10 May 2012

Saya Bukan Kaunselor Berkelayakan

[Kredit]

Usai jaulah dan pengembaraan mencari redha Ilahi selama sepuluh hari lamanya, kini saya kembali semula ke dunia realiti yang sebenar (Baca: Masuk kerja pukul lapan setengah balik pukul lima setengah) sejak hari Selasa yang lepas. Peluh besar menitik-nitik.

Aduh kalau ikutkan hati ni, memang nak berhenti sahaja kerja dan menumpukan sepenuh masa dan perhatian untuk dakwah dan tarbiyah. Seperti yang saya ngomelkan dalam post 'Puan Bos Besar, Izinkan Saya Untuk Mengejar Pelangi?', perasaan itu semakin menebal dan memuncak setelah habis meronda-ronda di negara luar, untuk berkongsi dan bermuayasyah bersama ikhwah dan akhawat di sana.

Belum lagi dikira perasaan rindu pada ikhwah di sana, walaupon baru sepuluh hari berukhuwwah mesra (ada yang kenal dua tiga hari sahaja!). Nah hamek kau penangan ukhuwwah fillah abadan abadaaa...! Rasa macam tak nak balik pon ada. Nak duduk di sana dan buat dakwah tarbiyah di sana. Tarbiyah sampai mati. Uhuk.

Namun saya sedar, tanggungjawab dan amanah saya di sini masih banyak. Kasihan pula pada hadek-hadek bulatan gembira terutamanya, yang pastilah akan menjadi yatim piatu sekiranya saya mengambil keputusan untuk terus bermastautin di sana. Wahahaha.. Tambahan pula, medan amal untuk dakwah dan tarbiyah yang sebenar buat saya adalah di sini, di Malaysia ini. Maka suka atau tidak, saya perlu dan mesti terus berbakti dan menyumbangkan apa yang ada dengan sepenuh jiwa dan hati di sini, tanah tumpah darah tempat saya dilahirkan ini.

Bercakap tentang amanah dan tanggungjawab, di sebalik kesibukan ke sana ke mari, di samping waktu kerja rasmi di opis dari hari Isnin hingga Jumaat (dan kesibukan menghapdet belog ehem), saya juga kadangkala menerima email dan mesej MukaBuku yang meminta nasihat dan pandangan. Dan semenjak dua menjak ini, semakin banyak pula email dan mesej MukaBuku yang saya terima. Mujurlah saya tak berikan nombor telefon saya, jika tidak, pastilah hampir setiap jam akan ada mesej yang masuk meminta nasihat dan pandangan! 

Perasan pula Inche gabbana ni. Peluh kecil, tersipu-sipu.

Nasihat dan pandangan yang dipinta juga ada bermacam-macam. Yang biasa diterima adalah nasihat, tips dan panduan untuk terus maju dan komited dalam dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah. Yang biasa juga diterima adalah pandangan atau nasihat saya untuk masalah-masalah peribadi yang agak spesifik seperti macam mana nak kawal marah, hubungan yang tidak baik dengan rakan ini atau rakan itu dan bagaimana nak jadi lebih kacak bergaya. Eh. Dan tidak kurang yang meminta untuk dibulatan-gembirakan. Yang ini memang sumpah hoyeeaahhh!

Email-email dan mesej-mesej begini kadang-kadang membuatkan saya terasa seperti seorang kaunselor pula. Wahai.

Tapi ada juga email atau mesej-mesej yang agak luar biasa yang saya terima. Antaranya, ada yang meminta saya untuk menterjemahkan ayat daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Erk. Maaf, saya tiada kelayakan untuk menjadi penterjemah mahupon guru bahasa asing. Wahahaha. Tidak kurang yang bertanyakan status diri saya. Malah lebih ektrem, ada yang mahu melamar saya untuk adik perempuannya!

Pengsan.

Ini jawapan saya untuk pertanyaan sebegitu rupa; status saya adalah invisible. Gelak keji.  

Saya cuba sebaiknya untuk menjawab pertanyaan yang dilontarkan. Kadangkala terpaksa bersabar juga membaca email-email luahan rasa yang berjela-jela panjangnya. Dan bukan sedikit kali saya mengambil masa yang agak lama untuk membalas setiap pertanyaan meminta pandangan dan nasihat daripada saya.

Cuma sejak kebelakangan ini, saya berasa amat bersalah kerana sudah banyak pertanyaan yang tidak dapat saya jawab. Kalau ada pon yang saya jawab dan balas, adalah pertanyaan-pertanyaan ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk saya membalasnya. Untuk email-email atau mesej-mesej yang panjang lebar, ditambah pula dengan soalan-soalan kompleks yang memerlukan untuk saya berfikir panjang dan berhati-hati pula menjawabnya (espeseli soalan-soalan berkaitan dengan hukum atau yang memerlukan dalil), maaf, kadang-kadang saya tidak punya masa untuk membalasnya.

Bukan, ini bukan kenyataan rasmi untuk memberitahu anda semua, sila berhenti daripada mengganggu hidup saya lagi. Eh.

Tetapi hendak memaklumkan kepada anda semua, silalah jangan berasa kechiwa atau gundah-gulana sekiranya email yang anda hantar berbulan lamanya masih tidak dibalas-balas oleh Inche gabbana. Apatah lagi kalau email atau mesej anda itu memerlukan perhatian dan maklum balas yang segera, jangan terjun gaung atau lompat di depan keretapi sekiranya menantikan maklum balas dari saya ibaratnya seperti menantikan Otromen yang tidak kunjung tiba. Err.

Tambahan pula, saya ini bukanlah kaunselor yang berkelayakan mahupon pakar sakit tuan jiwa yang diiktiraf. Sekiranya anda benar-benar bermasalah dan memerlukan perhatian dan maklum balas yang segera, saya dengan seriyes ingin menasihatkan anda agar mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya dengan segera. Lagi pulak, dikhuatiri, jika saya salah memberikan nasihat, ada pula yang harakiri (Baca: Melompat riang gembira sambil membakar biskut rangup) nanti. Hohoho.. 

Saya ini hanyalah insan biasa, yang mungkinlah diberikan sedikit kelebihan oleh Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa itu, dalam bidang penulisan. Mana yang boleh saya kongsikan, Insha-Allah akan saya kongsikan. Mana-mana pertanyaan yang saya rasakan saya mampu untuk menjawabnya, Insha-Allah saya akan jawabnya.

Terima kasih anda semua, kerana masih terus memberikan kepercayaan kepada saya. Sumpah, setiap kali saya menerima email-email dan mesej-mesej yang sebegitu rupa, saya berasa terharu dan teruja pada masa yang sama. Malah, ketika awal-awal menerima permintaan untuk pandangan, nasihat dan tips dahulu, terasa begitu riang gembira sekali. Tak sangka ada juga orang yang mahu bertanyakan pendapat daripada insan kerdil yang hina lagi marhaen ini. Hohoho.. Namun, selepas semakin banyak email dan mesej yang diterima, terasa seperti tidak mampu pula untuk memenuhi permintaan semua.

Untuk anda yang sudah menanti sekian lama menantikan jawapan daripada saya, ketahuilah, email atau mesej MukaBuku anda telah saya baca. Cuma saya masih belum menjumpai masa dan ruang yang sesuai untuk membalasnya. Harap anda tidak berkecil hati atau berprasangka yang bukan-bukan. Insha-Allah akan saya balas jua suatu hari nanti. Mohon maaf atas sebarang kesulitan atau kesusahan yang dialami, dek lembapnya saya membalas email-email dan pertanyaan anda. 

Oh, maaf juga kepada mana-mana email atau mesej yang telah pon saya balas, tetapi jawapan yang saya berikan itu tidak memenuhi selera dan citarasa anda. Lebih teruk lagi sekiranya jawapan balas saya memburukkan lagi keadaan dan masalah yang sedia ada! Adeh. Sudah saya katakan bukan, yang saya ini bukanlah seorang kaunselor yang berkelayakan..?

Untuk anda yang memasang niat untuk mengemail atau memesejMukaBuku saya, harapnya post ini tidak membantutkan hasrat anda itu. Teruskan dengan niat anda itu dan Insha-Allah, sekiranya Dia berikan saya ruang dan kekuatan untuk membalasnya, akan saya balas juga. Saya yang perlu berterima kasih kepada anda semua kerana memberikan peluang yang baik ini untuk saya menambahkan pelaburan dalam amanah saham sorga saya. Senyum.

Ah kadangkala teringin juga untuk menjadi orang yang dikaunseling, orang yang diberikan nasihat dan orang yang meminta pandangan. Ada sesiapa yang sudi mahu meminjamkan telinga, mendengar luahan rasa dan jiwa saya..?

-gabbana-

Sebarang pertanyaaan atau pandangan yang ingin dipanjangkan, saya lebih suka sekiranya dihantar ke email saya; dolcegabbana08@gmail.com berbanding dengan mesej di MukaBuku. Lebih mudah untuk saya akses di mana-mana sekian terima kasih heyyy!

7 Caci Maki Puji Muji:

Sayidah Nafisah Ruslan 10/05/2012, 13:17  

bagusnya dapat beri nasihat dan kaunseling :)

Hello kitty 10/05/2012, 13:32  

Akh gabbana, mau dikaunseling? Manfaatkan masa qhodoya dalam bulatan gembira, insyaAllah murobbi dan ahli yg lain sudi pinjamkan telinga..

famia 10/05/2012, 17:48  

Besar tanggungjawab seorang hamba Allah itu kalau sudah jadi pusat rujukan. Semoga anda diberkati Allah selalu ^_^

Simon Malik 11/05/2012, 10:39  

telinga, mulut, mata, dan pala otak ana sedia dipinjam utk inche G. (selagi ana belum ke tengah laut china selatan.) hahaha ^^

Shah alam, sunday nite. mahu?

di sebalik tirai itu.. 12/05/2012, 12:31  

walaupun hanya membaca sy dpt rasakan tanggungjwb IG yg berat tu..satu masa teringin nak menyelami pengalaman dan luahan rasa IG secara in-person..mcm dlm rancangan talk-show tv.

Jejaka Kachak Bergaya 13/05/2012, 16:12  

Inche Gabbana,
terima kasih kerana membalas mesej saya erkkk...(tahun lepas punya mesej ada 1 yg tidak dibalas)
Mungkin kita boleh ada sesi curhat bila saya balik ke Malaysia terchenta nnt *senyum lebar*

Anonymous 14/05/2012, 17:33  

salam..sorry myb soalan ni, out of topic,..tp blh tak tlg jwb soalan kwn sy ni..."Assalamualaikum w.w.t..saye nak tnye..ade suatu kemuskilan disini..rumet saye,baru2 ni ada beli kasut.then,esoknye,die tiba2 dpt tau yg kasut tu diperbuat dari kulit..'si merah jambu'..saya x la try kasut tuh.tp,rumet saye ade letak kasut tu dekat lantai.so,saya ade terpijak,tersepak dan tersadung..makna kata lain,saya ade tersentuh kasut tuh dengan tidak sengaja..

Oleh itu..perlu ke saya samak?disebabkan saya waswas,saya pun samak..dan satu kemuskilan lagi,perlu ke saye samak tempat dimana kasut tu diletakkan sehari sebelum diketahui 'rahsia sebenar' kasut tuh..?sebab tempat tuh adalah bilik saya yakni tempat saya solat dan beribadah..acane ek??muskil..muskil...huhu"....tlg bls kat email ni k..najjiya.siti@yahoo.com..syukran.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP