itu, pasti tersesat pada profile dan gambar-gambar junior yang masih bersekolah. Maka gambar-gambar jambu mereka sedang berseronok menyambut hari raya, berbuka puasa, bermain ragbi dan bola, di dalam kelas, gelak tawa bersama rakan taulan dan cikgu-cikgu, membuatkan hati menjadi sayu. Terkedu.

Ah saya cemburu. Dan rindu.

Betul saya tak tipu. Sehingga ke saat ini, saya masih rindukan saat-saat di sekolah dulu. Banget. Kalaulah Doraemon tu wujud, pasti saya di masa depan sudah menghantarnya kepada saya di masa ini supaya saya di masa ini boleh menaiki mesin masa dan kembali ke zaman sekolah dulu. Betul saya tak tipu.

Anda mesti tak percaya kalau saya beritahu yang sehingga ke hari ini, saya masih termimpi-mimpi sekolah lama. Bukan mimpi di siang hari, tapi mimpi di waktu malam ketika sedang enak tidur di atas katil. Kadang-kadang tu mimpi sekolah baru buka. Kadang-kadang mimpi berada di dalam kelas. Kadang-kadang mimpi menjadi pengawas sedang menjaga perhimpunan. Sering juga mimpi bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan. Loser? Anda ingat saya peduli?

Rindu!

Tapi betul cemburu sangat melihat gambar-gambar junior-junior di sekolah lama. Seronok melihat mereka gumbira dan teruja. Nasihat saya sekiranya anda membaca ini, habiskan masa yang ada sebaik-baiknya. Gunakan masa yang ada dengan rakan-rakan dan cikgu-cikgu, kerana percayalah, sekiranya anda seperti saya, anda pasti rindukannya tahap super-saiya seusai anda habis belajar nanti.

Mungkin kerana itu saya sering pulang ke sekolah lama, berjumpa dengan guru-guru lama. Kadang-kadang tu terjumpa dengan junior yang sudah bermisai dan berjanggut (saya pun tidak begitu..), duduk dan berborak dengan mereka, bagi melepaskan rindu pada sekolah. Tanya mereka itu dan ini. Macam mana sekolah sekarang ni? Macam mana dengan junior? Warden macam mana? Selalunya jawapan yang diterima seolah-olah dicut dan paste daripada jawapan-jawapan yang saya dengar pada tahun-tahun sebelumnya. Sama tapi tak serupa. 

Dan kini, menjadi lelaki bekerjaya menyukarkan saya untuk ke sekolah lama lagi. Boleh sahaja pergi pada hari Sabtu dan Ahad, tapi tak sama. Tiada sekolah pada hari-hari itu. Budak-budak keluar outing ke Taman Cempaka atau Jusco atau Yik Foong. Cikgu-cikgu berehat di rumah bersama keluarga. Tak sama.

Ah...

Sangat rindu saat kami berjalan beramai-ramai ke makmal sains, dan bergelak tawa sambil menunggu kelas yang sebelumnya habis. Rindu pada waktu rehat, kadang-kadang ke kantin yang begitu ramai manusia, kadang-kadang ke dewan makan menikmati air milo cair dan cucur kulit kerang. Rindu juga mendengar bebelan Cikgu Julie, Cikgu Fuziah dan Cikgu Mastura Shaari; luahan hati Cikgu Izaheri; sifat keibuan Cikgu Umaimah; belaian Ustaz Mokhtar ketika kami semua khusyu' dan tawadhu' di waktu kelas; dan lawak jenaka Mr. King Eng Seng. 

Rindu waktu Maghrib, bersolat jemaah bersama-sama dan mendengar tazkirah selepasnya. Rindu waktu prep; sebahagian besarnya dihabiskan sama ada untuk qadha tidur atau gossip isu semasa. Rindu tulis borang kertas dobi dan campak plastik dobi ke dalam bakul dobi. Rindu pakai kain basahan dan berebut bilik air di waktu petang. Rindu waktu main petang; kadang-kadang berjogging sahaja, kadang-kadang bermain bola tampar. Oh saya bukanlah seorang ahli sukan, tetapi saya menghargai saat-saat saya bersukan.

Rindu hari Selasa ketika dewan makan menghidangkan Ikan Keramat untuk lunch; maka kami beramai-ramai makan di kantin pada hari itu. Rindu pada waktu PJ; hampir setiap minggu kami bermain bola sepak/bola tampar. Rindu waktu outing; ketika inilah saya berpeluang makan Kentuck atau Pizahat atau Nasi Campur Ayam Goreng Rangup Sri Cempaka. Rindu waktu malam; saya, Nyamouq dan Raja akan berbaring di katil sambil mengumpat dan bergossip.

Oh kalau nak sebut satu persatu memang tak habis. Terlalu banyak memori di sekolah lama yang dipahat di dalam kepala otak ini. Memang ada sediakan ruang khas 4 Terabyte untuk itu. Oh tapi wajib juga sebut part yang ini.

Rindu pada kawan-kawan seperti Akmal Hashim, Syahmi Farhan, Shedot, Johan Kamal Hamidon, Atan, Malau, Luqman Ali, Akhma Azizi, Safwan Fikri, Nazim Bahrin, Faizal Bagak, Wan Su, Suryakarta dan Oki yang sangat jarang-jarang jumpa sekarang ini. Rindu juga saat-saat melepak bersama junior seperti Mior Muslihudin, Celi, Peknas, Khalis, Hakem, Azril Kamil, Haiqal Firdaus, Nik Anuar, Mad, Syafiq Aziz dan Farid.  Rindu pada mereka semua. =( (Oh jangan cemburu pada yang tidak disebut nama. Anda masih tetap di dalam hati! ^^)

But hey, life has to go on. Saya pernah diberitahu yang saya perlu keluar daripada life ini; saya bukan lagi budak sekolah. Tetapi saya tidak dapat menolongnya, perasaan rindu dan sayang pada sekolah itu sangat kuat. Dan perasaan ini dikuatkan lagi dengan kekecewaan saya pada batch sendiri; amat susah untuk bertemu mereka sekarang ni. Apabila sudah dirancang sesuatu program, banyak alasan yang diberikan untuk tidak menghadirkan diri. Tidak kurang juga yang kensel di saat-saat akhir. Haih.. =( Kau orang tahu tak saya rindu pada kau orang...??

Cikgu-cikgu yang mungkin membaca post ini, ketahuilah saya juga amat merindui kalian. Tapi maaf tak dapat nak sebut setiap nama satu persatu. Biarlah orang kata poyo atau capap atau apa sahaja, tetapi ketahuilah yang setiap hari saya pasti merindui kalian.. Maaf seandainya saya sudah lama tidak menghallo-hallo kalian, apatah lagi melawat dan bersapa hai cikgu apa khabar. Aih kalau ikutkan hati dan kaki, sekarang juga saya pergi!

Rindu untuk menyarung seluar putih dan baju kemeja putih, kasut hitam berkilat, memakai tag nama dan lencana besi dan tali leher merah Sekolah Tuanku Abdul Rahman!

-gabbana-

 p/s: Saya akan mengepilkan gambar-gambar memori yang indah bila dah jumpa nanti!

26 Caci Maki Puji Muji:

hmdnzr 11/10/2010, 14:28  

wohaaaaaaa
sumpah entri yang sangat mengamit memori lama. ok rindu sekolah juga. sumpah macam nak mati.

Inche gabbana 11/10/2010, 15:17  

tu kalau ikutkan ati tu, nak tulis paaannnjaaaanng lg list kerinduan tu. tapi mcm tak sanggup pulak, nnt emo sorg2 kt opis ni.. huhu..

rindu oh rindu... =S

trulyidea 11/10/2010, 16:49  

mak aih..saya fikir saya seorang yang rindu mcm tu...tiap2 hari trigt...ade lg maklhluk star yg rindu kt star ye

Inche gabbana 11/10/2010, 16:59  

hihi.. anda tidak keseorangan.

setiap budak star yg membaca post ini pasti akan merasakan perkara yg sama.. haih.. ^^"

adol ihsan 11/10/2010, 17:38  

huhu.. betul2, sampai sekarang memori 5 tahun di star masih terpahat di hati.. susah nak lupe,

dan kalau Tuhan bagi peluang saya utk ke sana, bersyukur nye... :)

star tetap takkan ku lupe..

Inche gabbana 11/10/2010, 19:41  

haih... bagitau saya ttgnya...

dalam mimpi boleh la kot.. hihi..

N 11/10/2010, 20:06  

inilah sebabnya Doraemon hanyalah dongengan semata-mata :D

akhiran 11/10/2010, 20:27  

baru setahun meninggalkan alma mater tercinta, tapi ianya seperti sudah berkurun. mujurlah sempat ku jenguk sekolah before terbang.itupun x semua cikgu yang ade.kebanyakannya telah berpindah mahupun bersara. sayu hati ini bila teringat kenangan di sekolah dulu. Kawan baik seperti adik beradik.satu family yang besar

Inche gabbana 12/10/2010, 00:23  

tula N... terpaksala saya terima hakikat itu...

Inche gabbana 12/10/2010, 00:24  

oh inche akhiran ni batch hijaz la ye..?

hihihi... kalau anda yg baru setahun tinggalkan sekolah dah rasa mcm berkurun, bayangkan saya ini..! T__T

eh anda beljar di mana sekarang?

Anonymous 12/10/2010, 12:34  

bile bace intry ni...walaupon x skolah kat star..tp teringt zaman skola dulu...rindu nyer
rase cam dah berkurun abes skola
~SN~

Inche gabbana 12/10/2010, 14:26  

SN sekolah mana dulu..? mana2 pon saya yakin pasti byk memori indah yg terpahat pada SN kan..? ;)

Anonymous 13/10/2010, 17:00  

sy dulu pegi sekolah harian dari form 1 -form 5...

so..terigt dolu2
kalau habis sekolah je...mesti hang out ngan kawan2 kejap (lame jugak la sebenar nye) sebelum blk umah...

pas tu kalau dtg lambt... gate sekolah akn di kunci....so x bole masok
kene tercegat kat luar gate tu..tggu cikgu disiplin...huhuhu
pas tu macam2 lagi hal lagi la~~ hehehe...
rindu nye~~
~SN~

Inche gabbana 13/10/2010, 17:39  

Oh.. hahahaha.. menarik menarik!

saya pasti SN juga rindu pada sekolah Sn sepertimana saya rindu pada sekolah saya! kan..? ;)

incik neng 13/10/2010, 18:44  

name neng masuk name neng masuk ik3
ak memang rindu nak dgr tazkirah ang dan lawak lawak cap cooper ang la encik ketua umum oii

Anonymous 13/10/2010, 20:07  

rindu sgt !!
SN~~

Inche gabbana 13/10/2010, 21:24  

hihihihi... kalau ikutkan hati aku, nak tulis nama setiap budak batch neng oii..! tp nnt tak cara ah.. ;)

seriyes dowh rindu kt korunk sume... =(

faris 15/10/2010, 11:26  

entry bess!

Inche gabbana 15/10/2010, 16:20  

terima kasih faris! selalu2lah datang melawat! ;)

IMANSHAH 17/10/2010, 18:45  

yg tinggal hanya padang sahaja sekarang...izinkan kami beredar!!

Inche gabbana 17/10/2010, 18:59  

woah jangan cakap macam tu cikgu. begitu sadis bunyinya...! TT__TT

anda semua masih diperlukan di sana! percayalah!

Unknown 21/10/2010, 23:58  

ayy adam! entry syahdu ni bisa mnjatuhkan air mata jantan.. ya jantan! aku kagen juga sama ko esp bdak2 dorm 5,dorm 7 dorm 1 mostly aku dorm ngn ko aa adam. ko yg lari ddok kiub! haha. aku teringin nk balik star ddok kt turf smpai subuh atau lepak kt court basket maen mlm2 atau... ah x terkata! indahnya saat2 itu.. wiwit! 5 bintng utk entry ini. neng balik msia jon weh!!

AL 22/10/2010, 02:12  

sayu nyer baca post ni.rasa mcm nk menangis(bukan sbb nama disebut eh!hehehe :P).tp betul sgt rindu n rindu tu mmg x terubat.indahnya zaman sekolah dulu

Inche gabbana 22/10/2010, 08:39  

ko jantan ke max..? wahahaha.. ;p

ah smalam aku dinner ngan naymouq, ejoy ngan mama. best gak ah borak lama2 ngan diorang. seriyes rindu kat korunk sume.

aku rasa makin tua kita, makn buang tebiat ah jadinya! silap2 nnt umur dah 40-50 tetiba pakai baju putih seluar putih g kerja en..? hahahaha..

haih.. ^^"

Inche gabbana 22/10/2010, 08:40  

tau takpe... time tulis post ni ari tu, rasanya 2-3 kotak tisu la abes. hehe..

rindu pada farid juga. lama tak jumpa! ;)

Anonymous 15/08/2012, 02:17  

bnyk bebenor kenangan yg x dpt dilupakan waktu sekolah dulu huhu..
kenangan yg mungkin lebih kkurang same jek ngn post nih.
kenangan time kelas,mkn,kalot exam,gossip plus tido time prep,makan lps prep malam dan ofkoss
jenayah terbang..haha
yg "terbang' tu mst inche gabbana x prnh buat kn?
prefect lah katekannn..haha

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP