13 September 2011

Sungguh Seronok Jika Ada Pek Jet Untuk Berbulatan Gembira

[Kredit]
Wiken lepas merupakan antara wiken yang paling gila sekali di seluruh galaksi bimasakti ni. Et lis gila pada jalan rayanya.

Jumaat malam sepatutnya saya ke Kolej Maha Busy untuk sesi bulatan gembira pertama selepas cuti raya yang panjang. Namun saya terpaksa membatalkannya dek selepas hampir sejam, saya masih berada di dalam kereta, tersekat di tengah-tengah Jalan Lingkaran Tengah Dua (Jelita) dan masih jaaaauuuhhh lagi dari destinasi yang dituju! Masha-Allah. Sungguh tidak menggembirakan. 

Esoknya pula, saya bertekad yang seboleh-boleh saya mesti mengelak daripada menggunakan Jelita. Selepas sesi mesyuarat riang gembira dan berkesempatan untuk memenui jemputan walimah seorang rakan seperjuangan, saya terus ke Kolej Maha Busy untuk menggantikan sesi yang telah saya batalkan malam sebelumnya.

Sedikit kechiwa kerana ramai hadek-hadek tersayang yang tiada untuk dibulatan gembirakan. Akhirnya saya bermuayasyah (ala-ala borak bantal) dengan beberapa orang hadek yang ada. 

Seusai sesi borak bantal bersama mereka, saya terpaksa bergegas untuk pulang ke rumah kerana malam itu ada upacara makan malam bersama keluarga sempena hari jadi Inche Papa yang ke.. Er, biarlah rahsia. Wahaha. Kali ini saya berazam, walau apa pon yang berlaku, saya tidak akan menggunakan Jelita. 

Hatta tiba-tiba keluar otromen Daina yang melawan raksasa sotong kurita yang keluar entah dari mana dan hanya Jelita yang boleh digunakan, saya sanggup duduk di dalam kereta dan memberikan sokongan moral kepada otromen Daina sahaja. Eh.

Maka saya terpaksa mengambil jalan jauh untuk masuk ke dalam Jalan Pantas Lembah Klang Utara (NKVE). Sumpah jauh, kerana Puan GPS menambah kurang lebih sepuluh minit kepada masa ketibaan saya, berbanding sekiranya saya mengambil Jelita. Ok hanya anda yang ada hubungan sulit dengan Puan GPS yang faham apa yang saya maksudkan.

Tetapi saya tak kisah. Kerana saya yakin Jelita di waktu itu (saya meninggalkan Kolej maha Busy dalam jam enam suku petang) sudah tidak jelita lagi. Nenek kebayan mungkin. Hoh.

Walaupon sesak juga dalam beberapa kilometer terakhir sebelum tiba di plaza tol jalan Duta, dan walaupon terpaksa membayar tol yang lebih, perjalanan secara keseluruhannya lancar dan tidak memeluh-besarkan. Akhirnya saya selamat tiba di rumah beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Syukur alhamdulillah.

Lebih gembira dan wahahaha gelak keji apabila mengetahui daripada Puan Mama dan Inche Abang Besar yang Jelita terbukti sesak teruk petang itu! Gelak tutup mulut sambil berkata dalam hati, "Padan muka siapa yang menggunakan Jelita!"

Begitu juga dengan hari Ahad yang lepas. Seusai sesi rumah terbuka di Bukit Putra, saya pastikan Puan GPS disetkan untuk pergi ke Jalan Duta, supaya saya dapat melalui NKVE dengan penuh bergaya tanpa perlu mengalami tekanan perasaan yang menggila. Heh.

Saya kira begitu juga dengan dakwah dan tarbiyyah kita. 

Mungkin selama ini kita sudah biasa menggunakan cara yang sama dan serupa sahaja dalam menggerakkan jentera dan mesin dakwah kita. Kalau menDF, beginilah caranya. Kalau mentajmik, begitu pula caranya. Sama sahaja. Setiap masa. Setiap ketika. Minumlah Nescafe. Eh. 

Kita tidak dinamik. Kita jumud. Kita takut untuk keluar dari kepompong kita. Ya, mungkin cara yang kita gunakan selama ini berjaya, menunjukkan hasilnya. Tapi bila ada masalah nanti, kita gelabah. Kita tak tentu arah. Kita masih berkeras mahu menggunakan metod yang sama walaupon jelas yang kedegilan kita itu bakal mengundang bencana!

Maka jadilah kita kepenatan, duduk di dalam kereta mengengsot perlahan-lahan, menantikan keajaiban tiba-tiba kereta kita boleh terbang atau kesesakan akan tiba-tiba hilang. Kita akhirnya tewas dengan ketaksuban kita sendiri kerana keegoan kita sendiri. Hanya kerana kita rasakan kita sahaja yang sentiasa betul atau kerana kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru, kita akhirnya kerugian besar.

Memang mengasyikkan kalau kita ada pek jet (Baca: Jet pack), yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas kita dengan segera. Terus sahaja terbang ke destinasi tanpa perlu pening-pening kepala dengan sikap sesetengah pemandu yang terasa seperti hendak kamehameha mereka ini. Dengan kata lain, talian hayat yang dapat mengeluarkan kita daripada krisis dengan segera.

Tetapi sila berpijak di bumi yang nyata dan bukannya seperti Elis di dalam Alam Khayalan. Masalah dan krisis yang ada perlu dihadapi dengan tenang, bijak dan kreatif. Idealnya memang kita mahu keluar daripada masalah dengan segera, dengan selesa. Tidak perlu melakukan sebarang pengorbanan atau kerja-kerja ekstra yang memenatkan. Tapi sila baca ini dengan mata terbeliak: Ideal tidak semestinya praktikal. Malah lebih selalu daripada tidak, perkara-perkara yang ideal adalah tidak praktikal.    

Saya nak satu untuk ke bulatan gembira boleh..?? [Kredit]

Sudah tentunya, untuk berubah, ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Seperti saya yang bertekad untuk menggunakan NKVE, saya terpaksa melalui jalan yang lebih jauh dan membayar tol yang lebih mahal. Tetapi natijahnya, saya dapat pulang ke rumah pada kadar yang lebih segera. Lebih selesa dan tak perlu memecahkan kepala dan bertukar menjadi raksasa gorgon.

Begitu juga dengan dakwah dan tarbiyyah ini. Perubahan itu perlu kerana dakwah dan tarbiyyah perlu relevan pada perkembangan semasa dan waqi' yang terkini. Benar, dalam melakukan perubahan, terlalu banyak ketidakpastian yang menyebabkan kita ragu-ragu dan khuatir dengan prospek di masa hadapan. Seperti saya juga ketika mula-mula mengambil keputusan untuk menggunakan NKVE, apa jadi kalau NKVE juga sesak teruk?

Tetapi itulah risiko yang perlu kita ambil. Dan di sinilah panduan Ilahi dan nasihat-nasihat serta bimbingan asatizah, shuyukh dan qudama' (Err.. Dengan kata mudahnya, mereka-mereka yang telah pon menjadi Super Saiya) amat berguna untuk dijadikan titik rujukan. Perkongsian pengalaman dengan ikhwat dan akhawat yang Suparman di atas jalan ini juga amatlah dialu-alukan. Bukankah kita bergerak di dalam satu jemaah yang sama..?

Jadilah seperti Nabi Nuh yang berabes baik menyampaikan dakwah dan tarbiyyah kepada masyarakat setempatnya tanpa mengenal erti penat dan lelah.

"Nuh berkata: 'Ya Rabbku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mangampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-teranganKemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam.."
[Nuh, 71:5-8]

Tak boleh cara ni, kita guna cara tu. Cara tu tak berkesan, kita guna cara nun. Cara nun pon tak boleh nak masuk, kita gunalah cara nung! Wahahaha.. Pendek kata, janganlah kita degil tidak bertempat. Bila masa kita perlu untuk berubah, maka kita perlu berubah. Dan yang lebih utama, padamkan perkataan putus-asa itu di dalam kamus perjuangan anda..!

Jangan sampai dek kedegilan dan kegoan kita, kita melambatkan dakwah. Dan yang lebih menyedihkan lagi, disebabkan kita, hadek-hadek binaan kita juga turut sama menjadi Luncai melompat ke dalam laut dengan labu-labunya!

Kita wajib BERUBAH untuk MENGUBAH..! Dan kita perlu BERANI untuk berubah! Ayo!

-gabbana-

Pagi tadi berlaku bencana tidak diduga-duga pada perkhidmatan tren 'kesayangan' saya. Saya terpaksa menukar tren 3 kali sebelum sampai ke destinasi. Mujurlah Allah mengurniakan kesabaran tahap Ten Shin Han pada saya pagi tadi...



4 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/09/2011, 21:15  

ten shin han tu sabar ke?
huhu, mcm x..

cik malas marah 13/09/2011, 22:34  

tren sangat disaster this morning. bila ujian mcm ni terjadi, barulah rasa tarbiyah tu diuji. nak marah pun, orang lain pun in the same boat.

Anonymous 13/09/2011, 22:35  

hebat la ko..
ko sgt3 super saiya dr sg penyampaian dakwah. yg cmni la baru org2 muda zaman skarang suka, x nk la yg skema+stereotype tu (tp x tau la ko kt lua camne)

bagus2, teruskn menulis pape yg berfedah.

Anonymous 30/05/2012, 02:16  

pernah kena rotan sbb lambat balik dari sesi usrah without any expalanation although ana dah bg expalanation(jammmmmmmedddddd)..woha! tapi perkara ni lagi membuatkan ana rasa nak mentarbiyah keluarga terchenta dan memperbaiki diri ana..selamt berjuang semua!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP