4 January 2010

Cekodok di Bath

"Orang Melayu ni, pergi mana-mana pun nak makan cekodok jugak.." kata mak saya dengan penuh yakin.

Kami di Bath ketika itu. Setelah kurang lebih 2 jam memandu kereta, kami akhirnya sampai di bandar yang terkenal dengan tinggalan sabun mandi, berus gigi dan paip air orang-orang Romawi sewaktu ketika dahulu. Memang menarik.

Memang mak saya goreng cekodok hari itu. Hazab sungguh rasanya, makan cekodok yang digoreng oleh ibu sendiri setelah sekian lama tidak menjamah kuih tradisional orang Melayu itu.

Lagi-lagi pulak pekena cekodok pisang rangup di tepi sungai Avon di Bath. Fuuhhh... Memang rekod dunia la. Ada ke anda dan pakcik anda, atau nenek anda pernah makan cekodok pisang di tepi sungai Avon di Bath...?? Saya tidak rasa begitu. Kalau ada pun, hanyalah lepat pisang dan bukan cekodok pisang.

Oh sungguh lama saya tidak mengupdate blog ini kan..? Anda boleh lihat habuk-habuk dan sawang-sawang sudah pun terkumpul di sebelah kanan tak berapa atas blog ini. Anda nampak..? Kalau anda nampak, pasti ada yang tidak kena dengan mata anda.

Keluarga saya datang menziarahi saya kurang lebih 2 minggu lepas; antara faktor utama mengapa saya gagal untuk mengupdate blog ini. (Suka hati je kan salahkan orang lain..? *uhuk*)

Berikut merupakan ringkasan aktiviti saya sepanjang cuti musim sejuk ini.

Ke Bandar Syaitan Amsterdam.

Ke Bandar Bosan Brussels.

Ke Bandar Tipu Daya Tapi Chanteque Lille.

Ke Bandar Kotor Dan Boleh Tahan-la Paris.

Ke Glasgow untuk aktiviti yang paling menarik di abad ini; PMS!!! Memang terbaeekkk!! =)))

Dan sekarang kembali ke London. Oh kalau ada kesempatan, memang saya ingin benar bercerita tentang segala macam aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang cuti ini! Terutamanya pengalaman-pengalaman yang sangat menarik di PMS! ;)

Oh saya masih sangat teringin untuk makan cekodok pisang rangup gorengan bonda terchenta!

*terliur*

"Ya Allah... Hindarkan aku daripada futur kepadaMu Ya Rabbi. Tetapkan hati daku yang lemah ini di atas agamaMu Ya Rahman. Kekalkan himmahku dan moga aku terus tsabat di atas jalanMu ini Ya Rahim. Amin."

-gabbana-

0 Caci Maki Puji Muji:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP