29 December 2008

Bangunlah daripada lelapmu!!!



Ya Allah, ampunilah hambamu ini, kerana sehingga ke saat ini, tiada apa-apa yang mampu aku lakukan untuk menyelamatkan jiwa saudara-saudaraku di Palestin....


Jiwaku bergelojak. Marahku meluap-luap. Hatiku meruntun-runtun minta agar sesuatu dilakukan. Segera. Mengapa dunia bisa diam membisu??? Ya Tuhan!!! Kasihanilah saudara-saudaraku di Palestin. Kasihanilah mereka...!! Bagi setiap jiwa yang terkorban, setiap darah yang menitis dan setiap kulit dan daging yang terbakar dan terhiris, kau kurniakanlah setiap daripada mereka dengan pahala syahid, Ya Allah!! Kurniakanlah mereka semua dengan syurgaMu, Ya Rahman, kerana mereka sudah cukup menderita di dunia ini! Kurniakanlah mereka dengan keredhaanMu yang hakiki, Ya Rahim, kerana mereka diperlakukan dengan begitu hina sekali di dunia ini!

HANCURKANLAH LAKNATULLAH ZIONIS DAN KONCO-KONCO MEREKA, YA QADIR AL-MUQTADIR!!!

BERIKANLAN KEMENANGAN YANG TIDAK TERTANGGUH LAGI KEPADA HAMAS DAN BRIGED AL-QASSAM, YA JABBAR!!!

BERIKANLAH KEKUATAN, KESABARAN DAN KESUNGGUHAN KEPADA SAUDARA-SAUDARAKU DI SANA, YA AR-RAZZAQ AL-MUQIT!!!

Sehingga ke saat ini, sudah lebih 305 nyawa yang entah mana dosa dan silap mereka dibunuh dengan kejam oleh laknatullah Zionis Israel. Benar, ajal dan maut itu di urusan ghaib dan kita semua wajib beriman dengannya. Benar juga qada' dan qadar itu merupakan suatu ketentuan yang sudah lama ditetapkan, lama sebelum Adam a.s. dicipta. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh berdiam diri!! Itu tidak memberi lesen kepada kita untuk diam tidak berbuat apa!!!

WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU!!! BANGKITLAH DARIPADA TIDURMU!!! SEDARLAH!!! BANGUNLAH...!!! TIDAKKAH KAMU MALU, SAUDARA-SAUDARA SEAQIDAHMU DIPERLAKUKAN LEBIH HINA DARIPADA BINATANG???

And guess what??? Apakah reaksi polis dunia tentang isu ini??? Semalam Amerika Syarikat mengarahkan agar Hamas memberhentikan serangan misil terhadap kepentingan Israel. Ya rabbi... Tatkala aku membaca kenyataan itu, gugur jantung dan hati ini. Bodoh...! BODOH!! BODOH.....!!!!!!!

Apa reaksi kerajaan Malaysia terhadap isu ini...? Pemimpin-pemimpin kita lebih sibuk untuk menghadiri upacara penghormatan dan pengebumian Tuanku Jaafar yang seorang itu, sedangkan beratus-ratus umat Islam dilanyak dan disembelih nun di Palestin sana. Benar, tiada salahnya untuk kita menziarahi si mati, malah dianjurkan oleh Islam. Fardhu kifyaha, tanggungjawab kolektif. Tapi wajarkah nasib saudara-saudara kita di Palestin dipandang enteng begitu sahaja???

INDONESIA AKAN MENGHANTAR 3 PEGAWAI PERUBATAN MEREKA DAN MENYUMBANG USD181,000 DALAM MASA YANG TERDEKAT INI.

Malu..........!!!!!!!!!!!!!!!

Terbaru, Lim Guan Eng mendesak kerajaan Malaysia agar memprotes tindakan Amerika Syarikat yang meberikan sokongan kepada Israel secara membabi buta. Lim Guan Eng??? Adakah dia lebih Islam daripada Abdullah Badawi?? Wajarkah dia lebih peka terhadap nasib saudara kita berbanding Najib Tun Razak?? Adakah dia lebih bertanggungjawab terhadap kemaslahatan umat Islam berbanding Anwar Ibrahim?? Atau adakah dia akan depersoalkan dahulu di akhirat kelak tentang nasib umat Islam sebelum Hadi Awang?? Allahu a'lam...

Aku malu, Ya Allah. Aku malu...

Ingatlah wahai saudara-saudaraku!!! Nyawa seorang insan yang bergelar Muslim itu jauh lebih berharga daripada Kaabah dan seluruh isinya. Barangsiapa yang mengambil nyawa seorang insan yang lain, maka seolah-olah di telah membunuh semua jiwa di di muka bumi ini. Dan barangsiapa yang menyelamatkan suatu jiwa, maka percayalah, dia telah memelihara semua nyawa di muka bumi ini.

SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA!!!

Apa yang boleh kita lakukan???

BOIKOT BARANG-BARANG ISRAEL!!!

Atau apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Zionis laknatullah itu! Setiap titis Coca-Cola yang kita teguk, setiap ketulan coklat Cadbury yang kita nikmati, setiap baju dan seluar GAP, Armani, DKNY dan CK yang kita beli, setiap kali itulah kita harus berasa berdosa kerana wang yang kita belanjakan digunakan untuk membunuh saudara-saudara kita sendiri.

Hadiri tunjuk perasaan dan protes yang dianjurkan di kawasan masing-masing. Tunjukkan kepada dunia bahawa kita sedar dan bersimpati. Tunjukkan kepada Zionis bahawa kita sebenarnya bersatu! Biarkan saudara-saudara kita di Palestin tahu yang kita sebenarnya sedang berdiri di belakang mereka! Lebih penting daripada itu, bangkitlah dan tunjukkan kepada dunia bahawa kita sudah terlalu lama diam membisu!!!

Hantarkan bantuan berupa wang, pakaian, ubat-ubatan dan apa sahaja yang termampu. Banyak saluran yang boleh digunakan untuk tujuan ini, termasuklah Islamic Relief, Interpal, Muslim Aid dan lain-lain lagi. Setiap sen yang anda sumbangkan Insha-Allah akan memberi manfaat.

Sebarkan tentang hal ini. Tulis makalah, warkah atau artikel sebegini untuk dibaca semua. Mungkin usaha ini tidaklah sebesar mana, tetapi sekurang-kurangnya seorang dua yang membacanya mungkin akan tersedar tentnag tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim; mengasihi dan melindungi jiwa seorang Muslim yang lain, Insha-Allah!

Berdoalah untuk saudara-saudara kita di sana. Setiap kali selepas solat, jangan lupa selitkan doa untuk mereka. Kepada mereka yang tahu berqunut nazilah, maka laksanakannya bila mana yang sesuai. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang Mukmin! Dan percaya dan yakinlah, Allah pasti mendengar doa hambaNya yang ikhlas dan beriman denganNya!

Ya Allah, ampunilah aku atas kelemahan dan kedaifanku ini. Hai saudara-saudaraku di sana, maafkanlah diriku ini kerna tidak bisa berbuat apa-apa.....

-gabbana-

Penulis terpaksa menangguhkan dahulu post yang sepatutnya diterbitkan terlebih dahulu kerana sudah tidak tertahan marah lagi melihat kebodohan dan kenaifan dunia memberi reaksi balas terhadap isu ini (termasuk diri penulis sendiri).

Lagi maklumat terkini tentang isu Palestin boleh didapati di sini.

Maklumat tentang barangan Israel yang perlu diboikot boleh didapati di sini.

Allahu a'lam.

6 Caci Maki Puji Muji:

Nisyana Abdul 29/12/2008, 17:21  

jazakallahu khair adam...

very well said...anis link kan post adam ni to my blog...

it breaks our hearts not being able to do things for them...and it breaks our hearts further seeing Malaysia in such a 'couldn't careless' condition... and it breaks our heartsss further seeing muslims...our friends...not being aware on this issue...

nauzubillah...May Allah guide us...

Inche gabbana 29/12/2008, 17:51  

terima kasih anis sebab linkkan.

itu juga suatu usaha, biar kecil, tapi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum yang asyik dibuai mimpi, tidak perasan akan nasib sadara mereka yang sdang dalam keperitan.

moga Allah mengampuni kita semua.

moga saudara-saudara kita di sana sudi memaafkan kita. =S

teruskan usaha anis dalam menyedarkan masyarakat yea? ;)

jazakillah.

Ahmad Zharif Ahmad Zahir 29/12/2008, 18:23  

malu kerana indonesia membuat gerak nya dahulu dan bukannya malaysia? hehs...... kitakan alpa senantiasa, nak wat cemana......

xpe la, mungkin tiada kekuatan pada kamu untuk membantu, tpkan selemah2 iman kita patut menidakkan mereka walau dengan hati, huhs...

kita sepatutnya bangkitkan semangt ukhuwah islamiah yg berkobar2 untuk turut berjuang bersama2 dengan apa cara sekalipun, dan mmg sedih....tp emosi sedih tu mcm melunturkan smgt juga....esp org2 islam di sana....ye laa org tu dok menderita.....kita leh sedih2 je? what wud they feel??

Inche gabbana 29/12/2008, 19:04  

ya akhi. tak salah rasanya nak bersedih, kerana memang itu yang sepatutnya kita rasa sekarang nih..

dihina, dicaci, diperlakukan sedemikian rupa...

umat Islam tu kan ibarat tubuh badan. sakit satu anggota, maka sakitlah seluruh badan...

tapi setuju dengan ur views. tue x sepatutnya melunturkan semangat kita!! malah perasaan sedih tue mestilah diterjemahkan menjadi semnagat yang berkobar-kobar dan membara untuk membela nasib saudara kita!!

ALLAHU AKBAR!!!

Zikri A Zainudin 01/01/2009, 17:24  

waahhh..
terbaik entry...
hehe..
Jzkk sheikh..

Inche gabbana 02/01/2009, 15:52  

hahaha.. barakallahu fik akhi... ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP