7 October 2012

Riadhah Otak Di Malam Ahad #17

Dah lama rasanya kita tak beriadhah otak di malam Ahad kan..? 

Video kali ini ringkas dan lurus ke hadapan. Tapi mesejnya cukup bergaya.

Jom kita tonton dahulu!
 


Bagaimana..? Menarik bukan..?

Kita dikejutkan dengan isu video 'Innocence of Muslims' yang sehingga ke hari ini, tampaknya masih belum-belum redha. Reaksi sesetengah umat Islam yang melampau telah memburukkan lagi keadaan. Seolah-olahnya benarlah Islam ini mengajar keganasan, membenarkan perbuatan terlampau dan menghalalkan pertumpahan darah sesuka hati.

Semuanya atas dasar kononnya sebagai manifestasi kechentaan kita kepada ar-Rasul. 

Persoalannya, benarkah kita chenta kepada Nabi dan junjungan besar kita itu...?

Jika benar, mengapa sepi sahaja surau dan masjid daripada para jemaah yang sepatutnya mengimarahkannya..? Jika benar, mengapa al-Quran itu begitu asing dan jauh daripada kita..? Jika benar, mengapa kita amat gemar bergosip, mengumpat seolah-olahnya itu yang dianjurkan oleh ar-Rasul dan Islam? Jika benar, mengapa kita mengamalkan riba', rasuah, suka ponteng kerja, tidak amanah dan gemar berdusta..? Jika benar mengapa maksiat dan noda itu ibaratnya makanan ruji sehari-hari buat kita..?

Dan jika benarlah kita menchentai ar-Rasul dan sunnah yang diamalkan baginda, mengapa kita tidak peduli, suka hati meninggalkan sunnahnya yang terbesar dan terpenting, yakni tarbiyah dan dakwah...??

Seolah-olahnya, kechentaan kita pada ar-Rasul hanya pada kayu sugi. Kerinduan kita padanya hanya pada kain selendang yang kita gantungkan di bahu kita sehari-hari itu semata. Sayang dan kasihnya pada Nabi Muhammad hanya dimanifestasikan kepada kemarahan yang dihamburkan apabila ada orang yang menghina baginda...! 

Sedangkan sedar atau tidak, kita sebenarnya hari-hari menghina baginda dan sunnah yang diamalkan baginda SAW.

"Semua umatku akan masuk ke dalam sorga, kecuali yang enggan," kata Nabi.

Para sahabat merasa hairan lantas bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang tidak suka masuk ke dalam sorga..?"

Baginda berkata, "Sesiapa yang taat kepadaku beerti dia mahu masuk ke dalam sorga dan barang siapa yang menyalahi ajaranku, maka orang itulah yang tidak mahu masuk ke dalam sorga."


[Riwayat al-Bukhari]

Air mata mengalir laju.

Sekiranya kita benar menchentai baginda, maka chentailah dirinya dengan sepenuh hati! Jika sesungguhnya benar kita mendambakan rindu dan kasih sayang baginda, maka penuhilah seruan dan nasihatnya! Dan seandainya benar kita mahu berjumpa dengannya di sorga kelak, chentailah diri baginda dalam erti kata yang sebenar, dan bukan hanya apabila baginda dihina dan dicaci!

Katakan 'I Lebiu' pada Rasulullah hari ini juga!

-gabbana-

Syabas kepada hadek-hadek Hira' yang menghasilkan video di atas. Err.. Tak nak masuk Pertandingan Video Osem APG 2012 ke..? Wahahaha..

7 Caci Maki Puji Muji:

Muhammad Nur Fitri 08/10/2012, 01:09  

pergh...terhantuk kepala baca entri nie...mantap !
I lebiu Rasulullah :)))

Unknown 08/10/2012, 03:59  

Mmg seriyesli menangis tgk video ni.betapa bnyk kerja yg prlu dilakukan.betapa bnyk singa yg perlu dikejutkn. xboleh kekal lena.

haryzkhairuddin 08/10/2012, 10:55  

sebelum ditanya apa reaksi kita terhadap penghinaan Baginda SAW, tanya dulu "Apa tindakan yang Baginda SAW ambil terhadap golongan yang menghina Baginda SAW secara berdepan??"

bukankah Baginda SAW telah tunjukkan cara terbaik untuk menolak penghinaan terhadap diri Baginda SAW? kenapa kita taknak ikut sunnah Baginda SAW??

dan bukannya baru sekarang manusia menghina diri Baginda SAW? hatta yang Baginda SAW beri makan pun tak pernah berhenti dari menghina Baginda SAW.

Akram Solihin 08/10/2012, 19:41  

Sunnah paling besar yg perlu dilaksanakan oleh para pemuda, syabab dan rijal-rijal agama khususnya di malaysia ini adalah dengan mempergiatkan kerja-kerja untuk melahirkan syababul islam, membina rijal, melalui institusi tarbiyah, dakwah fardhiyyah dan ammah, melaksanakan lbh byk program-program untuk membina fikrah islam yang syumul dan memenuhi segenap ruang aspek kehidupan..jiga agama ditegakkan dalam hati para pemuda dan rijal ini, maka insya-ALlah sunnah baginda turut tertegak di negara ini..:)

bukan cinta biasa 10/10/2012, 03:29  


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…

Unknown 14/10/2012, 20:18  

kalau Rasulullah ada mesti baginda gembira. at least masih ada yang nk pertahankan baginda walaupun baginda dah beribu tahun x de dekat dunia. :)

I LOVE MUHAMMAD S.A.W.

*berangkat kaki blah pegi menunaikan sunnah baginda

penari istana 17/10/2012, 02:16  

i love muhammad saw

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP