Kubur masing-masing...
Saya paling menyampah, tak boleh tahan bila mana kita nak tegur somebody, and response die..."Ikut suke ati aku la! Kubur masing-masing..." Memang menyirap btol!! Atau pun, "Jangan jaga tepi kain orang lain boleh tak..??" Haiyo... Memangla kubur masing-masing abang oii... Tapi dalam kubur tu nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan, apa yang kita buat kat dunia ni!! Maksudnya, memang kat dunia ni kita kena jaga tepi kain orang lain jugak, coz memang dah tanggungjawab kita! Ok, ape sebenarnya konsep dakwah tu? Kita amik yang paling mudah dan tepat, yakni merujuk kepada hadith Rasulullah S.A.W.;
"Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya, dan jika tidak mampu maka dengan lidahnya (lisan), dan apabila tidak mampu, dengan hatinya. Dan demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman."
-Hadith riwayat Muslim.
-Hadith riwayat Muslim.
Jelas! Setiap individu Muslim WAJIB berusaha sejauh mana yang termampu untuk menegur@memperbetul kesalahan orang lain. Ha, tapi ni tak bermakna kita boleh mencari kesalahan orang lain, apatah lagi nak mengintai@men'spy' apa yang orang lain buat! Tapi nak bagitau kat sini yang konsep 'Jangan jaga tepi kain orang lain' adalah suatu konsep yang salah dan tersasar daripada kehendak Islam! Bahaya kan? Coz selama ni kita sering didoktrinisasikan, sering dipengaruhi oleh kelurga dan rakan-rakan yang bila mati nanti, kubur kita masing-masing.... Tak share dengan orang lain! Lupakah mereka dengan ayat al-Quran,
So, saya nak meningatkan dan mengajak diri saya sendiri dan korang yang membaca/terbaca entry ni, marilah kita bersama-sama menjaga tepi kain sendiri dan orang lain, asalkan tak terselak kain tu! ^^ Coz kat kubur nanti, kita tidak berseorangan, kita punya 'teman'!
Allahu a'lam...
-gabbana-
"Wahai orang-orang beriman, Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya dalah manusia dan batu..."
-At-Tahrim, 66:6
-At-Tahrim, 66:6
Nau'zubillah... Ha, kan dah kena kat batang hidung?? Kita kena ingat bang, kak, yang kalau kita tak tegur mereka, tak tegah perbuatan maksiat kawan-kawan kita, kat akhirat nanti, kat padang Mahsyar nanti, mereka ni yang akan 'tegur' kita balik! Diorang ni yang akan tuntut balik kat kita, "Kenapa time aku still hidup kat dunia dulu, kau tak tegur aku?? Kau tak jaga tepi kain aku??" Baaammmm!!! Amik sebijik! Tapi time tu, dah terlambat cik adik oii... Time tu, sesal lah camne pun, menangis merengek terkeluar taik mata emas sekali pun, tak mungkin kita akan dikembalikan ke muka bumi yang fana ini.
"Dan alangkah ngerinya, sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya dan berkata, 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
-As-Sajdah, 32:12
-As-Sajdah, 32:12
Bottom lone, try our best! Islam tu kan mudah? Innaddinna yusrun! In fact, macam hadith yang disebut kat atas tadi, kalau kita tak mampu nak tegah dengan perbuatan sekali pun, cukuplah sekadar kita membenci/tak suka dalam hati dengan perbuatan maksiat dan sia-sia yang kita nampak dengan mata kepala kita. Walaupun tu adalah selemah-lemah iman (masha-allah, terasa sangat lemah diri ni..), at least kita tak bersekongkol dengan maksiat tu. Coz kalau dalam hati pun kita takde perasaan benci dan tak suka, tu maksudnya kita redha dengan perbuatan tersebut. Maka kita telah dikira sebagai rakan kongsi dalam pelaburan maksiat kawan kita tadi, walaupun share kita secuit je...
So, saya nak meningatkan dan mengajak diri saya sendiri dan korang yang membaca/terbaca entry ni, marilah kita bersama-sama menjaga tepi kain sendiri dan orang lain, asalkan tak terselak kain tu! ^^ Coz kat kubur nanti, kita tidak berseorangan, kita punya 'teman'!
Allahu a'lam...
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
hhmm..nape had rasa post yang nih macam emo skit...macam pengalaman sendirii..mesti kena sound cam tuh bila tegur orang lain kan..
papepun, I do agree with u..kubur masing2 pun, kita stil bertanggungjawab dengan apa yang orang sekelilng kite wat, kan...hhmm..
jwb je balik cmni..
aku takut kunur ko sblh kubur aku je.. nnti bising..*bley?
Assalammualaikum...
Dulu pun mempunyai anggapan yang sebegitu.. "Kubur kau, Kubur Aku"
Tetapi setelah mempelajari agama, Kubur kau, kubur aku tapi aku ada tanggungjawab di bumi sebelum engkau ajal menjemput.
Tanggungjawab untuk menjadi khalifah dan amar mahkruf dan nahi mungkar..
Kelak di akhirat, si dia akan mempersoalkan kita kenapa kita tidak menegurnya di dunia sedangkan kita tahu itu salah..
Walaupun tak mampu menegurnya dari perbuatan mahupun tangan gunalah melalui hati iaitu dengan selemah-lemah iman.. In sha Allah..
Jom muhasabah diri..
Post a Comment