29 July 2011

Can Mali Can [Oy Oy]..!

[Kredit]

Ahlan ahlan ya Ramadhan..! 

Senyum besar.

Akhirnya saya akan menulis sesuatu tentang Ramadhan. Ya, bulan yang penuh barakah itu.

Sengaja saya menunggu saat-saat kecederaan sebelum menulis tentang bulan yang cukup spesel ini, jauh lebih spesel daripada burger ayam Ramlee double spesel dengan keju. Wahahaha.. Dan memandangkan saya akan berangkat ke Kelantan pada malam ini untuk menziarahi Puan Besar Nenekku Lari Gagah Berani, khuatir juga kalau tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa tentang Ramadhan.

Baiklah.

Ramadhan. Apa yang terlintas di kepala anda apabila disebutkan Ramadhan..? Mari kita lihat beberapa jawapan skema atau cliche yang sering diungkapkan masyarakat apabila ditanya apa erti Ramadhan pada mereka:

"Ramadhan tu bulan berpuasalah! Hadoilamak itu pon nak tanya ke..??" (Ayat kedua tambahan penulis)

"Ramadhan adalah bulan penuh keampunan dan syaitan, jin dan hantu Kak Limah dirantai oleh Allah!" (Jawapan ada sedikit unsur-unsur tarbiyyah)

"Time Ramadhan ni la akak nak turun berat badan dek oii..!"

"Uish, Ramadhan adalan bulan rezeki melimpah-ruah! Kalau berniaga time Ramadhan ni, tak kisahlah berjual kat bazar Ramadhan ke, jual kuih raya ke, boleh sasten untuk setahun! Walaweh!"

"Pak Cik memang suka btol la bulan Ramadhan ni. Masa ni la Pak Cik nak dapatkan langsir, kain tewah, sarung kusyen baru dan bermacam-macam lagi produk berasakan kain kapas Mesir pada harga runtuh..!" 

"Ramadhan ni yg speselnya, ada Lailatul Qadar dan bulan yang diturunkan al-Quran!" (Jawapan kanak-kanak tingkatan tiga)

"Bulan menahan nafsu, lapar dan dahaga, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari waktu terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Amacam kool tak jawapan aku..?" (Jawapan baru lepas hafal daripada buku teks Pendidikan Islam)

Begitulah lebih kurang, jawapan-jawapan yang bakal kita terima apabila apa erti Ramadhan ditanyakan kepada masyarakat, baik kecil atau besar, tua atau muda, otromen atau raksasa jahat tangan bersepit.


Uish, seronok kan nak selebret Ramadhan..?? Tapi kita seronok sebab apa sebenarnya..? [Kredit]

Persoalannya, apakah yang sebenarnya membezakan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain? Selain nama dan ejaan, apakah yang menjadikan tiga puluh hari dalam bulan Ramadhan berbeda dengan hari-hari di bulan yang lain..?

Jawapannya tidak terletak pada bulan Ramadhan itu per se, tetapi yang membezakan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain adalah... Kita. Ya, KITA. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 2:183] 

Agar kamu bertaqwa. Sila boldkan, italic, underline dan letak kaler yang paling striking sekali. Hoyeeaahhh!

Ramadhan hanyalah satu platform yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya mendekatkan lagi diri mereka kepadaNya. Di dalamnya, Allah penuhkan dengan maghfirah (keampunan), barakah, mawaddah (kasih sayang) dan pelbagai lagi kelebihan dan kemudahan. Untuk apa semua ini..? Untuk memudahkan kita untuk menjadi hambaNya yang abdi yang lebih bertaqwa.

But then, it's really up to us. Allah sediakan peluang yang sama untuk semua orang. Tidak wujud situasi di mana Allah buka pintu syurgaNya lebih luas untuk Saonah daripada Bedah, hanya semata-mata kerana dia Saonah. Tidak munasabah Allah memberikan keampunan yang lebih kepada Kasim Selimut berbanding dengan Rosli Ismail, semata-mata kerana dia adalah Kasim Selimut. Tidak mungkin.

Jadi apa yang membezakan manusia-manusia di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..? Taqwa.

Pernah suatu ketika dahulu ketika di London, seorang Syaikh revert, Syaikh Abdul Rahim Green, menceritakan pengalaman seorang rakan baiknya bagaimana rakannya itu boleh tertarik dengan Islam. Kisahnya begini.

Rakannya baiknya itu, juga seorang omputih, pernah mempunyai seorang teman wanita beragama Islam. Yang lebih menge-choyy mindanya, teman wanitanya itu adalah seorang Melayu berkerakyatan Malaysia. Ya, saya tidak mereka-reka. Jadi suatu hari, rakannya itu mengajak teman wanitanya untuk, err, bermain-main acara tupai menebuk pokok. Hohoho.. Dan teman wanitanya itu menolak. Rakannya itu lantas berasa amat hairan kerana selama ini ajakan seperti itu tidak pernah ditolak oleh teman wanitanya.

Anda tahu apakah sebab teman wanitanya itu menolak..? Kerana semasa itu adalah bulan Ramadhan. Maka sebagai 'menghormati' bulan Ramadhan, aktivit-aktiviti tidak bermoral seperti zina dan sebagainya, perlu diberhentikan buat sementara waktu. Pengsan.

Dan oleh sebab itu, rakannya itu berminat dengan Islam. Kerana dia berasa hairan dan lantas ingin mengetahui lebih lanjut mengapa umat Islam, ramainya yang begitu; menjadi malaikat dan berpakaian putih bersih hanya pada bulan Ramadhan. 

Hakikatnya memang sebegitu. Majoriti daripada kita hanya 'bertaqwa' pada bulan Ramadhan. Habis sahaja bulan Ramadhan, kita kembali menjadi Raja Raksasa Syaitan Pikor. Quran yang dibaca habis ketika bulan Ramadhan, langsung tidak disentuh pada bulan-bulan yang lain. Dah jadi macam acara tahunan la pulak. Percakapan yang kita benar-benar jaga di bulan Ramadhan, kita hamburkan segala-galanya pada bulan-bulan yang lain. Mata, telinga dan lain-lain anggota yang kita didik dengan penuh disiplin di bulan Ramadhan, menjadi raksasa gorgon seusai Ramadhan. Ibaratnya, bulan Ramadhan adalah bulan memendam dan bulan-bulan lain adalah masa untuk membalas dendam!

Bagaimana hal ini boleh berlaku..? Bukankah Ramadhan adalah universiti tarbiyyah? Mendidik dan mengasuh kita untuk menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang lebih dekat kepadaNya, bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi sepanjang tahun..?

Ya benar, lebih baik menjadi baik di bulan Ramadhan, daripada menjadi syaitonirojim yang terlepas bukan? Lebih baik baca Quran daripada tidak membaca langsung bukan..? Lebih baik ada usaha untuk menjaga mata, telinga, mulut dan hati, daripada langsung tidak berbuat apa-apa bukan..? Ya benar, benar sekali di situ. Insha-Allah, saya doakan Allah menerima segala amal kebaikan kita di bulan Ramadhan.

But this is where most of us miss the point. Amalan-amalan dan segala nenek gajah ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan, untuk apa dan siapa sebenarnya..? Bila mana kita melakukannya kerana Ramadhan, maka kita akan menjadi baik dan berakhlak mulia bersopan-santun ketika Ramadhan sahajalah. Tetapi sekiranya kita benar-benar mendidik jiwa dan diri kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, untuk menjadi seorang marhaen yang lebih bertaqwa, ketika itulah ruh Ramadhan yang sebenar akan meresap masuk ke dalam diri kita. Dan akan kekal, tinggal di dalam kita buat selamanya. 

Orang yang bertaqwa, tidak perlu diberitahu kepada mereka yang mereka perlu menjaga mata, telinga dan mulut di bulan Ramadhan.

Orang yang bertaqwa, tidak perlu dijelaskan kepada mereka bahawa percakapan yang sia-sia itu amat tidak digalakkan di bulan Ramadhan.

Dan orang yang bertaqwa, tidak perlu diingatkan kepada mereka bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan yang cukup mulia, peluang yang perlu direbut untuk mendekatkan diri kepada yang Esa. 

Kerana semuanya itu sudah sebati di dalam diri mereka, dek tarbiyyah Ramadhan yang benar-benar meresap jauh ke dalam jiwa. Dan ketaqwaan mereka itu akan kekal di bulan Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah dan seterusnya. Itulah baru benar-benar bergaya.

"...agar kamu bertaqwa."


Adakah kita berusaha dengan sesungguhnya untuk menghayati ruh Ramadhan..? [Kredit]

Allah telah khaskan Ramadhan untuk orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaanNya, mengejar ketaqwaan yang hakiki dan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan keampunan Ilahi. Orang yang sebegini, mereka akan bertemu dengan Ramadhan yang sebenarnya. Allah akan permudahkan jalan untuk mereka agar mereka senang untuk menjadi orang yang bertaqwa. Mujahadah yang mereka lakukan tidak akan sia-sia kerana akan Allah pertemukan mereka dengan kemanisan ditarbiyyah oleh Ramadhan.

Ayuh, kita cabar diri kita dan kita tanamkan azam, Ramadhan kali ini mesti menjadi jaaaauuuhhh lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya. Dan yang lebih penting, semoga ketaqwaan, keimanan dan kefahaman yang kita bina dan didik untuk Ramadhan 1432 Hijriah ini, akan dapat berjumpa dengan Ramadhan 1433 Hijriah nanti! (Font kecil:Juga untuk tahun-tahun yang mendatang, selagi mana nyawa masih dikandung badan. Hohoho..)

Semoga sempat untuk kita ketemu dengan Ramadhan tahun ini. Dan semoga kita berjaya memperoleh ijazah cemerlang daripada Universiti Tarbiyyah Ramadhan untuk tahun ini!

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (redha Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu."
[Hadith riwayat Bukhari]

Allahumma balighna Ramadhan, wa bariklana fih! Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dan kurniakanlah kami keberkatan padanya!

Can mali can [Oy oy]! Can mali can [Oy oy]! Can mali can, ketipung payung ewaaahh!

-gabbana-

Sumpah down dengan khutbah Jumaat di Masjid Jamek hari ini. Orang dok sibuk dan sambut Ramadhan dengan permaidani merah dan taburan bunga-bunga ros, segelintir puak sibuk mahu menggunakan masjid sebagai platform berpolitik dan menyampaikan dakyah. Sudah-sudahlah tu..!

16 Caci Maki Puji Muji:

shida 29/07/2011, 15:52  

selamat berpuasa kepada tuan nyer blog dan jugak blogger2 lain~~`
:)

salbie 29/07/2011, 16:13  

horeyeahhh...salam inche gabbana.Selamat berpuasa

Anonymous 29/07/2011, 17:33  

inche gabbana. sy hanyela nak menasihatkan. kalo boleh lepas ni elakkan la gune perkataan 'senggama' tu ye. maksud di sebalik perkataan tu kurang elok. minta maaf kalo tersalah bahasa =)

Anonymous 29/07/2011, 22:13  

dengar juga khutbah jumaat masa dekat rumah, terus macam, ok, tutup tv, pergi buat benda lain, sangat sedih T_T

happy ramadhan!!!

ezra 30/07/2011, 00:21  

subhanallah.its true bout those women yg jadi angel for ramadhan only and fact is women like them makes islam/malay look cheap.they worse than hooker!

happy ramadhan en.gabana and readers
hmm..its funny how i greet and coment here like we all frens but the reality is imma stranger..hehe..bye:P

Anonymous 30/07/2011, 22:13  

abt ramadhan? of course teringat kat Tariq Ramadhan yang kacak lagi bergaya...

tapi sy dpt rasakan betapa berusahanya adik kecil comel yg ada dlm gambar utk menghayati solat.

moga2 kita dpt result terbaik dlm Uni of Ramadhan kali ini!insyAllah

jom berusaha...ganbarou kudasai

Anonymous 01/08/2011, 00:02  

"inche gabbana. sy hanyela nak menasihatkan. kalo boleh lepas ni elakkan la gune perkataan 'senggama' tu ye. maksud di sebalik perkataan tu kurang elok. minta maaf kalo tersalah bahasa =)"

bila dia pakai perkataan "senggama"?

orang jauh 01/08/2011, 23:15  

tumpang lalu....khutbah jumaat kat masjid jamek memang tentang apa? patutnya dekat2 Ramadhan berkhutbahlah ttg kelebihan dan keutamaan Ramadhan ke kan.....

setuju! adik comel dlm gambo tu pun sgt menghayati solatnya? kita??

Inche gabbana 02/08/2011, 17:24  

shida dan salbie: terima kasih. selamat berpuasa kepada anda dan keluarga juga. ;)

Inche gabbana 02/08/2011, 17:24  

enonimus: terima kasih atas teguran. saya dah tukar dah.

lepas anda tegur baru sy terigt maksud senggama tu. huhuhu..

jzkk sekali lagi. moga allah membalas budi baik dan keberanian anda untuk menegur! ;)

Inche gabbana 02/08/2011, 17:25  

enonimus II: Huhuhu.. rasa nak amik je tempat khatib tu dan bagi khutbah. hihih..

rindu sgt kat khutbah di UK dulu. sgt hidup dan memberi semangat!

epi ramadhan kepada anda juga! ^^

Inche gabbana 02/08/2011, 17:26  

ezra: whoah, a very strong comment indeed. biarlah Allah yg menghakimi mereka. kita dai'e dan bukan qadhi. ingat tu..!

yes, we are all friends and brothers/sisters iAllah. demi dakwah dan Islam! ;)

Inche gabbana 02/08/2011, 17:27  

enonimus III: huhuh.. dia lebih kacak sebab kedudukan dia sbg cucu ISHAB! hehehe..

iAllah. jom sama2 berusaha dan bykkan doa! ;)

Inche gabbana 02/08/2011, 17:28  

enonimus IV: oh, anda baca post ni lepas saya dah ubah kot.. hehehe..

mmg ada saya guna dan saya dah tukar dah. harap menjelaskan. ^^

Inche gabbana 02/08/2011, 17:28  

orang jauh: pasal benda yg sgt tak best dan mcm tak layak dijadikan bahan ntok khutbah jumaat! hohohoh..

iAllah, jom kita sama2 usaha!

ezra 03/08/2011, 03:19  

ai ai capt.gabana!huhu

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP