Yang Halal Itu Osem, Yang Haram Itu Macam Haram
[Kredit] |
Alhamdulillah, malam tadi buat pertama kalinya dalam sejarah APG ini, saya telah menunai keluar (Baca: Cash-out) lima puluh ringgit pertama saya hasil kerja-kerja pengiklanan Nuffnang.
Ya, setelah hampir setahun saya mendaftarkan diri dengan Nuffnang, inilah pertama kali saya menuai hasilnya. Pasti anda terkejut. Kalau tidak pon, sila buat-buat terkejut sekian terima kasih.
Anda. Ye andalah. Anda di situ. Haah, anda. Wajah anda belum kelihatan betul-betul terkejut. Maka sila terkejutkannya sekarang juga. Wahaha..
Saya tahu, tiada apa yang hendak dibanggakan pon. Ramai lagi beloger di luar saya yang sudah pon memperoleh ratusan, malah ribuan ringgit hasil menggunakan perkhidmatan Nuffnang atau perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan yang lain. Apalah sangat lima puluh ringgit tu. Ciput je.
Inche Nuffnang [Kredit] |
Tetapi jumlah bayaran bukanlah isu di sini. Jangan risau anda, saya tidak berniat untuk berlumba lari berganti-ganti tiga ratus meter dengan anda. Yang menjadi isunya dan yang merisaukan saya, adalah status halal dan tayyibahnya pendapatan tersebut.
Benar, tiada iklan arak, rokok, perkhidmatan kelab malam atau urut Thai di dalam belog ini. Nau'dzubillah.. Sememangnya ketika mendaftar dengan Nuffnang dahulu, saya awal-awal lagi sudah tetap dengan pendirian saya bahawa iklan-iklan sebegitu tiada tempat di dalam belog ini.
Tetapi apa yang menyebabkan kadangkala saya berpeluh kecil adalah apabila ada iklan-iklan yang memuatkan gambar atau animasi wanita-wanita, err, berpakaian kurang berakhlak sopan dan adab ketimuran. Contohnya iklan yang mempromosi deodoran (Baca: Ubat ketiak) cap AXE sewaktu ketika dahulu dan juga iklan wayang filem yang saya sudah lupa namanya.
Ketika kedua-dua iklan tersebut dipaparkan di belog ini, berdegup-degup jantungku dan berpeluh besar juga dibuatnya..! Manakan tidak, kedua-dua iklan tersebut tampaknya amat bertentangan dengan tema dan konsep yang dibawakan oleh belog ini.
Rentetan peristiwa tersebut, saya telah menulis email aduan kepada pihak Nuffnang dan meminta agar iklan-iklan tersebut tidak lagi ditayangkan di dalam belog APG saya. Malangnya, jawapan yang diterima amat menghampakan. Mereka mengatakan saya tiada pilihan atas sebab-sebab.. Err, saya pon tak tahu dan tak ingat nak eksplen macam mana. Haih.
Dan pernah juga tergerak yang saya mahu berhenti daripada menggunakan khidmat Nuffnang disebabkan insiden tersebut. Tapi entah mengapa. Niat saya itu saya batalkan. Sungguh tidak kuat iman di situ. Air mata turun dengan gembiranya.
Selain kedua-dua iklan tersebut, seingat saya tiada lagi iklan-iklan lain yang menyebabkan punggung saya panas dan tidak senang duduk. Kebanyakannya adalah iklan-iklan produk pengguna seperi kereta, henpon, tawaran restoran tertentu dan sebagainya.
Entahlah. Saya pon tak tahu apa kedudukan pendapatan yang saya telah perolehi. Adakah statusnya halal wa tayyibah? Atau syubhah..? Atau pon... HARAM...??
Sangat cuak dan takut bab-bab halal-haram ni. Anda sendiri pon tahu bukan, mencari yang halal itu hukumnya wajib..? Dan juga balasan kepada mereka yang darah dagingnya segar-bugar gemuk-gemuk tumbuh dari hasil yang haram..?
Astaghfirullah... Sila hulurkan sekotak tisu cap Premier itu.
"Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya tumbuh dari benda yang haram (yang menggugurkan berkat). Neraka lebih utama bagi orang tersebut."
[Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi]
Apa pendapat anda..? Mungkin ada di kalangan anda yang berpengetahuan luas dalam isu halal-haram ini? Insha-Allah, memang saya bercadanag untuk bertanyakan hal ini kepada mereka yang lebih pakar, i.e. ustaz-ustaz dan shuyukh yang arif dan faqih dalam isu ini.
Tetapi yalah, apalah salahnya sekiranya anda di luar sana yang mungkin juga pernah terbaca ata mendengar mana-mana ceramah berkaitan isu ini, berkongsikan pengetahuan anda. Silakan kongsi sekiranya anda menolak saya akan cap anda Haji Bakhil naj*s idung masin seumur hidup...! Wahahahaha.. Eh.
Tetapi yalah, apalah salahnya sekiranya anda di luar sana yang mungkin juga pernah terbaca ata mendengar mana-mana ceramah berkaitan isu ini, berkongsikan pengetahuan anda. Silakan kongsi sekiranya anda menolak saya akan cap anda Haji Bakhil naj*s idung masin seumur hidup...! Wahahahaha.. Eh.
Apalah sangat nilai lima puluh ringgit itu jika hendak dibandingkan dengan kulit salai dan daging panggang hangus di akhirat nanti...! Holoi.
Takde maknanya kalau duit berkepuk-kepuk, tapi kat akhirat nanti, kita jatuh terjelepok! Adeh. [Kredit] |
Tolong tolong, hati saya tidak tenang dengan hal ini!
Katakan INI SUMPAH OSEM kepada yang HALAL! Katakan TIDAAAAAKKKK kepada yang HARAM. Dan katakan OKTENGSBAI kepada yang SYUBHAH!
Aman.
-gabbana-
9 Caci Maki Puji Muji:
selalu org kata klu yg xbrapa nak pasti ni kita jgn beli makanan..buat beli bnda lain.. boleh pakai ke x xtawlah =p=p=p
setelah sekian lama saya juga mendapat pendapatan pasif daripada nuffnang ini..barulah sekarang terfikir berkenaan taraf syubhah pendapatan tersebut. melalui blog ini. terima kasih atas ingatan. saya juga mahukan jawapan yang sama secepatnya. menunggu jawapan dari sini sahaja ya. semoga ada yang berpengalaman berkenaan perkara ini dapat menjawab.
sangat berterima kasih kepada tuan punya blog atas kesedaran yang ditimbulkan. sesungguhnya wang yang digunakan untuk menjamah rezeki pasti menjadi darah daging dan membentuk keperibadian pula. fuh..gerun
owh ingtkan inche gabbana x prasan...da lme nak tanya tp x terluah...jom cari yg halal..:)
salam wbt,
time awal2 zaman berbulatan gembira dulu (time zaman2 degil dulu)di Kolej Uni Termoden, boss bulatan gembira saya seorang akauntan di Pusat Nun Berantah. ktorang pernah tanya dia nak buat mcm mana ttg duit2 riba dari bank. katanya boleh didermakan utk sesuatu yg kegunaan ramai (nak bina toilet awam ke, jalan awam, sume2 yg awam)
Allahu'alam.
p/s: jom bergembira dengan bulatan gembira, konferens riang dan picnic istimewa :D
wasalam
OKTENGSBAI tatatititutu :)
oktengsbai juga
دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ
"Tinggalkan lah apa yg meragukan mu kepada apa yg tidak meragukan mu..."
-Hadith 40- (tp x igt yg ke berapa heh)
jauhi syubhat utk menjaga taqwa, mencapai wara'
ttg duit yg dpt, pendapat yg sy pnah dengar sama macam hurun 'ain dah hurai kat atas. wallahu 'alam
oktengsbai!!
Hadis 6: pagar syubhah..
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=926&Itemid=72
Post a Comment