8 December 2011

Akhawat Pon Pakai Jeans..?

[Kredit]

Kontroversi. Sensasi. Panas lagi berapi.

Banyak perkara yang saya mahu nukilkan sebenarnya. Kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyat Syria, malah kemungkinan lebih zalim dan melampau daripada Saddam Hussein dan Muammar Ghaddafi. Bagaimana as-Syaikh Kabeer Ramadhan al-Bouti yang bersekongkol dengan rejim zalim Syria sekarang ini. Ingin saya warkahkan di dalam belog ini.

Juga mengalirnya air mata saya menonton video ukhuwwah (Tomato) dan membaca email tentang pengorbanan dan perjuangan seorang ukhti di atas jalan ini. Teringin untuk berkongsi betapa tersentuhnya hati saya dengan kehebatan dan keagungan sebuah perhubungan antara insan-insan yang cintakan sesama sendiri hanya untuk mencari keredhaanNya.

Dan tangan ini terasa gatal juga mahu menulis pengajaran dan ibrah daripada post semalam, 'Mahu Makan Keropok Osem..?'. Sungguh, saya yakin ramai yang buat-buat faham walhal rabun dekat dan jauh dalam melihat mesej sebenar yang saya cuba sampaikan. Hohoho..

Tetapi untuk kali ini, saya memilih untuk menulis post ini, satu rentetan penulisan daripada post 'Ikhwah Pakai Jeans.' Bukan, bukan untuk menumpang kepopularitian post tersebut (Dalam masa dua hari sahaja, post tersebut telah mencecah hampir dua ribu klik! Muka terkejut.). Bukan, bukan juga untuk memanjangkan perbahasan atau perdebatan sama ada boleh atau tidak ikhwah memakai jeans. Tetapi lebih kepada penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan yang lebih dahsyat di masa hadapan.

Daripada komen-komen yang ditinggalkan, agak jelas betapa anda sedikit keliru dengan mesej yang cuba saya sampaikan, waima agak panjang lebar sudah saya bahaskan konteks sebenar penulisan tersebut, dalam post yang sama. Peluh kecil. Sayugia saya khuatir anda mengambil post tersebut luar daripada konteks sebenarnya dan menyebabkan saya juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Maka lahirlah post ini.

Begini.

Benar, dari luarannya, tampaknya seolah-olah saya sedang cuba untuk mempertahankan ikhwah yang memakai jeans. Benar, secara 'the tip of the iceberg'nya, kelihatannya saya sedang membicarakan soal pemakaian, soal budi pekerti seorang dai'e. 

Tetapi isu sebenar yang cuba saya ketengahkan bukanlah tentang kesesuaian ikhwah atau akhawat untuk memakai pakaian-pakaian tertentu. Bukan juga sama ada saya sedang mengalami dilema sama ada saya hendak terus memakai jeans atau pon tidak. Bukan.

Untuk rekod, saya amat jelas bahawa tiada salahnya untuk ikhwah memakai jeans. Asalkan tidak koyak-rabak menampakkan lutut dan peha yang gemok dan sihat itu. Eh. Tidak juga ketat sehingga boleh menampakkan rupa bentuk peha dan pinggul sehingga menyebabkan sukar untuk berjalan apatah lagi sujud ketika bersolat. Hohoho.. Senang kata, asalkan jeans yang dipakai mematuhi syarak dan bertepatan dengan akhlak seorang dai'e, maka lampu hijau menyala terang untuk anda.

Isu sebenar yang cuba saya sampaikan adalah isu persepsi. Ya, persepsi. Bagaimana betapa ramainya manusia di luar sana, termasuklah mereka yang menggelar diri mereka dua't, mengalami masalah yang besar dalam isu persepsi ini. Betapa mudahnya mereka menghakimi seseorang itu hanya melihat kepada luaran dan tanpa mengenali empunya diri dengan sebenar-benarnya.

Dan sungguh ironi sekali, kebanyakan komen-komen yang ditinggalkan turut menjadi mangsa kepada masalah persepsi ini. Membaca dan melihat post yang saya tulis itu daripada aspek luarannya sahaja. Kechiwa.

Di sini suka untuk saya membawa anda menghayati kembali seerah agung 'Umar al-Khattab r.a., salah seorang daripada Khulafa' ar-Rasyidin yang empat itu. Seperti yang sudah amat kita ketahui, 'Umar diberikan Allah dengan kelebihan untuk memiliki mata hati yang sungguh suci, terang dan benar sehingga diberikan gelaran al-Faruq. Malah beberapa ayat al-Quran diturunkan untuk membenarkan kata-kata agung sahabay yang seorang ini. 

Kisah yang ingin saya gariskan, boldkan dan italickan di si sini adalah ketika 'Umar al-Khattab mengembara ke Baitulmuqaddis sempena pembukaan dan pembebasan kota itu daripada cengkaman pendudukan kuffar. Dipendekkan cerita (kerana saya yakin kebanyakan daripada anda sudah pon tahu tentang cerita ini), ketika melintasi Jabiya, tempat tentera-tentera Islam sedang berkhemah tidak jauh dari Kota al-Quds, 'Umar datang dengan berpakaian yang sungguh dhaif dan zuhud juga debu-debu dan luka-luka yang memenuhi tubuh badannya dek perjalanan musafir yang sangat panjang. Seolah-olahnya tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang khalifah agung kerajaan Islam yang sudah mula menempa nama dalam persada ketamadunan dunia. 

Maka Abu 'Ubaidah al-Jarrah, panglima tentera Islam ketika itu datang menemui 'Umar untuk menyampaikan pandangannya tentang aspek penampilan 'Umar itu. Katanya,

"Wahai Amirul Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah."

Niat Abu 'Ubaidah sudah tentunya baik dan mulia. Apatah lagi Abu 'Ubaidah adalah salah seorang daripada para sahabat yang dijanjikan sorgaNya; tiada syak lagi tentang ketaatanNya kepada Allah dan Rasul. Tetapi apa jawapan 'Umar kepada kenyataan Abu 'Ubaidah ini..? Apa reaksi 'Umar?

Dengan muka merah padam sambil menahan marah, 'Umar berkata,

"Demi Allah! Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu 'Ubaidah, nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini!  Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam, sudah tentu kita akan dihina oleh Allah!"

Gulp. Subhanallah. 

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini..?

Bahawa kita tidak perlu mementingkan soal pakaian..? Bahawa 'Umar itu sungguh Super Saiya dan tidak hairanlah 'Umar boleh bertindak sedemikian..? Bahawa di kalangan para sahabat seperti Abu 'Ubaidah yang hebat itu sekalipon, masih boleh terlepas pandang akan hal-hal yang lebih penting dan utama..?

Ya, semua itu juga pengajaran, tidak dinafikan. Tetapi pada saya, ada satu lagi pengajaran yang lebih utama. Dan bergaya.

Persepsi. Isu persepsi. Antara persepsi Allah dengan persepsi manusia.

Sama ada kita pentingkan persepsi Allah kepada kita, atau kita lebih risau dan utamakan persepsi makhluk bernama manusia..? Adakah kita runsing memikirkan apakah pandangan Allah kepada kita, atau kita lebih sering pening memikirkan apakah yang terkandung di dalam kepala hotak rakan-rakan dan  kenalan kita tentang diri kita..? Dan adakah kita sibuk dan khusyuk menumpukan kepada usaha-usaha mengejar keredhaan Allah semata, atau kita sebenarnya sedang sibuk mencari kepuasan dan kepujian manusia kepada kita..?

Ya, persepsi. Isu persepsi.

Inilah yang cuba saya ketengahkan di dalam post 'Ikhwah Pakai Jeans.' Tanpa menafikan kepentingan seorang da'ie itu membina tsiqah dan qudwah, isu yang cuba saya santuni dengan lampu sorot terang-benderang (ok mungkin tidak cukup bateri, the fact that ramai di antara anda yang seikit keliru.. Hohoho..) adalah kesibukan kita dalam melihat, menilai dan menghakimi sesuatu itu berdasarkan luarannya, dan bukan isinya.

Benar, luaran dan dalaman yang osem adalah satu pakej yang tidak tertahan. Nasi lemak yang dibalut dengan gambar Maher Zain di luar, siap dengan daun pisang segar yang dipetik dari ladang, pastinya mudah untuk menaikkan aroma dan nafsu makan berbanding dengan nasi lemak yang dihidangkan di atas pinggan di kedai mamak. Itu benar. Itu lumrah.

Tetapi di dalam situasi di mana kita terpaksa membuat pilihan, adakah kita akan memilih luaran atau dalaman..? Adakah kita melihat pada rupa atau rasa? Adakah kita melihat pada jeans yang dipakai oleh seorang akh, atau pun siapa dirinya yang sebenar..? 

Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kotak kejumudan kita dan menilai seseorang itu berdasarkan siapa dirinya yang sebenar dan apa sumbangannya kepada ad-deen! [Kredit]

Realitinya, tidak mungkin, mustahil untuk kita puaskan hati semua orang. Bak kata Bill Cosby,

I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.

Maka pilihlah yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah. Lakukan sesungguhnya, muharrik, mara ke depan, all-out, Super Saiya untuk dakwah, untuk Islam, untuk ummah. Ikhlaskan niat dan lakukanlah sesuatu itu demi mencari keredhaanNya, bukan pujian dan tepukan tangan manusia.

Kerana ketahuilah, pujian dan perhargaan manusia itu tidak kekal dan tidak pula tetap sifatnya. Hari ini dia mungkin memuji kita, esok siapa tahu, mungkin orang yang sama yang paling kuat mencaci dan mengutuk kita! Carilah keredhaan dan pujian daripada Allah, kerana yakinlah, itulah persepsi yang paling agung dan suci.

Persepsi manusia itu mungkin ilusi, sedangkan persepsi Allah itu pastinya realiti, hakiki dan abadi.

Tidak kisahlah kita memakai jubah atau jeans, berserban atau bertopi Jason Mraz, berseluar atau berbaju kurung, selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak dan tidak ada mudharatnya pada dakwah dan tarbiyyah, yang lebih utama adalah siapa kita di sisi Allah.

Dan akhirnya, persoalan yang lebih utama, adakah kita golongan yang bekerja..? Tidak guna juga kita sibuk berdebat tentang qudwah, tentang tsiqah pongpang pongpang, di hujung hari, kita langsung tidak mengaplikasikan apa yang kita ketahui. Itulah intipati Ikhwah Pakai Jeans. Hatta akhawat yang pakai jeans sekali pon.

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Siapa pon kita, pakaian apa pon yang kita pakai, akhirnya Allah akan melihat siapa yang berkerja untukNya..! Maka bekerjalah...!

-gabbana-

Untuk menjawab persoalan yang dikeutarakan di dalam ruangan komen, secara ringkasnya saya tidak nampak ada masalah dengan akhawat yang memakai jeans, asalkan tidak menampakkan bentuk pinggul dan peha. Juga, dipakai dengan baju yang labuh yang menutup bahagian pinggul.

Tetapi untuk selamat, bukankah lebih baik meninggalkan perkara-perkara yang syubhah..?

Untuk rekod, ini adalah pandangan peribadi saya yang marhaen dan tidak cukup ilmu ini. Sekian.

23 Caci Maki Puji Muji:

aku bukan dia 08/12/2011, 16:14  

enta perli ena kah?!buat-buat faham walhal rabun dekat dan jauh??

mana kau tahu aku rabun dekat dan jauh?
mana kau tahu aku buat-buat faham?hoho..

secara terang-terangan aku diperli ya?menci!

notakaki:
'tutup' dalam kata 'tutup aurat' bukanlah bermaksud tutup.tapi lebih dari tutup.jaga.pelihara.yakinu ttam.lillahi ta'ala.
maksudku, kalau dah sempurna pakaian yang diperlihatkan kecuali muka dan tapak tangan pun, kalau tergelak2 ayu menggoda masih dikira sebagai TIDAK MENUTUP AURAT.rujuk 3 atau 4 garisan drpd Dr.YQ.

sekian.
WA

Inche gabbana 08/12/2011, 16:18  

alamak.

anda ni sungguh emo la.

saya baca komen anda pada post 'mahu Makan Keropok Osem..?' itu pon lama selepas saya menulis post ini.

Tiada kena-mengena pon!

Eh tapi sapa yang makan wasabi, harusslaa terasa pedas hingga ke hidung kan..? kikiki..

anda nak makan kacang pis..? heh.

Anonymous 08/12/2011, 16:34  

saya baca post komen dulu, baru nak baca entri. jap ehhh nak baca hehe japg komen balek

btw, cute la cara abg reply komen kat atas. macam arnab :D

Muayyid 08/12/2011, 16:42  

salam alaik..boleh terangkan ape hubungkait syeikh ramadhan al buti ngn revolusi di syria?..bro kata beliau ad sangkut paut ngn kekejaman di sana?..

Farah Hanim Mohd Alwi 08/12/2011, 16:53  

first time baca entry kat blog ni, terus tertarik dgn uslub dakwah yg digunakan. santai ~

betul, tak salah ikhwah mahupun akhawat nak pakai jeans atau pakaian macam mana pun, asalkan ikut syariatNya. :)

aNdi.Hanin::حنين 08/12/2011, 18:05  

hakak-hakak akhwat terr pakai jeans sbb nak dekati hadek-hadek free-haired yang konfem pakai jeans jugak.(yelah, takkan nak terfree-hair same pulak kan.dushh)

sbb, kalau hahak-hakak pakai kain sarung, tudung bolat, hadek-hadek free hair takut nak dekat malah cabot lari ==.

bergaya kena pd tempat, jangan akhwat pakai jean, lepastu jadi jin sudahlah.

Anonymous 08/12/2011, 20:22  

kiciwa.

hanya itu yang dapat diluahkan.

=__=

Anonymous 08/12/2011, 21:57  

pakai salah, xpakai salah.
combine la gtu. akhawat pakai tudung labuh,skirt or suar jeans ;)

anon jugak.anon diatas jangan kiciwa sgt..ikut fatwa hati sajaa

Anonymous 08/12/2011, 23:08  

Askm wrh wbt...

masyaAllah...kagum dgn kezuhudan Saidina Umar...

sesungguhnya pandangan Allah itu lagi utama jika dibandingkan seluruh isi dunia.

bukankah cerca pujian mainan manusia untuk menguji neraca hati yang beriman..??

semoga ada keberkatan dariNya..
InsAllah..

~PENCHENTA~ 08/12/2011, 23:40  

Salam 'alaik.

Tak salah nak pakai jeans. Cuma berpakaian sunnah kan lebih baik.
Itu saja.

Tak salah kalau kita nak makan tengah hari di khalayak hari Senin dan Khamis. Tapi berpuasa kan lebih baik.

Paham dak?

Dah tak payah nak marah orang2 yang pandang pelik bila kamu berdakwah pakai jeans. Sebab mungkin mereka perlukan orang yang pakai jubah untuk sampaikan pada mereka. That's it.

Kamu marah mereka, mereka marah kamu. Then bila tah nak sampai dakwah?

Anonymous 09/12/2011, 00:13  

eyh...hari ini mesti lebih baik dari semalam. dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini.. ^_^

Anonymous 09/12/2011, 02:51  

well said.. nak tanya, opps assalamualaikum..

boleh explain further pasal kaitan syeikh ramadhan al bouti dengan keadaan di syira?

jzkk

Adwa' 09/12/2011, 03:56  

Inche Gabbana,

Bukan kata kata umar itu ketika membuka Baitul Maqdis?

Inche gabbana 09/12/2011, 11:33  

jawapan ringkas daripada saya ttg isu ramadhan al-bouti.

tempoh hari ketika menghadiri perkongsian Syria oleh syaikh Dr. Khaled Hassan, pembantu khas kepada Yusuf al-Qardawi, adalah satu sesi soal jawab ni.

seorang makcik bertanyakan kepada as-syaikh, apakah pendirian kita terhadap Ramadhan al-Bouti yg bersekongkol dengan kerajaan Syria dalam isu yg sdg berlaku ni (as ini sapot, atau tidak menghalang/mengeluarkan fatwa yg menghalang) dan adakah kita patut boikot dia sume. Sbb ada kes di oversea especially di mana buku2 al-Bouti dibakar disebabkan marah dgn pendirian dia tu,

honestly, sy mmg terkejut dgn pertanyaan makcik tu, sbb tu pertama kali saya dgr perkara yg sedemikian. so sy mmg expect syaikh dr. khaled hassan akan jawab something like, "oh tu fitnah je.." atau "Cite tu tak btol.." bla bla bla, along that line la..

tp sy bertambah terkejut tahap gorilla, bila as-Syaikh Dr. Hassan in a way mengiyakan pertanyaan/kenyataan makcik tu. huhuh..

dia cakap something like pendirian al-Bouti tak selari dengan penulisan dia dalam Fiqh as-Seerah, yg apa yg dia buat skang ni dosa, etc.

tp respek ah syaikh tu, sbb mmg byk puji2an yg dia lontarkan pada al-Bouti, despite dia tak bersetuju dgn pendirian al-Bouti.

honestly, saya terkejut dan sedih. tp allahu alam. Dia lebih mengetahui. Kita doakan yg terbaik je lah.

dan jgn lupa doakan nntok rakyat Syria. mrk mg sedang ditinda dan dizalimi skang ni...

allahu a'lam. kepadaNya kita berserah...

Anonymous 09/12/2011, 22:01  

tau tkpe. bile dtg ramai2 org nk tarik ak pegi usrah sume pkai tudung labuh n jubah bagai. ak pun ase cuak.

Anonymous 10/12/2011, 13:55  

salam

kdg2 kite terlalu fikir sgt ape persepsi org terhadap kite, padehal persepsi tu imaginasi kite je pun. kite assume org takut/susah nak approach bile tgk org pakai kopiah/jubah/tudung labuh bagai...padehal sebenarnya tade ape pun. pakaian luar one thing, personaliti, cara kita approach tu another thing. pakai jeans tapi DF fail pun tak jalan juge kan? pengalaman ana sendiri, boleh masuk je dgn geng jeans ketat and non muslim even, despite jubah/tudung labuh. yes, the outfit can serve as a barrier to those that we choose to (ie laki2 gatal/tak tsiqah) but don't let it be a barrier to those we want to get close to (ie potensi mad'u).

Mr Satan 10/12/2011, 18:37  

kalau ikhwah pakai seluar kargo hensem tak?

potatochip 14/12/2011, 00:15  

kesimpulannya pakaian takwa adalah yang terbaik :D

lightofourhope 24/12/2011, 00:25  

slm..maaf mencelah..
bg kita xde mslh pun nk pkai ke x..
yg penting xlanggar syariat..

n kpd yg mnndg cara pemakaian itu adlh barrier..anda silap..
selagi kte sume mengucap,mengaku umat Islam..kte kan saudara..
pemakaian ssorg tu bergantung pd diri msg2..environment dye..
n xsemestinya klu org tu tsiqah,pkai jubah tudung labuh dye baik2 ngn awk dye akn pksa awk pakai cam dye..
silap2..
n klu ada org cmtu dye pun silap..
tugas sbg dai' hnya mngajak mnutup aurat..
tp variasi atau cara menutup aurat awk tu terpulang masing2..
ikut hati n pemahaman masing2..
bnde ni kompleks,sbb stiap mnusia berbeza..

kesimpulannya,umat Islam skang ni suka sgt mbincangkan isu2 cabang cthnya cam isu pakai jean ni lah..
isu akar atau asas jrg diketengahkan..

skdr pndgn sy,saudara seakidah kamu~

Anonymous 02/01/2012, 07:59  

istafti qalbak..satu ayat yg ana pernah jumpa, mintalah fatwa hati mu..kalau anda pakai pakaian mcm tuh..and rasa gelisah geleman segala bagai..maka anda x sesuai lah tu..tapi yg rasa boleh..go on lah.. x de masalah pong sebenarnya..

last2 kene minta pandangan ustaz azahar idrus..hehe

Zehan Ilyana 04/01/2012, 19:25  

asalkan sopan dan longgar...
pakailah apa pun..
asalkan aurat ditutup..:)

ummu Ibrahim 26/01/2012, 11:15  

Murabbi ana pakai jeans masa kat OZ dulu..sebab sejuk..+ cool + mudah nak dakwah students OZ = nampak muda walaupun dah tua..jzklh murabbi..kau adalah asbab hidayahku di bumi kangaroo..

Anonymous 11/11/2013, 02:03  

Setuju

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP