5 October 2012

Tarbiyah Overdosed!

[Kredit]

Anda pernah berasa pening-pening lalat ketika membawa bulatan gembira? Atau terasa seperti hendak gugur rambut ketika sedang mengikuti pengisian Saya Hosem? Atau boleh jadi mata anda berpinar-pinar, merasakan panas satu badan dan tak senang duduk rasa seperti mahu melompat-lompat riang gembira...??

Awas..! Anda mungkin sudah terlebih dos tarbiyah..!

Mari kita lihat apa simptom-simptomnya supaya dapat menjadi panduan kepada anda agar lebih berwaspada dan berjaga-jaga di masa hadapan. 

1) Anda terlalu bersemangat untuk mengikuti bulatan gembira. Kalau dalam seminggu tu tiada bulatan gembira, anda akan resah-gelisah. Dua minggu tiada, anda sudah mula garu kepala dan hidung. Minggu ketiga masih tiada bulatan gembira, anda mula berjalan mundar-mandir mengelilingi sangkar kucheng peliharaan anda tiga empat kali sehari. Ketika ini keadaan anda mula menjadi semakin kritikal; tidur tak basah, mandi tak kenyang dan makan pon tak lena. Dan sekiranya di minggu keempat anda masih tiada bulatan gembira, anda nekad untuk terjun gaung. 

2) Hidung anda sentiasa kembang-kempis untuk membawa bulatan gembira. Sentiasa mencari mangsa-mangsa baru untuk dijerat atau dipancing, kemudian menangkap masuk mereka ke dalam bulatan gembira. Kemudian setelah ada bulatan gembira sendiri sentiasa rindu untuk membawa bulatan gembira. Awal-awal lagi anda sudah bersedia dengan bahan-bahan untuk dibawa dan dibentangkan dalam bulatan gembira anda!

3) Perkara yang hampir sama berlaku untuk konferens riang. Walaupon frekuensinya kurang lebih sekali sebulan, tetapi yang sekali sebulan itulah yang amat anda nanti-nantikan. Muka penuh mengharap mahu mendengar pengisian yang menaikkan semangat dan membasahkan jiwa. Tup tup, konferens riang dibatalkan. Memang terasa seperti mahu menterbalikkan meja. Sudah kalau tiga empat bulan berturut-turut tiada juga konferens riang pengubat hati yang sudah mula kering dan gersang, alamatnya anda bakal menjadi zombie Kampung Pisang!

4) Quran sentiasa di jiwa. Sehari kalau tak baca, tadabbur dan hayati ayat-ayat chenta dari Tuhan, anda akan jadi tak keruan. Apabila hati resah, jiwa gelisah, al-Quran lah yang akan anda buru dan cari dahulu. Peduli apa orang cakap anda ekstrem bila baca Quran dalam keretapi. Ada aku kisah apabila ada orang kata anda ni poyo bila baca Quran di kerusi batu tepi taman. Yang anda peduli, Allah sayang pada anda. Yang anda kisah, Allah redha dengan anda. Anda dan Quran ibaratnya seperti Uda dan Dara! Eh.

5) Anda amat merindui ikhwah yang terchenta (jika anda akhawat sila tukar kata nama dengan yang sesuai). Setiap masa mahu bersama mereka. Setiap masa mahu menatap wajah mereka. Bukan kerana anda ikhwah songsang, err, tapi kerana dengan bersama-sama mereka, anda merasakan anda dapat menyerap sama aura dan semangat mereka ini. Dengan berada dengan mereka, anda merasakan diri anda lebih terjaga dan iman anda lebih bertenaga. Sehari dua tidak berjumpa, hati anda sudah meronta-ronta, merindui duduk-duduk beriman sejenak dengan mereka. Anda berazam untuk sama-sama masuk sorga dengan mereka ini! Aiwah!

6) Anda terkesan sungguh melihat penderitaan rakyat Palestin. Anda terkesima tidak terkata melihatkan kekejaman Bashar ke atas rakyat Syria. Anda terkedu membisu menyaksikan bagaiman umat Islam di Rohingya, Somalia, Sudan, Afghanistan, Kashmir dan lain-lain lagi diperlakukan seperti tiada nilai dan harga. Dan anda bukan hanya terkesan biskut sebegitu sahaja. Tapi anda benar-benar mahu melakukan perubahan! Rambut anda shiuu shiuu ditiup angin semangat dan bulu-bulu tengkuk anda gagah berdiri tanda ruh dan jiwa anda bersama-sama mereka di seluruh dunia untuk memperjuangkan Islam dan mengembalikan agama yang agung ini kembali semula ke tempatnya yang al-haq!

7) Kata-kata  dan perbuatan anda sentiasa berbaurkan tarbiyah dan dakwah. Sikit-sikit tarbiyah. Sikit-sikit dakwah. Pesan roti canai di mamak pon anda akan kaitkan dengan tarbiyah. Menemani Puan Mama terchenta ke pasar pagi pon, anda akan mencari-cari peluang untuk menyampaikan dakwah. Hatta sambil mengangkat besi di gim dan menekan tubi sambil tercungap-cungap sekalipon, fikiran anda ligat berputar bagaimana anda dapat menyentuh lebih ramai hati-hati di luar sana dengan mesej agung daripadaNya! Pendek kata, anda makan tarbiyah, mandi dakwah dan tidur tak susah! Wahahaha..

8) Semua benda yang anda di sekeliling anda akan anda manfaatkan untuk tarbiyah dan dakwah. Status-status di MukaBuku anda gunakan sebaiknya untuk menyebarkan ayat-ayat chentaNya. Kicau-kicauan anda dimanfaatkan untuk menyentuh hati-hati yang dahagakan hidayah di luar sana. Segala kelebihan yang anda pada anda akan anda manipulasi dan eksploitasi untuk kebaikan ummah! Anda pandai memasak? Fuh pasti kenyang perut bulat hadek-hadek bulatan gembira. Anda lincah bermain bola? Alamatnya sihat berpeluh ketiaklah ikhwah terchenta. Anda suka memandu? Terima kasihlah kerana sudi membawa kami semua berjaulah keliling negara! Senyum.

9) Anda mahu syahid. Tidak kisahlah orang kata anda ekstrem pon. Pedulilah orang kata anda pengganas pon. Buat biskut sahajalah orang kata anda mental pon. Tapi anda benar-benar mahu syahid. Syahid dalam memperjuangkan agamaNya. Syahid dalam menegakkan Islam yang terchenta. Syahid dalam mengajak manusia kembali menjadi hamba. Kerana anda tahu; kerana anda sedar; kerana anda faham.. Syahid adalah tiket percuma ke sorga. Syahid adalah pintu masuk untuk anda bertemu mata dengan ar-Rasul terchenta bersama para sahabat dan golongan terawal yang Super Saiya! Walawehhh!

10) Anda ketagih membaca belog Angel Pakai Gucci. Eh..? Wahahahaha..

Jadi bagaimana..? Sekiranya anda mengalami tiga atau lebih simptom-simptom di atas, maka sahihlah yang anda sudah terlebih dos tarbiyah..! Ahah!

Oh anda tidak perlu berbuat apa-apa. Tidak perlu menggaru kepala kerisauan. Tidak perlu menongkat dagu kerungsingan. Duduk diam-diam dan nikmati saat-saat ini. Tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan rawatan..!

Kerana ketahuilah, walaupon anda sudah keracunan tarbiyah, tetapi itulah penawar bagi kehidupan, pengubat bagi jiwa yang kekeringan dan antidot untuk hati yang kerinduan, mendambakan kechentaan Tuhan! 

Senyum kenyit mata.

-gabbana-

Minggu ni seriyes sangat hektik. Sibuk yang teramat tahap berguling-guling. Sehingga banyak terlepas pandang beberapa perkara. Juga menyebabkan tidak dapat menghubungi hadek-hadek yang dirindui di seberang laut sana. Aduhai.

Permudahkan ya Allah. Moga semua ini menjadikan aku lebih kuat dan tabah di atas jalanMu ini...

15 Caci Maki Puji Muji:

Ghrb 05/10/2012, 11:59  

Nasib baek baca sampai habis :)

MMSS 05/10/2012, 13:26  

Ingat la ada kesan negative. Btol kata Ghrb td, nseb baca sampai habes, hehe

Anonymous 05/10/2012, 13:47  

Dan tarbiyah overdosed ini adalah nikmat, nikmat yg bila ia hilang, boleh nanges suling2 nak cari n dapatkan balek..

~~~

nursyaida nasuha rosman 05/10/2012, 14:54  

akhi, moga Allah merahmatimu, :D

Iffah Nadzirah 05/10/2012, 16:50  

moga perasaan ingin berdakwah xpernah lekang ya akhi...suka ana updata blog akhi..harap akhi x pernah lekang untuk memberi perkongsian dlm sampaikan tarbiyah..^^

P@QQ@R says...Haha!!! 05/10/2012, 17:48  

Hahaa.. comel je yg no 10 tu:p insyaAllah.. semoga Allah redha akan usaha kita insyaAllah:)

P@QQ@R says...Haha!!! 05/10/2012, 17:48  

Hahaa.. comel je yg no 10 tu:p insyaAllah.. semoga Allah redha akan usaha kita insyaAllah:)

Bukan Enonimus 05/10/2012, 17:57  

Alamak overdos. Hehe :P

Anonymous 06/10/2012, 14:41  

ya Allah, baca sampai habis. oevrdose nak ikut, tak mampu lagi nak bawa :'(

Anonymous 07/10/2012, 01:34  

erkk, mungkin baca APG tu takdelah sangat kot...:P

sea_lavender 09/10/2012, 07:56  

symptoms2 ni byk kot.. btw rasa masih tak cukup lgi... masih dambakan pengisian dmi mencari redha-Nya dunia dan akhirt ...

Muslimah_Osem 09/10/2012, 13:55  

Dr. Pakar Tarbiah (Inche Gabbana) kata, antara simptom-simptom org yang menghidapi 'TARBIAH OVERDOSED' yg spt sy kongsikan di sini adalah :-

1) Anda terlalu bersemangat untuk mengikuti bulatan gembira. Kalau dalam seminggu tu tiada bulatan gembira, anda akan RESAH-GELISAH.
2) Hidung anda sentiasa KEMBANG-KEMPIS untuk membawa bulatan gembira. Awal-awal lagi anda sudah bersedia dengan bahan-bahan u
ntuk dibawa dan dibentangkan dalam bulatan gembira anda!
3) Anda amat MERINDUI akhowat yang terchenta. Setiap masa mahu bersama mereka. Setiap masa mahu menatap wajah mereka.

Rasanya, saya menghidapi beberapa simptom ini. Maka, soklan saya pada Dr. Pakar Tarbiah (Inche Gabbana), adakah sy menghidapi 'TARBIAH OVERDOSED' ini? hehe =,=

Inche Gabbana 12/10/2012, 02:54  

Allah. Betapa jauhnya diri ini dengan Allah. Jiwa berkecipung dengan maksiat tapi masih boleh bersila ratah milo dgn biskut sambil tngok Doraemon. Sama-II ambil iktibar. :)

Anonymous 25/07/2013, 01:28  

hoho... maknenyer... bile overdose tarbiyah nieh... xpyah berubat la kan... just menikmatinya... best nyer... tp Giant sgt2 kalau x dpt...

bgaimanakah?? mlompat2 bila x dpt dose tarbiyah...

Anonymous 28/12/2013, 17:37  

....sehingga wujud tarbiah dalam tarbiyah?? simptom overdose juga?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP