5 February 2012

Katakan 'I Lab U' Pada Rasulullah

[Kredit]

Tatkala ini, mungkin penuh 'Notification' MukaBuku dan 'Timeline' Pengicau anda dengan status-status dan kicauan yang bertemakan Maulidur Rasul. Dan saya adalah antara suspek penjenayah yang banyak sekali memenuhkan 'Notification' dan 'Timeline' anda bukan..? Hohoho...

Ya benar, mudah sekali untuk kita tulis status-status sebegitu bukan..? (Dan lebih mudah untuk kita 'Suka' dan Kicausemula'.. Hohoho..) Mudah untuk kita katakan "Aku chenta padamu Rasulullah!" atau "Selamat Hari Lahir ya Habibullah!" dan yang seangkatan dan seumpama dengannya. Mudah. Eleh, toksahlah buat-buat pandang ke atas sambil bersiul selamba atau pandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah saya sedang bercakap dengan seluar dalam. Err.

Hakikatnya sebegitu. Amat mudah untuk kita menyatakan sesuatu, tetapi tidak semestinya kita memaksudkannya dengan sepenuh hati. Dan lebih sering daripada tidak, kita menyatakannya kerana tekanan rakan di sekeliling (Baca: Peer pressure); terasa loser dan tidak koollah sekiranya kita tidak bersama-sama rakan-rakan di MukaBuku yang lain mengucapkan aku chenta padamu Rasulullah maka selamat hari lahir heyyy...!

Mata terkedip-kedip, mulut terlopong sedikit. 

Chenta yang sebenar tidak hanya pada di mulut, apatah lagi di skrin-skrin komputer riba atau tablet milik kita. Juga perayaan dan sambutan sekali setahun yang dimeriahkan dengan perarakan membawa sepanduk dan kain rentang. Tidak. Kalau begitulah caranya, pastilah Malaysia sudah diiktiraf sebagai negara yang paling chentakan Rasulullah SAW kerana memberikan cuti umum pada hari Maulidur Rasul. Wah!

Chenta yang agung dan suci itu mestilah diterjemahkan melalui penghayatan yang menyeluruh, disertakan dengan perbuatan dan amalan yang membuktikan kita benar-benar chenta pada baginda SAW.

Kalau kita chenta pada boipren atau gelpren kita, apa yang kita lakukan bagi memanifestasikan chenta kita itu..? Kita akan bagi bunga mawar merah macamlah kita pemilik kedai bunga. Kita hantar sms-sms chenta jiwang muntah darah. Kita beri beruang panda mainan walaupon itu beruang kelapan ratus yang sudah kita berikan. Kita taburkan janji-janji manis yang kita akan dan mahu mengahwini pasangan kita itu walaupon takdir itu sebenarnya di tanganNya. Pendek kata, tidak cukuplah sekadar kita melafazkan "I lab you, you lab me too." Choyyy.

Chenta mesti disertakan dengan perbuatan susulan bagi mengukuhkan keyakinan bahawa kita benar-benar chenta dan sayang pada seseorang itu. Benar bukan..?

Samalah. Sebijik sebijon. Kalau kita benar-benar chentakan Rasulullah SAW, chenta itu tidak akan lengkap dan sempurna dengan hanya kita mengucapkan perasaan chenta kita itu, mahupon menaip beribu-ribu status dan kicauan yang menyatakan bahawa kita chentakan baginda SAW. Chenta kita pada baginda mestilah disertakan dengan perbuatan dan amalan bagi membuktikan yang sesungguhnya kita benar-benar ikhlas dalam menchentai baginda.

Bagaimana itu Inche gabbana..? Boleh anda terangkan kepada kami yang naif ini..? Tanya anda dengan penuh sopan-santun sambil mata berkelip-kelip macam lampu neon tak cukup kuasa. Wahahaha.. 

Beginilah. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi anda jawapan yang paling tepat dan jitu. Kerana jujurnya, saya juga masih belajar dan bermujahadah diri, bagaimana mahu menchentai baginda SAW melebihi ibu bapa, rakan-rakan dan orang-orang yang tersayang. Dan yang lebih sukar, bagaimana mahu menchentai baginda sepenuhnya, melebihi chentanya saya pada diri sendiri. Sumpah sukar. 

Tetapi izinkan untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang ada di dada, dengan harapan adalah manfaatnya kepada anda semua. Tidak banyak, sedikit pon jadilah untuk menambahkan nilai saham-saham sorga saya. Boleh..?

Begini. 

Pertamanya, kena jelas dan benar-benar faham mengapa kita perlu menchentai baginda SAW. Anda tanya sahaja pada as-Syaikh Google, pastilah anda akan menemukan begitu banyak dalil yang menyeru kita untuk menchentai ar-Rasul SAW dengan sepenuh hati dan sanubari. Tidak perlulah saya nyatakan di sini kerana jika tidak, pastilah anda menjadi gemok kerana malas untuk membuat kerja rumah sendiri. Eh. 

Tetapi sekiranya anda bertanya kepada saya, mengapa saya mahu menchentai baginda, tanpa ragu-ragu dan kompromi, inilah jawapan saya untuk anda: Saya mahu menchentai baginda kerana atas usaha, kegigihan dan pengorbanan bagindalah, kini saya boleh berbangga menjadi seorang muslim. Kerana bagindalah, saya kini setapak lebih dekat dengan sorga. Tanpa darah baginda yang mengalir di Uhud dan Thaif, tanpa luka-luka yang baginda alami di Mekah, tidak mungkin Islam itu akan sampai kepada saya pada hari ini.

Benar, hidayah tu milik Allah dan oleh sebab hidayahnya jugalah, saya kini masih bergelar seorang muslim (dan bersungguh mahu menjadi seorang mukmin juga!) Tetapi Islam itu bukan agama ajaib. Dan Rasulullah SAW tidak menggunakan Kamehameha mahupun jampi-serapah Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry untuk menyebarkan Islam. Tidak. Tetapi tersebarnya Islam itu adalah disebabkan usaha-usaha baginda dan para sahabat yang terus-menerus berjihad menyampaikan risalah agung ini, tanpa kenal erti berputus-asa.

Oleh sebab itu, saya berterima kasih kepada baginda. Oleh sebab itu, saya benar-benar mahu menchentai baginda. Sumpah! 

Keduanya, setelah jelas mengapa perlunya kita untuk menchentai baginda, kita perlu berkenalan dengan lebih mendalam siapa dia itu Muhammad bin Abdullah SAW. Kata orang, tak kenal maka tak chenta. Tak kenal, maka tak-aruf! Wahahaha.. Ok lawak lapuk. Kalau kita boleh bersungguh mencari fakta-fakta tentang artis-artis mahupon personaliti sukan pojaan hati kita, mengapa sukar benar kita melakukan perkara yang sama untuk seorang insan yang jaaaaauuuhhh lebih mulia dan berjasa pada diri kita..? 

Kalau kita boleh kenal makanan kegemaran Aamir Khan, bulan kelahiran Angelina Jolie, hobi di masa lapang Shaheizy Sam dan posisi tahi lalat Lisa Surhani, tidak malukah kalau kita langsung tidak tahu-menahu sejarah hidup Rasulullah SAW..? Muka merah padam, air mata menitik-nitik.

Tahukah anda yang ketika Rasulullah SAW lahir, Abu Lahab adalah orang yang paling gembira sekali dengan kelahiran baginda? Tahukah anda baginda mengahwinkan dua orang puteri baginda dengan anak Abu Lahab? Tahukah anda baginda pernah hampir-hampir membunuh diri apabila wahyu lama tidak turun setelah turunnya wahyu yang pertama? Tahukah anda tentang wanita Yahudi yang hampir setiap hari menyakiti Nabi SAW, tetapi apabila dia jatuh sakit, baginda datang menziarahinya? Tahukah anda yang setiap hari baginda tidur di atas lantai beralaskan pelepah sehingga berbirat-birat seluruh tubuh badannya..? Tahukah anda yang baginda adalah seorang yang kacak bergaya ibarat bulan purnama dan sepanjang hayatnya, di kepalanya hanya ada beberapa helai uban sahaja..? Tahukah anda baginda pernah berlumba lari dengan 'Aisyah r.a. isterinya yang terchenta..?

Percayalah, kalau kita benar-benar kenal siapa baginda yang sebenarnya, tahu perwatakan baginda, belajar tentang budi pekerti dan akhlaknya, bagaimana dan mengapa para sahabat begitu menchentai susuk tubuh yang bergelar Rasulullah itu, lawak jenaka dan cara baginda melayan para isteri dan sahabatnya, strategi perang dan polisi kerajaan yang dipimpin baginda... Anda tidak boleh tidak, pasti akan jatuh chenta dengan Muhammad bin Abdullah SAW. Sungguh, dia dihantar ke muka bumi ini untuk menjadi contoh tauladan kepada kita semua!

Dan akhirnya, jika kita benar-benar mahu menunjukkan yang kita ini chenta pada baginda SAW, maka wajarlah untuk kita menghayati dan menghidupkan sunnah baginda. Saya tidak mahu berbicara tentang yang mana sunnah dan yang mana tidak, kerana khilafnya cukup besar di situ. Cumanya, ada satu sunnah besar yang sering kita terlepas pandang kerana tidak mengambil seriyes dan benar-benar faham akan kepentingannya; itulah dakwah dan tarbiyah.

Sejak baginda menerima tugas kerasulan di gua Hira' sehinggalah saat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir, tidak pernah sesaat pon baginda meninggalkan amanahnya sebagai penyampai risalah agung dari langit. Makanya, tidak ada sunnah baginda  yang lebih besar dan utama daripada dakwah dan tarbiyah, kerana itulah halatuju dan matlamat utama baginda diturunkan ke muka bumi.

Arakian sekiranya kita mengaku bahawasanya kita chenta pada ar-Rasul SAW dan kita sejujurnya mahu berterima kasih kepada baginda kerana atas usaha dakwah bagindalah Islam akhirnya sampai kepada kita (Sila rujuk poin pertama sekiranya anda sudah lupa.. Peluh kecil.), maka kita wajib, tidak boleh tidak, mestilah menyambung rantaian dakwah yang telah dimulakan oleh baginda. Seandainya kita benar-benar bersyukur dengan hidayah yang datang bertamu di hati kita ini, maka tidak ada cara lain yang lebih tepat dan afdhal untuk membayar semula rasa penghargaan kita ini melainkan dengan menyebarkan pula chenta baginda kepada orang lain. 

Spread the love to be loved. And spread the awesomeness to be awesome yourself!
 
Bagaimana kita mahu menchentai ar-Rasul SAW seandainya kita tidak faham mengapa kita perlu menchentainya, tidak mahu kenal siapa diri baginda yang sebenar dan begitu berat untuk menghidupkan sunnah baginda...?? [Kredit]

Begitulah. Harapannya kini, sudah timbul sedikit kesedaran dan keyakinan kenapa perlunya anda menchentai Rasulullah SAW, melebihi Justin Bieber, Shah Rukh Khan mahupon Aaron Aziz. (Kenapa contoh yang diberikan semuanya lelaki..? Hohoho..) Dan percayalah, tidak ada ruginya ada mengorbankan sedikit emosi dan perasaan untuk cuba menchentai baginda, walaupon tidak pernah bertemu mata apatah lagi melihat susuk tubuh baginda. Malah itu sepatutnya menjadikan kita lebih berazam untuk bertemu dan berkasih mesra dengan baginda suatu hari nanti. Di mana..? Sudah tentulah di sorgaNya yang hakiki lagi kekal abadi. Senyum, mata bersinar-sinar.

Saya akhiri post saya ini dengan sebuah hadith, yang pastinya akan menyebabkan anda lebih teruja dan bersemangat hidung kembang-kempis untuk menchentai baginda. Kerinduan yang membuak-buak di dada ini, seperti sudah mahu meletup ini, Insha-Allah akan terubatlah sedikit selepas anda menghayati pesanan daripada ar-Rasul SAW sendiri. Saya tidak mahu bertanggungjawab sekiranya air mata anda berderai ibarat empangan pecah seusai membaca hadith ini. Begini kurang lebih bunyinya.

Suatu hari Nabi SAW berkata:

“Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”

“Siapa mereka ya Rasullullah?”

Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka."

Bagaimana..? Saya tidak berbohong bukan..? Dada turun naik, air mata mengalir laju. Allah...

Ya Rasulullah, walaupon kita tidak pernah bertemu muka, bertentang mata, ketahuilah, diri ini amat merinduimu. Walaupon aku tidak pernah bersama-samamu di medan Badar atau Uhud, diri ini kepingin benar merawat luka dan darahmu. Meskipon aku tidak pernah bersolat bersama-sama mu atau duduk mendengar nasihat dan khutbahmu, diri ini mahu benar mendengar kemerduan suaramu yang penuh dengan kechentaan dan kasih-sayang itu. 

Ya Rasulullah, moga kita bertemu di sorgaNya nanti. Diri ini mengharap benar pada syafaatmu yang bakal menyelamatkan aku dari azab api nerakaNya. Moga kita bertentang mata jua suatu hari nanti, bukan dalam keadaan diri ini dibencimu, tetapi disambut dengan rangkulan kasih mesra dan senyuman penuh rindu dan chenta darimu.
Ya Rasulullah, sambutlah salam rindu daku ini. Moga chenta daku yang hina dan dina pada dirimu ini, menjadi saksi untuk kita memadu kasih dan bergelak-tawa penuh mesra di taman-taman sorgaNya nanti... 

Allahumma solli wasallim wa barik a'la saidina Muhammad.

Ya Rasulullah, ketahuilah, I Lab U and I Miss You! Sanah helwah ya Habibullah!

-gabbana-

Post ini sepatutnya diterbitkan lebih awal lagi. Tetapi disebabkan oleh masalah mendapatkan sambungan internet di Kota Kinabalu ini, kini baharulah ia dapat diterbitkan.

Moga bermanfaat kepada anda semua, biidznillah. Katakan 'I Lab U' pada Rasulullah! Senyum.

13 Caci Maki Puji Muji:

cipansakti 05/02/2012, 19:45  

huuu~ [T__T]

time kaseh di atas perkongsian yang hebad ini!

semoga Rasulullah merinduimu jua.

Anonymous 05/02/2012, 20:27  

i lab u, ya Habibullah

pencinta bahasa 05/02/2012, 21:44  

Betul tu, tak cukup dengan hanya kata-kata untuk menunjukkan rasa cinta. Pengarang buku al-Mufhim berkata, "Ada orang yang membesarkan orang lain tetapi hatinya kosong dari mencintainya. Justeru, membesarkan seseorang tidak bererti kasih kepadnya. Apabila tidak ada kecenderungan dalam hatinya mengasihi nabi, imannya tidak sempurna."

sheera ghafar 05/02/2012, 23:37  

SG^^ : bergenang air mata kasih & rindu kepada Sang Pencerah ini. Moga kelak bertemu jua, Ya Habiballah T T

ku mohon 06/02/2012, 13:59  

i love u ya habibullah

Anonymous 06/02/2012, 14:47  

banjir dah rumah dengan air mata kerinduan. jzkk atas peerkongsian

I>M>A>N 06/02/2012, 20:48  

Terima kasih utk post yg sgt menyentuh hati ini..

Cuma nak minta jasa baik inche gabbana ceritakan kisah yg Rasulullah hampir membunuh diri akibat menunggu terlalu lama selepas wahyu pertama diturunkan boleh? (x pernah dengar kisah ini)

terima kasih...

Mai 07/02/2012, 05:02  

lebiu allah, lebiu rasulullah !
salam maulidur rasul inche gabbana :D

Ckin Kembaq 07/02/2012, 08:42  

insyaAllah.. ^_^

Anonymous 07/02/2012, 11:43  

alhamdulillah. perkongsian yang menarik dan membekas di hati. tulisan penulis dalam blog ni besar maknanya kepada pembaca semua termasuk ana. cuma, mungkin nak bagi cadangan pada encik gabbana. bagi ana menulis dgn ejaan yang cantik dan betul itu lebih baik. contohh: i lub u, (kan lebih cantik tulis i love u) atau chenta? dan lain2 perkataan. bukan apa, ana pernah terbaca dalam post ustaz hasrizal, tentang menulis dengan bahasa terbaik itu adalah lebih baik. apa apa pun, teruskan usaha dakwah ini. jazakallah!

AnakPakZohar 24/01/2013, 15:02  

:') entry encik gabbana tak pernah kalah buat saya menangis.. *potong bawang laju2* hehe..

saya juga cintai Rasulullah... :')

technoDAI'E 14/01/2014, 15:21  

inche gabbana...xslhkn sekiranya saya hendak membetulkn sedikit terms drpd article inche nih..xlaen hnylh utk memberitahu..
Ya Rasulullah...kurg tpt
sebetulnya adlh Ya Rasulallah..krn Ya itu adlh adatunnida, manakalah Rasulullah mnjd munada nye (BHS ARB)
munada hukumnya adalah mansub..bile mansub die akn mnjd baris atas...therefore,(cewahh)rasulullah bile dtgnye Ya didepan akn berubah tnda baris depan kepada atas menjadi Ya Rasulallah...setakat itu=]

Anonymous 14/01/2014, 17:47  

sanah helwah Ya Habibi
i love you Ya Muhammad
i miss you Ya Rasulallah

T.T
----------------------------
IG akn dipertanggungjawabkan akan ketambahan rindu ini.kbaii

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP