24 June 2011

Parti Politik Mak Bapak



Salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada seorang dai'e di zaman moden ini adalah kemahiran berpolitik dengan keluarga. Atau lebih tepat lagi, dengan mak dan bapak.

Marcapada ini (sila berpeluh kecil sekarang juga), mak dan bapak kita sudah begitu terdedah dengan pelbagai jenis cerita dan berita. Contoh terbaru adalah apabila akhbar Utusan Malaysia Baik Takyah Baca melaporkan kegiatan sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan yang melatih para pelajarnya menjadi pengganas. 

Dan apa yang apa yang senggama minda, dalam laporan tersebut dinyatakan bahawasanya 'usrah' digunakan sebegai alat untuk mencuci otak mereka supaya menjadi pengganas.  (Laporan ini kemudiannya dinafikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan dan ada dimuatkan di dalam akhbat The Star. Dah kata dah, akhbar Utusan sesuai buat alas kaki je!)

Tak kisahlah sama ada laporan berita sebegitu benar atau tidak. Yang lebih utama adalah bagaimana cerita-cerita sebegitu mempengaruhi kedua orang tua kita. Telinga saya ni sudah siap dipasang dengan mode bersedia, menanti-nanti sahaja bilakah Inche Papa atau Puan Mama akan mula mengutarakan soalan-soalan atau komen-komen yang cukup provokatif.

Pernah suatu ketika, rakan-rakan ikhwah menumpang bermalam di rumah saya. Dan Inche Papa mengambil peluang ini untuk menyoal-siasat menemu-bual mereka tentang aktiviti-aktiviti yang sering kami lakukan ketika ketiadaan saya . Inche Papa secara berseloroh (agaknyalah..) bertanya dengan selamba adakah kami belajar cara-cara membuat bom di dalam siri-siri bulatan gembira kami. Cukup merembeskan peluh besar bukan..?

Dan jawapan Inche W, salah seorang akh di dalam peristiwa tersebut lebih memeluhkan lagi:

"Haah Pakcik. Kami memang belajar buat bom pon...!"

Batu besar enam puluh tiga tan menghempap kepala.

Teeennngggsss ah Inche W!  

Dan kebanyakan ibu bapa di zaman ini lebih terpelajar; mereka banyak membaca dan menonton berita di televisyen. Mereka peka dengan isu-isu semasa dan sekali lagi, kesahihan berita-berita tersebut bukanlah persoalannya.

Arakian teramatlah super penting untuk para dua't mempersiapkan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk berproganda, eh, berpolitik dengan kedua ibu bapa. 

Mengapa?

Kerana sekurang-kurangnya mereka adalah Muslim maka 'penentangan' mereka terhadap dakwah kita tidaklah sehebat orang tua Mus'ab dan Saad bin Abi Waqqas rasanya. Dan yang lebih utama, kerana mereka adalah ibu bapa kita, yang sewajibnya kita selamatkan dahulu daripada kancah api neraka.

Penting untuk kita pandai bersilat pulut dengan mereka ini, supaya tidak menghalang kelancaran dan kelangsungan dakwah kita. Daripada kedua-dua belah pihak kalah, atau satu menang dan satu kalah, bukankah lebih baik kedua-duanya menang..?

Maka di sini dikongsikan beberapa tips berguna (yang saya sendiri sedang cuba amalkan) Insha-Allah, yang harapnya dapat melembutkan hati kedua orang tua kita:

1) Kitalah yang menjadi qudwah di dalam keluarga. Sewajibnya, anda yang sedang mengikuti tarbiyyah ini, andalah yang menjadi contoh terbaik di dalam keluarga. Perangai anda yang paling senonoh. Akhlak anda yang paling baik. Andalah yang bangun paling awal untuk mengejutkan mereka solat (Ok yang ini belum berjaya lagi. *tik*tik* Bunyi air mata menitik). Anda jugalah yang paling penyabar dan rasional di dalam keluarga (Err... Yang ini pon. Hohoho..). 

Kiranya, andalah permata di dalam keluarga! Sampai berebut-rebut mak cik sekampung nak pinang anda dengan anak dara/teruna mereka..! Wahahaha.. Eh.

Jangan sampai terkeluar kata-kata dari mulut mak ayah, "Ini ke kata ikut bulatan gembira tu...?"

Tunduk keinsafan, air mata mengalir laju.

2) Habiskan masa-masa berkualiti dengan mereka. Memandangkan jadual anda selalunya padat dan ketat, selalu sahaja tidak berkesempatan untuk berada di rumah, maka terlalu amat super penting untuk anda mencari masa-masa yang berkualiti dengan mereka.

Penat macam mana pon, kena juga cari masa untuk berbual mesra dengan mereka. Macam saya, saya khaskan pagi Jumaat untuk bersarapan bersama Puan Mama. Ketika inilah saya mengambil peluang untuk berborak santai bersamanya. Sabtu pagi atau Ahad pagi pula masa berlepak makan roti canai bersama Inche Papa. Dan Ahad malam untuk makan malam riang-gembira bersama keluarga.

Masa yang berkualiti bersama mereka itu adalah jauh lebih bergaya daripada hari-hari jumpa tapi tidak pernah berbual mesra, tahu?

3) Masakkan untuk mereka. Ini lebih-lebih relevan untuk anda yang sedang pulang bercuti dari luar negara dan tidak bekerja. Saya pasti kemahiran memasak anda di luar negara sudah sampai tahap Gordon Ramsay pon boleh tersujud pembebasan. Maka tunjukkan kepakaran anda itu kepada mak dan ayah! Pasti sejuk kedua-dua perut mereka! (Perut mak sejuk sebab mengandungkan anda. Perut ayah pula... Err.. Wahahahaha..)

Bayangkan betapa seronoknya mak ayah yang baru pulang dari kerja, melihat sudah terhidang ikan kerapu goreng tiga rasa, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan creme brulee di atas meja. Walaweh..!


Bayangkan perasaan ayah anda, yang penat seharian bekerja, melihat di atas meja makan sudah terhidang creme brulee yang cukup lazat...?? *terliur* [Kredit]

4) Sekiranya ada peluang, ajak mereka untuk bersolat bersama-sama. Ini seriyes akan cairkan hati mereka, terutamanya untuk mak. Juga boleh bertilawah dan bertadarus bersama-sama mereka.

Saya selalunya akan bersolat jemaah Isyak bersama Puan Mama. Pernah suatu ketika, ketika saya mahu berlepas pulang ke London setelah bercuti musim panas di Malaysia, Puan Mama berkata:

"Lepas ni [Puan Mama] rindulah nak solat jemaah bersama [Inche gabbana]..."

Ok sekejap. *berlari ke bilik air sambil menutup muka, sedikit sebak*

5) Jika ada peluang untuk cucuk mereka dengan fikrah kita, by all mean! Sama ada secara tidak sengaja...

"Eh mak! Cantiknyaaa baju kurung mak ni...? Bila mak buat ni..? Mak tau tak tujuan hidup kita pot pet pot pet.."

Atau juga perdebatan ilmiah secara matang dan bergaya. (Yang ini sering saya lakukan bersama Inche Papa, walaupon Inche matang selalunya lari menghilangkan diri ketika ini. Hohoho..)

Sememangnya menjadi tugas kita untuk memahamkan mereka dengan aktiviti-aktiviti kita. Malah, yang paling fulamaweh sekali sekiranya kita boleh menyebabkan mereka tertarik dan teruja untuk menyertai gerombolan dakwah kita ini...! Masha-Allah.. (Rasa nak menangis pon ada, apabila terfikirkan betapa bestnya kalau Inche Papa dan Puan Mama boleh bersama-sama saya di jalan ini...)

6) Ingat tarikh-tarikh penting dan istimewa yang ada kena-mengena dengan mereka. Contohnya, hari jadi mereka, Hari Ibu, Harai Bapa, ulangtahun perkahwinan mereka dan sebagainya. Thaipusam, Hari Gawai dan hari Natal tidak dikira.

Nak lagi masyuk? Buat sambutan yang seprais dan cukup istimewa untuk mereka. Boleh juga beli hadiah dan kad. Kalau nak sambutan yang tarbawiyy, buatlah doa selamat ke apa. Dan dalam kad boleh tulis kurang lebih begini:

"Selamat Hari Jadi Puan Mama..! Moga Allah berkati kehidupan Puan Mama dunia akhirat. Teringin nak bersama-sama dengan Puan Mama di syurga nanti! Saya sayang Puan Mama! Muah muah muah!"

Sebelum nak buat sambutan serprais, pastikan dahulu mak bapak anda bebas daripada penyakit-penyakit alahan kejutan. Takut nanti anda pula yang terseprais.. Hohoho.. [Kredit]

7) JANGAN sesekali menyakitkan hati mereka, apatah lagi membuatkan mereka rasa kechiwa seperti hendak terjun bangunan. Kalau perlu mengalah, mengalahlah. Tapi mengalah tak bermakna anda sudah tewas. Gunalah cara yang paling berdiplomasi untuk mememujuk dan menyenangkan hati mereka.

Apa guna ikut tarbiyyah tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang soleh? (Sila rujuk poin (1))

Ingat! Ini politik mak bapak tahu? Dan bukannya perang dunia ketiga. Bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu..?

8) Sila rendahkan ego anda apabila bersama mereka. Ya, anda rasakan andalah manusia yang paling betul di dalam dunia ini kerana sudah 'faham' Islam yang sebenar. Tetapi ego adalah antara musuh terbesar manusia dan ego jugalah yang selalunya menyebabkan kita mudah berputus-asa dengan mak bapak.

Jangan berasa malu untuk meminta maaf sekiranya anda berbuat salah. Malah sekiranya anda rasa anda tidak salah sekali pon (egolah tu..!), pada masa-masa yang tegang bersama mereka, rendah ego dan minta maaflah daripada mereka.

9) Cium mak bapak. Sumpah tak tipu. Buanglah perasaan geli-geleman dan tak macho tu, esepeseli untuk kaum jantan. Kalau tak sanggup cium pipi, cium tangan pon jadi. Kompem cair mak bapak, walaupon kepada anda yang tiada biasa berbuat begini, akan terselit jugak di hati mak bapak "Buang tebiat ke apa anak aku ni" sambil menggaru kepala mereka yang tidak gatal. Wahahaha..

Jangan sampai ciuman pertama kali anda untuk mak bapak adalah ketika jasad mereka dilitupi dengan sehelai kain putih...

10) Doa. Bukankah doa itu senjata bagi seorang mukmin..? Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dunia dan akhirat. Yang lebih utama, doakan agar Allah buka dan lembutkan hati mereka, supaya mereka dapat menerima siapa kita dan apa yang kita lakukan. Doakan juga agar kitalah yang menjadi asbab kepada tersentuhnya hati mereka untuk bersama-sama di jalan ini.

Saya kongsikan doa ringkas saya sehari-hari untuk mereka:

"Ya Allah! Lembutkan hati kedua orang tuaku. Kurniakan aku kekuatan untuk menyentuh hati-hati mereka..."  

[Kredit]
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
[al-Ahqaf, 46:15]

Kedua-orang tua kita adalah mangsa keadaan di zaman canggih-manggih ini. Mereka tidak sewajarnya dipersalahkan atas sebarang tindakan dan kata-kata mereka yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai liberal atau menjadi ancaman kepada dakwah.

Halangan buat kita para dua't bukanlah bagaimana mahu berhelah dengan mereka, atau melarikan diri daripada mereka. Tetapi bagaimana mahu memahamkan mereka dan lebih baik lagi, mengajak mereka untuk bersama-sama dengan gerabak dakwah ini.

Daripada melihat dan melayan mereka sebagai 'musuh,' bukankah lebih canthek dan mulia sekiranya kita menjadikan mereka sebagai mad'u kita..? Senyum kenyit mata.

Dan kepada anda yang tidak mengalami masalah seperti ini, bersyukurlah. Anda tidak mungkin akan faham betapa berat dan peritnya mahu menubuhkan parti politik mak bapak ini. Tetapi ingat! Allah itu Maha Adil! Itu juga satu ujian untuk anda..! Mungkin tandanya anda perlu bekerja lebih kuat dan hebat lagi, kerana anda tiada masalah dan halangan yang sebegitu rupa. Jika tidak, bersiap-sedialah dengan peguam bela di mahkamah Allah nanti..!

Kepada anda yang lain, yang menghadapi situasi politik mak bapak ini, jangan sesekali berputus-asa. Percayalah, ia satu tarbiyyah yang cukup berguna kepada anda! Dan nikmat apakah yang paling besar apabila melihat mak bapak sendiri yang mahu kepada Islam hasil usaha tangan dan keringat anak-anaknya..?? Ya Allahu Rabbi..

Selamat maju jaya dan marilah mengundi Parti Mak Bapak Sedunia Aman Sejahtera! Eh.

-gabbana-

23 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 24/06/2011, 13:08  

moga segalanya dipermudahkan dan dilapangkan untuk anda sekeluarga..i'allah..=)

I 24/06/2011, 13:08  

Menarik. Parti politik yg sangat berpotensi, untuk yg mempunyai family background bgt.
bagaimana kalau anak ikhwah, yg err...rebellious,tak reti-reti nak lembut hati, yg parents pula terpaksa tubuhkan parti politik anak-anak rebel?
-_-"

Faez Rusni 24/06/2011, 14:40  

btul tu..saya amat setujudengan saranan ini..papepon kite mulakan dengan keluarga kita..
tapi yg pasal utusan tu,tak tahu pon..geram..

memang kena boikot pon....Utusan Meloya

Anonymous 24/06/2011, 15:02  

errr.nape rase macam font kat belog ni mcm makin kecik eh?aduss.menguji mata sungguh!huhu
btw,isi isi post kali ni buat saya rindu keluarga yg amat sgt!ooohhh...lagi2 di ambang peperiksaan ni.Dan semoga Allah permudah kan urusan Inche Gabbana~ ^^
nice one!

Abe Am 24/06/2011, 16:26  

"Sampai berebut-rebut mak cik sekampung nak pinang anda dengan anak dara/teruna mereka..! Wahahaha.. Eh."

tatkala inche gabbana dah menunjukkan simpton2 nak ikut zahir, tono dan imran.. boleh la kot pasni, nanti jemput anasekali ke walimah..
kofh33...



teringat satu benda;
"If you want to convey a message, be that message..."

hehehe...

Inche gabbana 24/06/2011, 17:20  

enonimus I: iAllah. jzkk tidak terhingga kepada anda.. =') (terharu)

Inche gabbana 24/06/2011, 17:23  

I: errr.. yg itu susah sket nak jawab.

dah byk je dgr pasal tu. mungkin ada beberapa kelemahan dalam cara kita mentarbiyyah anak2 (kot..) sehingga boleh jadi camtu.

sgt suka dan respek cara Nabi SAW didik anak; 7 tahun yg pertama btol2 layan mereka sbg budak kecik, i.e. bermain ngan mereka etc. 7 tahun seterusnya kena didik, i.e. rotan, ajar etc. dan 7 tahun yg terakhir (14-21 thn) layan mereka seperti seorang rakan. cukup bergaya bukan..??

pada masa yg sama, tak boleh nak salahkan mak bapa 100%. si anak pon ada tanggungjawab dan peranan dia gak. bukankah setiap anak Adam tu akan dipertanggungjawabkan dengan amalannya sendiri..?

allahu a'lam.

Inche gabbana 24/06/2011, 17:24  

faez rusni: betul. tapi seandainya kita tak mampu nak mula ngan family kita ats faktor2 yg hanya kita shj yg tahu, tak bermakna kita kena berhenti berdakwah dan berputus-asa.

boleh je mula ngan org lain dulu. tak begitu..? ;)

Inche gabbana 24/06/2011, 17:25  

enonimus II: PC/laptop anda kot..? cuba besarkan skrin anda (kalau pakai mouse yg ada roda kat tgh2 tu, click once then gerak ke depan ntok besarkan, ke belakang untuk kecikkan)

takpe, berjauhan pon boleh doakan kan..? iAllah akan sentiasa dekat di hati. ;)

terima kasih atas doa itu. sgt2 menghargainya.

Inche gabbana 24/06/2011, 17:26  

abe am: apsal la kanak-kanak Kolej Maha Busy ni dok sibuk sgt pasal berBM ni..? hah? hah..?? tarbiyyah sapa ni..? *mode geram* ;p

kalau btol pon saya dah ready, saya akan tunggu sampai korang sume dah fly..! wahahahaha.. (balas dendam) hihihi..

Mar 25/06/2011, 00:18  

bersyukur tak perlu berpolitik dgn mak bapak mahupun adeq2, alhamdulillah.. dan mmg pon Allah tu Maha Adil, ujian tetap ada tp bntuknya lain kot utk sekeluarga yg berada dlm gerabak sama ni hoho

I 25/06/2011, 10:58  

exactly the point mar...
sory nyibuk,adakah anda mengalami masalah yg sama?
T_T

Anonymous 25/06/2011, 11:03  

salam abg gabbana.saya kenal siapa Inche W tu.wahaha.:P

btw, lepas dah lama xbaca blog abg ni, saya suka post ni.wahaha.ni penangan dari kami budak2 tmn tanam sirip kerajaan bersatu baru balik ke?wakaka.:P

oh, saya suka pengalaman ditulis disini juga.:D


--Angin

Inche gabbana 27/06/2011, 16:04  

Mar: Kan Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kemampuannya..? iAllah apa2 ujian yg anda sedang hadapi, itu adalah yg terbaik ntok anda. ;)

moga terus tabah menghadapi ujian, kerana ujian itu satu tarbiyyah! ^^

Inche gabbana 27/06/2011, 16:05  

I: anda tu, merujuk kepada sapa..? *garu kepala*

Inche gabbana 27/06/2011, 16:06  

enonimus: abg gabbana..? Peluh besar berpeluh-peluh.

pengalaman apa yg anda suka tu..? cuba spesifik sket.

oh adakah saya akan bertemu anda dalam masa yg terdekat ni..?

mutiara bd 30/06/2011, 08:31  

i got new points:

ibubapa bukan halangan dakwah.

tetapi mad'u yang memerlukan kebijaksaan kita sebagai anak dan dae'i.

Terima kasih.BEST.

Inche gabbana 01/07/2011, 09:12  

mutiara bd: mana mungkin ibu bapa menjadi halangan dakwah kita esepeli di zaman ini di mana ibu bapa kita adalah muslim (IAllah..)

Diri kitalah yg menjadikan mereka seolah-olah sebagai satu halangan.

Muharik kan dakwah kita! jgn berputus-asa, bersungguh-sungguhlah! ;D

mysz 06/01/2012, 00:58  

~sentap~
sebak, perasaan bercampur baur bila bace post ni..
yup, parents are sometimes curious and even feel threatened to have a child with the label of D&T..
lg2 bile nmpk ada perubhn dr segi pemakaian ke kn..
tp btolla, bile kte wat dakwah bil hal dgn mereka (u said it as politik mak bapak), it really works..
berpimpin tgn ke syurga? air mata mengalir laju..
semoga Inche Gabbana & saya kekal & kuat di jln ini.. amin.. ^^

najwa sulaiman 16/05/2012, 03:23  

ya Allah....ni la ape yang saya perluka....kena politik ngan ayah n adik beradik.. T_T

Anonymous 07/08/2012, 02:43  

setuju sgt ngn pendapat penulis,
setiap kali nak keluar,puaslah bercereka ngn mak bapak;

Imran Ariffin 18/11/2013, 00:13  

Jazakallah akhi.

Anonymous 23/01/2014, 01:22  

Alhamdulillah..
Menjumpai "sesuatu" di entry ini.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP