8 June 2011

Hidup Ini Sungguh Osem

Hidup ini memang sungguh osem..! Jerit anda sambil melompat dan melaungkan 'Allahu Akbar' selepas itu. [Kredit]

Kalau anda perasan dengan belog saya ni, espeseli para pembaca tegar berani mati belog ini (Hohoho..), pasti anda perasan yang saya amat jarang menulis tentang isu-isu semasa, baik politik, ekonomi, sosial, hiburan mahu pon lain-lain.

Mengapa agaknya ya..?

Secara jujurnya, memang selalu je teruja untuk menulis isu-isu semasa yang hangat lagi panas kalau goreng pon sodaaappp! Contohnya, terbaru isu Kelab Para Isteri Taat (Baca: Obedient Wives Club) yang cukup menggegarkan bukan sahaja tanah air malah tanah-tanah di seberang air juga. Juga kemenangan besar puak yang dilabel sebagai Erdogan di dalam pemilihan perwakilan PAS baru-baru ini.

Juga pelbagai isu-isu lain, baik di dalam negara mahu pon luar. Memang tangan ni dah menggeletar-geletar nak tulis komen atau pandangan peribadi tentang pelbagai isu dan kejadian yang berlaku di seantero dunia! Ok over sedikit di situ.

Tetapi setiap kali saya mahu menulis atau melontarkan pandangan, pasti ada isu-isu lain yang saya rasa lebih utama untuk dikongsikan. Dan seperti yang anda baca, kebanyakannya adalah isu-isu pembinaan makhluk bernama manusia.  

Memang ada sekali-sekala saya menulis tentang perkembangan terbaru yang berlaku di dalam negara atau berita antarabangsa. Antaranya kalau anda masih ingat, analisis politik saya terhadap krisis yang berlaku di Perak, harga minyak naik, kemenangan Presiden Obama, isu WikiLeaks dan lain-lain lagi. Tetapi.. Penulisan sebegini selalunya kering dan tidak basah. Sukar untuk saya memberi ruh kepada penulisan sebegitu rupa.

Saya merasakan kalau saya mengomel pum pam pum pam tentang ketidakpuasan hati saya tentang isu politik ini dan ekonomi itu, artis ini dan Datuk itu, tak banyak pun yang dapat saya buat. Hanya sekadar melepaskan amarah dan rasa tidak senang dengan perisitwa dan individu-individu terbabit. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada pon yang terkesan dengan penulisan saya, well, apa langkah yang seterusnya yang perlu diambil..? Kalau sekadar melepaskan batok di tangga dan menanam tebu di pinggir bibir, tak usahlah menghabiskan beras. Harga beras pon dah mahal sekarang. Wihihihi..

Bukan bermakna saya gorilla sumbang dan tidak endah dengan perkembangan semasa yang berlaku. Bukan begitu. Kalau anda ingat begitu sila cubit perut diri sendiri sampai bertukar menjadi warna ungu. Wahahaha. Eh. Tetapi untuk memberi komentar dan berkongsi di sini bersama anda semua, entahlah, saya tidak cukup teruja untuk melakukan sedemikian rupa. Melainkan isu yang benar-benar saya rasakan panas dan kalau tak kongsi saya akan jatuh koma, ha, barulah saya akan tulis di sini.

Kerana itu saya lebih gemar berkongsi atau menulis tentang perkara-perkara atau isu-isu yang saya rasakan dapat memberi manfaat yang lebih kepada anda semua wahai para pembaca yang hoyeaaahh. Isu-isu yang lebih basah dan hidup. Perkara-perkara yang dapat menyumbang kepada saham Sorga saya Insha-Allah.

Anda berkata, "Eleh, samalah jugak. Kalau ada orang yang terkesan dengan penulisan anda Inche gabbana, bukannya anda boleh follow-up pong!"

Sodaqta. Anda benar. Tetapi bukankah lebih baik dan mulia berkongsi seseatu yang saya tahu dan Insha-Allah dapat memberi manfaat kepada anda wahai para pembaca, daripada tidak berkongsi apa-apa..? Atau lebih Raksasa Gorgon lagi, berkongsi sesuatu yang tidak berfaedah..? (Ok ibarat menusuk pedang di hati sendiri, sebab ada juga masanya saya berkongsi perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan anda semua.. Air mata menitik-nitik)

Memang seronok bukan membaca belog-belog gossip atau belog-belog informasi sensasi..? Terasa seperti puas dapat mengorek rahsia kehidupan artis S, atau terasa seolah-olah hidup lebih bermakna apabila mengetahui seorang wanita di China cuba membunuh diri akibat dimarahi ayahnya dek tidak menggosok gigi. Tetapi apakah faedah jangka masa panjang yang diperoleh daripada perkara-perkara sedemikian...?

Solat saya lebih khusyu' Insha-Allah...! Hhhmmm...

Saya dapat mendekatkan diri saya dengan Allah..! Hoyeeaahhh! Errr...

Insha-Allah, saya rasa saya dah dapat hidu bau haruman sorga....! Mata pandang ke atas, tangan kanan mengurut dada. 

Eh tidak! Bukan! Saya bukan hendak mengatakan belog ini bagus bangat dong! atau cuba merendah-rendahkan belog atau hasil penulisan para beloger yang lain..! Astaghfirullah.. Kalau itulah niat dan tujuan saya, sila campak saya dari bangunan sekarang juga. Hohoho.. Terpulang kepada masing-masing bagaimana anda mahu menilai belog-belog yang lain dan terpulang juga kepada para penulis belog bagaimana mereka mahu menghalakan arah tuju belog mereka. Sangat perlu untuk kita berlapang dada. Cumanya, harapan saya biarlah belog yang ditulis memberi manfaat dan faedah kepada para pembaca. Belog anda ditulis dan disiarkan secara atas talian, maka sesiapa sahaja boleh membacanya. Kalau untuk bacaan peribadi lebih baik anda tulis diari. Hohoho..

Itulah yang menjadi justifikasi kepada saya mengapa saya lebih gemar untuk memilih cara penulisan yang sebegini. Kerana saya rasakan saya ada tanggungjawab yang lebih besar untuk berkongsi dengan anda perkara-perkara yang telah saya pelajari dan lalui.

Dan alhamdulillah, saya mendapat kepuasan yang tidak terkata apabila anda semua wahai para pembaca yang boleh tahan bergaya, memberikan respons yang cukup positip kepada penulisan saya. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui entah bagaimana penulisan saya yang marhaen ini ada memberikan impak positip kepada kehidupan anda. Memang sungguh Hairan bin Pelik bin Ajaib.

Pada masa yang sama, bukan mudah untuk menjaga hati ini. Semakin ramai yang membaca belog ini, semaki ramai pembaca tegar separa berani mati, semakin banyak caci maki puji muji yang diterima, lebih besar amanah dan ujian yang dihadapi. Sukar untuk memastikan yang tulisan saya benar-benar dihasilkan untuk mencari keredhaanNya, ditulis untuk menyebarkan risalahNya, dinukilkan untuk mecari cinta ar-Rasul SAW dan diwarkahkan untuk kepentingan dakwah dan tarbiyyah. Memang sukar. Astaghfirullah..

Bak kata pepatah moden, "Mencari keredhaan Ilahi tidak semudah memasak Maggi." Heh.

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,  

(Sambil berkata): 'Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 

Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah masam berkerut-kerut.'

Maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)."
[al-Insaan, 76:8-11] 

Semoga suatu hari nanti saya dapat menulis dengan penuh bergaya dan rasa tenang di hati, semata-mata untuk mendapat keredhaanNya.

Semoga suatu hari nanti solat saya, amal ibadah saya, hidup dan mati saya, benar-benar untuk Allah semata, mencari cintaNya yang hakiki.

Amin.

[Kredit]

Ya, anda benar. Sungguh benar. Hidup ini memang sungguh osem...! Terima kasih Allah! Hoyeeaahhh! 

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 08/06/2011, 17:55  

sama2 lah kita mencari keredhaannya :)

Bdk baru lepas submit asgmts. Next~ 08/06/2011, 21:53  

salam
The truth is in fact I find ur blog interesting bcoz of tade all those isu2 panas around the globe. Moreover, it is evident that blog2 yg put up isu2 semasa ni, most of the comments received will be pung pang pung pang since everyone tried to tegakkan benang yg basah (or kering). nak menangkan kepala sendiri. On the other hand, the comments received in this blog besides all those cacipujimakimemuji are like a dicussion or response yg membina in the area of DnT.Sometimes, those ppl who leave the comment even try to give suggestions to solve other pengomen's problem. come on~ susah kot dpt dgr pengalaman org lain yg lg berpenglaman or masih fresh dari seluruh dunia. It is indeed refreshing & MEMBAKAR DIRI & SEMANGAT. oho. this blog is actually a medium utk berkonferens sesama KITA (if u dun mind lah~) so, keep up d good work bro.

btw luv d word awesome.

Anonymous 09/06/2011, 01:59  

"Mencari keredhaan Ilahi tidak semudah memasak Maggi"..Yup, indeed true..

Sape kata mudah nak jadi baek??Sakit..sakit tapi worth it bila mengenangkan janji Allah Yang Sangat Menepati JanjiNya...

Rabbuna yusahhil wa yubaarik..
buat segalanya dengan cinta..once u love,xde yang mustahil dengan izin Dia...biarpun sakit, kerana cinta membutuhkan segalanya dari diri kita...hanya kerana Dia kita hidup...

Anonymous 09/06/2011, 09:03  

teruskan menulis mengikut citarasa inche, dgn post2 yg dpt menyentuh hati2 pembaca..
kalau nak bace tentang isu2 hangat dan panasss semasa, boleh blog walking ke blog2 yg citer psl tu..
cantik kan disitu..saling melengkapi^^


peace

Zulkifli 09/06/2011, 11:44  

Salam. I like your blog - both the style of writing and its contents. Keep up the good work. InsyaAllah ada ganjaran dariNya. :)

Saya ada soalan. When we say we are doing a deed only for Allah, what does it mean? If we do it for pahala or because of afraid of neraka is it considered as doing it for Allah? Can we be happy when a person congratulates us on our good deeds?
Jazakallah.

Inche gabbana 09/06/2011, 16:25  

ezan idma: jom jom! kita cari sampai jumpa...! ;D

Inche gabbana 09/06/2011, 16:29  

Bdk baru lepas submit asgmts. Next~: nope nope, i dun mind at all. in fact mcm sgt suka dan bersyukur gile coz most of the times, u guys punya comment sgtla gempaq dan mengzaaasss diri ini. so most of the time, i learn more from u guys. how osem is that...?? ;D

ok dah. tengs ntok komen anda yg juga memberi semangat kepada saya. ;)

Inche gabbana 09/06/2011, 16:30  

enonimus I: tapi masalahnya, most of us are short-sighted. tak nampak cinta Allah yg sedang menanti kat syurga tu nnt. hhhmmm... how now brown cow..?

anda benar. tapi nak mencari dan memperoleh cinta tu saaaangggaaaatttlah susah. wahai.

ape pon, mekaseh atas perkongsian anda. iAllah akan cuba amalkan. ^^

Inche gabbana 09/06/2011, 16:31  

enonimus II: hohoho.. tak taula saling melengkapi ke tak. belog ini sgt2la marhaen.

saya budak baru belajar.

terima kasih atas sokongan.

Inche gabbana 09/06/2011, 16:35  

zulkifli: terima kasih atas sokongan anda yg tidak berbelah bahagi. hohoho..

ntok soalan anda, bukan senang saya nak jawab di sini. tapi saya cuba iAllah.

ntok soalan pertama, jawapannya ya. walaupon kita buat ntok pahala (Basically sbb nak masuk syurga la kan..?) atau takutkan seksaan neraka Allah, tu juga dikira buat sesuatu kerana Allah. tp level atau kedudukan amalan yg mcm ni taklah sehebat atau setinggi sesuatu amalan yg dibuat semata-mata kerana Allah; maksudnya buat tu mmg purely nak dapat keredhaan Allah, takde sbb lain dah.

Kalau tak silap saya, ni adalah tingkatan2 iman ke apa ntah. dah lupa. huhuh.. pastu ada jugak kisah pasal Rabiatul Adawiyah, pasal benda yg lebih kurang sama gak. Nnt di masa lain saya akan kongsikan iAllah.

ntok soalan yg kedua, ya, takde masalah ntok happy. ada dalilnya; salah seorang pengomen belog ini pernah mengongsikannya. saya tak ingat kat post mana. nnt kalau saya jumpa saya kongsikan iAllah.

harap menjawab. ^^

allahu a'lam.

Anonymous 09/06/2011, 18:29  

untuk encik zulkifli
(yang inche gabbana nak carik)
'Pernah ada seseotg btanya kpd Rasulullah, bagaimanakah ttg seseorg yg bbuat kebajikan, lalu ada org memujinya (padahal niatnya ikhlas keana Allah)? baginda menjawab : itu adalah kegembiraan awal yang dberikan kpd seorg mukmin'
kan?

Zulkifli 09/06/2011, 20:14  

Thanks Encik Gabbana dan Encik Anonymous!

Azzam Yani 09/06/2011, 20:42  

salam...
tq abg adam...i also used to write posts about life and current issues...since i followed your blog...i realized that everything that we express needs to bring benefit to others and not just for the sake of venting out frustrations...i knew that now...thank you...=)

Inche gabbana 15/06/2011, 15:57  

enonimus: jzkk. moga allah membalas anda dgn sebaik-baik kebaikan. amiin.

Inche gabbana 15/06/2011, 15:57  

zulkifli: terima kasih kepada enonimus dan Allah! ;)

Inche gabbana 15/06/2011, 15:59  

azzam yani: no worries bro, my pleasure.

remember, 'erti hidup pada memberi!'

peace. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP