28 April 2008

Rumah

buat sahabat terkasih, pemburu.. ;)

Hatiku resah,
Gelisah,
Mencari rumah,
Sedangkan mahligai sudah tersedia,
Di hadapan mata yang enggan melihat,
Telinga yang degil mendengar,
Hati yang kusam menerima.

Aku cuma mahu bebas,
Dari penjajah fikiran yang kolot!
Aku cuma mahu bebas,
Dari kekangan manusia yang jumut!

Apa yang terbaik untukku,
Hanya Allahu Rabbi yang tahu,
Namun aku mengatur langkah,
Agar tidak tersadung padah.

Maafkan aku wahai sahabat,
Andai degilku merobek jantungmu,
Andai bobrokku menghiris perutmu,
Andai angkuhku menikam hatimu.
Namun aku mahu tinggal,
Di rumah nan indah,
Kan terjalin ukhuwah fillah,
Kan terbentuk akhlak yang sihah,
Kan terlahir bihah solehah,
Yang akan membawaku kelak,
Ke rumah yang lebih kekal,
Di mahligai nan indah,
Di Firdausi al-Jannah...

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:

pemburu syurga 28/04/2008, 08:15  

gabbana,

hapuskan gundah, hilangkan resah, kita akan bersama menuju syurga abadi=)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP