8 September 2014

Tamparan Seorang Al-Akh

[Kredit]

"...sekarang bukannya masa untuk salahkan orang lain. Cukuplah buat orang lain rasa bersalah. Sekarang ni masanya untuk kita kenal pasti masalah-masalah yang ada dan bergerak ke hadapan!"

Saya hanya tertunduk mendengar taujihat al-akh itu. Terasa macam ditampar-tampar. Sakit.

Semuanya gara-gara saya sendiri yang mempersoalkan halatuju dakwah ini. Kelihatannya al-akh itu seolah-olahnya terkejut dengan persoalan-persoalan yang saya keutarakan. Dalam sabarnya menahan geram mungkin, dia cuba menjawab keresahan saya.

"Ok fine. Kalau tak faham buku XYZ tu, apa usaha kita untuk fahamkan? Recording ada. Boleh je untuk kita usahakan untuk terjemahkan teks buku tu. Sikit sikit la. Tapi kita ada usaha tak?"

Paaaapppp. Satu lagi tamparan tepat ke pipi saya yang gebu itu. Kelihatan ikhwah lain juga terkedu. Tertampar sama mungkin.

"Sekarang ni, inilah yang kita ada. Kita kena bina anak buah. Ramaikan orang. Kalau takde binaan, takde orang bawah kita, macam mana nak ada halatuju? Bina dulu. Nanti dah ramai, halatuju tu akan nampak lebih jelas.

Nak kuasai dakwah, kena kuasai fiqh dakwah dulu. Samalah. Nak tahu apa halatuju, kena kuasai fiqh halatuju tu dulu!"

Smack down. Rasa dah cair dah pipi ni kena tampar. 

Yang ajaibnya dengan semua ini, sedikit pon saya tak rasa marah atau berdendam dengan al-akh tersebut. Suatu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini apabila ditegur atau dimarah sedemikian rupa. Sungguh. 

Selalunya jika ditegur langsung seperti itu, pasti akan rasa panas satu macam. Tengkuk rasa seriyau. Dalam hati macam ada arnab gemok yang tengah marah nak makan budak. Err. 

Tapi kali ini tiada perasaan itu. Semuanya sejahtera. Tenang. Yang ada rasa ditampar berkali-kali. Sakit. 

Maka teguran-teguran yang disampaikan benar-benar menusuk ke dalam kalbu. Dapat saya hadam satu persatu. Tanpa ada rasa ego. Tanpa ada rasa dendam.

Buktinya sejurus sahaja selepas itu, semuanya baik-baik sahaja. Kami boleh menyambung perbincangan kami dengan baik. Kami boleh bergelak-tawa seperti biasa. 

Malam itu saya rasa begitu segar. Macam hidup semula. Lebih positif. Hidung kembang-kempis dengan semangat yang baru. Indah!

Usai minum-minum (Baca: Ngeteh) dan masing-masing pulang ke rumah, lama saya bermuhasabah dengan teguran yang disampaikan oleh al-akh itu. Memang benar-benar mengena. Mengesankan. Menggugah!

Sebelum melelapkan mata, saya menguatkan diri untuk menghantar sebuah mesej pesanan ringkas kepada al-akh terchenta:

"Salaam akhi. Aaseef pasal td. Ana rasa nta meletup pun sbb ana td. (Emotikon berpeluh) Jzkk utk teguran2 nta. Byk yg tepat kena kat hidung ana. Tp yg plg best pasal sume tu, ana tak berdendam/rasa marah pun kt nta. Wallahi. 1 perasaan yang ana tak penah rasa seblom ni ble kena tegur/marah. Haha. Uhibbuka fillah akhi. Moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke sorga biidznillah. Teruskan menegur dan membimbing ana yg dhaif ni. (Emotikon senyum)"

Sent.

Kurang lebih jam empat pagi, saya terjaga. Saya periksa henpon saya, sudah ada jawapan balas dari al-akh itu. 

Apa jawapannya? Biarlah rahsia. Rahsia antara saya, dia dan Allah, yang akan saya bawa ke liang lahad nanti.

Tapi ia cukup membahagiakan. Cukup menenangkan. Cukup menyegarkan.

Jazakallahu khairan katheera jaza' wahai al-akh terchenta. Sungguh, dikau diutuskan oleh Allah untuk membimbing diri ini yang sering lupa dan mengerud diri ini yang sering alpa. 

Moga suatu hari nanti, kita dapat bergelak-tawa di dalam sorga, menceritakan kembali kisah kehidupan kita di dunia suatu ketika dahulu. 

Terima kasih Allah, untuk ukhuwwah ini.

Senyum.

-gabbana-

Dialog-dialog yang diucapkan oleh al-akh itu seperti yang dinukilkan di atas adalah berdasarkan ingatan saya yang banyak kekhilafan dan cacat-celanya. Maka ia bukanlah dialog yang sempurna, yang benar-benar terjadi pada malam itu. Ia juga bukan keseluruhan perbincangan yang berlaku. Banyak lagi yang diungkapkan tapi maaf, saya tidak boleh untuk kongsikan kesemuanya.

Saya tulis warkah ini dengan harapan agar saya tidak akan lupa dengan nasihat dan teguran al-akh itu. Dan sekiranya saya lalai dan terleka, bolehlah saya baca semula post ini untuk ditampar semula. 

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Moga Allah redha.  

4 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/09/2014, 09:38  

Moga Allah redha

Anonymous 09/09/2014, 14:32  

Untungnya kamu inche gabbana..

Luqeem™ 09/09/2014, 20:05  

Dalam setiap apa yang diturunkan olehNya pasti ada musibab yg tertentu.

Hope for the better.

Anonymous 10/09/2014, 11:52  

Alhamdulillah, maknanya dah tiba masanya utk 'berdamai'? hehe

-osmet 102-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP